Biaqpila |
- PR TOLAK KEPUTUSAN PRU 13
- KEPUTUSAN TERKINI PRU 13 - LAPORAN LANGSUNG
- PRU13: PKR MENDAHULUI DI SARATOK
- HELIKOPTER DINAIKI HISHAMUDDIN TERBALIK
- UMNOBN PARLIMEN BALING MENGAKU KALAH AWAI LAGI
- PKR HALANG PENGUNDI MERAGUKAN DI PANDAN
- PANAS!!! Pengundi HANTU Warga Myanmar BERJAYA DITANGKAP!
- LAWAK AHAD: INI KALI LAH!!!
- SELAMAT LA MAT-MAT BANGLA KAH! KAH! KAH!
Posted: 05 May 2013 03:00 PM PDT Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN. Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya. Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis. Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu. Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan SPR. Masih belum dimuktamadkan keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan, SPR nampaknya tergesa-gesa mengumumkan BN sudah memperolehi 112 kerusi sedangkan dalam masa sama tidak mengumumkan secara rasmi kedudukan keseluruhan. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
KEPUTUSAN TERKINI PRU 13 - LAPORAN LANGSUNG Posted: 05 May 2013 12:18 PM PDT PARLIMEN BN 133 PR 87 LAIN 0 Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing. LAPORAN LANGSUNG: SILA REFRESH UNTUK KEPUTUSAN TERKINI 2.22am Keputusan Parlimen: BN 133, Pakatan 87. 2.03am: BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15. 1.46am: Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak tanggapan bahawa Pakatan Rakyat tidak berjaya memperluaskan pengaruh di kalangan pengundi Melayu di negeri tersebut dalam pilihan raya sebelum ini. "Kami masih belum menjalankan analisis lengkap namun mendapati majoriti di kebanyakan kerusi kami menigngkat. Ada pertambahan undi Melayu, contohnya di Sungai Pinang kami menang dengan 4,000 lebih dan itu dua kali ganda majoriti kami. "Itu hanya boleh dicapai dengan mengekalkan undi Melayu atau pertambahannya sedikit. Saya rasa ia meluas di kesemua kerusi. Dan kami menang kerusi Melayu di Seberang Jaya, di Permatang Pauh," katanya. Tambahnya, kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan peguasaan di negeri tersebut menunjukkan bahawa rakyat negeri itu menolak "politik wang, keganasan dan gengsterisme". Bercakap dalam sidang medianya malam ini, beliau juga berterima kasih dengan PAS dan PKR dan berkata pertandingan kali ini juga amat sengit, terutama di kerusi DUN Air Putih yang ditandinginya. Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR awal pagi ini menyatakan DAP menang 16 kerusi, BN dan PKR masing-masing sembilan kerusi, serta PAS satu kerusi. 1.10am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pilihan raya hari ini menunjukkan berlakunya trend polarisasi pengundian yang membimbangkan dan boleh mencetuskan ketegangan. Justeru itu, tambahnya, kerajaan akan memperkenalkan "national reconciliation" untuk mengekang fahaman keterlaluan Beliau juga meminta pembangkang hormati keputusan rakyat. 1.05am: Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin berkata berkata Pakatan hanya mampu mempertahankan 15 kerusi DUN berbanding 21 yang dimenangi BN di negeri itu. BN Perak juga berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut 12.48am BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah. 12.45am: BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah. 12.40am: Calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas Di KELANTAN Pakatan menang 10 kerusi Parlimen, BN 4. PAS menang 42 kerusi DUN, BN 3. 12.27: Mengikut SPR, sehingga tengah malam ini, BN telah memenangi 97 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 48 kerusi (DAP 25, PKR 14 dan PAS 9) 12.20am: RASMI BN kekal menguasai Perlis apabila parti itu menang 13 daripada 15 kerusi DUN. 12.11am: Berikut adalah senarai kerusi yang berjaya dirampas Pakatan dan sebaliknya oleh BN setakat ini. Kerusi dirampas Pakatan: Stampin (DAP) Sarikei (DAP) Lanang (DAP) Kluang (DAP) Kampar (DAP) Miri (PKR) Lumut (PKR) Gelang Patah (DAP) Sandakan (DAP) Sibu (DAP) Tuaran (PKR) Penampang (PKR) Bukit Katil (PKR) Temerloh (PAS) Alor Setar (PKR) Pandan (PKR) Kerusi dirampas BN: Titiwangsa (PAS) Kuala Selangor (PAS) Pendang (PAS) Balik Pulau (PKR) Bagan Serai (PKR) 12.07: 19 kerusi DUN Kedah dipercayai dalam genggaman BN. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah dijangka akan mengadakan sidang media lewat malam ini. 12.02pm: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi. Penyandang kerusi Kuala Krai, Dr Hatta Ramii pula berjaya mengekalkan kerusi berkenaan. 11.51pm: Utusan melaporkan Othman Abdul (BN) menewaskan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Pendang dengan majoriti 2,600 undi. 11.43pm: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh. 11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim. 11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN. Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN. 11.23pm: TAK RASMI BN menguasai negeri Kedah melalui 20 kerusi DUN yang dimenanginya. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu. Penjumlahan masih berjalan untuk mendapatkan keputusan bagi kerusi DUN Kota Darui Aman dan Bukit Kayu Hitam. 11.10pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi. 10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang. 10.47: Khalid Samad (PAS) menang di Shah Alam menewaskan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dengan majoriti lebih 10,000. 10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi. 10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah. 10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh. 10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat. Bagaimanapun, calon mereka masih mendahuluiu dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang. 10.25pm: DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah. Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai. 10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan. Kedah mempunyai 36 kerusi DUN. 9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini. DAP - 33,863 BN - 26,499 DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut: DAP - 28,058 BN - 16,192 Bebas - 137 Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi. DAP - 29,942 BN - 19,365 9.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN. 9.40pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN). PKR - 23,125 BN - 19,580 Bebas - 126 Undi yang dijumlahkan: 59.55% 9.38pm: Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem. Parti itu tewas di Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP. 9.26pm: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih. 9.25pm: Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah. DAP - 22,312 BN - 15,007 Jumlah pengundi: 106,864 9.19pm: TAK RASMI – BN merampas Kedah dari PAS. Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang. Indera Kayangan merupakan salah satu daripada lima kerusi bawah kawasan parlimen Kangar, dengan 47.7% Melayu, 46.8% Cina dan 4.3% India. 9.08am: Keputusan rasmi dari SPR untuk 31 kawasan parlimen di Sarawak: BN - 16 DAP - 1 9.08pm: TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil. PKR - 27,234 BN - 25,666 Jumlah pengundi: 72,533 9pm: Laporan Utusan menyebut, BN kini hanya perlu menang di dua kerusi parlimen untuk memberi kemenangan dengan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi. 8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN). DAP - 27,096 BN - 9,925 Jumlah pengundi: 55,887 8.41pm: Lim Kit Siang (DAP) mengekalkan mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. DAP - 10,892 BN - 8,549 Jumlah pengundi: 106,864 8.35pm: TAK RASMI BN Menang lagi 3 kerusi: Mas Gading, Batang Lupar, Limbang. 8.34pm: Di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) mendahului Tay Chin Hein (BN) dan S Kuppayah (Bebas) bagi kerusi parlimen. DAP: 8,613 BN: 6,292 Bebas: 85 Jumlah pengundi: 84,149 8:28pm: Keputusan tidak rasmi: DAP mengekalkan Bandar Kuching. DAP - 30,133 BN - 10,491 Majoriti - 19,640 Penyandang MP Chong Chieng Jen (DAP) telah meningkatkan majoritinya hampir 10,000 undi. Pada tahun 2008, Chong memenangi kerusi itu dengan majoriti 9,952 undi. 8.25pm: TAK RASMI BN 7, PR 1. BN memang di Putrajaya, Serian, Betong, Igan, Mukah, Julau, Lawas. Pakatan menang di Bandar Kuching. 8.21pm: Segamat - Selepas 61 peratus undi dikira, Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam (BN) ini mendahului Datuk Chua Jui Meng (PKR). PKR - 10,466 BN - 13246 Jumlah pengundi: 47,115 Sementara itu di Pasir Gudang, Normala Abdul Samad (BN) kini mendahului Ahmad Faidhi Saidi (PKR) PKR - 11,001 BN - 11,616 Jumlah pengundi: 101,121 8.20pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) kembali mendahului calon BN Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi. PKR - 11941 BN - 10,623 Bebas - 74 Jumlah pengundi: 72,533 8.18pm: Raja Nong Chik (BN) kembali mendahului di hadapan penyandang Nurul Izzah (PKR) di kawasan parlimen Lembah Pantai. PKR – 8722 BN – 9090 Jumlah pengundi: 72,533 8.13pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. DAP - 7,619 BN - 6,336 Jumlah pengundi: 106,864 8.06pm: Di Labis, Johor, calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN). DAP - 3,561 BN - 2,225 Jumlah pengundi: 37,787 8.05pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) mendahului buat kali pertama mengatasi Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi. PKR - 7,746 BN - 7,128 Bebas - 54 Jumlah pengundi: 72,533 7.59pm: Di Air Putih, penyandang Lim Guan Eng (DAP) mendahului jauh di hadapan Tan Ken Keong (BN) untuk kerusi DUN tersebut. DAP - 3,180 BN - 655 Jumlah pengundi: 13,848 7.56pm: Rafizi Ramli (PKR) mendahului di Pandan dengan diekori rapat Lim Chin Yee (BN). PKR – 9, 845 BN – 4,117 Jumlah pengundi: 83,936 7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi parlimen yang disasarkan di Johor: Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang Datuk Ser Dr S Subramaniam (BN). PKR - 5,855 BN – 4,227 Jumlah pengundi: 47,115 Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang Hou Kok Chung (BN). DAP - 5,369 BN - 3,390 Jumlah pengundi: 86,914 7.47pm: TAK RASMI Tengku Adnan menang di Putrajaya 7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi Parlimen yang disasarnya Johor; Di Segamat, Datuk Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang MP S Subramaniam (BN). PKR - 5,855 BN - 4,227 Jumlah pengundi: 47,115 Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang MP Hou Kok Chung (BN). DAP - 5,369 BN - 3,390 Jumlah pengundi: 86,914 7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang, menentang Normala Abdul Samad (BN). PKR - 5,131 BN - 3731 Seramai 15,798 pengundi didaftarkan di kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu. 7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya. BN - 9804 PAS - 4366 Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini. 7:31pm: Di Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot. BN - 2,410 PKR - 986 Bebas - 5 7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. DAP - 4,719 BN - 4,642 7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan "Pakatan Rakyat telah menang". Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini. Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut. Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan. 7.24pm: Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah. Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi. DAP - 3,567 BN - 3,422 7.22pm: Su Keong Siong (DAP) mendahului Kathleen Wong Mei Yin (BN) di Ipoh Timor, Perak. BN - 6,379 DAP - 25,305 7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai. DAP - 2,055 BN - 545 Bebas - 5 Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini. 7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal. BN - 1,783 PKR - 76 Bebas - 1 Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini. 7.07pm: Chong Chieng Jen (DAP) sedang mendahului calon BN Tan Kai (BN) di Bandar Kuching, Sarawak. BN - 3,328 DAP - 6,247 Sementara itu, Julian Tan Kok Ping (DAP) juga mendahului Yong Koon Seng (BN) dan Soo Lina (Star) di Stampin. BN - 3,565 DAP - 6,115 Bintang-3 7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi. BN - 1,354 DAP - 1,276 6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. BN - 2,237 DAP - 1,382 Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului. DAP - 1,499 BN - 801 6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Air Putih dalam kiraan awal. DAP - 820 BN - 171 Terdapat 13,848 pengundi di DUN ini. 6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di kerusi Parlimen Kulai di Johor. Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas) DAP - 1,336 BN - 509 6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP). BN - 1,532 DAP - 688 6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak. Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu. Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas). Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP. Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP). 6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan. 6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC. Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya. 6pm: Proses penjumlahan bermula. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
PRU13: PKR MENDAHULUI DI SARATOK Posted: 05 May 2013 04:10 AM PDT |
HELIKOPTER DINAIKI HISHAMUDDIN TERBALIK Posted: 05 May 2013 03:43 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini. Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu. "Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13. - Bernama NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
UMNOBN PARLIMEN BALING MENGAKU KALAH AWAI LAGI Posted: 05 May 2013 01:51 AM PDT |
PKR HALANG PENGUNDI MERAGUKAN DI PANDAN Posted: 04 May 2013 11:28 PM PDT Terdapat pengundi yang meragukan muncul di pusat pengundian di Pandan tetapi beredar selepas dibantah oleh agen pengundian Pakatan, dakwa calon PKR Pandan Rafizi Ramli. Katanya, seorang pemilih di Parlimen itu Seok Leong Yew memaklumkan pasukan petugasnya, terdapat pengundi meragukan didaftarkan menggunakan alamat rumahnya. Rafizi berkata, pihaknya telah mengedarkan semua nombor kad pengenalan yang meragukan kepada agen pusat pengundian dan setelah itu mereka membuat bantahan. "Oleh kerana orang kami bantah (pengundi meragukan), dia tinggalkan tanpa mengundi," kata Rafizi dalam sidang media di hadapan ibu pejabat polis daerah Ampang sebelum masuk dan membuat laporan polis berhubung perkara itu. Rafizi ditemani seorang pengundi Sivaprakasam Kuruppiah yang juga mendakwa alamat rumahnya turut didaftarkan pengundi lain. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
PANAS!!! Pengundi HANTU Warga Myanmar BERJAYA DITANGKAP! Posted: 04 May 2013 08:31 PM PDT Ini maklumat baru yang diterima. Seorang lelaki warganegara Myanmar berjaya ditangkap ketika cuba memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya, Selangor. Dia ditahan ketika cuba hendak memasuki pusat pengundian dalam keadaan gelisah dan seakan takut akan dicekup pasukan bertindak pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat, namun akhirnya berjaya diberkas dan dibawa kepada polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, calon KEADILAN parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan di Twitter bahawa beliau akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang kira-kira jam 11.30 pagi ini atas isu yang sama. Beliau mendakwa terdapat kira-kira empat orang dipercayai warga asing cuba untuk membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah. Beberapa warga asing Bangladesh juga dikesan cuba membuang undi di sekitar Lembah Klang tetapi pasukan pemantau Pakatan Rakyat yang mengesyaki sesuatu pantas melaporkan kepada polis yang berkawal di pintu masuk pusat pengundian. Difahamkan lebih ramai warga asing Bangladesh dan Myanmar yang memperolehi MyKad secara haram akan keluar untuk cuba membuang undi sekitar jam 2 petang ini. Mereka dikesan akan menggunakan taktik lama iaitu cuba mempengaruhi petugas SPR untuk membuang undi kerana tidak perlu memeriksa butiran pengundian sebelum masuk ke saluran mengundi yang ditetapkan. Dalam perkembangan sama, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim meminta supaya suspek pengundi hantu tidak diapa-apakan dan meminta penyokong Pakatan Rakyat yang melihat situasi berkenaan agar segera memberitahu pihak polis yang bertugas. Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pula meminta semua pengundi yang dakwat pada jari telunjuk hilang selepas dicalit agar membuat laporan polis dan kesemua laporan tersebut akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bantahan. jalanpulang1978 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
Posted: 04 May 2013 06:00 PM PDT Kisah suatu pagi yang hening di bilik gerakan UMNO BN. Deringan telefon berbunyi truuuttt.... truuuuutttt... A: Hello, bilik gerakan UMNO ke ni? B: Ye bercakap.... ini siapa? A: Ini.... err... ini... errr... ini... B: Ini ini ini apa?? A: Ini kali lah!!!! Asalkan Bukan Cap Dacing (ABCD) NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
SELAMAT LA MAT-MAT BANGLA KAH! KAH! KAH! Posted: 04 May 2013 04:00 PM PDT DEY MACHA!!! INI MACAM SENANGLA MAT-MAT BANGLA KAH! KAH! KAH! PUTRAJAYA: Tindakan mana-mana parti atau pihak membawa pengundi pulang ke kawasan mengundi bukan satu kesalahan selagi pengundi berkenaan tidak dipaksa mengundi calon atau parti tertentu, kata Suruhanjaya Pilihan Raya. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan itu tidak menyalahi undang-undang mengikut undang-undang pilihan raya. "Ia bukan kesalahan mengangkut pengundi ini, tetapi jika pengundi yang diangkut tersebut dipaksa supaya mengundi calon tertentu ia adalah kesalahan" katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini. Abdul Aziz menambah, tindakan mengangkut pengundi itu sebaliknya adalah baik kerana membantu memudahkan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebelum ini membuat pengakuan bahawa "rakan-rakan" Barisan Nasional menaja penerbangan pengundi di Sabah dan Sarawak untuk pulang ke Semenanjung pada pilihan raya umum nanti. Jelasnya sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara tersebut. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat lebih 40 ribu pengundi diragui, termasuk dari Sabah dan Sarawak telah diterbangkan masuk ke negeri-negeri utama di Semenanjung semenjak minggu lalu. Abdul Aziz dalam masa sama turut memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menahan mana-mana individu yang disyaki warga asing semasa hari pengundian. "Jangan 'jugde' individu tertentu yang kelihatan seperti warga asing, kita tidak boleh tahan sesiapa, 'citizen arrest' pun tidak..yang boleh tahan semasa hari mengundi hanya SPR dan polis sahaja," katanya. astroawani NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan