Ahad, 5 Mei 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Anak Nik Aziz kalahkan Ibrahim Ali di Pasir Mas

Posted: 05 May 2013 09:26 AM PDT


Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2013

PASIR MAS - Anak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dengan memperoleh majoriti 8,047 undi.

Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, memperoleh 33,431 undi berbanding penyandang kerusi, Datuk Ibrahim Ali yang mengumpulkan 25,384 kerusi.

Kelantan kekal milik Pas

Posted: 05 May 2013 08:37 AM PDT


KOTA BHARU - Keputusan tidak rasmi menunjukkan Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan majoriti tipis.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang berada di hadapan dan dijangka tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi Dun Chempaka.

Ketika ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed hampir pasti memenangi kerusi Parlimen Jeli dan Dun Air Lanas manakala Tan Sri Annuar Musa dijangka merampas kerusi parlimen Ketereh dari PKR.

Kerusi Parlimen Machang bakal menjadi milik BN manakala ketiga-tiganya memihak kepada Pas.

Sementara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dikatakan ketinggalan jauh dengan calon Pas Nik Abduh Nik Abduh Aziz di Parlimen Pasir Mas.

Tiada ulasan: