edyesdotcom |
- CHE'GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI
- HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505 SABTU INI (25 MEI) TETAP DITERUSKAN
- KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505
- KETETAPAN DAN PEMBERITAHUAN - HIMPUNAN #SUARARAKYAT505
CHE'GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI Posted: 23 May 2013 03:12 AM PDT Kenyataan Terbuka 23 Mei 2013 (6.05pm) CHE'GUBARD MASIH SELAMAT DAN SEDIA UNTUK AKSI 25 MEI Terdapat spekulasi yang mengatakan pengasas SAMM che'GuBard telah ditahan. Ternyata spekulasi ini tidak benar dan sehingga jam 6 petang ini, che'GuBard masih bebas dan sedia untuk bersama rakyat dalam himpunan #SuaraRakyat505 yang dijadualkan bermula dalam masa 48 jam dari sekarang. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua rakyat supaya tenang dan fokus bagi menjana persediaan terbaik untuk turun ke Himpunan #SuaraRakyat505. Ayuh turun beramai-ramai, selamatkan negara ini dan nyahkan SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya. Jumpa semua di Padang Timur depan Amcorp Mall Petaling Jaya. EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda SAMM |
HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505 SABTU INI (25 MEI) TETAP DITERUSKAN Posted: 23 May 2013 01:04 AM PDT Kenyataan Media 23 Mei 2013 HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505 SABTU INI (25 MEI) TETAP DITERUSKAN Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan bahawa perhimpunan yang dianjur oleh Gabungan "Suara Rakyat 505" akan tetap diteruskan walaupun ramai pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap. Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regime legasi penjajah untuk kekal berkuasa. SAMM juga sebagai antara penggerak utama himpunan #SuaraRakyat505 di Padang Timur (Amcorp Mall) tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun che'GuBard sendiri ditahan. Setakat ini juga, terdapat cubaan pihak polis untuk memberkas che'GuBard tetapi masih gagal. SAMM juga mengutuk keras tindakan tidak bertamadun pihak berkuasa yang menangkap YB Tian Chua, peguam aktivis Haris Ibrahim dan pemimpin veteran Thamrin Ghaffar. Fiasco penangkapan yang bermula apabila Adam Adli dicekup lewat minggu lalu, dijangka akan berterusan dengan beberapa lagi tangkapan. Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan. Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti. Peristiwa hari ini mengingatkan kita bagaimana penceroboh Sulu contohnya, diberi layanan dan masa yang selesa tetapi rakyat sendiri dilayan umpama penjenayah besar. Inilah Malaysia, rakyat perlu bangkit membetulkan negara ini! Agenda dan tuntutan yang telah diumum oleh Gabungan "Suara Rakyat 505" juga tidak berganjak, malah kehadiran orang ramai kini jauh di luar jangkaan setelah aksi gestapo yang ditunjuk oleh regim pemerintah, membuatkan rakyat lebih berani ke depan. Sesungguhnya rakyat tidak sedia ditipu lagi dalam 5 tahun akan datang, tetapi rakyat sedia untuk memperjuangkan tuntutan demokrasi bila-bila masa dari sekarang. Tarikh 25 Mei adalah pilihan terbaik bagi meledakkan apa yang dikata menifestasi #SuaraRakyat505. Jangan lupa, baju HITAM! CHE'GUBARD Pengasas SAMM |
KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505 Posted: 22 May 2013 01:30 PM PDT Kenyataan Media Gabungan "Suara Rakyat 505" 22 Mei 2013 KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505 Perkembangan paling menarik akhirnya muncul sekaligus bakal menyemarakkan semangat rakyat untuk bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505. Gabungan "Suara Rakyat 505" menyifatkan berita baik ini hadir tepat pada masanya. Semalam 21 Mei 2013 dalam himpunan bersiri #Blackout505 peringkat negeri Kedah, menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi signal yang jelas di hadapan 70 ribu hadirin, betapa semua pimpinan harus hormat aspirasi majoriti rakyat. Beliau juga menyebut dengan jelas bahawa protes penipuan pilihanraya ini bukan persoalan Anwar secara peribadi, tetapi ia adalah soal hak demokrasi rakyat yang dinafikan dengan penipuan PRU. Anwar selaku pemimpin harus respon kehendak rakyat. Rakyat mengambil keputusan untuk turun maka Anwar Ibrahim juga perlu turun bersama. Ini termasuklah detik penting acara 25 Mei ini yang dianjur gabungan 60 NGO gagasan "Suara Rakyat 505" pada jam 5 petang di Padang Timur (depan Amcorp Mall). Anwar turut yakin bahawa ratus ribu rakyat akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505 dan beliau pasti akan bersama, malah Anwar Ibrahim yakin pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat yang lain juga pasti akan bersama. Dalam acara yang sama sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mat Sabu juga menyatakan penegasan bahawa beliau akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505. Selaku penganjur, Gabungan "Suara Rakyat 505" mengalu-alukan kehadiran semua pimpinan Pakatan Rakyat. Kepedulian pimpinan Pakatan Rakyat ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak bersendirian dalam survival menjulang demokrasi demi masa depan agama, anak bangsa dan tanahair. Akhir sekali, Gabungan "Suara Rakyat 505" tetap bertegas bahawa tuntutan utama masih tidak berubah dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya rakyat tidak rela ditipu lagi setelah kian lama bersabar. Rakyat menuntut keadilan demokrasi sebenar dan dalang penipuan harus dihumban keluar. Kali ini rakyat tidak akan berganjak selagi Jawatankuasa tertinggi SPR tidak meletak jawatan. Sekian Gabungan "Suara Rakyat 505" Yang dianggotai oleh NGO ; 1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 3. Tindak Malaysia 4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 5. Parti Sosialis Malaysia (PSM) 6. Parti Rakyat Malaysia (PRM) 7. Gabungan Menuntut Royalti ® 8. Asalkan Bukan Umno (ABU) 9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) 11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) 12. Kill The Bill 13. Malaysian For Beng Hock 14. Mama Bersih 15. Kelab Bangsar Utama 16. Radio Bangsar Utama (RABU) 17. Mahasiswa Keadilan Malaysia 18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) 19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) 20. Indipendent Student Front (INSTEF) 21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY) 22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 23. Gabungan NGO Pengerang 24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB) 25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) 26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) 27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) 28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) 29. Angkatan Rakyat Muda (ARM) 30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 31. Unit Ehsan Malaysia 32. Anwar Ibrahim Club (AIC) 33. Agent of Change (AoC) 34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM) 35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U) 36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis) 38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
39. Gabungan NGO Kelantan 40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR) 41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT) 42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) 43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu) 45. Selamatkan Teluk Rubiah 46. Selamatkan Pantai Port Dickson 47. Selamatkan Pasar Payang 48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU) 49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN) 50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS) 51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA) 52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA) 53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI) 54. Comuniti Front (CF) Seremban |
KETETAPAN DAN PEMBERITAHUAN - HIMPUNAN #SUARARAKYAT505 Posted: 22 May 2013 06:10 AM PDT Kenyataan Media Gabungan "Suara Rakyat 505" 22 Mei 2013 KETETAPAN DAN PEMBERITAHUAN - HIMPUNAN #SUARARAKYAT505 1. Syukurlah, daripada maklum balas yang diterima setakat ini, Himpunan #SuaraRakyat505 yang akan diadakan di Padang Timur (berdepan Amcorp Mall) Petaling Jaya anjuran Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" mendapat sambutan hebat yang luar biasa. 2. Rakyat dari serata pelusuk negara khususnya yang telah menyertai himpunan #Blackout505 di peringkat negeri akan turun bersama dalam himpunan kemuncak yang dijadualkan bermula jam 5 petang bertarikh 25 Mei 2013. Setiap rakyat yang alami sendiri penipuan pilihanraya pasti tidak akan melepaskan peluang merebut kembali demokrasi yang telah digelapkan, secara demokratik seperti yang dibenarkan perlembagaan - menifestasi Suara Rakyat! 3. Namun dari maklum balas yang diterima juga mendapati sedikit kekeliruan berlaku mengenai tarikh dan masa berhimpun berikutan banyak spekulasi yang tersebar. Gabungan "Suara Rakyat 505" sekali lagi mengumumkan bahawa tarikh 25 Mei 2013 (Sabtu) telah ditetapkan sejak awal manakala himpunan bermula jam 5 petang. 4. 'Duduk dan Bantah' tetap menjadi tema bagi himpunan #SuaraRakyat505 dengan pakaian (atau simbol) HITAM menjadi warna rasmi himpunan. Penganjur bagaimanapun menasihatkan supaya tidak dibawa 'vuvuzuela' dan tiada penjualan 'vuvuzuela' pada hari tersebut atas faktor keselamatan, dan bagi melicinkan penyampaian arahan. 5. Sehingga hari ini SPR masih tidak lagi respon terhadap tuntutan perletakkan jawatan. Tiada harapan buat badan SPR hari ini dan ikrar rakyat untuk terus memberikan tekanan kepada SPR menjadi faktor keberjayaan himpunan #SuaraRakyat505. 6. Gabungan "Suara Rakyat 505" juga menyatakan solidariti penuh terhadap Adam Adli yang direman selama lima hari dan menghadapi pertuduhan akta hasutan. Ini adalah satu kekejaman terhadap anak muda dan hak untuk bersuara telah dinafikan oleh pemerintah yang seharusnya melihat dari sudut 'apakah punca' ucapan Adam Adli dihamburkan. Sesungguhnya, Adam Adli tidak langsung mengancam negara, hanya mengancam parti politik yang tidak mendapat sokongan majoriti walaupun dalam penipuan. Tidak salah untuk menjadikan penahanan Adam Adli sebagai pembakar semangat dan hadir ke himpunan #SuaraRakyat505. 7. Akhir sekali, pihak penganjur turut akan menyediakan beberapa booth pendaftaran massa sukarelawan yang ingin menyertai gagasan "Suara Rakyat 505" secara individu. Sekian Gabungan Suara Rakyat 505 Yang dianggotai oleh NGO ; 1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 3. Tindak Malaysia 4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 5. Parti Sosialis Malaysia (PSM) 6. Parti Rakyat Malaysia (PRM) 7. Gabungan Menuntut Royalti ® 8. Asalkan Bukan Umno (ABU) 9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) 11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) 12. Kill The Bill 13. Malaysian For Beng Hock 14. Mama Bersih 15. Kelab Bangsar Utama 16. Radio Bangsar Utama (RABU) 17. Mahasiswa Keadilan Malaysia 18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) 19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) 20. Indipendent Student Front (INSTEF) 21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY) 22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 23. Gabungan NGO Pengerang 24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB) 25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) 26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) 27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) 28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) 29. Angkatan Rakyat Muda (ARM) 30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 31. Unit Ehsan Malaysia 32. Anwar Ibrahim Club (AIC) 33. Agent of Change (AoC) 34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM) 35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U) 36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis) 38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
39. Gabungan NGO Kelantan 40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR) 41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT) 42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) 43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu) 45. Selamatkan Teluk Rubiah 46. Selamatkan Pantai Port Dickson 47. Selamatkan Pasar Payang 48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU) 49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN) 50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS) 51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA) 52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA) 53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI) 54. Comuniti Front (CF) Seremban |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan