ALHUSSEYN |
Dewan Ulama PAS masih kolot, apasal? Posted: 24 May 2013 09:00 AM PDT Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib kesal dengan tajuk yang diletakkan oleh Berita Harian yang bertarikh 24hb Mei 2013 ( Hari Jumaat) yang bertajuk : "Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan" yang tidak menepati maksud asal ketika wakil wartawan akhbar tersebut menghubungi beliau baru-baru ini. Kalau diselusuri kenyataan Harun Taib, mungkin beliau bersetuju kalau perkataan yang digunakannya ialah 'Ahli PAS TIDAK DIGALAKAN sertai perhimpunan' atau mana yang lebih dipersetujui oleh Harun Taib ~ 'Ahli PAS TIDAK DITEGAH sertai perhimpunan' Dua tajuk cadangan saya itu mempunyai implikasi yang berbeza.Aku berani jamin, Harun Taib tidak setuju dengan tajuk ~ 'Ahli PAS TIDAK DITEGAH sertai perhimpunan' Itu persepsi aku ...Memang aku pun gatai mulut ! Geli hati pula bila dia kata 'kesal'...Adooi....Tak kan selama ini dia tak tahu peel akhbar musuh yang kerjanya selalu spin kenyataan korang? Tak gatai mulutkah bila pi cakap, "Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya, ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti" (Orang tak ajak ko pergi ke perhimpunan tu pun....orang faham ko tak berapa sihat dan pakai kerusi roda...) Orang dok kutuk dan bantah kelaku SPR yang bacul dengan penipuan 505, dia pi puji pula apasal? " Keputusan yang dibuat oleh 13.1 juta pengundi pada pilihanraya umum lalu, perlu diterima dengan hati yang terbuka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik" begitulah yang ditulis akhbar musuh. Lihat diatas tu yang dalam kotak merah. Gatai mulut gi puji, tapi PAS buat petisyen bantahan buat apa? Harun Taib jangan sekadar buat penafian.Kalau laporan akbar itu fitnah, pergi buat report polis dan saman.Apa guna PAS ada Asmuni Awi dan Hanifah Maidin? Sepatutnya, pada fikiran aku lah, kalau Harun tak setuju dengan cara orang muda buat protes BLACK OUT 505 tu, sebagai Ketua Dewan Ulama, buatlah cara yang mungkin lebih Islamik. Bukankah lebih bermakna sekiranya Dewan Ulama menganjurkan perhimpunan munajat ~ minta tuntutan petisyen yang Pakatan buat tu Allah kabulkan. Buatlah di seluruh negara sebagaimana perhimpunan BLACK OUT 505 buat.Jangan sekadar suruh ahli-ahli buat sendiri-sendiri kat surau-surau atau di markas masing-masing. Tapi aku pujilah Dewan Pemuda PAS AJK PAS Pusat yang kini menyokong Himpunan Black Out 505 yang akan diadakan di Amcorp Mall , petang esok, 25 Mei (Sabtu) Kenyataannya lihat di sini Kami ahli-ahli dan penyokong PAS semua gembira diatas perubahan tersebut walaupun Dewan Ulama'nya masih dalam kolot. Cuma nak mengingatkan, jangan pula nak hijack program yang ditaja oleh 60 NGO dan SMMM # Suara Rakyat 505... |
Walaupun kedua-dua kakinya sudah kudung ...... Posted: 23 May 2013 10:04 PM PDT Utusan buat cerita dengan tajuk : Menanti penyatuan orang Melayu... Seorang nelayan kudung kedua belah kak, Zakaria Uda, 65, menggantung bendera parti Umno dan PAS di beranda rumahnya sebagai tanda menyokong perpaduan kedua parti parti tersebut untuk masa hadapan ummat Islam dan orang Melayu ...... Ramai yang beranggapan PAS dan Umno patut bergabung demi untuk masa hadapan ummat Islam dan orang Melayu. Nih aku nak cerita sikit bila tengok gambar tu. Mula-mula sekali, minta maaflah, aku nak cakap betul, apa yang aku tergambarkan ~ aku teringatkan orang kat Alor Star, Kedah tu.Korang tentu tahu siapa yang aku maksudkan itu.Adakah korang nak nangis tengok gambar atas tu? Ada manusia yang Allah jadikan tanpa kaki dan lengan kedua-keduanya tapi masih mampu bergembira! Apahal dengan korang? Perkara kedua, ialah bila Utusan tu buat spin! Apakah benar, orang Melayu boleh bersatu hanya dengan bergabung dalam satu parti? Bior aku ceritakan ini ~ aku ada sorang kawan yg ada lori.Rakan-rakan kat kampung tentu kenal dia ni kalau aku cerita.... Dia gunakan lori tu untuk cari makan.Kerjanya pasang khemah.Hamidah pun panggil dia untuk pasang khemah.Aku pun panggil dia untuk pasang khemah atau mengangkut buluh dan pasang bendera....Alahai...senang cakap, nama dia ialah Jeff! Tak perlulah nak berselindung-selindung bukan dia buat kerja jahat atau kotor. Nak bagi tau kat korang, Jeff ni pasang kat lorinya tu bendera PAS, bendera Umno, bendera PKR dan juga DAP! (Silap aku tak ambil gambar lori tu!) Bila orang tanya, dia jawab, "Semua aku kawan!" Memangnya Jeff ni banyak kawan.Orang Umno pun dia kawan sebab dia dulu pernah jadi Ketua Pemuda depa pun! Dengan PAS pun dia kawan, dia pun dah jadi ahli pas .... sumbangannya kepada PAS Sungai Rokam pun berbaloi juga.Aku tak marah dia buat kerja dgn Hamidah, dia nak hidup dan itu sumber rezekinya nak nanggung anak dan bininya.Bukannya dia buat secara percuma! Dengan PKR pun dia menyumbangkan bakti.Dia ada juga bantu Fatmawati Salim , Ketua Wanita PKR yang bertanding di Kuala Kangsar ..DUN apa nama? Pedulilah...aku tulis bersantai sahaja ni! Dengan DAP? Aku tak berapa pasti apa sumbangannya....Apa yang aku nak katakan di sini ialah, Jeff ni kerja dia cari makan.Memang itu pun yang dia cakap dengan semua orang.Jadi orang tak boleh marahkan dia.Terang-terang dia bubuh bendera semua parti tu kat lori dia.jangan susahkan aku sudah katanya! Pada aku, gambar Zakaria Uda ini cuba di exploitasikan oleh Utusang Meloya dengan cerita mengarut 'Penyatuan Orang Melayu' Pada aku, kemungkinan besar dia mengharapkan simpati kedua-dua parti, tak kira PAS atau Umno, "Bantulah aku yang tak ada kaki ini..." mungkin itu rintihan hati kecilnya. Zakaria tu dari Kuantan ~ tempat PM Najib! Adakah Najib ambik kisah pasal orang yang malang ini? Tak nampak pun ada kerusi roda atau kaki palsu....apa kata, PAS belikan satu kaki palsu yang kanan, dan Umno belikan kaki palsu yang kiri pula .....nampak bunyi kelakar, tapi apa salahnya kalau dalam hal kebajikan sebegini, PAS dan Umno dapat bekerjasama? Stop. Korang jangan meleret-leret nak gi pasal perpaduang pulak. Atau mungkin juga sebagaimana berlaku di sebuah rumah kat kampung saya ni.Oleh kerana anak-anaknya menyokong berlainan parti, rumahnya terpacak dua bendera ~ PAS dan Umno! Anak-anaknya aman duduk serumah dan buat kerja untuk parti masing-masing. Panjang pula aku berceloteh pagi ini.Aku tak suka tulis panjang-panjang mcm ni biasanya.Aku harap korang maafkanlah diatas ketelanjuran ini. Untuk menjawap persoalan mengenai 'Penyatuan Melayu' ini apa kata kita lihat dahulu penyatuan Melayu dalam parti Umno itu sendiri. Nama UMNO - United Malay Nationalist Organisation itu sendiri menunjukan sikap ketidak mampuan parti itu untuk memuliakan atau memertabatkan bahasa Melayu.Banyak perkara yang boleh dibahaskan mengenainya.Kalau rajin korang sendiri baca di sini atau pun di sini. Kalau soal nak memertabatkan bahasa Melayu itu pun tak mampu, apa tah lagi kalau nak memertabatkan bangsa Melayu itu sendiri!Dah 56 tahun lebih, Umno berkuasa masih gagal membuktikan kemampuannya. Nak berapa tahun lagi ? Lupakanlah Umno! Korang fikirlah sendiri. Apakah bangsa Melayu dalam Umno itu sendiri benar-benar bersatu padu? Umno nak buat Perhimpunan Agongnya pun terpaksa ditangguhkan kerana khuatir akan berlaku perpecahan. Kenapa boleh berlaku perpecahan? Kerana setiap kali ada pemilihan, Umno menipu sesama sendiri untuk berebut jawatan.Pasal apa nak rebut jawatan? Kerana jawatan memberikan kuasa.Kuasa bermakna boleh buat fulus! Dalam Umno, segala-nya adalah fulus.Mereka membeli kuasa dan pengaruh dengan fulus. Sebab itu dalam Umno, hidup dan mati mereka adalah kerana fulus. Bagi Umno, 'Fulus' adalah tuhan! Kita dapat lihat bagaimana berleluasanya Umno mempergunakan kuasa fulus yang ada pada mereka dalam PRU-13 yang lalu.Nak bukti apa lagi? Bukti tu ada kat korang sendiri!
Aku tabik spring kepada Saifudin ini.Kalaulah semua pemimpin Umno berhati mulia macam dia ni, rakyat Malaysia tetap bersatu padu dan tidak berpecah walaupun masing-masing berjuang dalam parti yang berbeza. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan