Kelab Greenboc |
- Pengerusi SPR & Timbalan Didesak Letak Jawatan
- Gambar Berharga Ditemui: Kenalkah Anda Siapa Mereka Bertiga Ini?
- [BERGAMBAR] 50,000 Berhimpun Di Blackout505 Kuala Ibai Terengganu Malam Tadi
- Tian Chua, Haris & Tamrin Tidur Dalam Lokap Jinjang Malam Tadi
- Zahid, Hentikan Tangkapan ‘Rakus’ Pemimpin Pakatan, NGO
- SAMM Tempelak Zahid Pertahan Rampasan Kuasa Perak
- Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghaffar Pula Ditahan, Harakah & Suara keadilan Dirampas
Pengerusi SPR & Timbalan Didesak Letak Jawatan Posted: 24 May 2013 12:20 AM PDT Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar didesak meletakkan jawatan berikutan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak ada tolak ansur dalam penipuan pilihan raya, apatah lagi SPR memaksa rakyat menerima sahaja keputusan yang diumumkan. "Kita ada bukti peti undi hilang ada. Kita ada bukti orang asing mengundi. Kita ada bukti (wakil parti) tak boleh pantau. Sebab itu kita mesti tuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan serta merta," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. Anwar menjelaskan, sistem pilihan raya dikendali SPR membolehkan manipulasi dan muslihat termasuk dari 500,000 undi pos polis, tentera, petugas SPR dan pengamal media di seluruh negara. Justeru, Anwar menyeru kepada pihak yang mempunyai bukti termasuk anggota polis, tentera, petugas SPR dan orang awam untuk membuat laporan polis dan menyerahkan salinan di mana-mana pejabat parti Pakatan Rakyat. "Mulai pagi esok (hari ni), kalau boleh orang-orang yang bekerja dengan SPR, yang ada integriti buat laporan kepada polis. Tidak salah dan tidak susah. Kalau buat begitu, dengan sendirinya menjawab persoalan (yang dibangkitkan) Umno," kata Anwar. Pilihan raya semula dikawasan berlaku salah laku Dalam pada itu, Anwar turut mendesak pilihan raya diadakan semula di hampir 30 Parlimen yang berlaku salah laku sepanjang proses pilihan raya pada 5 Mei lalu. "Kita tuntut pilihan raya semula di 30 parlimen. Dia (SPR) rampas hak kita. Maruah kita dicabar. Hendak terima dengan sabar? Sudah sampai ketikanya rakyat mesti bangkit. "Dunia sedang memerhatikan Malaysia. Ia masih belum selesai. Biar rakyat tentukan wakil mereka yang sah," tegas Anwar. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli melalui pasukan Siasat PRU-13 mendedahkan 237 aduan salah laku dan penyelewengan pilihan raya di 27 kawasan Parlimen di seluruh negara. Enam kesalahan pilihan raya dikenal pasti termasuk pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula dan pengundi disyaki warganegara asing diberikan kad pengenalan dan mengundi. -KD |
Gambar Berharga Ditemui: Kenalkah Anda Siapa Mereka Bertiga Ini? Posted: 23 May 2013 11:10 PM PDT Dari Kiri : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato Mustafa Ali & Ustaz Hussin Awang Semasa Zaman Mahasiswa Mereka.. (klik untuk imej lebih besar). Kenangan Mengusik Jiwa!!!... #Apa-apapun, rambut Dato Mustafa Ali tetap sama sampai sekarang (Warna rambut jer lain)... Tok Guru Hadi Awang lak hampir-hampir tak kenal sebab dah berbeza sangat... |
[BERGAMBAR] 50,000 Berhimpun Di Blackout505 Kuala Ibai Terengganu Malam Tadi Posted: 23 May 2013 07:45 PM PDT Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu, dibanjiri puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa tua dan muda yang berbaju hitam sempena Perhimpunan Black out "505" Peringkat Negeri Terengganu. Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir. -omakkau |
Tian Chua, Haris & Tamrin Tidur Dalam Lokap Jinjang Malam Tadi Posted: 23 May 2013 04:44 PM PDT Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar, serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini. Ketiga-tiga mereka yang ditahan sekitar tengahari tadi dimasukkan ke lokap berkenaan sekitar jam 5 petang tadi. Ketika sidang media, peguam mewakili Haris, Gobin Singh Deo berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dimaklumkan "kenyataan menghasut" bagaimana yang telah dikeluarkan kesemua pemimpin pembangkang berkenaan sehingga menyebabkan mereka ditahan. "Mereka telah ditahan dan akan di bawa ke lokap untuk permohonan reman ... kita baru dimaklumkan ketiga-tiga mereka akan ditahan, untuk siasatan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan. "Polis akan bawa mereka esok jam 11 pagi untuk permohonan reman, kemudian terpulang kepada majistret sama ada untuk teruskan reman atau sebaliknya," katanya. Individu pertama yang ditahan dan didakwa di bawah akta berkenaan adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu. Sementara Haris, aktivis pergerakan Asal Bukan Umno (ABU) ditahan pada waktu sama semasa sedang makan tengahari di Segambut sejurus memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah. Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin yang merupakan bekas ahli Parlimen Batu Berendam turut ditahan ketika sedang makan di Bangsar. Tian Chua diwakili peguam, New Sin Yew manakala Tamrin diwakili Dr Dzulqarnain Lukman. Turut hadir di balai polis Jinjang adalah Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk memberikan sokongan kepada ketiga-tiga mereka. Pihak polis turut dilihat telah mengepung kawasan sekitar balai polis berkenaan tepat jam 6 petang tadi dan melarang mana-mana pihak daripada melakukan demonstrasi pembebasan ketiga-tiga mereka dengan meletakkan kon dan tali penghadang polis. Adam Adli telah didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun. Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000. Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam yang hadir berbaju T hitam diwakili peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor, dan Shamsul Iskandar Mat Akin. Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah. Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. "Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam. Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan. Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah :"Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macan negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita. "Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ..." Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-duanya yang baru dilantik selepas Pilihan Raya 2013 telah memberi amaran dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013. -TMI
|
Zahid, Hentikan Tangkapan ‘Rakus’ Pemimpin Pakatan, NGO Posted: 23 May 2013 08:10 AM PDT Gambar: Tian Chua ditahan di LCCT Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato' Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu. Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah. AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya. Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini. Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak. AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini. Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan. Azmizam Zaman Huri Ketua AMK Selangor Naib Ketua AMK Malaysia
|
SAMM Tempelak Zahid Pertahan Rampasan Kuasa Perak Posted: 23 May 2013 05:05 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menempelak Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan bertanya mengapa Naib Presiden Umno itu mempertahankan rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009. "Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU 12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?," kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin. Beliau juga mendakwa Zahid sengaja memutar belit isu perhimpunan Ahad ini. "Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan," katanya dalam satu kenyataan. Perhimpunan di depan Amcorp Mall di sini disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan jawatankuasa tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama. Badrul Hisham mendakwa SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. "Malah, kononnya SPR direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit. "Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan," tambahnya. SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Dalam Negeri jangan mengulangi kesilapan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa. "Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor," katanya. -FMT
|
Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghaffar Pula Ditahan, Harakah & Suara keadilan Dirampas Posted: 23 May 2013 02:50 AM PDT Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini. Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari. "Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya. Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan. Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis. "Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter. Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut. Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini. Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu. Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan. Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar. Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian. Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa. Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya. Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall. Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia. -mk
Ulasan GB Yang terang-terangan bercakap dan berucap meniupkan api perkauman dari UMNO dan PERKASA tak pernah ditangkap. Blogger pro-UMNO yang terangan-terangan bikin dan siar video lucah di blog masing-masing dan menyiarkan tulisan berbentuk perkauman tak nak pulak ditahan. Allah tempat kita berlindung dan semuga Dia menurunkan hukumanNya kepada pihak yang zalim. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan