Jumaat, 24 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kekasih Curang dengan Anak Sendiri Disangka HANTU

Posted: 24 May 2013 06:30 AM PDT


Sekadar hiasan.
[HM] Hobart: Gara-gara percaya rumahnya berhantu, seorang lelaki memasang kamera tersembunyi di dapur untuk merakamkan aktiviti paranormal itu.

Dan tindakan itu akhirnya memang merakamkan aktiviti luar biasa di rumah berkenaan - apabila kamera itu merakamkan hubungan seks di antara anak lelaki dan kekasih lelaki terbabit.

Ketika lelaki itu mempertikaikan tindakan kekasihnya, wanita terbabit - berusia 28 tahun - mendakwa ia bukan hubungan asmara seperti disangka, sebaliknya sekadar pelukan kasih sayang dengan remaja berkenaan.

Namun, apabila lelaki itu menyoal anaknya yang berusia 16 tahun, remaja itu mengakui dia pernah berasmara dengan kekasih bapanya beberapa kali sebelum itu. Polis kemudian dihubungi untuk menangkap wanita terbabit. - The Sun

Remaja Nyaris Jadi Mangsa Serakah Sepupu di Tandas Awam

Posted: 24 May 2013 05:00 AM PDT


[SH] MUAR - Seorang pelajar sebuah sekolah di Pagoh, nyaris menjadi mangsa rogol sepupunya dalam sebuah tandas di Kompleks Penghulu Pagoh dekat sini, kelmarin.

Pelajar berusia 15 tahun itu berjaya diselamatkan polis sebaik kejadian berkenaan disedari orang awam yang terdengar jeritan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, susulan itu, polis membuat pemeriksaan dan mendapati salah satu tandas di kompleks itu dikunci dari dalam.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu beberapa kali dan dibuka, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus sedang menangis ketakutan.

"Suspek yang turut berada dalam tandas itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan.

"Suspek yang sudah tidak bersekolah adalah sepupu mangsa yang telah disuruh ibu remaja perempuan berkenaan untuk mengambilnya pulang dari sekolah dengan menaiki motosikal," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sahadan berkata, suspek mengajak mangsa singgah ke kompleks itu dengan alasan kononnya ingin menyambut hari lahir remaja berkenaan.

Jelasnya, apabila tiba di tempat kejadian, suspek bertindak menarik mangsa masuk ke dalam tandas.

"Suspek menarik tudung dan kain mangsa, tetapi tidak sempat merogolnya," katanya.

Sahadan berkata, berdasarkan ujian air kencing suspek didapati bebas dadah, tetapi mempunyai rekod dalam perintah pengawasan polis selama dua tahun yang akan berakhir pada 2015.

Menurutnya, rekod tersebut bersangkutan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan niat.



[Gambar] CIUM dan CUMBU, Cantik BAJU!!!

Posted: 24 May 2013 12:00 AM PDT

Sumber gambar di sini.


P/s: Anak muda, jauhilah zina dan perbuatan yang mempengaruhi anda melakukan zina.




[Gambar] Pasangan Suami Isteri Cuba Bawa Pulang MAYAT Anak Perempuan Mereka dengan Menaiki Bas Awam, Mengapa?

Posted: 23 May 2013 06:30 PM PDT




Pasangan suami isteri di China telah "ditangkap" ketika cuba membawa mayat anak perempuan mereka yang berusia dua tahun menaiki sebuah bas. Mayat kanak-kanak malang itu dimuatkan di dalam sebuah beg besar.

Yang Cheng, 35, dan isterinya Lin Sun Li menuntut mayat anak mereka yang dipercayai meninggal dunia kerana penyakit tangan, kaki, dan mulut di Hospital Hefei, di Wilayah Anhui sebelum meletakkan mayat itu di dalam beg tersebut.

Mereka kemudiannya pergi ke stesen bas tempatan sebelum cuba menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumah mereka di Quqiu.

Walau bagaimanapun, rancangan itu telah digagalkan apabila mayat anak mereka itu dapat dikesan oleh mesin pengimbas keselamatan.  Polis telah dipanggil dan Yang telah disoal siasat. Beliau memberitahu polis bahawa mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu menyewa kereta mayat.

Pasangan itu akhirnya dibebaskan tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Mereka dilihat pulang ke rumah dengan menaiki sebuah teksi. -DCM/DM 



Pasangan ini memberitahu polis bahawa mereka tidak mampu menyewa kereta mayat untuk membawa pulang mayat anak mereka.






Pemuda Gari Tangan Kenalan FB, Sebelum Rogol Mangsa

Posted: 23 May 2013 04:30 PM PDT


[SH] KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana kesalahan rogol.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.

Tertuduh ketika itu berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa sebaya dengannya di kawasan semak Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 1 pagi, 2 Disember 2011.

Dalam kejadian itu, mangsa yang selesai kerja di sebuah pasar raya di Machang diajak tertuduh keluar minum sebelum menghantarnya ke rumah.

Lelaki yang hanya tamat persekolahan tingkatan dua itu kemudian memandu kereta milik bapanya menuju ke Pasir Puteh dan berhenti mengambil seorang lelaki pada tengah perjalanan.

Mangsa enggan mengikut, bagaimanapun ditampar sebelum digari ke dalam kereta. Sampai di kawasan semak, dia dirogol. Sekali lagi mangsa melawan, malangnya dia ditampar dan ditolak ke tanah.

Pada prosiding semalam, laporan akhlak dikemukakan mengatakan tertuduh anak yang baik dan tidak pernah dipukul bapanya selain tidak pernah mendapat pendidikan agama. Dia melalui peguamnya memohon hukuman penjara minimum bimbang tertuduh bercampur dengan penjenayah tegar.

Mohd Yusuff bagaimanapun bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin dalam mengutamakan kepentingan awam, melihat tujuh rekod lampau tertuduh dan mengambil kira trauma dialami mangsa serta keluarga sebelum menjatuhkan hukuman.

"Tempat bukan persoalan untuk kita jadi baik atau tidak. Ia bergantung pada diri sendiri. Berubahlah, kamu sahaja yang boleh mengubah diri kamu sendiri dan bukan orang lain.

Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada kamu untuk menjadi lebih baik," katanya.



P/s: Kalau ada lagi remaja yang kemaruk dengan rakan FB, mudah sangat percaya dengan mereka, moga-moga berita ini dapat memberikan sedikit pengajaran.




Tiada ulasan: