Ahad, 5 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Sumpah LAKNAT Versi PRU?

Posted: 05 May 2013 12:12 PM PDT

Sumber gambar di sini.

P/s: Hebat bangsaku menggadaikan maruah negara hanya kerana berapa keping wang ringgit!



[Sentiasa Dikemaskinikan] TAKZIAH, MALAYSIA Masih di Bawah BN, PR Tolak Keputusan PRU 13

Posted: 05 May 2013 12:02 PM PDT




PARLIMEN
BN
PR
LAIN-LAIN
133
89
0

222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds


Kesimpulan awal yang boleh dibuat, selain dakwaan unsur penipuan dan sebagainya, majoriti orang Melayu, begitu juga orang India dan peribumi di Sabah dan di Sarawak masih lagi dengan semangat LAIN KALILAH, majoriti orang Cina berkobar-kobar dengan semangat INI KALILAH. Namun, semangat mereka ini dikhianati oleh pengundi-pengundi yang lain.

Tahniah kepada majoriti orang Melayu, segelintir orang Cina dan India, serta penduduk Malaysia yang lain kerana menyokong politik lucah, politik wang, pelaksanaan GST, AES, PTPTN, dan segala macam rancangan BN bukan sahaja untuk anda tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.  Tahniah juga kerana menerima kenaikan harga barang, menolak harga minyak yang lebih murah, penghapusan tol, PTPTN, dan segala macam beban yang dikenakan terhadap mereka. 

Takziah penyokong PR...rasanya sudah tidak ada INI KALILAH!!! -DCM



LAPORAN LANGSUNG MALAYSIA KINI

2.03am: BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15.

1.05am: Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin berkata berkata Pakatan hanya mampu mempertahankan 15 kerusi DUN berbanding 21 yang dimenangi BN di negeri itu.

BN Perak juga berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut.

12.48 am: BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.


12.45am: BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah. BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.


12.27: BN menang 81 daripada 119 kerusi Parlimen setakat 12 tengah malam ini, lapor Bernama

12.02pm: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi.

Penyandang kerusi Kuala Krai, Dr Hatta Ramii pula berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

11.49pm: PAS central committee member Dr Dzulkefley Ahmad loses in Kuala Selangor. Dzulkefly lost by 400 votes to BN's Irmohizam Ibrahim, who is an aide to caretaker prime minister Najib Abdul Razak. This is according to the PAS website.

Laporan lengkap di sini.


Kemas Kini:


Pakatan TOLAK Keputusan PRU13

[MK] Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu. 

Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).




[Gambar] Ikrar & Fulus

Posted: 05 May 2013 02:14 AM PDT

Sumber gambar di sini.

P.s: Cuba tengok betul-betul, parti mana yang bagi duit dan meminta pengundi tandatangani ikrar. Terdesak sungguh puak yang mengkhianati negara!!!!


[Perhatian] Dakwat TIDAK KEKAL: Dr Haron Din Buat Laporan Polis, Anda Bila Lagi? 1Malaysia Perlu Buat Laporan Polis

Posted: 05 May 2013 01:45 AM PDT


[HD] KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan memberikan penjelasan bagaimana dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya tidak kekal.

Beliau yang merupakan calon PAS di Arau, Perlis membuat laporan rasmi kepada Pengarah SPR Perlis, Ahmad Ibrahim Mohd Taib di Pejabat SPR Perlis jam 2.30 petang ini.

Sebelum itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kira-kira jam 12. 15 tengahari tadi.

"Pegawai SPR itu gagal menjawab segala persoalan yang saya kemukakan walaupun dia berjanji untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai atasannya.

"Sehingga sekarang saya tidak mendapat jawapan itu," kata Dr Haron kepada Harakahdaily.

Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK (C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal.

Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang "solvent chemical) dan mendapati jarinya bersi-sebersihnya.

"Kalau begini saya ingin satu, siapa yang menipu siapa," kata Dr Haron ketika menghubungi Harakahdaily.

"Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku," kata Dr Haron.

Pertama, pembekal menipu SPR dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal.

Kedua, BN melalui SPR menipu rakyat dengan menyediakan dakwat yang tidak kekal untuk membolehkan penipuan berlaku dalam pilihan raya ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak bersedia untuk menghadapi akibat dari penipuan ini.





P/s: Sila buat laporan polis kerana dakwat kekal yang digunakan tidak kekal. RM5 juta duit rakyat lebur begitu sahaja dan PRU kali ini terdedah kepada pelbagai penipuan.





[Video & Gambar] Lahanat, Pengkhianat Negara Guna Warga Asing untuk Kekalkan Kuasa

Posted: 05 May 2013 12:57 AM PDT




[GB] Yang berikut ialah beberapa kes "pengundi hantu" yang terdiri daripada warganegara asing yang dapat dirakam dan disiarkan secara meluas melalui media sosial.

Di dalam kebanyakan kes, warganegara asing ini didapati memiliki kad pengenalan (Mykad) yang masih baru dan tidak tahu bertutur di dalam bahasa Malaysia serta tak kenal siapa PM Malaysia! 

Sementara di dalam beberapa kes yang lain, pihak polis digunakan untuk mengeskot warga negara asing ini untuk mengundi.

Kita merasa sedih dengan pencemaran PRU13 kali ini dengan kes-kes pengundi hantu ini yang menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti dan integriti SPR dan JPN disamping polis yang terlibat.

Sanggup menggadaikan negara untuk mengekalkan kuasa pemerintah yang ada.

Keadaan ini perlu dibongkar habis-habisan dan siasatan penuh perlu dilakukan. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan dan dihukum seberat-beratnya.
























P/s: Blogger BN mendakwa ada warga asing yang diupah oleh PR  untuk mengundi PR. Cuba fikir logiknya, siapa yang ada kuasa memberikan kad pengenalan kepada mereka? Siapa yang ada kuasa mendaftarkan nama mereka dalam senarai pengundi? Adakah Pakatan Rakyat mempunyai kuasa berbuat demikian?

Lahanatlah pengkhianat negara!!!!


Kemas Kini:

Bangla & Myanmar Miliki IC Biru Cuba Mengundi Dikesan

[KD] PETALING JAYA 5 MEI: Seorang lelaki warganegara Myanmar ditangkap ketika cuba memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya, Selangor.


Dia ditahan dalam keadaan gelisah dan seakan-seakan takut dicekup pasukan bertindak pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat sebelum diberkas dan dibawa kepada polis untuk tindakan lanjut.

Di AMPANG pula, calon KEADILAN Pandan, Rafizi Ramli melalui twitter menyatakan petugas Pakatan Rakyat Pandan pagi ini mengesan empat nama yang disyaki pengundi hantu di Parlimen Ampang.

Empat pengundi hantu terbabit dipercayai warga asing cuba untuk membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah, Ampang.

Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang jam 11.30 pagi.


Sementara itu, calon DUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, seorang warga Bangladesh disyaki pengundi hantu dapat ditahan di pusat pengundian di Pandan Jaya.

Pandan Jaya terletak dalam DUN Cempaka dan Parlimen Pandan.

"Saya terima laporan daripada petugas PAS di sana tentang cubaan memasukkan warga Bangladesh di tempat mengundi di Pandan Jaya.

"Petugas sedang siasat. Saya akan periksa semula dengan mereka," katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana pagi tadi.

Selain itu, facebook juga memapar banyak rakaman dakwaan pengundi hantu. Untuk tonton, KLIK INI.



SEBARKAN!


Tiada ulasan: