Isnin, 6 Mei 2013

Biaqpila

Biaqpila


Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?

Posted: 06 May 2013 03:00 PM PDT



SEJURUS selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional telah memperolehi bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Encik Najib bin Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya 13. Ia cukup senang: tsunami Cina.

Mungkin ini kerana penasihat-penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, parti DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.

Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda-agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.

Maka dengan dua perkataan ini, Encik Najib berharap mendapat anggukan setuju dan sokongan orang Melayu umumnya, dan ini bertujuan untuk mematahkan sebarang cabaran daripada dalam parti beliau sendiri. Beliau turut disokong oleh Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang memberi komen bahawa kini Malaysia mempunyai sistem dua-kaum (two-race system).

Penulis tidak mampu menberi pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, daripada segi pendakwaan amalan penipuan undi, atau kembalinya undi Melayu ke pangkuan BN. Sudah pasti topik ini menjadi bualan para penganalisis dan pakar sains politik dalam hari-hari akan datang.

Ramai kawan-kawan penulis yang berbangsa Cina kecewa dan marah selepas mendapat keputusan. Mereka begitu terkilan dengan komen 'tsunami pengundi Cina' . Bangsa penulis dijadikan senjata oleh Encik Najib dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan ketakutan.

Jadi amatlah sesuai rasanya tajuk cerita ini. Apa yang orang telah Cina lakukan?

Dr. Mahathir pernah memuji kaum Cina sebagai lebih pragmatik dan praktikal. Penulis berterima kasih kepada Tun atas pujian tersebut dan akan cuba menjelaskan trend mengundi pengundi Cina, terutamanya yang muda.

Pengundi Cina disuap dengan pelbagai jenis berita rasuah dan salah-guna kuasa tiap-tiap hari di media sosial. Walaupun bukan semuanya betul atau tepat, malangnya kerajaan BN yang lepas ada juga mengaku atas tuduhan kepincangan pentadbirannya.

Isu seperti skandal lembu NFC telah memberi persepsi buruk bahawa kerajaan (bukan parti) dipenuhi kekotoran dan memerlukan perubahan drastik.

BN tidak memahami sentiment anti-rasuah (bukan kerajaan Melayu) ini, maka mereka telah menggunakan taktik pendekatan yang amat salah. Cara seperti mempelawa Psy untuk menyanyi lagu ketika Tahun Baru Cina bukan sahaja tidak menyumbang kepada faktor 'feel good' terhadap BN, tetapi mengukuhkan lagi tanggapan pengundi Cina bahawa BN kaya sangat dengan hasil rasuah sehingga Psy pun boleh dijemput macam itu sahaja.

Ketidakfahaman ini juga mengakibatkan Encik Najib menanyakan soalan yang 'memalukan' kepada hadirin-hadirin di Han Chiang itu.

Sebagai peringatan, BN wajar mendapat maklumat dan nasihat dari sumber yang lain daripada MCA. Kekalahan teruk parti komponen itu telah menghantar mesej yang jelas lagi teru-terang.

Pengundi Cina juga tertarik dengan penawaran calon-calon yang berkaliber lagi menarik daripada parti-parti pembangkang. Kebanyakan calon-calon ini merupakan orang yang relatifnya muda, profesional, dan tidak mempunyai bagasi politik. Kebanyakan mereka bersih dan berani untuk berdepan dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Calon-calon yang ditawarkan oleh MCA pula terkenal dengan nyanyian dan kelakuan yang memalukan. Malah salah satu calon profesional dari MCA – calon Parlimen Pandan Encik Gary Lim – dikatakan telah melanggar etika peguam dan surat-surat tunjuk sebab yang dihantarkan kepada beliau telah dibongkarkan oleh Rafizi Ramli.

Persepsi rasuah, cara pendekatan yang salah hasil ketidakfahaman aspirasi pengundi Cina, dan perbezaan kualiti antara calon-calon merupakan penjelasan penulis akan sokongan kuat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Wahai Encik Najib, apakah yang orang Cina telah lakukan?

harakahdaily


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

KITA PAKAT TENGOK APA JADI DENGAN KES DAKWAT KEKAL NI

Posted: 06 May 2013 11:17 AM PDT

DEY MACHA!!!
KITA PAKAT TUNGGU DAN LIHAT
APA AKAN JADI DENGAN KES DAKWAT KEKAL NI
ADAKAH SPR AKAN DIDAPATI BERSALAH MENIPU
ATAU RAKYAT YANG KENA HUKUM 
PASAI BASUH JARI GUNA SABUN
ATAU KES NI AKAN SENYAP MACAM TU SAJA
KAH! KAH! KAH!


Dakwat kekal: Jabatan Peguam Negara terima lebih 100 aduan

6 Mei 2013
PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara menerima lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu Abdul Wahab Mohamed hari ini.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan aduan berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut.

"Aduan pertama ialah berhubung kesan dakwat kekal yang luntur diterima dari Port Dickson, Negeri Sembilan pada 30 April lepas," katanya pada sidang berita di sini.

Menurut beliau lima lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret masing-masing di Klang, Kangar, Perlis, Kampar, Perak, Kuala Terengganu dan Petaling Jaya, esok berkaitan kesalahan pilihan raya.

Mereka akan didakwa terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dan melakukan khianat.

Dari 3 Mei hingga hari ini, jumlah kes berkaitan pilihan raya yang diarahkan untuk siasatan lanjut ialah 665 sementara 181 kes tiada tindakan lanjut, katanya. - Bernama


SH

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


TERBONGKAR!!!! VIDEO PARTI RASUAH TERSEBAR

Posted: 06 May 2013 05:48 AM PDT








Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab "al-risywah". Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan " memberi dan menerima suapan" adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
" Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka".

Allah telah berfirman dalam al-Quran:

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقاً مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Surah Al Baqarah, Ayat 188

And eat not up your property among yourselves in vanity , nor seek by it to gain the hearing of the judges that ye may knowingly devour a portion of the property of others wrongfully .

你们不要借诈术而侵蚀别人的财产,不要以别人的财产贿赂官吏,以便你们明知故犯地借罪行而侵蚀别人的一部分财产。§


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

PR MENANG SEBENARNYA....MAI BACA NI!!!

Posted: 05 May 2013 10:00 PM PDT



Saudara-saudari semua, hakikatnya kedudukan Pakatan Rakyat semakin kukuh dengan rumusan berikut:

+ Pertambahan 7 Kerusi Parlimen.

+ Pertambahan 71 Kerusi DUN.

+ Undi Popular berpihak kpd PR yg pertama kali dalam sejarah!

+ Peratus keluar mengundi tertinggi dlm sejarah Malaysia, iaitu sbnyk 80%-82%.

+ Rakyat Malaysia semakin celik politik dan tidak mudah diperbodohkan.

+ Pengundi muda adalah harapan perubahan di masa hadapan. TERUTAMA kpd anak2 yg lahir tahun 1996 dan ke atas. Anda semua adalah GENERASI PEMENANG utk PRU14 akan datang!

Terus bersama2 saya utk bekerja lebih keras. Bukan shj utk kemenangan PRU 14 yg akan datang tetapi yg LEBIH PENTING adalah utk membina masa hadapan yang lebih baik bagi zuriat kita semua.

Saari Sungib Official

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

WALAUPUN BN MENANG PUTRAJAYA,LIMA PEGAWAI NAJIB TERKUBUR

Posted: 05 May 2013 08:45 PM PDT




KUALA LUMPUR, — Dalam kegembiraan meraikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat, kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Langkah pembaharuan yang cuba dibawa Najib tersebut gagal, walaupun pada awalnya calon-calon tersebut dikatakan mampu memberi suntikan kemenangan kepada BN dalam cubaan mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.
Dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah walaupun BN berjaya merampas semula negeri yang jatuh ke tangan BN dalam Pilihan Raya 2008.

Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan.

Manakala cubaan Najib untuk sekurang-kurangnya mendapat tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga gagal selepas Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.

Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

BN sudah memenangi majoriti mudah dengan 133 kerusi Parlimen setakat ini, membolehkan mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Pakatan Rakyat pula ketika ini memperoleh 83 kerusi.

Selepas 13 pilihan raya, BN berjaya mempertahankan kekuasaan mereka, menjadi diantara gabungan paling lama memerintah di rantau ini.M/Insider


DD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan: