Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Kes Sosilawati: Bekas Peguam, 3 Yang Lain Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati
- [BERGAMBAR] Adam Adli Diikat Jamin RM5,000, Kes Disebut Semula 2 Julai
- [HOT] Sistem Pilihan Raya Malaysia Dicipta Untuk Kekalkan Kuasa BN
- [IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila
- Kemelampauan Cybertrooper UMNO Menyebabkan Rakyat Tolak UMNO BN
- Gaji Taib Mahmud Lebih Besar Daripada Gaji PM
[BERGAMBAR] Kes Sosilawati: Bekas Peguam, 3 Yang Lain Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati Posted: 23 May 2013 12:45 AM PDT R.Matan, T.Thilaiyalagan dan N Pathmanabhan dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di Shah Alam, Khamis. -foto AZHAR MAHFOF/The Star Mahkamah Tinggi pada Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap keempat-empat tertuduh dalam kes pembunuhan ahli perniagaan kosmetik Sosilawati Lawiya di Tanjung Sepat, Banting pada tahun 2010. "Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan yang munasabah," kata Hakim Akhtar Tahir. Hakim Akhtar Tahir telah membuat keputusan setelah berpuas hati dengan bukti dan bahan bukti yang dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula 4 Julai 2011. Bilik mahkamah beliau dipenuhi dengan keluarga tertuduh dan mangsa, media dan peguam. Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas pergi ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Kehilangan mereka menjadi tajuk utama di seluruh negara. Bekas peguam N. Pathmanabhan, 43, dan tiga pekerja ladangnya T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22 dan R. Kathavarayan, 33, dituduh membunuh Sosilawati dan pembantu beliau di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, di antara pukul 8.30-9.45 malam pada 30 Ogos 2010 |
[BERGAMBAR] Adam Adli Diikat Jamin RM5,000, Kes Disebut Semula 2 Julai Posted: 22 May 2013 11:00 PM PDT Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap Adam Adli Abdul Halim dengan seorang penjamin. Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian setelah aktivis mahasiswa itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui ucapannya pada 13 Mei lalu. Mahkamah juga membuat keputusan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Julai depan. Adam, 24, dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. Beliau diwakili peguam S Ambiga. Pagi tadi, lebih 50 orang penyokong aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini bagi memberi sokongan kepada Adam yang akan didakwa di bawah Akta Hasutan. Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu berhubung ucapan beliau pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor 13 Mei lalu. Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu. Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid. Pada awalnya keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pihak polis tidak membenarkan penyokong Adam Adli memasuki pekarangan lobi mahkamah. Namun keadaan kembali reda apabila perbincangan dilakukan antara penyokong dengan pihak polis. |
[HOT] Sistem Pilihan Raya Malaysia Dicipta Untuk Kekalkan Kuasa BN Posted: 22 May 2013 08:25 PM PDT Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian "first past the post" terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi. Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013. "Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN," kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi. "Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat," tambahnya. BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR). Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut. Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka. Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh. "Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya. Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen. Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat. Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa. Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi. Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya. Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. -TM1 Ulasan GB Sebenarnya tidak ada masalah mengenai sistem pengundian "first past the post" JIKA badan SPR itu bebas dan berkecuali. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah SPR terlalu senget dan dalam banyak masa lebih merupakan kakitangan parti pemerintah bukan sebuah badan yang bebas. Justeru itu segala tugas yang dilakukan termasuk persempadanan semula kawasan pilihanraya lebih mengutamakan untuk memenangkan BN. Itu sebab mengapa beberapa siri perhimpunan BERSIH diadakan. Ia bertujuan untuk mendesak agar SPR itu sendiri dibersihkan. Tetapi kerajaan memekakkan telinga kerana mereka tahu baahawa SPR selama ini adalah "budak suruhan" yang amat mereka sayangi kerana telah melakukan kerja-kerja cemerlang bagi pihak BN termasuk beberapa penipuan yang dikesan setiap kali pilihanraya diadakan. Jadi tugas utama sekarang ialah mengembalikan "kebenaran dan keadilan" ditempatnya yang sebenar. SPR perlu dibersihkan dan semua perbuatan salahlaku SPR selama ini perlu dihukum dan mereka yang terlibat dihumbankan ke penjara. GB tetap yakin Allah akan membantu kita di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan ini. Marilah kita sama-sama terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
[IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila Posted: 22 May 2013 04:35 PM PDT Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap. Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi. Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu. Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu. Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik? Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah... Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan. Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2. Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu. Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan... Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati) |
Kemelampauan Cybertrooper UMNO Menyebabkan Rakyat Tolak UMNO BN Posted: 22 May 2013 08:25 AM PDT Pengerusi Media Prima Johan Jaaffar memperakui peranan dan keterbukaan media baru; internet, Fb, blog, twiter dan sebagainya telah mengalahkan UBN. Katanya anak-anak muda lebih percaya kepada maklumat dari media baru yang ganas. Ini bermakna Johan mengikhtiraf peranan media baru ini lebih berfungsi dan mengalahkan media konservetif seperti radio dan televisyen dan akhbar arus perdana dalam menyebar dan menerima maklumat. Katanya walaupun Umno juga mempunyai perwira maya (cyber trooper) tetapi ia tidak cukup kuat dan perkasa untuk melawan propaganda oleh pihak Pakatan Rakyat. Persembahan atau maklumat yang ditaburkan oleh cyber tooper UBN seperti tidak diterima dan ditolak atau tepatnya tidak terlawan "keganasan" maklumat pihak Pakatan Rakyat. Kalau Johan sedar kenapa media baru lebih diterima berbanding dengan media konservatif, ia mempunyai jawaban yang mudah. Johan tidak perlu pening kepala memikirkannya dan mencari punca dan alasan. Tidak perlu kepada satu kajian yang menyeluruh pun. Johan mungkin sedar apa yang dilakukan oleh media konservatif seperti radio, TV3 dan RTM dan juga media arus perdana (PB) sepanjang pilihan raya lalu. Apakah peranan media berkenaan berada atas role yang benar atau sebaliknya. Apakah mereka masih mempertahankan etika dan falsafah jornalisme sebenarnya. Kehebatan atau sehebat mana minda sesebuah media ia tidak boleh menipu dan memperbodohkan minda rakyat untuk selamanya. Media konservatif itu bukan bertindak menjadi pembentuk fikiran dan saksiah rakyat lagi sebalik menjadi racun kepada minda dan keperibadian rakyat. Ia bukan saja menyiarkan berita yang diputar belitkan tetapi turut sama menyiarkan laporan-laporan porno yang tidak wajar dimainkan. Johan saya yakin mengetahui dan sedar perkara ini. Johan boleh semak kepada laporan-laporan ataupun bagaimana sikap media konservatif semasa pilihan raya lalu. Cuba tenguk apakah mereka menurut atau patuh kepada etika dan berpegang kepada falsafah sebenarnya. Berapakah nilai keadilan dan kesamarataan media konservatif berkenaan yang boleh kita berikan? Sejujur cuba buatkan satu necara untuk itu? Hari ini pembaca sudah celik dan mempunyai media alternatif. Apabila media koservatif sudah menjadi iseng dan gila (tahap gila babi) - tidak waras, maka mereka akan lari kepada media alternatif. Kalau media koservatif tidak memperbetulkan sikap dan peranan mereka, tidak mustahil mereka akan dipulau dan orang menonton tv atau membaca akhbar (media PB) hanya untuk tahu maklumat-maklumat mengenai perniagaan, sport atau alam wanita sahaja, bukan politik. Penurunan jumlah edaran dan permintaan kepada media konservatif itu terutama akhbar PB boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana media PB itu masih diperlukan. Johan sedar sekuat mana media arus perdana spin berita pihak pembangkang? Begitu juga kenapa maklumat atau laporan (propaganda) yang dimainkan oleh cyber trooper Umno lemah atau tidak agresif seperti mana kata Johan. Bukan apa melainkan juga kerana masalah kualiti dan propaganda yang berlebih-lebihan dari cyber trooper Umno. Bahan-bahan yang dimuatkan ataupun disediakan oleh cyber trooper Umno melampau dan ada sesetengahnya meloyakan di mana jijik untuk dibaca dan dilihat oleh pengikut media baru. Medium media baru UBN bukan tidak meriah tetapi kerana ia digerakkan secara berlebihan dan diluar batas yang boleh diterima akal manusia waras maka ia tidak dipedulikan. Ia tidak jadi sepopular media baru di pihak pembangkang. Walaupun media bebas dan tidak terikat dengan terma-terma tertentu, namun pembaca atau pengikutnya masih ada maruah. Di sini penjenguk media baru lebih bermaruah daripada apa yang cyber trooper Umno persembahkan. Meskipun tidak ada siapa yang mengawal mereka, tetapi sebagai seorang pengikut bermaruah mereka tidak tergamak untuk melibat bahan-bahan lucah dan melampau yang disajikan oleh cyber trooper. Ambil saja contoh pendedahan video lucah yang cuba mengaitkan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan melampau yang melewati akhlak dan tata budaya orang Melayu khasnya menyebabkan bahan itu tidak memberi kesan sebaliknya menjadi over kill kepada Umno? Ia memakan diri sendiri. Johan boleh buat kajian berapa peratus video lucah itu telah menurunkan undi Pakatan Rakyat? Di sinilah kesabronoaan cyber trooper Umno menyebabkan apa yang mereka dedahkan tidak memberi impak besar dan boleh dipersoalkan. Selain daripada memuat turun klik video sex yang direka, gambar-gambar super impose dibuat ke atas pemimpin Pakatan Rakyat juga berlebih-lebihan dan melampau. Daya kreatif cyber trooper Umno terlebih tinggi dalam soal ini sehingga ia tidak dijangkau oleh pembaca atau pengikut media baru. Saya ingin tegaskan cyber troper Umno bukan lemah dari segi prasarana dan kewangan. Mereka mempunya daya kewangan dan sokongan yang cukup. Bahkan mereka dilindungi oleh undang-undang. Saya difahamkan ada yang diupah mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi kenapa mereka dilihat lemah dan tidak boleh menjadi bentang kepada serangan media baru terhadap UBN kerana bahan-bahan mereka yang disajikan terlampau dan memualkan. Itu saja. Mengenai kekalahan UBN seperti mana disifatkan Johan kerana keganasan media baru, sebenarnya tidak tepat. Jika diukur daripada bahan-bahan yang disediakan oleh pihak cyber trooper Umno bahan disajikan cyber trooper Umno lebih ganas dan kejam dari apa yang dihidangkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Cyber trooper Pakatan Rakyat lebih terancang dalam menyiarkan sesuatu dan mereka ukur dengan kapasiti penerimaan minda rakyat Malaysia. Mereka tidak mereka-reka cerita atau terlampau membawa cerita personal yang teruk, sebaliknya lebih kepada menyerang secara psikolgis. Inilah perbezaannya. Jika hendak dihitungkan cyber trooper UBN lagi ganas dan tidak bertanggungjawab. Saya bersetuju dengan Johan peranan media baru ini akan menjadi lebih penting untuk masa akan datang dan ia bakal memusnahkan kerajaan UBN. Anak-anak muda atau mereka yang mesra IT akan menggunakan medium baru ini untuk mengakses maklumat ataupun menyampaikan sesuatu perkara yang mereka tidak puas hati. Media konservatif seperti radio, tv dan akhbar tidak akan popular lagi dan tidak menjadi medium rujukkan mereka kerana beberapa sebab. Sebab utama ialah kerana sikap melampau media berkenaan dalam memberi menyokong UBN dan menghentam Pakatan Rakyat. Kedua ialah media konservetif itu lambat tidak secepat dan sesegera maklumat yang diterima menerusi media baru Fb, blog atau twiter. Dunia hari ini semua orang mahukan kecepatan dan ketepatan. Disamping itu sudah ramai orang percaya media koservatif bukan berperanan sebagai pembentuk fikiran rakyat tetapi peracun minda dan sikap rakyat. — msomelayu |
Gaji Taib Mahmud Lebih Besar Daripada Gaji PM Posted: 22 May 2013 05:20 AM PDT Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000 KUCHING: Bernama semalam melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan. Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak. Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan