Biaqpila |
- KALAU BIJI SAGA BOLEH DITUKAQ JADI BIJI KELENTIT
- TAMRIN,TIAN CHUA,HARIS DIBEBASKAN
- RAMAI LELAKI TAK SEDAR DIRINYA DAYUS...BACA NI !
KALAU BIJI SAGA BOLEH DITUKAQ JADI BIJI KELENTIT Posted: 24 May 2013 06:49 AM PDT Mula-mula dulu namanya; Kementerian Pelajaran, lepas itu tukar kepada Kemeterian Pendidikan. Tahun 2004 tukar semula kepada Kementerian Pelajaran, 2013 tukar balik semula kepada Kementerian Pendidikan. Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau, yang juga menteri pendidikan berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas. BERNAMA Projek untuk kroni: - Tukar signboard Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus - Tukar letterhead Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus - Tukar name tags Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus - Tukar signage kenderaan Kementerian, Jabatan, Sekolah > fulus - Tukar Buku Persediaan Mengajar > fulus Kalau biji saga boleh ditukar jadi biji kelent, Muhyiddin akan tukar, janji kroni dapat fulus! kerajaanrakyat NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
TAMRIN,TIAN CHUA,HARIS DIBEBASKAN Posted: 24 May 2013 12:56 AM PDT Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini. Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam. Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei. Mereka ditahan oleh pihak berkuasa di pelbagai tempat petang semalam dan polis kini perlu membuat permohonan baru untuk reman jika ingin terus menahan mereka. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
RAMAI LELAKI TAK SEDAR DIRINYA DAYUS...BACA NI ! Posted: 23 May 2013 09:00 PM PDT 10 Ciri-ciri lelaki dayus | Ramai LELAKI tak sedar dirinya dayus! 1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki mana dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram. 8 ) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali. 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya. Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadith lain pula : ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي . Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) sumber NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan