Jumaat, 31 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mengapa Ular Peliharaan Tidak Membaham Tuannya yang mati Akibat Sakit Jantung?

Posted: 31 May 2013 05:00 AM PDT


[HM] Berlin: Pencarian polis untuk mengesan seorang lelaki yang hilang berakhir dengan kejutan apabila mereka menemui mayatnya dikelilingi 40 ular, lapor media semalam.

Kebanyakan reptilia itu - termasuk seekor anakonda sepanjang sembilan meter dan empat ekor ular sawa 10.5 meter - berlingkaran di sekitar mayat reput itu.

Jurucakap bomba di bandar Straubing berkata, mayat lelaki itu ditemui di apartmen di Heiko Rieder.

"Sekurang-kurangnya seekor daripada ular itu sebesar paha orang dewasa," katanya.

Sebelum itu, polis dimaklumkan mengenai kehilangan lelaki terbabit apabila dia tidak hadir bekerja selama seminggu.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mati akibat serangan jantung ketika memberi makan ular peliharaannya.

"Dia bernasib baik kerana badannya terlalu besar untuk ditelan ular berkenaan," katanya. Pakar reptilia pula berkata, ada dua sebab mengapa ular itu tidak memakan tuannya.

"Pertama, ular itu lebih gemar memakan mangsa yang hidup, dan kedua, lelaki terbabit terlalu besar untuk ditelan sekaligus," katanya. - The Sun



Bayi Terperangkap di dalam Paip Tandas Diserahkan kepada Ibunya

Posted: 31 May 2013 02:16 AM PDT



[Kosmo] BEIJING - Bayi baru lahir yang diselamatkan dari saluran paip kumbahan di China diserahkan kepada ibunya selepas pihak berkuasa mengesahkan bayi itu terperangkap kerana kemalangan, kata seorang pegawai tempatan semalam.

Bayi lelaki itu dibawa pulang dari hospital oleh ibunya yang belum berkahwin yang datang bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada anak tersebut.

Seorang pegawai di sebuah pejabat propaganda daerah Pujiang berkata, lelaki itu akan membuat ujian untuk mengesahkan sama ada bayi tersebut ialah anaknya.

Jika ujian itu mengesahkan bayi itu ialah anaknya, dia bersedia berbincang dengan wanita tersebut cara untuk membantu membesarkannya.

Pihak berkuasa juga masih tidak mendedahkan identiti pasangan tersebut.

Kes tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai kekurangan pendidikan seks dan cara melahirkan bayi yang betul di kebanyakan sekolah di China.

Pihak polis juga memutuskan bahawa wanita bujang berusia 22 tahun itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana dia memberitahu perkara yang sebenar walaupun pada awalnya enggan tampil kepada pihak berkuasa kerana diselubungi ketakutan.

Wanita itu memberitahu polis dia mengandung selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki dan merahsiakan kehamilan itu daripada keluarga serta jiran.

Dia kemudian melahirkan bayi tersebut di dalam tandas di rumah sewanya di bandar Jinhua, wilayah Zhejiang, China.

Bagaimanapun, bayi tersebut terjatuh di dalam saluran tandas cangkung itu pada Sabtu lalu.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu terperangkap di dalam saluran paip berbentuk L di bawah tandas cangkung apabila anggota bomba tiba di bangunan sewa tersebut.

Bayi itu kemudian dibawa ke sebuah hospital supaya kerja-kerja memecahkan paip tersebut dibuat tanpa mencederakan bayi berkenaan. - AP


Berita awal di sini.



Islam Bakal "Tawan" Britain

Posted: 31 May 2013 12:30 AM PDT


MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

[HM] London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.

Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. 

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary's di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.

Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.

Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.

Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.

Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang. 

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi 'masalah' sendiri akibat dikunjungi orang ramai. 

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi 'agama silam' dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. 

Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi. 

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.

Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. 

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail


Awas, Ubat Tahan Sakit Boleh Sebabkan Serangan Jantung!

Posted: 30 May 2013 11:00 PM PDT



[HM] London: Penggunaan ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi dan berterusan dianggap "sama bahaya" dengan sejenis ubat yang ditarik dari pasaran kerana boleh menyebabkan risiko serangan jantung, kata penyelidik semalam.

Ketika membentangkan keputusan kajian antarabangsa mengenai penahan sakit dikenali sebagai ubat bukan steroid antiradang (NSAIDs), penyelidik berkata, dos yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit kardiovaskular sehingga satu per tiga.

Data itu bermaksud, bagi setiap 1,000 orang yang berdepan risiko biasa serangan yang mengambil ubat itu dalam dos yang tinggi selama setahun, mereka berdepan dengan kemungkinan mengalami serangan jantung yang boleh dielakkan. 

Keadaan itu sama dengan risiko dibawa ubat penahan sakit dikenali sebagai Vioxx - dikeluarkan syarikat Merck di Amerika Syarikat - yang ditarik balik penjualannya pada 2004 kerana dikaitkan dengan risiko serangan jantung. - Reuters


Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara Khir Toyo, Adakah...

Posted: 30 May 2013 08:39 PM PDT


...magik akan berlaku di peringkat Mahkamah Persekutuan yang merupakan platform terakhir pasukan pembelaan Khir Toyo untuk mengelakkan pelanggan mereka dikenakan hukuman 12 bulan penjara?

Menurut laporan media:

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara 12 Bulan Terhadap Khir Toyo

[Mstar] PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di sini empat tahun lepas.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan. Sambung di sini.


Sama-samalah kita tunggu sama ada akan berlaku magik atau tidak semasa kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia mahu melihat keadilan dapat ditegakkan dan orang yang didapati bersalah dikenakan hukuman yang setimpal tanpa mengira darjat.







Peniaga Berusia 49 Tahun Dicabul Doktor Miang

Posted: 30 May 2013 08:00 PM PDT


Peniaga Wanita Dakwa Dicabul Doktor

[Bernama] IPOH - Seorang peniaga wanita mendakwa dicabul seorang doktor ketika membawa pekerjanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.

Mangsa yang berusia 49 tahun itu mendakwa dalam kejadian pukul 11.30 pagi 22 Mei lepas, doktor berumur lingkungan 60-an itu mengajak beliau naik ke tingkat atas klinik untuk melihat lukisan.

"Selepas membuat pendaftaran nama pekerja, dia (suspek) mengajak saya melihat lukisan kerana saya tidak menghadirkan diri ke pertandingan melukis kanak-kanak yang dianjurkannya sehari sebelum kejadian.

Semasa berada di tingkat atas, doktor itu tiba-tiba memeluknya dari belakang dan mencabulnya, katanya pemberita di sini hari ini.

Peniaga itu berkata lima selepas kejadian, beliau dan suaminya berjumpa doktor terbabit di klinik itu bagi bertanyakan mengenai kejadian itu tetapi mereka dihalau dan berlaku pergaduhan.

"Suami saya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan kanan, muka serta calar di dada akibat dicucuk dengan pen," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai.

Sementara itu, Ketua Polis Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala kertas siasatan telah lengkap dan dihantar kepada timbalan pendakwa raya," katanya. 



Mayat Remaja 14 Tahun Ditemui Sekumpulan Remaja

Posted: 30 May 2013 07:30 PM PDT


[SH] AYER MOLEK - "Apa dosa anak saya?" demikian luahan bapa kepada remaja perempuan, Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, di sini, kelmarin, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Mohamad Sahak, 58, berkata, walaupun reda dengan takdir, dia tetap mahu tahu mengapa anak kesayangannya itu diperlaku sebegitu.

"Saya mahu tahu siapa pembunuh Aimi dan apa motifnya. Saya harap pembunuh anak saya ditangkap dan terima pembalasan dengan segera," katanya.

Dia kelihatan masih trauma ketika bercakap kepada pemberita yang menemuinya di rumahnya di Taman Desa Ayer Molek, di sini, semalam.

Katanya, sejak Aimi Hamizah, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pulang ke rumah Isnin lalu, dia dan isterinya, Maimunah Ismail, 44, seperti tidak tentu arah dan sentiasa berada dalam keadaan bimbang.

Mohamad yang merupakan pekerja kilang lebur besi di Merlimau berkata, anak tunggal perempuannya itu sangat manja dan rapat dengannya.

Anaknya sempat berbuka puasa dengan isterinya Isnin lalu, mencium tangan mereka berkali-kali sebelum keluar untuk mengaji al-Quran.

"Arwah puasa ganti dan dia ada ajak saya berbuka puasa sekali, tapi saya tak mahu sebab tidak berpuasa.

"Sebelum keluar rumah pergi mengaji pula dia salam saya berkali-kali dan sempat mencium ibunya. Selalunya dia akan salam dua, tiga kali, tapi kali ini berkali-kali pula," katanya.

Mohamad berkata, dia bersama anak lelaki serta beberapa rakan anak lelakinya kemudian terus mencari mangsa selepas tidak pulang ke rumah hingga 10 malam.

"Sehingga hari Selasa Aimi masih tak balik-balik, jadi kami pergi buat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua, kira-kira jam 10.45 malam.

"Keesokannya (Rabu), saya rasa tak sedap hati setelah polis datang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan memaklumkan bahawa mereka ada jumpa mayat seorang remaja perempuan dan meminta saya untuk membuat pengecaman," katanya.

Menurutnya, dia dan isterinya, serta dua anak lelaki, Abdul Mutalib, 20, dan Abu Sufian, 17, bergegas ke tempat kejadian sejauh kira-kira empat kilometer untuk buat pengecaman.

"Semasa di tempat kejadian, saya tak mampu buat pengecaman kerana masih terkejut, namun dimaklumkan oleh isteri dan anak lelaki bahawa mayat remaja perempuan itu adalah Aimi berdasarkan pakaian dan barang kemas yang dipakainya," katanya.

Tambah Mohamad, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi tetap tidak dapat menerima hakikat anaknya meninggal dunia dalam keadaan demikian.

Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang kelmarin.



Anwar MENANG Saman Terhadap S. Nallakurapan

Posted: 30 May 2013 06:50 PM PDT



[SH] SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.



Tiada ulasan: