Selasa, 7 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Bagaimana Dakwat Kekal di Jari Najib HILANG?

Posted: 07 May 2013 03:25 PM PDT




P/s: Adakah dunia menyaksikan PRU terkotor dalam sejarah Malaysia?



Lagi Blogger PR Kena Tahan Selepas Milo Suam; Kaki Lucah, Ugut, Samseng Bebas Berkeliaran

Posted: 07 May 2013 12:45 AM PDT



Maklumat yang mengatakan blogger King Jason ditahan oleh pihak polis.






TNB Keluar Kenyataan TIADA Gangguan Elektrik, Jika Begitu Bagaimana Boleh Black Out? Angkara Siapa?

Posted: 06 May 2013 11:35 PM PDT


TNB: Tiada gangguan elektrik waktu kira undi

[Bernama] Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13, semalam.

Sehubungan itu, TNB dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi meminta semua pihak supaya menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar dalam media sosial.

"Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.

"Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut," menurut kenyataan itu.


Pengakuan Staf TNB:

Tulisan : Staf TNB

Saya nak bangkitkan satu isu 'Blackout' yang berlaku semasa pengundian.

Saya salah seorang staf TNB.

Untuk makluman, pihak TNB telah sediakan jadual standby untuk semua staf menjaga bilik gerakan termasuk pencawang elektrik bagi kemungkinan berlakunya bekalan elektrik terputus.
Seperti gambar-gambar yang disiarkan di internet itu adalah gambar staf TNB yang bertugas bagi memastikan tiada bekalan elektrik terputus dan jika berlaku bekalan elektrik putus akan disambung dengan kadar segera.

Untuk makluman, kesemua bilik pengiraan undi terutama di kawasan panas, pihak TNB telah sediakan genset.
Dan saya yakin 100% tidak mungkin genset ini akan menyebabkan terputus bekalan elektrik.

Tapi saya amat hampa rupanya ada pihak tertentu ini yang telah melakukan kezaliman sebegini kepada rakyat sekaligus nama TNB terjejas.

Ini adalah propaganda pihak tertentu yang tidak bersih.
Apa yang saya hendak sampaikan disini, saya amat yakin pihak tertentu inilah yang memutuskan bekalan elektrik yang telah disambung ke pusat pengiraan undi dan tiada berlakunya putus bekalan elektrik ini disebabkan oleh TNB.

Saya amat sedih perkara ini berlaku berikutan ini adalah harapan seluruh rakyat malaysia.

Semoga apa yang saya sampaikan disini terjawab serba sedikit berkaitan TNB Vs Putus Bekalan Elektrik PRU 13.

Utk makluman, kebanyakan staf TNB adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat. Mustahil penyokong PR ini sendiri yang hendak sabotaj sehingga berlakunya blackout ini.


Sumber di sini.


P/s: TM tidak mahu cakap banyak. Kita mengadu kepada Allah:




Tiada ulasan: