DUNIACACAMARBA |
- Kita Terima Kekalahan, Tetapi Kita Juga Wajib Menentang Penipuan...8 Mei Stadium Kelana Jaya!!!
- Anwar Mahu Selesai Isu Penipuan PRU Sebelum Timbang Bersara
- Statistik PRU13, PR Menang dalam Kalah
Kita Terima Kekalahan, Tetapi Kita Juga Wajib Menentang Penipuan...8 Mei Stadium Kelana Jaya!!! Posted: 06 May 2013 05:45 AM PDT [MK] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam raya 5 Mei. "Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak. "Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan. Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya. Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN. "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia. "Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bSPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya. "Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," katanya lagi. |
Anwar Mahu Selesai Isu Penipuan PRU Sebelum Timbang Bersara Posted: 06 May 2013 05:39 AM PDT [MK] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13. Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan. "Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. "Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada. Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi. "Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya. Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini. "Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh. "Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya. Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya. Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat. "Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya. Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi. Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu. "Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu. "Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. "Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. |
Statistik PRU13, PR Menang dalam Kalah Posted: 05 May 2013 10:14 PM PDT PARLIMEN 2008 = BN 140 vs PR 82 2013 = BN 133 vs PR 89 ( PR tambah 7 kerusi ) DUN 2008 = BN 344 vs PR 161 2013 = BN 275 vs PR 230 ( PR tambah 71 kerusi) Jumlah Undian keseluruhan Mengikut Kiraan Undian di seluruh Malaysia: PRU 12: BN 4.0 Juta - PR 3.7 Juta PRU 13: BN 5.3 Juta - PR 5.6 Juta P/s: Walaupun dapat merampas Kedah, prestasi Najib sebenarnya lebih teruk daripada Pak Lah dari segi perolehan kerusi Parlimen dan DUN, tambah-tambah memikirkan wang yang sudah dilaburkan untuk memenangi PRU kali ini, belum lagi mempersoal tindakan yang mengkhianati negara. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan