Selasa, 7 Mei 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pakatan Rakyat Perak sebenarnya menang di Perak , tapi ditipu lagi dan lagi...

Posted: 07 May 2013 06:00 AM PDT



Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi ituoleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

 "Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. "Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

" Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, "Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

"Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya." "Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.


Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. "Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.

Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.

"Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.

Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, "Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar."

"Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka."

Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.

Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi

" Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi."

Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.

Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.

"Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan."

Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. "Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.


Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. " Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang sahih.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.

Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Vasantha Kumar membuat aduan polis dib alai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin. SUMBER

Najib pertahankan Utusan Meloya mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu?

Posted: 07 May 2013 05:00 AM PDT

Walau pun Datuk Seri Najib Razak mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008. 

Akan tetapi Utusan Malaysia, akhbar yang mewakili golongan kanan Melayu sebahagian besarnya bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mengeluarkan beberapa artikel menyalahkan Cina kerana memecah belahkan Malaysia. 


Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Meloya (gambar atas) hari ini mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu. 

Proses perdamaian kebangsaan yang dijanjikan oleh Najib, nampaknya indah khabar dari rupa dan lebih merupakan cakap-cakap kosong! 

Ini kerana Najib mempertahankan serangan Utusan Malaysia terhadap komuniti Cina kerana menyokong DAP. 

Beliau mendakwa parti pembangkang yang dikuasai Cina itu telah menyesatkan Cina ke polarisasi kaum yang lebih besar menjadikan mereka berfikir mengundi parti itu akan membawa kepada perubahan kerajaan. 


Namun, pandangan Najib telah dibantah oleh  bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullahdan (gambar atas) dan  juga bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Time,  Datuk A Kadir Jasin.

Datuk Saifuddin berkata, Saya tidak bersetuju dengan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" dalam Utusan Malaysia hari ini.Kita perlu bijak apabila menilai keputusan pilihan raya umum ke-13. Saya kalah tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa. 

Sementara itu, semalam, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times,Datuk A Kadir Jasin (gambar bawah) mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?" semalam. 

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak. 

Kadir mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969. sumber

2 Karung Kertas Undi SPR Tercampak Daripada Heli?

Posted: 07 May 2013 01:02 AM PDT


Penduduk menjumpai 2 beg kertas undi dicampak dari heli oleh SPR!!!! Apa pula alasan SPR nanti?

Banyak sangat cerita-cerita meragukan dalam Pilihan Raya kali ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima keputusan pilihan raya kerana SPR tidak telus dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Baca lagi di sini

Pesuruhjaya PAS mahukan PAS menerajui Selangor

Posted: 06 May 2013 11:00 PM PDT

Nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua PAS Kuala Langat. 

Itulah menurut kehendak bekas Pesuruhjaya PAS Hasan Jati, yang masih ingat dirinya  belum lagi di pecat! Baca di sini

Presiden dan SU Agung PAS mesti beri laluan ...

Posted: 06 May 2013 07:52 PM PDT

Akhirnya, seperti Kerajaan PAS Terengganu 2004, negeri Kedah hanya bertahan satu penggal di bawah PAS.

Soalan Tulang Besi kepada pembaca sekelian adalah berapa banyak kerajaan negeri lagi yang harus runtuh sebelum ahli2 serta perwakilan2 memberhentikan kegilaan ini?

Adakah kita hendak tunggu sehingga hancur lebur PAS serta Pakatan Rakyat barulah kita hendak mengambil tindakan? Ataupun kita hendak tunggu bantuan dari langit dari Allah? Kalau wujud bantuan Allah sudah tentulah PAS masih berkuasa di Terengganu dan Kedah. 

Soalnya sekarang adakah kita masih mahu mengekalkan seorang Presiden semata-mata kerana doktrin Kepimpinan Ulama walaupun Presiden itu secara jelasnya telah hilang kelayakan memimpin semenjak 2004 lagi? 

Adakah ini tanda2 Allah SWT redha dengan PAS kerana mengamalkan kepimpinan ulama? Baca lagi di sini

Tiada ulasan: