ANAK SENGAT |
TAKUT...TAK TAKUT...TAKUT..TAK TAKUT... Posted: 02 May 2013 12:06 AM PDT sebuah catatan sahabat yang aku terima ... sebagai luahan bimbang dan tenang... rasangka dan faktanya... bacalah.... terima kasih sahabatku KHIR Parit.... baca jangan tak baca.. dan fikirkan.. Salam, tolong sebarkan. TQ Apabila penjawat awam di Kementerian XXX menulis : Pilihanraya ni adalah medan untuk mereka yang bertanding menawarkan kaedah terbaik bagi mereka mentadbir Negara, jadi aku lihat manifesto serta kelayakan calon dan parti yang bertanding. Kelayakan ini termasuklah juga track record serta sedekat mana mereka dengan ciri-ciri pemimpin mengikut acuan Islam. Lagipun, kita orang Islam buat keputusan kena fikir sampai hari Akhirat sebab banyak ayat Al-Quran sebut tentang pengikut akan disusun ikut pemimpin yang mereka pilih masa di dunia & lepas tu ikut saf Nabi Muhammad. Kalau pemimpin yang dipilih nanti dibangkitkan dalam group lain daripada saf Nabi, apa pula harapan pengikut? Jadi, neraca aku sebagai orang Islam senang. So, siapa akan aku pilih? Setakat ini sebagai penjawat awam, jujurnya manifesto PR utk penjawat awam yang dinyatakan oleh Dato Husam bila bertanding di Putrajaya amat menarik sebab ia dibuat betul-betul memahami isi hati aku. Pertama, soal rumah. Rumah mahal satu hal, tapi bila buat pinjaman kerajaan pun kena ada caj & faedah pula. Dato' cadang kalau PR menang, faedah & caj pinjaman ni mereka akan buang sebab tak logik orang kerajaan kerja untuk kerajaan dan rakyat, tapi kena caj atas benda-benda tu. Lainla kalau buat loan bank sebab bank tu buat bisnes. Kerajaan Kelantan yang bajet terhad tu pun dah lama buat, x bankrap pun negeri, so bagi aku realistik. Lepas tu Dato' janji, kalau PR review balik cara urus kewangan negara & boleh tutup kebocoran berpuluh billion setahun spt yang Ketua Audit Negara bagitau, PR bercadang nak bagi 4 bulan bonus kepada penjawat awam utk tahun pertama perintah. Honestly, aku ragu juga betul ke boleh buat? Tapi kerajaan sebelum ni pun x pernah bagi lebih 2 bulan, so nak juga aku tengok & nothing to lose pun. Pikir-pikir balik – kutipan cukai LHDN diumum setiap tahun naik berbillion, member-member dalam kompeni kerajaan seperti Petronas, TNB, Telekom, PNB, ada yang dapat bonus sampai 6 bulan, padahal tu kira hak kerajaan & hak rakyat macam aku jugak, kenapa kemakmuran tu x boleh dikongsi dengan adil? So, aku akan pilih PR sebab nak tengok setakat mana diorang boleh bagi. Staf aku yang 41 kebawah pulak akan dikecualikan income tax. Make sense sebab ada staf bawahan aku ni terpaksa buat dua kerja cashier kat Tesco, meniaga pasar malam nak tanggung family. Relief2 mcm ni campur janji PR utk toll free, air free 20cubic, kurang2 boleh bantu depa utk stay malam di rumah didik anak2, produktiviti pun meningkat sbb fokus satu kerja aje. Yang terbaru, PR nak bayar gaji ikut minggu yang lebih adil kerana rupa-rupanya ikut sistem gaji bulanan sekarang, setahun dikira 12 bulan = 12 x 4 = 48 minggu, sedangkan ikut sistem mingguan, setahun = 52 minggu. Jadi ada 4 minggu dlm sistem skrg yg gaji x dibayar. Jadi, nanti kalau PR naik, kakitangan awam akan dapat 1 bulan gaji lebih dalam setahun, Alhamdulillah. Kalau tengok track record, Dato' Husam & PAS Kelantan antara kerajaan yang mula-mula introduce polisi yang dekat dengan penjawat awam – hari berkerja 5 hari, cuti bersalin 60 hari, cuti untuk suami, rumah/quarters wajib paling kurang 3 bilik, pinjaman x ada faedah etc..so worth it utk aku tgk stkat mana dia perform di peringkat Pusat. Kalau x jalan, next PRU aku tukarlah. Tak takut ker? Hehehe..ramai tanya kat aku benda ni..aku check dgn kawan2 lawyer, sekarang undi 100% rahsia sebab no. siri dah ditiadakan atas kertas undi. So, apa nak takut lagi? Takut yang mutlak pada Allah – Dia yang bagi rezeki – Kalau PM & satu dunia nak bagi aku naik pangkat, tapi Allah kata tak, tak naik. Kalau satu dunia tak nak bagi aku 10sen, tapi Allah kata bagi, dapat.. . Lagipun x ke pelik kena takut. Bahkan takut itu tunjukkan something wrong dengan system yg ada & sah2 kena ubah. Tak kenang budi ke? Hehehe..ini satu yg selalu member2 dok tanya. Jujur, aku berterima kasih dengan kerajaan BN sebelum ni. Banyak pembangunan fizikal dibuat. Macam Putrajaya ni, infra dia bagus. Tapi untuk isi dengan benda2 bersifat dalaman ni, aku rasa PAS sbgai komponen PR lagi layak. Pergi ajelah Bangi sekarang. Sejak PAS & PR pegang Selangor, aku tengok parking Masjid Hijau tu penuh & sibuk selalu time solat & kuliah maghrib. Masjid & surau lain pun aku tengok sama. Orang x pergi surau x nampak la benda2 macam ni kan? .. BN buat sekolah, tapi aku nak PAS yang isi dengan pendidikan Islam diorang mcm Tahfiz Sains di Kelantan. BN buat masjid, tapi aku nak PAS yang isi dengan program ulama2 yg boleh menyentuh hati & didik aku & keluarga. BN buat highway, tapi aku nak PAS & PR 'free' kan dia dari tol mcm Ustaz Hadi Awang bagitau Islam haramkan cukai jenis pukul rata org miskin & org kaya. Wakil2 rakyat PAS & PKR pun aku tahu ramai jenis kaki surau. So, aku berterima kasih dengan UMNO/BN, tapi aku lebih bersyukur pada Allah Taala dgn pilih wakil rakyat ikut acuan Dia. Tak takut DAP ke? Hahaha… DAP bertanding 51 kerusi aje daripada 222. Nak pegang negara mcm mana? Calon Melayu Islam PAS, PKR & 2-3 org DAP pun ada 145 orang lebih ramai dari 132 calon Islam dalam UMNO/BN. Apa nak takut? Lagipun DAP ini mcm MCA dalam BN lah. Ada kakitangan awam yang bengang juga dengan DAP sebab kenyataan Tony Pua yang sebut nak kurangkan bilangan kakitangan yang ada. Tapi aku check dlm kenyataan Dato Husam terbaru, semua kekal, bahkan yang kontrak pun akan dinilai untuk ditetapkan jawatan. Tak takut dengan Anwar ke? Hehehehe…ini pun satu. Kesian pun ada aku kat Datuk Seri Anwar & keluarga dia. Masa belajar di MCKK, dia yang tubuhkan Badan Agama sekolah, lepas tu kembangkan ABIM, sekarang lepas keluar UMNO kena kata macam2. Sejak pemuda, kalau kita google dia aktif dalam belia Islam Antarabangsa dan rapat dengan ulama2 besar spt Dr Yusof Qardhawi, Prof. Ismail Ibrahim & Syeikh Jabir Al-Awani. Memang media mainkan kata2 ramai kawan2 dia yang tinggalkan dia dan kata macam-macam, tapi in the end, aku tengok juga bagaimana pembentukan keluarga kerana itu asas kejayaan seorg lelaki atau suami. Isteri dan anak-anak dia nampak lebih dekat dengan Islam berbanding ramai kalangan kita pun. Aurat jaga, personality pun jaga. Nak hipokrit susah benda-benda ni kalau sampai berpuluh tahun. Ada kawan2 kita yang dok Melbourne bagitau anak-anak Anwar dihantar sekolah agama Darul Taqwa. Kalau nak jadikan mereka ni liberalist, pluralist, buat apa hantar anak sekolah agama? OK lah, ini pandangan aku. In the end, mcm aku cakap tadi, sebagai kakitangan awam, aku berterima kasih pada kerajaan UMNO/BN selama ini. Tapi untuk move forward mengisi pembangunan fizikal itu, aku nilai PAS & PR lagi layak terutama pembaharuan2 mereka utk kakitangan kerajaan dan juga masa depan Islam. Chow dulu. Wassalam. |
You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan