Isnin, 6 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN gagal tebus kekalahan di K'tan, S'gor, P Pinang

Posted: 06 May 2013 06:22 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Barisan Nasional (BN) gagal gagal menebus kekalahan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tahun 2008.

Bagaimanapun, BN berjaya mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang menjadi sasaran Pakatan akan dimenangi pakatan pembangkang iaitu Negeri Sembilan, Johor, dan Perak.

Menurut Bernama, pada keseluruhannya, BN dapat mengekalkan penguasaan di negeri-negeri lain, sselain menawan semula Kedah dan menambah kerusi di Kelantan.
  
BN juga dapat membentuk kerajaan di negeri jelapang padi setelah menang 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
  
BN menambah tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008.
  
Di Kelantan, BN menangi 12 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, peningkatan sekali ganda daripada enam kerusi yang dimenangi pada 2008.
  
Enam kerusi yang ditambah adalah Galas, Air Lanas, Selising, Semerak, Gual Ipoh dan Dabong selain mempertahankan kerusi Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga, Kok Lanas dan Pengkalan Kubor.
  
Selain itu, BN juga mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga di Melaka, Pahang, Perlis dan Sabah.
  
BN kekal memerintah Terengganu setelah memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi yang ditandingi.- Bernama

MIC menang 4 kerusi Parlimen, 5 DUN

Posted: 06 May 2013 06:20 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
MIC terselamat daripada pertarungan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila berjaya merangkul empat kerusivParlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
  
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengetuai cabaran MIC dalam sembilanvkerusi yang ditandingi dengan memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands,vtimbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat), naib presiden Datuk M.vSaravanan (Tapah) dan penyelaras sayap Putera MIC, P. Kamalanathan bagi kerusivParlimen Hulu Selangor.
  
Barisan pemimpin parti pusat itu yang tersingkir ialah naib presiden yangvjuga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany (SungaivSiput), setiausaha agung Datuk S. Murugesan (Kota Raja, Selangor) dan ketuavpenerangan pusat V.S. Mogan bagi kerusi Parlimen Telok Kemang di NegerivSembilan.
  
Selain itu, Prakash Rao dan ahli jawatankuasa kerja pusat, A.Sakthivel turutvmengalami kekecewaan masing-masing di kerusi Parlimen Subang dan Kapar, kedua-duanya di Selangor.
  
Pada pilihan raya umum kali ini, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN.
  
Pada PRU 2008, MIC mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh daripada 19 kerusi DUN yang ditandingi.
  
Bagi kerusi DUN kali ini, lima calon parti terbesar kaum India itu berjaya melepasi saingan dengan tiga kerusi di Johor dan masing-masing satu di Melaka dan Negeri Sembilan.
  
Lima calon yang menang ialah M. Asojan (Gambir), R. Vidyanathan (Kahang) dan Raven Kumar Krishnasamy (Tenggaroh), kesemuanya di Johor, M. S. Mahadevan Sanacy (Gadek) di Melaka dan L. Manickam (Jeram Padang) di Negeri Sembilan.
  
Seramai 13 calon yang terkandas dalam pertarungan kerusi DUN ialah penyandang kerusi Lunas S. Ananthan dan M.L. Maran (Bukit Selambau), kedua-duanya di Kedah; M. Karuppanan (Bagan Dalam), L. Krishnan (penyandang kerusi DUN Perai), kedua-dua di Pulau Pinang, C. Sivarraj (Buntong), S. Mokan (Jelapang), R. Supramaniam (Hutan Melintang), kesemuanya di Perak.
  
Kerusi DUN di Selangor, K. Parthiban (Ijok), N. Rawisandran (Batu Caves) dan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan (Seri Andalas), R. Goonasakaren (Sabai) di Pahang, Dr P. Thanaletchumy (Port Dickson) Negeri Sembilan dan M. Soorianarayanan di DUN Puteri Wangsa di Johor.
  
Palanivel, 67, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti daripada Datuk Seri S. Samy Vellu pada 2009, bagaimanapun tidak mendapat kemenangan mudah apabila memperoleh majoriti tipis 462 undi terhadap pencabar utama, M. Manogaran, 53, bekas ahli Parlimen Teluk Intan dari parti DAP.
  
Dr Subramaniam pula mengalahkan calon PKR Datuk Chua Jui Meng manakala Saravanan mempertahankan kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti 7,927 undi dalam pertarungan empat penjuru menentang calon bebas Ridzuan Bani, K. Vasantha Kumar dari PKR dan calon Berjasa, Shaharuzzaman Bistamam.
  
Kamalanathan pula berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti 3,414 undi dalam pertandingan empat penjuru menentang calon PKR, Khalid Jaafar dan dua calon bebas Datuk Dr R.Santhara Kumar dan Radzali Mokhtar.- Bernama

BN batal janji makan percuma, insurans

Posted: 06 May 2013 06:18 AM PDT



 
Tawaran makanan percuma dua kali sehari dan perlindungan insurans peribadi bernilai sehingga RM27,500 bagi tempoh lima tahun terbatal berikutan kekalahan BN bagi kerusi DUN Kota Laksamana pada pilihan raya umum ke-13.

Calon BN kawasan itu Datuk Chiw Tiang Chai, yang menawarkan janji berkenaan dalam aku janjinya, berkata penduduk di DUN itu boleh berjumpa dengan wakil rakyat baharu mereka bagi mendapatkan bantuan.

"Apa yang saya janji ialah makan percuma, insurans percuma. Semua itu batal sebab saya tak menang, dia (pengundi) dah pilih calon yang dia nak, jumpalah wakil rakyat baharu," katanya kepada pemberita di Melaka.

Chiw yang juga Pengerusi PPP Melaka tewas kepada calon DAP Lai Keun Ban dengan majoriti 3,462 undi manakala Lai mendapat 11,969 undi.

Beliau berkata kekalahan itu memperlihatkan bahawa kebanyakan pengundi Cina di DUN berkenaan tidak berlaku adil kepada kerajaan BN yang banyak membantu mereka selama ini.

Chiw juga sedih dengan kekalahan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di Parlimen Bukit Katil dengan majoriti 5,447 undi.- Bernama

Ketua Menteri Melaka baru angkat sumpah jawatan esok

Posted: 06 May 2013 06:15 AM PDT

SINAR HARIAN

MELAKA - Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka akan mengangkat sumpah jawatan di pejabat Yang Dipertua Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi esok.
  
Seorang jurucakap Jabatan Ketua Menteri di sini berkata majlis angkat sumpah pelantikan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 itu akan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
  
Antara calon yang disebut akan mengisi jawatan tersebut ialah Datuk Idris Haron, 46, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Udang dan anngota Dun Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan.
  
Barisan Nasional (BN) kembali membentuk kerajaan negeri di Melaka dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam.
 
Pada PRU 2004 dan 2008, Idris, yang jug Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, bertanding kerusi Parlimen Tangga Batu dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selepas PRU 2008.
  
Pada PRU13, Idris mengalahkan calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,131 undi manakala Abdul Ghafaar, 56, menewaskan calon Pas Wong Chee Chew dengan majori 3,857 undi.  - Bernama

PAS hilang Kedah, merosot di Kelantan

Posted: 06 May 2013 06:14 AM PDT



 
Selain hilang Kedah, PAS hanya peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya umum
ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun PAS berjaya meningkat penguasaannya di peringkat DUN dengan peroleh 85 kerusi berbanding 83 kerusi pada pilihan raya umum 2008 iaitu di Terengganu, Johor, Melaka dan Selangor.

Beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tewas kepada BN pada PRU13 termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.

PRU13 menyaksikan PAS kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan hanya peroleh 21 kerusi Parlimen.

Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotannya berbanding pada 2008 apabila parti itu kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.

Genggaman 21 kerusi DUN Kedah oleh pakatan pembangkang pada 2008, kini terlepas apabila BN menguasai 22 daripada 36 kerusi DUN Kedah pada PRU13 yang menyaksikan kerajaan negeri PAS hanya memerintah sepenggal negeri Jelapang Padi itu.

Bagaimanapun, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategi Universiti Malaya Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata biarpun merosot di peringkat Parlimen namun PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di peringkat DUN.

"PAS telah meningkatkan kedudukan di peringkat DUN dengan peroleh 85 kerusi pada PRU13 berbanding 83 kerusi pada 2008," katanya kepada Bernama.

Prof Mohamad berkata PAS bersama PKR berjaya mengekalkan Kelantan dengan peroleh dua pertiga daripada 45 kerusi DUN, iaitu 32 PAS dan satu kerusi PKR.

Berbanding 2008, PAS memiliki 37 kerusi DUN, PKR (satu) dan BN (tujuh) di Kelantan manakala parti itu memperoleh 12 kerusi Parlimen dan BN hanya dua kerusi.

Bagaimanapun PAS hanya menguasai sembilan daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan dengan lima kerusi itu berjaya direbut BN dalam PRU13.

Pilihan raya kali ini juga menyaksikan PAS hanya menguasai satu daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah diikuti sekutunya PKR empat kerusi manakala BN 10 kerusi.

Pada 2008, masing-masing mengekalkan lima kerusi Parlimen di Kedah bagi PAS, PKR dan BN.

PRU13 juga menyaksikan PAS merupakan parti pakatan pembangkang yang peroleh jumlah yang kecil untuk Parlimen berbanding DAP 38 kerusi dan PKR 30 kerusi.- Bernama

DAP restu Anwar kekal Ketua Pembangkang

Posted: 06 May 2013 06:11 AM PDT

RUZY ADILA IDRIS

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
 
KUALA LUMPUR - DAP akan terus memberikan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun DAP memiliki kelebihan kerusi Dewan Rakyat.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Sokongan ini akan berterusan bukan hanya setakat Ketua Pembangkang malah mungkin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang baru melabuhkan tirai semalam, jumlah kerusi Parlimen yang berjaya diperolehi oleh PKR adalah 30, Pas (21) manakala DAP (38).

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan berlaku 'tsunami pengundi Cina' pada pilihan raya, beliau mendakwa, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut mendakwa kenyataan tersebut membuktikan Najib sebenarnya menafikan hak hampir 11 juta rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi.

"PR sendiri telah membuktikan kemenangan mereka diperoleh hasil undi masyarakat berbilang kaum.

"Kita telah menang banyak kerusi yang sebelum ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan majoriti pengundi Melayu.

"Ini bukan tsunami pengundi Cina, tetapi tsunami rakyat Malaysia yang melangkaui bangsa, malah saya sendiri tidak akan menang di Gelang Patah jika tidak dapat sokongan pengundi Melayu," tegas beliau lagi.

Ujar beliau, DAP amat kesal dengan kenyataan Najib yang dianggap tidak tepat.

Semalam, Najib menyatakan berlaku tsunami pengundi Cina dalam PRU13 dan beliau melahirkan kebimbangan trend polarisasi pengundian ini boleh mencetuskan ketegangan.

Oleh itu, Najib berkata, kerajaan akan memperkenalkan 'national reconciliation' bagi mengekang fahaman keterlaluan.

Nik Aziz: Lepas jawatan MB atas faktor usia, kesihatan

Posted: 06 May 2013 06:09 AM PDT

SINAR HARIAN

Nik Aziz
Nik Aziz
 
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini hari ini.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun  berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Ahmad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan, menang kerusi Dun Pasir Pekan dengan mengalahkan calon BN Nik Noriza Nik Salleh dengan majoriti 5,644 undi. - Bernama

Soi Lek tak akan pertahan jawatan presiden

Posted: 06 May 2013 06:08 AM PDT



 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak akan menyertai pemilihan parti akan datang, yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Chua yang mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini tidak menyatakan sebab untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Beliau memimpin MCA dalam pilihan raya 5 Mei, yang menunjukkan rekod paling buruk sejak menyertai pilihan raya umum.

MCA menang tujuh daripada 37 kerusi parlimen yang ditandinginya dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Pada 2008, MCA menang 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN.

"Saya terima kekalahan MCA dan parti ini tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

"Ini selari dengan keputusan sebulat suara yang diluluskan di EGM parti dan disokong sebulat suara oleh jawatankuasa pusat," katanya.

Calon MB Selangor Diputuskan Pemimpin PR, Dikemukan Ke Sultan Masa Terdekat

Posted: 06 May 2013 05:58 AM PDT


khalid mb pc PR Selangor 6 mei 01

SHAH ALAM, : Calon Menteri Besar Selangor, akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda.

Menurut, Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

"Keputusan calon Menteri Besar akan diputuskan oleh kempimpinan tertinggi PR dan juga nama tersebut mesti diterima oleh DYMM Tuanku Sultan," kata Abdul Khalid dalam sidang media di Dewan Perumahan Exco Negeri Selangor hari ini.

Menurut Abdul Khalid ketika ini PAS berjaya memenangi 15 kerusi DUN, diikuti DAP juga 15 dan PKR 14 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 44 kerusi DUN yang dimenangi PR.

Beliau bagi pihak PR Selangor turut mengucapkan terima kasih atas keyakinan yang diberi kepada PR untuk meneruskan lagi kecemerlangan Selangor dan meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dimulakan pada 2008.

"Ini membuktikan kita telah menunaikan janji kepada seluruh rakyat Selangor yang tidak terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan bahawa kita gagal mentadbir Selangor dengan baik.

"Kita juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana menolak politik perkauman yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional terutama ketika kempen PRU 13," kata Abdul Khalid lagi yang juga Adun Pelabuhan Klang.

PR Kali pertama berjaya menguasai Selangor dalam PRU-12 pada 2008 lalu setelah menang di 36 DUN negeri itu.

Ekoran kemenangan tersebut Abdul Khalid dipilih sebagai Menteri Besar oleh Baginda Sultan Selangor dari 2008 hingga pembubaran DUN baru-baru ini.

Kemudian dalam PRU-13 yang berlangsung semalam, PR Selangor memperolehi kemenangan lebih bergaya dari sebelumnya apabila berjaya menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Khalid Desak Najib, Pengerusi SPR Letak Jawatan

Posted: 06 May 2013 05:54 AM PDT


rodziah mariah berkabung 01

SHAH ALAM: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak didesak meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Selangor, selepas rakyat menolak BN di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang didapati gagal menguruskan perjalanan pilihan raya secara telus, adil, bersih dan bertanggungjawab juga disaran melakukan perkara sama.

"Jelas Pakatan Rakyat (PR) mendapat undi popular dan undi dari semua kaum dan ini bertentangan dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa kita hanya mendapat sokongan kaum Cina.

"Prestasi SPR amat mengecewakan sekali dengan kejadian kegagalan dakwat kekal berfungsi seperti mana yang dijanjikan, kehadiran pengundi hantu dan meragukan.

"(Juga) kotak-kotak undi yang sering muncul secara tiba-tiba serta melambat-lambatkan keputusan," kata pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid turut meluahkan keyakinan Pakatan mampu memperolehi kemenangan lebih besar termasuk di peringkat persekutuan sekiranya pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.

 ean yong lau berkabung 01


Sementara itu, MP Shah Alam, Khalid bin Abdul Samad ketika mengulas isu sama berkata SPR merupakan pengkhianat kepada rakyat apabila bertindak tidak adil dan berkelakuan sebagai agen BN.

"Dia telah khianati amanah rakyat yang dia sepatutnya menjadi badan yang bebas, tidak berpihak tetapi jelas dan bertindak sebagai agen-agen BN sehinggakan pengumumkan juga ikut kepentingan BN untuk menimbulkan keresahan atas dasar kaum," kata Khalid.

Sebagai tanda protes, Khalid dan pemimpin PR yang berada dalam sidang media itu turut 'berkabung' dengan mengenakan kain hitam yang diikat di pergelangan tangan.

Ketika pengundian berjalan semalam, pelbagai kekecohan berlaku di kebanyakan pusat pengundian di seluruh negara.

Antaranya warga asing yang mengundi dengan kad pengenalan Malaysia, , penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal dan pertambahan kotak undi secara tiba-tiba.

Rakyat Selangor Dijemput Hadir Majlis Kesyukuran Di Dataran Kemerdekaan

Posted: 06 May 2013 05:51 AM PDT


mb makan malam batu nilam tiga 03

SHAH ALAM, : Rakyat Selangor dijemput hadir ke majlis kesyukuran atas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Khamis malam, 9 Mei ini.

"Sebagai tanda terima kasih kita menjemput rakyat ke Dataran Kemerdekaan pada Khamis malam ini, 9 Mei untuk satu majlis kesyukuran sederhana dan ceramah," ujar Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid lagi, selain menyediakan jamuan  sederhana, satu ceramah juga diadakan.
Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kuasa di Selangor dengan menakluk 44 daripada 56 kerusi Dewan Negeri Selangor, sekaligus menguasai dua pertiga kerusi DNS.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 lalu, PR Selangor berjaya menubuhkan kerajaan baru apabila berjaya memenangi 36 dari 56 DUN yang dipertandingkan.

Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'

Posted: 06 May 2013 05:44 AM PDT

MALAYIA KINI


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam pilihanraya 5 Mei.

"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.

"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang  kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya.

Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bSPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.

"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu.
 Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," katanya lagi.

Ahmad Yaakob angkat sumpah MB Kelantan

Posted: 06 May 2013 05:41 AM PDT




Abdul Rahim Sabri

 Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.

ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990.

Sementara itu ADUN Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pula mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri besar.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu bermula pada 6 petang.

Turut hadir pada istiadat itu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, Mufti negeri Kelantan Datuk Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Desas-desus mengenai pelantikan Ahmad sebagai menteri besar baru tersebar luas dan menjadi perhatian utama masyarakat di negeri itu sejak awal hari ini, selepas PAS diumumkan berjaya menguasai Kelantan dengan kelebihan 32 Kerusi DUN.

Jawatan MB: BN Perlis tunggu keputusan Najib

Posted: 06 May 2013 05:38 AM PDT



 
Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baharu negeri itu.

"Setakat ini saya tak mahu nak sebut sama ada muka baharu atau muka lama. Tunggu sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita, di Kangar hari ini.

Md Isa yang juga bekas menteri besar Perlis turut enggan menjawab mengenai beberapa nama yang dikatakan calon pilihan untuk meneraju pimpinan kerajaan negeri yang bakal dibentuk dalam masa terdekat.

BN Perlis menguasai 13 daripada 15 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-13 semalam, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan negeri. BN Perlis juga berjaya mempertahankan kesemua tiga kerusi parlimen di negeri itu.

Antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi menteri besar ialah Azlan Man yang memenangi kawasan DUN Pauh.

Azlan, 54, dikatakan orang paling layak kerana bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam itu mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan hubungan antarabangsa.

Turut disebut-sebut ialah  Datuk Mat Rawi Kassim  (DUN Beseri), Sabry Ahmad (DUN Santan) dan Datuk Ismail Kasim (DUN Tambun Tulang).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pula berharap tiada campur tangan pihak lain dalam pemilihan menteri besar yang baharu.

"Yang penting pemilihan dibuat mengikut hierarki parti," katanya yang menang di kerusi Parlimen Arau.
- Bernama

Dalam PRU13, BN menang kawasan Melayu, Pakatan menang bandar

Posted: 05 May 2013 05:10 PM PDT

Oleh Jahabar Sadiq
Editor

 Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama ketua parti lain meraikan kemenangan sempena pilihan raya umum di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, 6 Mei, 2013. — Gambar Reuters ANALISIS — Ada dua Malaysia; satu dari golongan Melayu yang mengembalikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kesan kempen 1Malaysia yang diharapkan dapat mengembalikan Kedah dan kerajaan meskipun hanya dengan majoriti kecil pada Pilihan Raya 13.

Satu lagi merupakan golongan rakyat berbilang kaum yang telah memberi lebih banyak undi serta kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di bandar-bandar dan pekan-pekan, menunjukkan pertambahan jurang antara kawasan pedalaman dan kota di sebuah negara yang sedang pesat membangun.

80 peratus daripada 12.9 juta pengundi keluar mengundi semalam merupakan satu rekod baru yang membawa kepada saingan sengit antara BN dan PR bagi merebut kemenangan selain mengukuhkan lagi idea wujudnya sistem dua parti di Malaysia.Selain itu, majoriti Melayu terbahagi kepada mereka yang bersyukur terhadap BN yang telah memajukan Malaysia selama tempoh 56 tahun pemerintahan parti tersebut atau golongan yang percaya dengan kempen gabungan tiga parti yang menjanjikan kesamarataan serta menolak amalan rasuah dan kronisme yang dikatakan sinonim dengan parti pemerintah tersebut.

Akhirnya BN menang 133 kerusi Parlimen dan PR menang 89.

"Saya rasa mereka berasa teruja dengan kempen pembangkang, kerana itulah ada sedikit perubahan undi… dan banyak sentimen yang dibangkitkan, ada yang berbau perkauman, yang turut dimainkan dalam pilihan raya kali ini, adalah tidak sihat untuk negara kita," kata Najib kepada wartawan di ibu pejabat UMNO awal pagi tadi selepas kemenangan majoriti mudah diumumkan, mengesahkan BN kembali ke Putrajaya.

"Saya memang ada jangka tapi tidak menjangka sehingga ke tahap ini. Tiada antara kami menjangka sampai sebegitu. Namun begitu, walaupun ada perubahan undi namun BN tidak jatuh," tambahnya lagi.

Kempen 1Malaysia Najib yang merupakan sebahagian daripada kempen beliau untuk sebuah negara berpendapatan tinggi nyata telah mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu yang merupakan majoriti daripada 40 peratus golongan bawahan yang dijanjikan perubahan dalam kempen tersebut.

President UMNO itu telah bekerja keras di bawah pelbagai inisiatif, termasuk memberi bantuan kewangan serta membentuk agensi bagi membantu pembinaan perumahan kos rendah bagi golongan miskin kota yang tidak mampu menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Lambakan Kesalahan Pilihan Raya SPR Harus Jawab

Posted: 05 May 2013 04:58 PM PDT


Anwar PC

PETALING JAYA  : Pakatan Rakyat (PR) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan berhubung lambakan isu kesalahan pilihan raya yang dikesan di kebanyakan tempat pengundian siang tadi.

Bercakap dalam satu sidang media awal pagi ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kejadian-kejadian berkenaan, bukannya satu tuduhan liar dan kosong.

"Selagi SPR tidak menjelaskan perkara ini, kita tidak dapat menyatakan sebarang tindakan.

"Tidak adil untuk membuat sebarang keputusan dalam keadaan pilihan raya yang dijalankan secara tidak bersih," jelasnya kecewa.

Antara yang paling mendapat perhatian ialah sepanjang perjalanan proses pengundian, terdapat banyak insiden tangkapan pengundi asing seperti warga Bangladesh berjaya dilakukan.

Antaranya, di Parlimen Pandan di mana calon PKR, Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung cubaan mengundi dibuat oleh pengundi ragu di kawasan yang berjaya dimenanginya itu setelah tamat pengiraan.

Selain itu, cubaan untuk memanipulasi jumlah undi juga berjaya dikesan di  kawasan Parlimen Lembah Pantai di mana polis didapati cuba membawa kotak peti undi yang diragui ke tempat pengiraan undi.

Menyifatkan SPR sebagai sebuah badan yang gagal mengendalikan suatu proses pilihanraya yang telus, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga meluahkan keraguannya mengenai pengiraan undian awal dan undi pos yang dijalankan.

"Bukan sahaja kita tidak dibenarkan memantau, tetapi lebih meragukan, undian-undian ini secara majornya menyebelahi BN sedangkan trend undian pengundi adalah sebaliknya," katanya lagi.

Selain itu, turut dipersoalkan ialah penggunaan dakwat kekal yang sebenarnya boleh dihilangkan dengan mudah, tidak sepertimana didakwa SPR sebelum ini bahawa kononnya tidak akan hilang sehingga lima hari.

Mengulas pembentukan Kerajaan BN yang baru, Anwar sekadar berkata beliau masih menanti keputusan penuh sebelum sebarang ulasan dapat diberikan.

80 peratus keluar mengundi, kata SPR

Posted: 05 May 2013 04:49 PM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah -  manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus - sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.

LAPORAN LANGSUNG 

5.42pm: SPR mengumumkan seramai 80 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
NONEIa diumumkan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, menurut laporan Bernama.

Ia menyebut, sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi.
Jumlah berkenaan mencipta rekod peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah dan mengatasi jumlah 78.9 peratus dalam pilihan raya 1964.

Menurut laporan itu lagi, dua pusat mengundi bagi DUN Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.

Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.


5.30pm: Pejabat kempen PKR Lembah Pantai memaklumkan kepada parti bahawa kesemua ejen penjumlahannya di SM Seri Pantai diminta untuk meninggalkan premis berkenaan buat sementara waktu.
SPR memberi arahan tersebut selepas tempoh pengundian tamat dengan alasan bahawa kakitangan suruhanjaya itu perlu berehat.

Kesemua 15 orang ejen penjumlahan berkenaan bagaimanapun enggan beredar dengan alasan bahawa mereka berhak memerhati kesemua proses pengundian terutama kertas undi berikut.

PKR menasihati SPR agar menggesa pegawainya supaya mematuhi peraturang berhubung pilihan raya.

5pm:
Tempoh pengundian secara rasminya berakhir. SPR menjangkakan keputusan dapat diketahui seawal jam 7 malam.

4.44pm: Segamat, Johor -
Satu pusat pengundian di Dewan Serbaguna Jementah yang hanya mempunyai satu saluran pengundi terputus bekalan elektrik.
"Orang-orang kami sedang berkawal. Kami berharap kertas undi dapat dikira menjelang jam 6 atau 7 petang," kata calon DAP Jementah Tan Chen Choon yang bimbang perkara tidak diingini berlaku sebelum pengiraan tersebut.

4.50 pm: Seremban - Secara umumnya pengundian di seluruh Negeri Sembilan secara umumnya dilihat berjalan lancar.

Petugas-petugas di bilik gerakan PKR negeri yang ditemui juga berkata mereka tidak menerima sebarang aduan insiden luar biasa sepanjang pengundian berlangsung hari ini.

4.40pm: Alor Setar, Kedah -
Di sepanjang Jalan Alor Setar-Sungai Petani melalui kawasan Pengkalan Kundor, anak-anak muda bermotosikal membawa bendera PAS seolah-olah meraikan kemenangan.

NONEKelihatan juga anak-anak muda dan perayu undi PAS mengibarkan bendera PAS dan parti Pakatan Rakyat ke arah kenderaan lalulinta di sepanjang jalan tersebut. Malah kenderaan, sebagai respon, mereka membunyikan hon.

Kenderaan menuju ke arah Alor Setar pula, bergerak perlahan-lahan, mereka membunyikan hon tanpa henti dan kebanyakan kereta turut mengibarkan bendera PAS, PKR dan DAP, melekatkan bendera pada bonet kereta, sebagai tanda sokongan.

Di Sekolah Men Keb Datuk Wan Mohd Saman, anak-anak muda merayu undi pada saat akhir. Mereka juga menayangkan "Turunkan Harga Kereta" sebagai rayuan terakhir mereka sebelum pusat pengundian di tutup.

Sementara pondok BN pula, tidak semeriah penyokong PAS, sekalipun terdapat penyokong di dalamnya.

Kedai-kedai makan di sepanjang jalan ini kelihatan hampir penuh dengan orang ramai.

4pm: Air Putih, Pulau Pinang
– Tiga individu dilaporkan cedera dalam satu pergaduhan yang tercetus di antara satu kumpulan memakai baju 1Malaysia dan orang awam di pusat pengundian di SRJK(C) Kong Min pada tengahari.
NONEMenurut saksi mata, kumpulan 1Malaysia itu mencabar beberapa orang untuk bergaduh.

Polis menahan seorang suspek dalam kejadian tersebut.

Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tiba di lokasi tersebut pada kira-kira jam 3 petang meminta orang ramai bertentang.

Lim bertanding untuk mempertahankan kerusi berkenaan, yang terletak dalam kawasan parlimen Bukit Bendera.

3.40pm:
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam laporan Star Online berkata beliau berharap jumlah keluar mengundi meningkat berbanding 2008.

Katanya, jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus atau lebih tinggi akan mencatat rekod sebagai antara jumlah yang paling tinggi di dunia.

Menurut laporan itu lagi, jumlah keluar mengundi di Kelantan juga mencatat 62.02 peratus sejak tengahari.

Ia diikuti Kedah (61.88%), Terengganu (60.9%), Johor (60.01%), Perlis (59.27%), Penang (59.04%), Pahang (59.02%), Selangor (58.9%), Negri Sembilan (58.35%), Sarawak (58.26%), Perak (58.08%) Sabah (57.1%), Putrajaya (55.82%), Malacca (55.67%) dan Labuan (45.82%).

3.30pm: Segamat, Johor - PKR mendakwa ejennya diarah meninggalkan pusat pengundian di Felda Palong Timur selepas mendapati pengundian dijalankan dengan tidak mengikut peraturan di situ.

"Pegawai kami memberitahu bahawa tugasnya sudah berakhir dan beliau perlu beredar," kata pegawai media Ong Jing Cheng.

"Kami diberitahu bahawa pegawai SPR di sana tidak mencetak daftar pemilih dan hanya merekodkan maklumat pengundi dairpada komputer di atas satu kertas dengan logo 1Malaysia," katanya.

Pusat pengundian tersebut ialah Palong Timur 140/01/03 di SK Palong Timur 1.

NONE3.07pm: Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan untuk menghimpunkan penyokong bagi meraikan kemenangan atau mencetus kekecohan selepas tamat proses pengundian malam ini.

"Dakwaan itu semua tipu, satu pembohongan semata-mata. Ia adalah tohmahan dan fitnah untuk memburukkan nama saya. Dakwaan itu bertujuan mengganggu perjalanan demokrasi yang sedang berlangsung.

"Saya pakai telefon 'cap ayam' dan tidak berupaya menghantar mesej seumpama itu," katanya kepada Malaysiakini.

NONEDakwaan berkenaan, yang tersebar luas di kalangan petugas media dalam bentuk emel, mula dikesan sejak lewat petang semalam.
Maklumat mengenai perarakan berkenaan dipandang serius oleh polis yang menyatakan bahawa pasukan itu mendapat maklumat seperti itu, berdasarkan risikan.

Timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan semalam berkata semua perarakan, sama ada untuk meraikan kemenangan atau untuk memprotes keputusan, dilarang sama sekali.

3.15pm Kota Darul Aman, Kedah -
Suasana di Sekolah Ren Jenis Kebangsaan Cina Keat Hwa, Kampung Perak tidak seperti ditempat-tempat lain. Di sebelah pagi, pengundi mjoritinya Cina ramai lebih ramai berbanding di sebelah petang.

Cuaca di Alor Setar mendung sedikit, dan ada terasa rintik-rintik hujan.

Sementara itu, seorang pengundi yang merupakan seorang pelajar PHD di Universiti Malaya ditemui di sekolah berkata beliau sangat bersmangat danm teruja kerana kali pertama mengundi.

"Saya nak kepada perubahan (kerajaan Pusat) daripada BN kepada Pakatan. Saya jelas, tak mahu simpan-simpan. Saya hapuskan PTPTN. Sokong Pakatan, saya nak pendidikan percuma," katanya yang enggan namanya didedahkan.

Penuntut wanita itu mengundi di DUN Alor Mengkudu, menemani rakannya yang membawa neneknya mengundi di sekolah ini.

Katanya, 90 peratus rakannya di fakulti pengajiannya pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.

3:00 pm Kota Damansara -
Hujan lebat tidak menghalang pengundi untuk ke pusat mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka.

Malah, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas tetap ingin mengundi walaupun hujan.

Bagi penyokong parti BN dan Pakatan, masing-masing tidak mahu kalah sorak. Sambil berpayung, mereka melaungkan "Ubah" dan "BN" dengan bersemangat sebelum masa mengundi tamat dalam masa lebih kurang sejam sahaja lagi.

3pm: Air Putih, Pulau Pinang –
Setiausaha kepada ketua menteri sementara Cheong Yin Fan melaporkan bahawa orang awam menahan seorang warga Bangladesh untuk keluar mengundi di Air Putih.

NONEPengundi berkenaan JJ Choo berkata beliau mengesan perkara yang tidak kena mengenai seorang lagi pengundi, yang kemudiannya didapati sebagai keturunan Bangladesh dengan kad pengenalan Malaysia.

Choo yang membuat semakan di laman SPR mendapati nama individu berkenaan didaftarkan di satu lagi pusat pengundia – di Sekolah Tinggi Chung Ling di kerusi DUN Air Itam.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada sukarelawan DAP di lapangan, yang memaklumkan perkara itu kepada calon DAP Air Itam, Wong Hon Wai.

Bagaimanapun, mereka tidak boleh mengambil tindakan lanjut memandangkan individu berkenaan merupakan pemegang kad pengenalan yang sah.

3pm: Pulau Pinang – calon DAP Tanjong, Ng Wei Aik membuat aduan kepada SPR kerana kertas undinya tidak dicap dengan cap rasmi.

Ng, yang merupakan setiausaha DAP Pulau Pinang berkata aduan turut diterima dari tiga lokasi atau pusat pengundian:

- SJK(T)) Jalan Sungai (bawah kawasan parlimen Jelutong)

- SJK(C) Kong Min Cawangan Kedua (bawah kawasan Bukit Gelugor)

- SK Taman Sejahtera bawah kawasan Bukit Mertajam

Timbalan pengarah SPR Pulau Pinang Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin berkata sesetengah kertas undi tersebut tidak dicap ekoran "kecuaian" pegawai tertentu.

"Sama ada dicap atau tidak, kita menerima kertas undi tersebut menurut peraturan SPR," katanya.

2.47pm: Tamparuli, Sabah –
Seorang wanita berpakaian seperti seorang pengawal keselamatan berjalan keluar dari bilik pengundian di SK Pekan Tamparuli dengan kertas undi yang belum ditanda.

Beliau yang ditahan oleh ejek pengundian dan pegawai polis selepas itu berkata: "Oh saya kena isi yang ini juga? Saya tidak tahu!".

Pegawai SPR membenarkan beliau masuk semula untuk menanda kertas undi tersebut walau jarinya sudahpun ditanda dengan dakwat.
NONE2pm: Air Putih, Pulau Pinang – Satu pergaduhan dilaporkan tercetus di pusat pengundi SRJK(C) Air Putih, dilaporkan melibatkan individu berpakaian baju biru 1Malaysia.

Penyandang Lim Guan Eng yang mempertahankan kerusi tersebut kini bergegas ke lokasi berkenaan selepas melawan kawasan parlimen Bagan.

2pm:
Sekumpulan 18 orang pemantau memerhati proses pengundia di lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur sejak pagi ini, lapor Bernama.

Seramai 12 orang daripada mereka merupakan wakil dari negara Kemboja dan Thailand yang diiringi setiausaha SPR Kamaruddin Mohamed Baria.

NONEPemerhati dari Indonesia, Myanmar dan sekretariat Asean turut menjadi pemerhati atas undangan SPR.

2pm: Seremban
- Pegawai SPR di St Paul Institution berkata jumlah yang keluar mengundi semakin berkurangan. Ada di kalangan pengundi yang terpaksa beratur sehingga dua jam untuk mengundi, pada sebelah pagi.

1:40pm: Segamat, Johor – Polis akhirnya campur tangan selepas Chua mempersoalkan tindakan seorang wanita yang menerima kad pengenalan daripada pengundi.

NONEAnggota polis yang tiba kira-kira lima minit kemudian bersetuju bahawa ia merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Kami akan menyiasat sebaik laporan polis dibuat. Sepatutnya, orang yang dibenarkan masuk hanya orang dengan pas SPR," kata pegawai polis tersebut.

1.33pm:
Koordinator Malaysians for Beng Hock Ng Yap Hwa yang mengundi di SK Sri Tangkak pada 11 pagi mengadu bahawa pegawai SPR memintanya menanggalkan riben kuning dengan logo BERSIH yang dipakai di tangannya.

Beliau memberi alasan, hanya logo dan warna parti yang tidak dibenarkan dibawa di pusat mengundi.

1.30pm: Johor
– Beberapa kawasan di negeri ini juga dilanda hujan, dari kawasan Kulai hing Batu Pahat di sepanjang lebuhrajaya PLUS.

Beberapa kemalangan jalan raya di kedua-dua hala di antara Machap dan Ayer Hitam menyebabkan kesesakan lalulintas yang besar.

NONE1pm: Putrajaya - Kira-kira 58.99 peratus atau 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari ini, kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, lapor Bernama.

"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi.

"Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.

1.00 tengahari: Seremban - Hujan mulai turun di Labu dan Seremban 2, tetapi ia tidak dijangka akan memberi kesan kepada proses pengundian.
12.15tengahari: Seremban - pemantauan di pusat-pusat pengundian menunjukkan bahawa ramai pengundi sudah keluar mengundi, tetapi jalan raya sesak di sekitar bandar.
12.01am: Kota Kinabalu, Sabah - Berbanding dengan pagi tadi, tiada lagi barisan pengundi yang panjang di bawah sinar matahari, kecuali di saluran pengundian 3 dan 4 untuk pengundi muda.

NONESeorang ejen tempat mengundi dari SAPP di pusat mengundi Maktab
Sabah di Luyang berkata, pihaknya berharap lebih ramai pengundi akan datang apabila keadaan tidak panas lagi.

SAPPP menganggarkan bahawa kira-kira satu perempat daripada jumlah pengundi, telah hadir mengundi.

"Ia begitu panas saya terpaksa buka tudung saya!" keluh seorang ejen mengundi di SMK Sanzac, dalam kerusi DUN Tanjong Aru.

11.50am: Kulai, Johor - Chua Siew Pin, 42, pengundi di kerusi Parlimen Kulai dan DUN Bukit Batu, mendapati seseorang telah mengundi atas namanya.

Beliau menyedarinya apabila tiba di tempat mengundi di SJK (C) Batu pada kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk membantu saya. Saya akan memberjuangkan hak saya," kata beliau.

Dia mendakwa petugas SPR telah mengisi Borang 10 untuk membatalkan kelayakannya, tetapi dia berkeras Borang 11 digunakan - borang pengisytiharan untuk membolehkan mengundi sekiranya berlaku pertikaian.

11.50am: Pulau Pinang, Pantai Jerejak - PKR Calon PKR di Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, beliau telah menerima beberapa aduan daripada pengundi di Pantai Jerejak bahawa dakwat kekal pada kertas undi mereka.

"Apabila saya periksa dengan Pegawai Pengurus, saya diberitahu bahawa jika kesan dakwat itu pada belakang kertas, ia masih okay. Tetapi jika di bahagian depan di mana undian dilakukan, maka ia akan dianggap sebagai undi rosak," katanya .

Sim, penyandang kerusi Pantai Jerejak penyandang, berkata isu-isu lain telah timbul - sebagai contoh, kertas undi yang diletakkan di dalam kotak yang salah

"Masalah ini telah diselesaikan selepas bercakap kepada pegawai berkenaan," tambahnya.

11.37am: Segamat, Johor - Ejen pilihan raya calon PKR, Datuk Chua Jui Meng berkata, dua pengundi membantah perbezaan dalam nama Chua pada kertas undi.

"Stesen mengundi utama menunjukkan kepada kita kertas undi, yang menyatakan 'Datuk Chua Jui Meng," kata Victor Chu.

"Tetapi kita juga mendapat laporan bahawa kertas undi yang lain telah dicetak namanya sebagai Dr Chua Jui Meng."

Satu laporan polis telah dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

11.23am: Alor Setar, Kedah - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dikerumuni orang ramai ketika tiba untuk mengundi di Sekolah Kebagsaan Titi Gajah, menurut New Straits Times.

Mereka adalah antara 29,056 pengundi di kerusi DUN Anak Bukit di bawah Parlimen Kuala Kedah.

11.00am: Seri Delima raya, Pulau Pinang - Dua pondok panas - satu didirikan oleh BN dan satu lagi oleh DAP - terletak beberapa meter di luar pusat mengundi di SMK Hamid Khan.

NONESeorang penyelia SPR yang enggan namanya disiarkan, berkata selagi pondok tidak berada dalam kawasan sekolah, ia "sepatutnya ok".

Ketika ditemui selepas mengundi, pesara Kua Chan Peng, 57, mengadu bahawa prosedur pengundian itu menyulitkan

"Saya mencetak butiran saya dari lamanweb SPR dan sepatutnya tidak perlu lagi mendapatkan slip mengundi. Saya terus ke saluran saya tetapi mereka memberitahu saya mesti mempunyai slip itu. Selepas saya menegaskan, mereka membenarkan saya mengundi"

Jururawat bersara Jenny Chong, 78, berkata, dia berkeras meminta kertas undi baru kerana kertas undi yang diberikan kepadanya "tercemar".

"Terdapat satu garisan pada kertas undi parlimen," katanya sambil menambah, bahawa selepas bertekak dengan petugas SPR, kertas undinya diganti.

"Mereka memberitahu saya jangan kotorkan kertas, tetapi saya jawab ia sudah kotor dan saya tahu bagaimana hendak mengundi, kerana saya telah melakukannya sejak tahun 1960-an."

10.50 pagi: Kedah - Proses pengundian berjalan lancar di lima pusat mengundi di Ayer Hitam dan kerusi DUN Kota Siputeh, walaupun bilangan pengundi semakin ramai sejak pagi ini.

NONECalon PAS Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad mengundi di Sekolah Rendah Ayer Hitam pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Di dua pusat pengundian, kain rentang dikesan dipasang dengan mesej bahawa rakyat akan menolak calon BN bagi Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir.

Satu lagi kain rentang memberi amaran kepada Mukhriz dan bapanya Dr Mahathir Mohamad supaya jangan menyebabkan perpecahan dalam BN Kedah.

10.30am: Pekan Nenas, Johor - calon DAP Tan Hon Ping mendakwa menurut pemerhati, seorang kerani mengundi di SJK (C) Yun Ming tidak mengecop kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.

Di tempat mengundi di SK Parit Keroma Darat, Muar, kerani mengundi dikatakan telah memberitahu pengundi bahawa tidak apa jika kertas itu tidak dicop.

Di SMK Seri Mersing, seorang pengundi berusia 29 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa kertas undinya tidak dicop.

Di Mersing, sebuah pusat mengundi tidak memberi pen atau pensel untuk orang ramai menandakan kertas undi mereka.

Jadi mereka menggunakan dakwat kekal pada jari mereka untuk menandakan kertas.

10.30am: Beruas, Perak - Calon PAS Dr Khairudin Abd Malek
merampas kerusi Pengkalan Baru untuk Pakatan Rakyat.

Beliau bergantung kepada pengundi muda Melayu yang pulang mengundi, dan telah menghadiri ceramah parti.

Beliau juga mendakwa PAS dapat menembusi kampung-kampung Melayu di kawasan itu

Katanya, walaupun pihaknya ada beberapa masalah dengan pengundi generasi yang lebih tua, terutama wanita, tetapi menurutnya, mereka hanya peratusan kecil pengundi.

"Jadi saya fikir kita boleh berjaya kali ini," tambahnya.

10.20am: Selayang, Selangor - Walaupun dakwat kekal di jarinya telah 'pudar', namun calon BN di Selayang, Datuk Donald Lim tidak fikir ianya satu masalah.

NONE"Terdapat dua proses mengundi - satu ialah proses pengenalan MyKad dan yang satu lagi ialah memeriksa untuk dakwat," katanya
kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di SK Selayang Baru 2.

"Ia bukan mudah untuk membawa MyKad palsu ... (Lagi pun) kedua-dua pihak mempunyai pemerhati untuk menyemak nama (dalam daftar pemilih)."

Lim sebelum ini mengundi di Petaling Jaya Selatan.

Dia tetap yakin bahawa MCA Selangor akan memenangi separuh daripada tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN yang ditandatanganinya.

"Dalam kehidupan kita perlu bercita-cita tinggi ... sekurang-kurangnya di peringkat ini, ya (kita akan menang 50 peratus)."

10am: Port Klang, Selangor - Menurut SMS berita Nanyang Siang Pau, kira-kira 500 pengundi masih menunggu di bawah sinaran cahaya matahari untuk mengundi.

Ia berkata ia disebabkan kelewatan dalam urusan di pusat mengundi di SJK Pandamaran (B).

9.55am, Selangor: Calon PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi pusat mengundi di pangsapuri Impian Sentosa.

Beliau meminta pengundi yang sedang beratur di bawah panas matahari supaya bersabar.

9.45am: Pandan, Selangor - Calon PKR di Pandan. Rafizi Ramli tiba untuk memantau proses pengundian, serta mengambil kesempatan untuk bermesra dengan pengundi di SK Pandan Indah. Ada yang mengambil gambar dengan beliau.

"Ramai orang yang menyaman anda, jadi bagaimana?" tanya seorang pengundi.

NONERafizi menjawab: "Mereka saman kita lawan lah."

Beliau berkata, ejen-ejen mengundi beliau telah melaporkan bahawa pengundian berjalan lancar setakat ini.

Katanya, isu paling besar adalah beberapa laporan bahawa dakwat kekal dapat dihilangkan, dan ini menimbulkan keresahan di kalangan sesetengah pengundi.

Mengiringi Rafizi adalah isterinya Afizsa Ashah, yang akan mengundi di situ.

Bagaimanapun, Rafizi sendiri tidak akan mengundi hari ini, dan katanya beliau tidak dapat mengundi di Kemaman, Terengganu, dan kemudian pula bergegas balik ke Pandan.

9.45: Beruas, Perak - Pondok Panas PAS di SK Beruas terletak bertentangan dan dalam lingkungan 50 meter dengan tempat mengundi itu, walaupun itu tidak dibenarkan oleh SPR.

Pondok ini terletak di hadapan sebuah rumah dan bertentangan dengan pintu masuk utama sekolah.

Bagaimanapun, seorang kakitangan SPR berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana parti itu mendakwa pondok tersebut di atas tanah persendirian dan dalam kawasan rumah.

Katanya, SPR hanya boleh menganggap bahawa jarak 50 meter itu bermula dari pusat mengundi sehingga pintu pagar utama sekolah.

9.43am: Penampang, Sabah - Beberapa pengundi telah dapat menghilangkan dakwat kekal pada jari mereka dengan menggunakan rumput.

NONESeorang pengundi, Robert, 50, berkata, dia cuba untuk membuang
dakwat itu atas rasa ingin tahu.

Malaysiakini menyaksikan dakwat dikeluarkan dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya.

Calon Star di Moyog, Bernard Lawrence Solibon juga mendapati dakwat pada jarinya  beliau telah hilang.

"Saya tidak letak apa-apa di atasnya. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan pada kertas undi dan merosakkan banyak undi," katanya. 

9.40am: Seremban, Negri Sembilan: Proses pengundian pada umumnya sehingga ini berjalan lancar.

Tetapi petugas pilihan raya DAP, Lawrence Fah, berhampiran Sekolah Wawasan di Seremban 2, mengadu SPR menghalang mereka daripada membantu pengundi menyemak nama dan aliran mengundi.

9.33am: Pekan, Pahang: Star Online melaporkan bahawa Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengundi di Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah.

Di Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundi di SM Sri Muar pada kira-kira jam 8.20 pagi, menurut Berita Harian.

Di Lembah Pantai, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundi pada jam 9.14, berdasarkan tweetnya.

9.30am: Segamat, Johor: Penyandang kerusi Parlimen Segamat Datuk Dr S Subramaniam enggan membuat spekulasi mengenai kemungkinan kalah di situ, tetapi menegaskan bahawa beliau mahu kekal positif.

Subramaniam berkata, pihaknya telah memberi perkhidmatan sebaiknya di Parlimen tersebut.

"Saya percaya kita masih mempunyai peluang untuk menang walaupun majoriti kecil," katanya kepada pemberita selepas mengundi.

"Walaupun persaingan adalah sengit, tetapi kita telah melihat beberapa perubahan dengan sokongan kaum India kembali kepada BN dan sokongan orang Melayu kekal mantap. Ini akan membolehkan BN merampas semula lebih banyak kerusi berbanding 2008."

9.20am, Batu Caves, Selangor: Penyandang ADUN PKR, Amirudin Shari mengadu SPR telah tersilap cetak kertas undi.

pkr weeklly pc 090807 amirudin shariKatanya, pada 20 April, apabila pencalonan difailkan, beliau dan seorang lagi calon Pakatan Rakyat telah diletakkan di No 1 dalam senarai itu, manakala calon Bebas, Suman Gopal di No 2 dan calon BN Ravisandran Narayan di No 3.

Apabila Amirudin (kiri) menyemaknya hari ini, namanya disenaraikan pada No 2 manakala di Ravindran diletakkan di No 1. Calon Bebas pula di No 3.

"Kami akan membuat aduan rasmi dengan SPR kerana ini bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 Seksyen 11 (2)," kata Amirudin sambil menambah ia boleh mengelirukan pengundi.

9.17am, Sekolah St Michael, Penampang, Sabah: Pengundi meletak kereta mereka satu kilometer dari pusat mengundi ini.

Seorang lelaki muda berjalan bersebelahan seorang wanita tua yang tidak mempunyai gigi, memberitahu wanita itu bahawa dia tidak perlu takut sesiapa.

"Biarlah apa orang nak kata, kau tanda saja X," katanya.

Kerusi Penampang ditandingi calon PKR Ignatius Dorell Leiking, calon BN Bernard Dompok dan calon Star Melanie Annol.

Calon DAP, Dr Edwin Bosi, yang bertanding kerusi DUN di sini, berjabat salam dan dipeluk oleh pengundi.

9.12am: SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor - calon BN Segamat, Datuk Dr S Subramaniam tiba dengan isterinya.
NONE
Wartawan terpaksa terkejar ke sini selepas pasukan akhbar Subramaniam sebelumnya memberitahu mereka tempat mengundi yang salah di sekolah lain.

Subramaniam mengundi 10 minit kemudian selepas memberi ucapan ringkas kepada pengundi lain yang hadir.

8.54am: Muar, Johor - Seorang pengundi di SJK (C) Nanhua bernama Lee mengadu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengikuti prosedur mereka kerana mereka yang sudah tahu saluran undi mereka, masih dikehendaki beratur di padang sekolah untuk disemak sekali lagi.

Biasanya, kata Lee, pengundi akan terus pergi ke saluran masing-masing tetapi tapisan berganda dan pembaziran masa itu mengecewakan ramai pengundi.

"Kami bimbang sesetengah pengundi mungkin tidak dapat ke tempat kerja hari ini," katanya, sambil menggesa SPR supaya mengikut prosedur yang betul.

8.44: Permatang Pauh, Pulau Pinang - Pegawai SPR tidak dibenarkan ketua pemberita Agence France-Presse (AFP), Goh Chai Hin di Sek Keb Sri Penanti kerana beliau tidak mempunyai slip sumpah merah jambu SPR. Bagaimanapun, Goh enggan untuk meninggalkan.

NONE"Saya telah mendapat pas media dari SPR dan Kementerian Penerangan. Saya tidak pernah diberitahu tentang perkara ini," katanya.

Penyandang Ahli Parlimen di situ, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk mengundi.

Berpakaian kemeja putih dan memakai songkok, Anwar berkata Pakatan yakin ia akan menguasai Putrajaya.

Beliau juga meluahkan rasa meluatnya terhadap percubaan terbuka untuk membeli di Pulau Pinang.

8.15am: Seri Delima, Pulau Pinang: Seawal jam 7.30 pagi, 100 orang berkumpul di pusat mengundi di Sekolah Chung Hwa untuk mengundi.
NONE
Setiausaha Agung DAP yang juga penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba dengan isterinya Betty Chew dan ibunya, Neo Yok Tee, 73.

Chew memakai topi putih untuk menutup kepalanya yang dicukur pada hari Jumaat sebagai membantah politik wang. Lim kelihatan agak letih, mungkin kerana kempen yang sengit selama 15 hari.

8.06am - Subang Jaya, Selangor: Barisan pengundi di Sek Men USJ12 dianggarkan kira-kira satu kilometer selepas pintu dibuka.

NONEKira-kira 3,000 pengundi datang awal untuk mengundi. Sub-Editor Malaysiakini G Umakanthan berkata beliau tidak pernah melihat pengundi seramai itu datang awal itu.

Kerusi negeri terletak dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya.

8.05am - Lembah Pantai: Pengundi dilaporkan berbaris panjang pusat mengundi. Calon PKR Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi tersebut dan dicabar oleh calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

18 Menteri Kabinet menang, empat kalah

Posted: 05 May 2013 04:43 PM PDT

SINAR HARIAN
SPR
SPR
 
KUALA LUMPUR - Lapan belas menteri kabinet menang manakala empat lagi kalah pada pilihan raya umum ini.

Barisan kabinet yang menang pula diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613 undi menewaskan Mohd Fariz Abd Talib @ Musa dari PKR yang memperoleh 15,665 undi.

Di Parlimen Pagoh, Johor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menewaskan calon PAS Mohamad Rozali Jamil dengan majoriti 12,842 undi.

Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, enteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.

Kong, yang juga setiausaha kehormat MCA, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lumut, Perak yang dimenanginya pada 2008 kepada calon PKR Mohamad Imran Abd Hamid dengan majoriti 8,168 undi.

Sementara dalam perebutan tiga penjuru yang melibatkan Raja Nong Chik, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Rusli Baba (Bebas) di Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur,  Raja Nong Chik yang pertama kali bertanding di kawasan parlimen itu tewas kepada Nurul Izzah dengan majoriti 1,847 undi.

Di kawasan Parlimen Alor Star, Kedah yang menyaksikan pertandingan empat penjuru, yang melibatkan Chor selaku penyandang kawasan berkenaan, tewas kepada calon PKR Gooi Hsiao-Leung dengan majoriti 1,873 undi.

Naib presiden MCA itu menghadapi pertandingan empat penjuru iaitu berhadapan Gooi, Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama).    

Sementara Benard, yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) tewas kepada calon PKR, Iginatius Dorell Leiking dengan majoriti  10,216 undi.

Paling menarik pada pilihan raya umum kali ini ialah kemenangan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri di kawasan  Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

Palanivel, yang menang dengan majoriti hanya 462 undi, berhadapan saingan lima penjuru di Cameron Highlands -- Mohd Shokri Mahmood (Berjasa), Manogaran Marimuthu (DAP), Kisho Kumar Kathirveloo (Bebas) dan Alagu Thangarajoo (Bebas).

SENARAI MENTERI KABINET YANG MENANG:-

    1. Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan)
    2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
    3. Senator Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands)
    4. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)
    5. Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai)
    6. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong)
    7. Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna)
    8. Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli)
    9. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Kemaman)
    10. Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat)
    11. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)
    12. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Tambun)
    13. Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis)
    14. Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Betong)
    15. Datuk Seri Noh Omar (Tanjung Karang)
    16. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh)
    17. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Tampin)
    18. Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong)
  
- Bernama

Ali Rustam tewas di tangan Shamsul Iskandar

Posted: 05 May 2013 04:38 PM PDT

SINAR HARIAN

MELAKA - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaannya menewaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai mengejutkan dan adalah kemenangan bagi generasi muda.

"Saya tidak jangkakan kemenangan besar ini dengan majoriti 5,447 undi menewaskan gergasi politik Melaka (Mohd Ali), yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan Anggota Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh selepas diumum sebagai pemenang pada kira-kira 1 pagi.

Shamsul Iskandar, 38, seorang peguam dari Kesang, Jasin memperoleh 46,167 undi menewaskan Mohd Ali, 63, yang mendapat 40,720 undi.

Ini adalah percubaan ketiga beliau pada pilihan raya umum selepas tewas kepada dua calon BN iaitu Idris Haron pada 2004 di Parlimen Tangga Batu dan Matulidi Jusoh di Parlimen Dungun pada 2008.

Beliau berkata, kemenangan bersejarah PKR di Bukit Katil adalah satu permulaan dalam misi pakatan pembangkang menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang.- Bernama

Pakatan tolak keputusan p'raya

Posted: 05 May 2013 04:32 PM PDT

MALAYIA KINI 
1:43AM Mei 6 2013

 
Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu.

Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BN menang PRU13

Posted: 05 May 2013 04:28 PM PDT

MALAYSIA KINI


LAPORAN LANGSUNG

3.58am Keputusan muktamad Parlimen: BN 133, Pakatan 89.

3.29am:
Kesemua 3 negeri yang dipertahankan Pakatan - Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan - mendapat majoriti 2/3.

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Pulau Pinang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

3.21am
SELANGOR BN 12, PAS 15, DAP 15, PKR 14.

3.18am:
MCA yang bertanding 37 kerusi Parlimen dan 90 DUN alami kemerosotan paling teruk dalam sejarahnya apabila hanya menang 6 Parlimen dan 10 DUN.

2am:
KEMASKINI Pakatan berjaya rampas 21 kerusi dari BN tetapi hilang 15 kerusi.

Kerusi dirampas Pakatan

1) Stampin (DAP)
2) Sarikei (DAP)
3) Lanang (DAP)
4) Kluang (DAP)
5) Kampar (DAP)
6) Miri (PKR)
7) Lumut (PKR)
8 Gelang Patah (DAP)
9) Sandakan (DAP)
10) Sibu (DAP, kalah pada 2008, tetapi menang dalam piliahn raya kecil 2010)
11) Tuaran (PKR)
12) Penampang (PKR)
13) Bukit Katil (PKR)
14) Temerloh (PAS)
15) Alor Setar (PKR)
16) Pandan (PKR)
17) Kuala Terengganu (PAS)
18) Dungun (PAS)
19) Batu Pahat (PKR)
20) Kuala Nerus (PAS)
21) Sepang (PAS)

Kerusi dirampas BN

1) Titiwangsa (PAS)
2) Kuala Selangor (PAS)
3) Pendang (PAS)
4) Balik Pulau (PKR)
5) Bagan Serai (PKR)
6) Kulim-Bandar Baru (PKR)
7) Hulu Selangor (PKR, menang pada 2008 tetapi tewas dalam pilihan raya kecil 2010)
8) Padang Terap (PAS)
9) Jerai (PAS)
10) Sik (PAS)
11) Merbok (PKR)
12) Baling (PAS)
13) Machang (PKR)
14) Ketereh (PKR)
15) Tanah Merah (PKR)

2.23am:
SABAH Parti tempatan Star, SAPP & Bebas kebanyakannya hilang deposit. Pengundi pilih sama ada Pakatan atau BN.

2.22am
Keputusan Parlimen: BN 129, Pakatan 80.

2.03am:
BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15.

1.46am:
Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak tanggapan bahawa Pakatan Rakyat tidak berjaya memperluaskan pengaruh di kalangan pengundi Melayu di negeri tersebut dalam pilihan raya sebelum ini.

"Kami masih belum menjalankan analisis lengkap namun mendapati majoriti di kebanyakan kerusi kami menigngkat. Ada pertambahan undi Melayu, contohnya di Sungai Pinang kami menang dengan 4,000 lebih dan itu dua kali ganda majoriti kami.

"Itu hanya boleh dicapai dengan mengekalkan undi Melayu atau pertambahannya sedikit. Saya rasa ia meluas di kesemua kerusi. Dan kami menang kerusi Melayu di Seberang Jaya, di Permatang Pauh," katanya.

Tambahnya, kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan peguasaan di negeri tersebut menunjukkan bahawa rakyat negeri itu menolak "politik wang, keganasan dan gengsterisme".

Bercakap dalam sidang medianya malam ini, beliau juga berterima kasih dengan PAS dan PKR dan berkata pertandingan kali ini juga amat sengit, terutama di kerusi DUN Air Putih yang ditandinginya.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR awal pagi ini menyatakan DAP menang 16 kerusi, BN dan PKR masing-masing sembilan kerusi, serta PAS satu kerusi.
1.10am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pilihan raya hari ini menunjukkan berlakunya trend polarisasi pengundian yang membimbangkan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Justeru itu, tambahnya, kerajaan akan memperkenalkan "national reconciliation" untuk mengekang fahaman keterlaluan

Beliau juga meminta pembangkang hormati keputusan rakyat.

1.05am:
Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin berkata berkata Pakatan hanya mampu mempertahankan 15 kerusi DUN berbanding 21 yang dimenangi BN di negeri itu.

BN Perak juga berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut.

12.48am
BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.45am:
BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.
12.40am: Calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas

Di KELANTAN Pakatan menang 10 kerusi Parlimen, BN 4. PAS menang 33 kerusi DUN, BN 12.
12.27: Mengikut SPR, sehingga tengah malam ini, BN telah memenangi 97 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 48 kerusi (DAP 25, PKR 14 dan PAS 9)
12.20am: RASMI BN kekal menguasai Perlis apabila parti itu menang 13 daripada 15 kerusi DUN.
12.11am: Berikut adalah senarai kerusi yang berjaya dirampas Pakatan dan sebaliknya oleh BN setakat ini.
Kerusi dirampas Pakatan:
  • Stampin (DAP)
  • Sarikei (DAP)
  • Lanang (DAP)
  • Kluang (DAP)
  • Kampar (DAP)
  • Miri (PKR)
  • Lumut (PKR)
  • Gelang Patah (DAP)
  • Sandakan (DAP)
  • Sibu (DAP)
  • Tuaran (PKR)
  • Penampang (PKR)
  • Bukit Katil (PKR)
  • Temerloh (PAS)
  • Alor Setar (PKR)
  • Pandan (PKR)
Kerusi dirampas BN:
  • Titiwangsa (PAS)
  • Kuala Selangor (PAS)
  • Pendang (PAS)
  • Balik Pulau (PKR)
  • Bagan Serai (PKR)
12.07am: 19 kerusi DUN Kedah dipercayai dalam genggaman BN. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah dijangka akan mengadakan sidang media lewat malam ini.
12.02am: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi.

Penyandang kerusi Kuala Krai, Dr Hatta Ramii pula berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
11.55pm: PKR dalam satu menyatakan parti itu akan mengumumkan kemenangan di 29 kerusi parlimen berikut:
  • Bukit Katil
  • Lembah Pantai
  • Wangsa Maju
  • Bayan Baru
  • Subang
  • Kuantan
  • Tuaran
  • Pandan
  • Gopeng
  • Permatang Pauh
  • Bandar Tun Razak
  • PJ Selatan
  • Teluk Kemang
  • Kelana Jaya
  • Penampang
  • Ampang
  • Miri
  • Lumut
  • Batu
  • Nibong Tebal
  • Selayang
  • Indera Mahkota
  • Sungai Siput
  • Kuala Langat
  • Kapar
  • Gombak
  • Kuala Kedah
  • Alor Setar
  • Sg Petani
 11.51pm: Utusan melaporkan Othman Abdul (BN) menewaskan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Pendang dengan majoriti 2,600 undi.
11.43pm: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh.

11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim.
11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN.

Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN.

11.23pm: Perkembangan setakat ini menunjukkan BN semakin menguasai di Kedah melalui 19 kerusi DUN yang. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu.

Bagaimanapun penjumlahan untuk kerusi berkenaan setakat ini masih berjalan.
Berikut adalah kerusi DUN yang kini sedang dikuasai BN:
  • Ayer Hangat
  • Kuah
  • Kota Siputeh
  • Ayer Hitam
  • Jitra
  • Kuala Nerang
  • Bukit Lada
  • Bakar Bata
  • Sg Tiang
  • Guar Cempedak
  • Gurun
  • Belantik
  • Jeneri
  • Tanjung Dawai
  • Pantai Merdeka
  • Bayu
  • Kupang
  • Bandar Baru
  • Bukit Kayu Hitam

11.10pm:
Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi.
10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang.

10.47:
Khalid Samad (PAS) menang di Shah Alam menewaskan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin (BN) dengan majoriti lebih 10,000.
10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi.
10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah.
10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.
10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat.
Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang.
Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut.

10.25pm:
DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.
Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.
10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.
9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863
BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058
BN - 16,192
Bebas - 137

Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.

DAP - 29,942
BN - 19,365

9.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.40pm:
Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 23,125
BN - 19,580
Bebas - 126

Undi yang dijumlahkan: 59.55%

9.38pm:
Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem.

Parti itu tewas di Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP.

9.26pm:
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih.
9.25pm: Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah.

DAP - 22,312
BN - 15,007

Jumlah pengundi: 106,864

9.19pm: TAK RASMI
– BN rampas Kedah dari PAS.
Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

Indera Kayangan merupakan salah satu daripada lima kerusi bawah kawasan parlimen Kangar, dengan 47.7% Melayu, 46.8% Cina dan 4.3% India.

9.08am: Keputusan rasmi dari SPR untuk 31 kawasan parlimen di Sarawak:

BN - 16
DAP - 1

9.08pm:
Nurul Izzah Anwar mendahului di kerusi parlimen Lembah Pantai dengan perbezaan kecil. Penjumlahan masih diteruskan.
PKR - 27,234
BN - 25,666

Jumlah pengundi: 72,533
9pm: Laporan Utusan menyebut, BN kini hanya perlu menang di dua kerusi parlimen untuk memberi kemenangan dengan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi.
Utusan juga melaporkan Kedah jatuh ke tangan BN manakala akhbar Sin Chew Daily menyebut Terengganu kembali ke tangan Pakatan.
8.55pm: DAP setakat ini berjaya mengekalkan lima kawasan parlimen yang ditandinginya – Kuching di Sarawak dan empat lagi di Kuala Lumpur – Bukit Bintang, Seputeh, Kepong dan Segambut.

Sementara itu, PKR berjaya mengekalkan Bayan Baru di Pulau Pinang.

Umno pula mengekalkan kerusi Putrajaya dan Setiawangsa di Kuala Lumpur. Laporan tidak rasmi menunjukkan parti itu turut merampas Titiwangsa daripada PAS.

8.50pm: DAP dijangka memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).
DAP - 27,096
BN - 9,925
Jumlah pengundi: 55,887
8.41pm: Lim Kit Siang (DAP) mengekalkan mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 10,892
BN - 8,549

Jumlah pengundi: 106,864
8.35pm: TAK RASMI BN Menang lagi 3 kerusi: Mas Gading, Batang Lupar, Limbang.

8.34pm:
Di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) mendahului Tay Chin Hein (BN) dan S Kuppayah (Bebas) bagi kerusi parlimen.

DAP: 8,613
BN: 6,292
Bebas: 85

Jumlah pengundi: 84,149
8:28pm: Keputusan tidak rasmi: DAP mengekalkan Bandar Kuching.

DAP - 30,133
BN - 10,491
Majoriti - 19,640

Penyandang MP Chong Chieng Jen (DAP) telah meningkatkan majoritinya hampir 10,000 undi. Pada tahun 2008, Chong memenangi kerusi itu dengan majoriti 9,952 undi.
8.25pm: TAK RASMI BN 7, PR 1. BN memang di Putrajaya, Serian, Betong, Igan, Mukah, Julau, Lawas. Pakatan menang di Bandar Kuching.
8.21pm: Segamat - Selepas 61 peratus undi dikira, Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam (BN) ini mendahului Datuk Chua Jui Meng (PKR).

PKR - 10,466
BN - 13246

Jumlah pengundi: 47,115

Sementara itu di Pasir Gudang, Normala Abdul Samad (BN) kini mendahului Ahmad Faidhi Saidi (PKR)

PKR - 11,001
BN - 11,616

Jumlah pengundi: 101,121
8.20pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) kembali mendahului calon BN Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.

PKR - 11941
BN - 10,623
Bebas - 74

Jumlah pengundi: 72,533
8.18pm: Raja Nong Chik (BN) kembali mendahului di hadapan penyandang Nurul Izzah (PKR) di kawasan parlimen Lembah Pantai.
PKR – 8722
BN – 9090
Jumlah pengundi: 72,533

8.13pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 7,619
BN - 6,336

Jumlah pengundi: 106,864
8.06pm: Di Labis, Johor, calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561
BN - 2,225

Jumlah pengundi: 37,787
8.05pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) mendahului buat kali pertama mengatasi Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.

PKR - 7,746
BN - 7,128
Bebas - 54

Jumlah pengundi: 72,533
7.59pm: Di Air Putih, penyandang Lim Guan Eng (DAP) mendahului jauh di hadapan Tan Ken Keong (BN) untuk kerusi DUN tersebut.

DAP - 3,180
BN - 655

Jumlah pengundi: 13,848
7.56pm: Rafizi Ramli (PKR) mendahului di Pandan dengan diekori rapat Lim Chin Yee (BN).

PKR – 9, 845
BN – 4,117
Jumlah pengundi: 83,936
7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi parlimen yang disasarkan di Johor:
Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang Datuk Ser Dr S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN – 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914
7.47pm: TAK RASMI Tengku Adnan menang di Putrajaya
7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi Parlimen yang disasarnya Johor;

Di Segamat, Datuk Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855
BN - 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang MP Hou Kok Chung (BN).

DAP - 5,369
BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914
7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang, menentang Normala Abdul Samad (BN).

PKR - 5,131
BN - 3731

Seramai 15,798 pengundi didaftarkan di kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
      
7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.

BN - 9804
PAS - 4366
Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini.

7:31pm: Di Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot.

BN - 2,410
PKR - 986
Bebas - 5

7.29pm:
Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.

DAP - 4,719
BN - 4,642

7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan "Pakatan Rakyat telah menang".

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.
Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

7.24pm:
Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.

DAP - 3,567
BN - 3,422

7.22pm:
Su Keong Siong (DAP) mendahului Kathleen Wong Mei Yin (BN) di Ipoh Timor, Perak.

BN - 6,379
DAP  - 25,305

7.16pm:
Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai.
DAP - 2,055
BN - 545
Bebas - 5

Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini.
7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal.
BN - 1,783
PKR - 76
Bebas - 1

Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini.
7.07pm: Chong Chieng Jen (DAP) sedang mendahului calon BN Tan Kai (BN) di Bandar Kuching, Sarawak.
BN - 3,328
DAP - 6,247

Sementara itu, Julian Tan Kok Ping (DAP) juga mendahului Yong Koon Seng (BN) dan Soo Lina (Star) di Stampin.
BN - 3,565
DAP - 6,115
Bintang-3
7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.
BN - 1,354
DAP - 1,276
6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.
BN - 2,237
DAP - 1,382

Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.
DAP - 1,499
BN - 801
6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Air Putih dalam kiraan awal.
DAP - 820
BN - 171

Terdapat 13,848 pengundi di DUN ini.
6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di kerusi Parlimen Kulai di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)
DAP - 1,336
BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).
BN - 1,532
DAP - 688
6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).
6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.
Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

6pm: Proses penjumlahan bermula.

Tiada ulasan: