RAKYAT MARHAEN |
- Sepanjang Himpunan #Bebaskan Adam Adli - (20 - 23 May 2013 ) Hadapan Balai Polis Jinjang
- Be warned Najib: Repercussions from Chinese boycott - WHO WILL HURT MORE?
- Pasca PRU13: 'Sekarang pun rakyat rasa dah duduk dalam hutan'
- Obsesi dengan ‘pengkhianatan Cina’ meracuni wacana selepas PRU13...UMNO@BN lupa daratan 1999 'Cina Penyelamat Mereka'
- Adam Adli mengaku tak bersalah tuduhan hasutan, bebas dengan ikat jamin RM5,000
- Terlibat dengan rasis: Presiden Cuepacs tidak matang?
- Tipu PRU : Kalau tak puas hati, inilah masanya guna undang-undang - SPR
- Tipu PRU: Sistem pilihan raya Malaysia dicipta untuk kekalkan kuasa BN, kata ahli akademik
- FULL STORY FROM THE WHITE HOUSE: US concerned about GE13 fraud, urges investigations
- Sebelum PRU Hamba..Lepas PRU Jadi Raja : Gaji PM Najib dan Kabinetnya
- Lensa: Situasi di luar Pusat Tahanan Jinjang 18 ditahan
- 18 ditahan sewaktu nyalaan lilin untuk Adam
- KETETAPAN DAN PEMBERITAHUAN - HIMPUNAN #SUARARAKYAT505
- Wan Azizah: Anak muda seperti Adam Adli bawa obor perjuangan
- Penipuan BN, Pakatan Rakyat tidak akan menyerah – Anwar
- Kematian terbaru dalam tahanan Polis paling buruk selepas Kugan
- Rakyat Miskin : Gaji naik 3 kali ganda tidak wajar - PAS Sarawak
- Pribumi S'wak protes di sidang hidrokuasa
- Tipu PRU: Berhenti Menakutkan Rakyat Yang Bantah Keputusan PRU 13
- SPR menipu...SPR juga tertipu?
- Tipu PRU: BN Terengganu bakal tumbang.. Bukti kukuh penyelewengan Pegawai SPR ,
- Demo jalanan tak jejas pelancongan, kata Nazri
- Adam Adli berjuang untuk tegakkan keadilan, kebenaran – Bapa
- Mana laporan ‘rundingan’ Umno dengan penceroboh Lahad Datu?
- SPR berdiam diri cetus reaksi rakyat – Haron Din
Sepanjang Himpunan #Bebaskan Adam Adli - (20 - 23 May 2013 ) Hadapan Balai Polis Jinjang Posted: 22 May 2013 08:59 PM PDT |
Be warned Najib: Repercussions from Chinese boycott - WHO WILL HURT MORE? Posted: 22 May 2013 08:56 PM PDT The recent worse than expected results from the GE13 has led PM Najib Razak to declare that their poor showing was due to the 'Chinese Tsunami'. The Chinese are being blamed for the loss of the extra 7 seats to the opposition while at the same time the Opposition accused the ruling coalition of using dirty tactics to help them win the election. Hence, what started as a sabre rattling or loggerheads between them led to the development of other events such as the Black 505 gathering nationwide by the Opposition. In addition, the recent call by certain NGOs and pro-Umno bloggers to urge Malay consumers to boycott products of Chinese firms. I reckoned that such a move is uncalled for because it will worsen the already tensed racial divide. Moreover with the recent announcement of our 1st quarter GDP growth of only 4.1% as opposed to estimated 6.2% really surprised many people. It was the worst performance since 2009. The following is the chart for our GDP growth since 2007. Further to this Malaysia also plagued by continued Government budget deficit. A budget deficit is a situation where our Government spend more than it received and thus we are living off credit nowadays. It is similar to households spending more than it earned thus had to rely on bank credit and credit cards to supplement their deficit spending. Malaysia's budget deficit of 4.5% to GDP is considered one of the highest in Asia and it will not end well unless we start implementing policies that promote more savings and less spending. The following is the chart for our Government budget deficit as of 2004. |
Pasca PRU13: 'Sekarang pun rakyat rasa dah duduk dalam hutan' Posted: 22 May 2013 08:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan. Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa. "Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan". Noh turut menyifatkan mereka yang mengadakan himpunan membantah penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai melampaui batas dan tidak hormat kepada perlembagaan. Ekoran itu beliau menyarankan mereka agar duduk dalam hutan. Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan Black505 yang diadakan di seluruh negara itu sebenarnya adalah mahu membebaskan negara dari cengkaman undang-undang rimba yang diamalkan Umno BN. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 22 May 2013 08:52 PM PDT 23 Mei — Hampir tiga minggu selepas Pilihan Raya 2013, ahli politik dan perniagaan pulang dari Putrajaya bercakap tentang suasana kecewa dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) berfikir dan bercakap tentang pengkhianatan Cina dan bukan Melayu dalam pilihan raya terbaru Malaysia. Ramai percaya pemimpin-pemimpin ini seharusnya berhenti berfikir atau bercakap seperti itu kerana ianya meracuni wacana selepas pilihan raya. Di kedai kopi dan tempat bersantai, kelompok ini mengatakan cakap-cakap sedemikian hanya akan memecah belahkan negara yang telah berpecah disebabkan kelas dan pendapatan. Mereka membangkitkan tentang analisis yang menunjukkan pengundi sebahagian besarnya mengundi berdasarkan isu nasional, lokasi, tahap pendapatan dan kumpulan umur berbanding pandangan simplistik "tsunami Cina" menyebabkan sokongan BN berkurangan. "Terdapat pemimpin dalam kumpulan pemikir, bercakap sesama sendiri bahawa Cina telah mengkhianat BN, bukan kaum lain. Mereka masih berfikir dalam kerangka kaum," kata seorang ahli politik yang baru pulang dari Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. "Cina meninggalkan MCA lebih daripada apa-apa lagi disebabkan oleh ideologi, bukan kaum," tambah beliau. |
Adam Adli mengaku tak bersalah tuduhan hasutan, bebas dengan ikat jamin RM5,000 Posted: 22 May 2013 08:49 PM PDT Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang. Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menyeru rakyat turun ke jalan raya untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Umno dan BN. Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai. Tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. Adam Adli diwakili peguam S Ambiga. |
Terlibat dengan rasis: Presiden Cuepacs tidak matang? Posted: 22 May 2013 08:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS, Anuar Tahir menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman mengenai isu Air Asia sebagai tidak matang. Read More / Baca Lagi >>(Presiden Cuepacs dengan PM) Jelasnya, sebagai seorang presiden yang mewakili pekerja-pekerja awam, beliau sepatutnya berfikir sebagai seorang yang lebih terpelajar dan bukannya terpengaruh dengan hasutan orang lain. Beliau mengulas kenyataan Omar yang menggesa kakitangan awam seluruh negara memboikot perkhidmatan AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi. Gesaan Omar disiarkan oleh Utusan Malaysia yang sedang berperang dengan Air Asia ekoran satu kritikan CEO Air Asia-X terhadap akhbar Umno itu. Utusan menjadikan kes seorang penumpang wanita Air Asia dengan anaknya yang terkandas di Vietnam sebagai senjata untuk menyerang syarikat penerbangan tambang murah yang berasal dari negara ini itu. |
Tipu PRU : Kalau tak puas hati, inilah masanya guna undang-undang - SPR Posted: 22 May 2013 07:20 PM PDT Timbalan Suruhanjaya SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Malaysia mengamalkan sistem "Westminster" di dalam pilihan raya di mana kemenangan sesuatu kuasa berdasarkan majoriti kerusi Parlimen dan Dun yang dipertandingkan. Menurutnya, undi popular tidak diambil kira di Malaysia untuk menyumbangkan kepada kemenangan pilihan raya lalu membentuk kerajaan. "Sistem dalam pilihan raya terbahagi kepada dua, satunya menentukan kemenangan melalui majoriti mudah berdasarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi. "Keduanya perwakilan berkadar yang mengira undi popular, ini dibuat di negara yang ada Presiden sebagai ketua negara. |
Tipu PRU: Sistem pilihan raya Malaysia dicipta untuk kekalkan kuasa BN, kata ahli akademik Posted: 22 May 2013 07:18 PM PDT PETALING JAYA, 23 Mei — Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian "first past the post" terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi. Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013. "Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN," kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi. "Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat," tambahnya. BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR). Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut. Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka. Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh. "Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya. Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen. Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini. Read More / Baca Lagi >> |
FULL STORY FROM THE WHITE HOUSE: US concerned about GE13 fraud, urges investigations Posted: 22 May 2013 04:01 PM PDT The White House Office of the Press SecretaryOn behalf of the President and the people of the United States, we congratulate Prime Minister Najib on his coalition's victory in Malaysia's parliamentary elections on Sunday May 5. We also congratulate the people of Malaysia, who turned out in record numbers to cast their votes, as well as the parties of the opposition coalition on their campaigns, as a vibrant opposition is a foundation of democracy. We note concerns regarding reported irregularities in the conduct of the election, and believe it is important that Malaysian authorities address concerns that have been raised. We look forward to the outcome of their investigations. The United States looks forward to continuing its close cooperation with the government and the people of Malaysia to continue to strengthen democracy, peace, and prosperity in the region. http://www.whitehouse.gov/the-press-office/2013/05/08/statement-press-secretary-malaysia-s-elections |
Sebelum PRU Hamba..Lepas PRU Jadi Raja : Gaji PM Najib dan Kabinetnya Posted: 22 May 2013 09:32 AM PDT |
Lensa: Situasi di luar Pusat Tahanan Jinjang 18 ditahan Posted: 22 May 2013 09:20 AM PDT depan Lokap Berpusat Jinjang Polis letak penghadang. Orang ramai berkumpul diluar hadangan dengan aman. Kami tak ganggu sesiapa. Penduduk pun tak komplen. Tentera Sulu masuk Sabah bawak senjata takde pun disambut dengan tear gas, kita rakyat Malaysia berkumpul aman bawak lilin depan lokap terus kena hambat macam penjenayah. Walaupun jalan di depan pusat lokap jinjang sudah ditutup, Tetapi orang yang menghadiri perhimpunan mlm ini, lebih daripada malam yg sebelum ini! Balai Polis Jinjang,KL- Polis mula menahan orang ramai yang berkumpul tanda solidariti pembebasan Adam Adli. Police started arresting supporters of Adam Adli at Jinjang Utara police lockup in KL...Stand off before the arrest at Jinjang Utara lockup. Police are dispersing the crowd and start arrest people! 14 Male and 4 female had been retained. DAP Segambut YB Lim Lip Eng , YB Dr Zulkilifi was to make sure the retained is not harmed while negotiating with the officer it is refused that the retained can be visit by lawyer... what is law with Malaysia enforcement? Police have detained 18 people who were among those who had gathered in front of the Jinjang police station tonight in a show of solidity towards student activist Adam Adli. It is believed the 18 picked up during tonigt's candlelight vigil comprised 14 men and four women. Adam who was detained last Saturday and is expected to be charged with sedition tomorrow following statements he made during a forum which was held last May 13. |
18 ditahan sewaktu nyalaan lilin untuk Adam Posted: 22 May 2013 09:07 AM PDT Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli. Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita. Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan esok. |
KETETAPAN DAN PEMBERITAHUAN - HIMPUNAN #SUARARAKYAT505 Posted: 22 May 2013 08:07 AM PDT Kenyataan Media Gabungan "Suara Rakyat 505" 22 Mei 2013 KETETAPAN DAN PEMBERITAHUAN - HIMPUNAN #SUARARAKYAT505 1. Syukurlah, daripada maklum balas yang diterima setakat ini, Himpunan #SuaraRakyat505 yang akan diadakan di Padang Timur (berdepan Amcorp Mall) Petaling Jaya anjuran Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" mendapat sambutan hebat yang luar biasa. 2. Rakyat dari serata pelusuk negara khususnya yang telah menyertai himpunan #Blackout505 di peringkat negeri akan turun bersama dalam himpunan kemuncak yang dijadualkan bermula jam 5 petang bertarikh 25 Mei 2013. Setiap rakyat yang alami sendiri penipuan pilihanraya pasti tidak akan melepaskan peluang merebut kembali demokrasi yang telah digelapkan, secara demokratik seperti yang dibenarkan perlembagaan - menifestasi Suara Rakyat! 3. Namun dari maklum balas yang diterima juga mendapati sedikit kekeliruan berlaku mengenai tarikh dan masa berhimpun berikutan banyak spekulasi yang tersebar. Gabungan "Suara Rakyat 505" sekali lagi mengumumkan bahawa tarikh 25 Mei 2013 (Sabtu) telah ditetapkan sejak awal manakala himpunan bermula jam 5 petang. 4. 'Duduk dan Bantah' tetap menjadi tema bagi himpunan #SuaraRakyat505 dengan pakaian (atau simbol) HITAM menjadi warna rasmi himpunan. Penganjur bagaimanapun menasihatkan supaya tidak dibawa 'vuvuzuela' dan tiada penjualan 'vuvuzuela' pada hari tersebut atas faktor keselamatan, dan bagi melicinkan penyampaian arahan. 5. Sehingga hari ini SPR masih tidak lagi respon terhadap tuntutan perletakkan jawatan. Tiada harapan buat badan SPR hari ini dan ikrar rakyat untuk terus memberikan tekanan kepada SPR menjadi faktor keberjayaan himpunan #SuaraRakyat505. 6. Gabungan "Suara Rakyat 505" juga menyatakan solidariti penuh terhadap Adam Adli yang direman selama lima hari dan menghadapi pertuduhan akta hasutan. Ini adalah satu kekejaman terhadap anak muda dan hak untuk bersuara telah dinafikan oleh pemerintah yang seharusnya melihat dari sudut 'apakah punca' ucapan Adam Adli dihamburkan. Sesungguhnya, Adam Adli tidak langsung mengancam negara, hanya mengancam parti politik yang tidak mendapat sokongan majoriti walaupun dalam penipuan. Tidak salah untuk menjadikan penahanan Adam Adli sebagai pembakar semangat dan hadir ke himpunan #SuaraRakyat505. 7. Akhir sekali, pihak penganjur turut akan menyediakan beberapa booth pendaftaran massa sukarelawan yang ingin menyertai gagasan "Suara Rakyat 505" secara individu. Sekian Gabungan Suara Rakyat 505 Yang dianggotai oleh NGO ; 1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 3. Tindak Malaysia 4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 5. Parti Sosialis Malaysia (PSM) 6. Parti Rakyat Malaysia (PRM) 7. Gabungan Menuntut Royalti ® 8. Asalkan Bukan Umno (ABU) 9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) 11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) 12. Kill The Bill 13. Malaysian For Beng Hock 14. Mama Bersih 15. Kelab Bangsar Utama 16. Radio Bangsar Utama (RABU) 17. Mahasiswa Keadilan Malaysia 18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) 19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) 20. Indipendent Student Front (INSTEF) 21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY) 22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 23. Gabungan NGO Pengerang 24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB) 25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) 26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) 27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) 28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) 29. Angkatan Rakyat Muda (ARM) 30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 31. Unit Ehsan Malaysia 32. Anwar Ibrahim Club (AIC) 33. Agent of Change (AoC) 34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM) 35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U) 36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis) 38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
39. Gabungan NGO Kelantan 40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR) 41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT) 42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) 43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu) 45. Selamatkan Teluk Rubiah 46. Selamatkan Pantai Port Dickson 47. Selamatkan Pasar Payang 48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU) 49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN) 50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS) 51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA) 52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA) 53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI) 54. Comuniti Front (CF) Seremban |
Wan Azizah: Anak muda seperti Adam Adli bawa obor perjuangan Posted: 22 May 2013 08:03 AM PDT JINJANG 22 MEI: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, anak-anak muda di Malaysia seperti Adam Adli Halim adalah harapan baru yang akan membawa obor perjuangan rakyat. "Anak muda yang akan membawa obor perjuangan, membawa masa depan yang gemilang. "Anak muda yang bersemangat akan membawa masa depan yang lebih baik kerana ada orang seperti Adam Adli," kata Wan Azizah di hadapan 1,000 hadirin pada program nyalaan lilin 'Bebaskan Adam Adli' di depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur, dekat sini malam tadi. Justeru Wan Azizah yakin, sokongan kuat rakyat terutamanya golongan muda yang berhimpun secara aman dapat membuka hati pemerintah untuk membebaskan aktivis mahasiswa itu dalam masa terdekat. "Saya doakan semangatnya akan menjadi lebih kuat dan membuka hati semua orang. Teruskan berjuang. Kita yakin kita akan menang. Hidup rakyat!" katanya disambut tepukan gemuruh. Turut hadir, Pengarah Komunikasi dan Ahli Biro Politik KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sivarasa Rasiah; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel termasuk ratusan aktivis NGO dan mahasiswa. Read More / Baca Lagi >> |
Penipuan BN, Pakatan Rakyat tidak akan menyerah – Anwar Posted: 22 May 2013 08:02 AM PDT ALOR SETAR 22 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada kemenangan BN yang diperoleh secara tipu sebaliknya perjuangan mendapatkan kebenaran untuk rakyat mesti diteruskan. "Kami ingin memberi mesej jelas kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan juga Perdana Menteri bahawa Pakatan tidak akan menyerah kalah. "Kita tidak akan menyerah kuasa bila terbukti Pakatan telah pun menang PRU 5 Mei lalu. Pemimpin SPR dituntut meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus," kata Anwar. "Putrajaya tidak boleh menjadi milik BN kerana mereka telah kalah sebenarnya. Kita tuntut Putrajaya dari mereka yang mendakwa menang, tapi menipu. "Kabinet 'recycle' yang tidak berkualiti dibentuk Perdana Menteri juga tidak akan kita akui," kata Anwar depan lebih 60,000 rakyat yang melimpah hingga di luar Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada Himpunan Black 505 malam tadi. Dalam pada itu, beliau menempelak pelantikan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang dibentuk Datuk Seri Najib baru-baru ini. "Pemimpin Hindraf ini pernah menolak keistimewaan dan hak orang Melayu dalam negara ini suatu ketika dahulu. "Ke mana pergi Pemuda Umno dan Perkasa? "Kenapa mereka tidak pertikaikan pelantikan pemimpin yang pernah mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu ini? Kenapa mereka diam?" kata Anwar. Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua serta pimpinan Pakatan Kedah. |
Kematian terbaru dalam tahanan Polis paling buruk selepas Kugan Posted: 22 May 2013 08:02 AM PDT KUALA LUMPUR 22 MEI: Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009. Peguam keluarga mangsa, N Surendran berkata, kedua-dua telinganya diketip dengan staple dan terdapat beberapa tanda pukulan di peha dan belakangnya. "Terdapat bukti fizikal pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, juga tanda pukulan di belakang dan bengkak. "Telinganya diketip dan besi yang diketip masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas. "Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, seperti dilapor Malaysiakini. Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. |
Rakyat Miskin : Gaji naik 3 kali ganda tidak wajar - PAS Sarawak Posted: 22 May 2013 08:01 AM PDT MIRI: PAS Sarawak mempertikaikan kenaikan gaji mendadak pemimpin kerajaan negeri Sarawak sebagaimana yang diluluskan oleh Dewan Undangan Sarawak kelmarin. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana kehidupan rakyat sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf kemiskinan sedangkan pendapatan mereka sangat tinggi. "Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut," kata Jofri dalam kenyataannya. Gaji ketua menteri Sarawak, timbalan ketua menteri, menteri-menteri serta wakil rakyat dan mereka yang dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat lebih dari tiga kali ganda mula 1 Januari 2012. Kenaikan gaji kali terakhir untuk kabinet Sarawak dalam pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Gaji Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan iaitu kenaikan tiga kali ganda. |
Pribumi S'wak protes di sidang hidrokuasa Posted: 22 May 2013 08:00 AM PDT Ia bertujuan mengetengahkan nasib masyarakat pribumi yang menderita akibat kesan negatif pembinaan banyak projek empangan hidrokuasa di negeri itu. Menurut Save Rivers, NGO pro hak-hak pribumi, peserta perhimpunan melibatkan masyarakat Penan, Kayan, Kenyah dan kumpulan etnik Iban. Mereka selama ini secara konsisten membangkitkan isu pembinaan empangan di Bengoh, Murum, Bakum, Baram dan Limbang. |
Tipu PRU: Berhenti Menakutkan Rakyat Yang Bantah Keputusan PRU 13 Posted: 22 May 2013 07:58 AM PDT KEPONG 22 MEI : PKR menggesa Kerajaan Umno-BN untuk menghentikan tindakan menakut-nakutkan rakyat yang membantah keputusan pilihanraya ke-13, sebaliknya berusaha memahami kehendak mereka yang mahu sistem pilihanraya diperbetulkan. Naib presiden PKR Sivarasa Rasiah juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan Kerajaan Umno-BN untuk menakut-nakutkan rakyat dan menyekat gerakan menuntut sistem pilihan raya yang telus. "BN kena faham, bahawa rakyat khususnya anak muda akan tetap lawan kerana mereka yakin bahawa prinsip mereka untuk tegakkan keadilan adalah betul. "Pergerakan ini akan terus berkembang sehingga BN tumbang dan sebuah kerajaan yang benar-benar demokratik dan telus dapat ditubuhkan di Malaysia," tegas Sivarasa. "Nasihat saya, cuba fahami kehendak anak-anak muda ini, terima teguran dan perbetulkanlah sistem pilihan raya yang menjadi punca. "Hentikanlah mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti dengan melakukan penangkapan seperti penahanan Adam Adli," tambah Sivarasa apabila ditemui di satu di hadapan balai polis Jinjang di sini semalam. Himpunan tersebut adalah bagi menunjukkan solidariti terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli yang ditahan reman sejak Sabtu lalu dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. Read More / Baca Lagi >> |
SPR menipu...SPR juga tertipu? Posted: 22 May 2013 07:53 AM PDT SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seseorang pengundi, namun penggunaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak, terutama ahli politik dan pengundi sendiri. Perkara ini telah dikesan sepanjang tempoh pengundian awal pada 30 April yang lalu. Dakwat kekal yang dicalit di jari yang kononnya boleh kekal 7 hari didapati boleh luntur dalam beberapa minit saja selepas dicuci. Sekarang ini SPR yang menipu atau SPR telah kena tipu atau kedua-duanya sekali ? Bila suasana semakin kecuh dan rakyat dah bising baru ada ura-ura SPR nak tubuh pasukan khas bagi menyiasat isu dakwat tak kekal ini. Sudah agak terlewat,, sepatutnya sebaik saja pengundian awal selesai tempoh hari, perkara ini sudah dilakukan. Apakah SPR sekarang ini bertindak dalam keadaan terpaksa atau sekadar melepas batuk ditangga? Wallah ! yang pasti mereka cuba nak menutup malu ! Apa-apa pun pekung didada SPR sudah terbuka, tembelang mereka sudah pecah, usus yang busuk sudah terburai ! Mampukah SPR menutupnya lagi? Dalam bab siasat ini,, SPR yang tidak ikhlas! SPR yang cuba menipu, SPR yang buat taik ! Takkan SPR sendiri nak siasat SPR? Siapa yang nak percaya? Kah, kah, kah !! Ini belum lagi masuk bab sebotaj dalam pengiraan undi dan kehadiran pengundi hantu ! - rahimothman |
Tipu PRU: BN Terengganu bakal tumbang.. Bukti kukuh penyelewengan Pegawai SPR , Posted: 22 May 2013 07:51 AM PDT Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut. Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu. Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum. Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan wakil PAS dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang juga telah maklum akan situasi ini. Perjumpaan tertutup telah diadakan dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu. SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH! Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat. Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang dalam Pilihan Raya Kecil, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16. |
Demo jalanan tak jejas pelancongan, kata Nazri Posted: 22 May 2013 07:49 AM PDT Peningkatan demonstrasi jalanan 'haram' di Malaysia secara umumnya tidak memberi kesan buruk kepada pelancongan, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. Sebaliknya, kata beliau, sektor tersebut mencatatkan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan. Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mohd Nazri berhujah bahawa data pelancongan tidak menunjukkan sebarang impak daripada demonstrasi jalanan. Sejak beberapa tahun lalu, tambahnya, trend menunjukkan bahawa setiap tahun terdapat peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan, kecuali pada tahun 2003, kerana SARS dan kemelesetan ekonomi global. Berikutan trend itu, katanya, antara tahun 2008 sehingga kini terdapat banyak demonstrasi haram yang telah berlaku, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan." |
Adam Adli berjuang untuk tegakkan keadilan, kebenaran – Bapa Posted: 22 May 2013 07:48 AM PDT JINJANG 22 MEI: Bapa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid berkata, beliau telah 'menyerahkan' anaknya kepada Malaysia demi perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada acara nyalaan lilin 'Bebaskan Adam Adli' depan Lokap Berpusat Jinjang malam tadi, Abdul Halim berkata, Adam pernah memberitahu tentang keinginannya untuk menjadi pejuang dan membela nasib rakyat. "Adam pernah bertanya kepada saya – "Saya nak jadi aktivis untuk menegakkan suara rakyat, ayah setuju?". Saya kata – silakan. "Saya telah serahkan anak saya kepada Malaysia," kata Abdul Halim disambut tepukan gemuruh hadirin. Kata Abdul Halim, dalam pertemuan dengan Adam semalam, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang rasa takut atau lemah. Bagaimanapun, beliau sedikit ralat kerana tidak dapat bercakap secara terus dan memeluk anak sulungnya itu. "Saya hanya dapat berbisik kepadanya melalui celah-celah lubang dinding. Dia cukup ambil berat tentang kawan-kawannya di luar," kata Abdul Halim. Read More / Baca Lagi >> |
Mana laporan ‘rundingan’ Umno dengan penceroboh Lahad Datu? Posted: 22 May 2013 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR 22 MEI: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal tindakan kerajaan yang masih tidak mendedahkan hasil rundingan kerajaan dengan penceroboh Sulu. Katanya, antara isu yang menyelubungi insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari lalu ialah permintaan kumpulan bersenjata Sulu yang mahu bertemu seseorang yang berpangkat 'VIP' kerajaan Malaysia. "Siapa personaliti VIP yang dikatakan Sultan Kiram yang ingin ditemuinya? Apa yang cuba dilindungi pimpinan Umno BN sehingga mereka enggan mendedahkannya? "Bagaimana orang yang terlibat dengan pencerobohan merupakan seorang yang pernah menjadi ADO (Pembantu Pegawai Daerah) di Kudat? Ini persoalan yang mereka gagal jawab," kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil kepada Keadilan Daily. Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan lalu memaparkan gambar pertemuan antara ketua penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno. Antaranya bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Read More / Baca Lagi >> |
SPR berdiam diri cetus reaksi rakyat – Haron Din Posted: 22 May 2013 07:47 AM PDT KOTA BHARU: "Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan. "SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan," kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi. Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal. Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku. Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan