Selasa, 21 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar & Video] Isteri CURANG Kantoi

Posted: 21 May 2013 05:00 AM PDT



[Kosmo] SAO PAULO, Brazil - Sejumlah orang ramai menyaksikan 'drama' hubungan sulit seorang isteri yang berjaya dibongkar oleh suaminya sendiri di sebuah unit apartmen di sini baru-baru ini, menurut akhbar dalam talian Independent.ie semalam.

Suami itu memasuki apartmennya semasa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki lain.

Ketika mereka bertengkar di balkoni bangunan tersebut, lelaki yang menjalin hubungan sulit itu kemudian berusaha turun dengan menggunakan cadar yang diikat pada tingkap apartmen tersebut.

Dia turun dari tingkap tingkat tiga dengan hanya memakai seluar pendek berwarna putih ketika kekasihnya bertengkar dengan suaminya.

Lelaki itu yang namanya tidak diketahui kemudian selamat tiba di tingkat satu.

Sejumlah orang ramai yang cemas menyaksikan 'drama' tersebut turut menjerit-jerit ke arah lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian berdiri di tepi tingkap sebuah unit apartmen di tingkat satu selepas dia turun dengan menggunakan cadar tersebut.

Dia kemudian terjun di atas 'tilam khas' yang diletakkan oleh anggota-anggota bomba di bawah apartmen tersebut.

Selepas jatuh di atas tilam tersebut, lelaki itu berdiri dan menunjukkan penumbuknya ke arah pasangan suami isteri yang sedang bertengkar di balkoni tersebut.

Beberapa orang kemudian turut bertepuk tangan kerana lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terjun dari tepi tingkat satu.

Lelaki itu kemudian berjalan dengan bercakap sesuatu ke arah orang ramai dan anggota-anggota bomba.

'Drama' itu turut disiarkan di laman YouTube. - Agensi











B17: Sinar Baharu untuk Pesakit Kanser

Posted: 21 May 2013 01:00 AM PDT



[UM] UMUM mengetahui kanser adalah antara penyakit kronik yang amat digeruni oleh manusia seantero dunia. Terdapat lebih daripada 100 jenis kanser dan lima yang utama antaranya ialah kanser paru-paru, perut, hati, kolorektal dan tidak ketinggalan juga kanser payudara yang kekal sebagai pembunuh utama wanita apabila terdapat 1.05 juta kes setiap tahun di seluruh dunia. Menurut WHO, potensi untuk mendapat kanser boleh dicegah sebanyak 30% jika masyarakat memberhentikan penggunaan tembakau dan alkohol, mengamalkan diet yang seimbang dan menjalani gaya hidup aktif dan sihat.

Kita sering mendengar pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubati." Namun realitinya, seringkali berlaku di mana pesakit kanser hanya menyedari bahawa mereka menghidap kanser apabila sudah berada di tahap 4. Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana menganggap simptom tersebut akan hilang dengan sendirinya. Seharusnya, mereka perlu membuat pemeriksaan awal bagi mendapatkan kepastian seperti menjalani ujian kolonoskopi, mammogram, Prostate-Specific Antigen (PSA) dan sebagainya.

BAGAIMANA VITAMIN B17 MEMBANTU?B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya biji aprikot. Nutrien terpenting dalam biji aprikot ialah Amygdalin atau Laetrile yang juga dikenali sebagai Vitamin B17. B17 bertanggungjawab memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. Berdasarkan buku yang bertajuk "World without Cancer", tulisan G. Edward Griffin, biji aprikot mentah mempunyai kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Vitamin B17 mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan badan serta meningkatkan tahap kecerdasan kesihatan seseorang individu. Malangnya, menurut Dr. Micheal Tait dari Australia, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan pengambilan vitamin B17 dalam makanan seharian kita yang merupakan penyebab utama seseorang berisiko mendapat kanser.

Vitamin B17 merupakan agen kimoterapi semulajadi. Ia terdiri daripada glukosa, sianida dan benzaldehyde. Sianida dan benzaldehyde adalah bersifat racun. Namun dalam Vitamin B17, ia terkunci rapat dan tidak membahayakan. Ikatan ini hanya boleh dipecahkan dengan kehadiran enzim Beta-Glucosidase. Enzim ini hanya boleh didapati pada sel kanser. Apabila Vitamin B17 berada dalam tubuh badan, ia akan meliputi sel-sel kanser dan seterusnya enzim ini akan menguraikan Vitamin B17 kepada elemen Sianida, Benzaldehyde dan Glukosa. Elemen Sianida dan Benzaldehyde ini akan membunuh sel kanser tersebut. Lebihan Vitamin B17 akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat pada tubuh badan.

VITAMIN B17-KELEBIHAN KEPADA PENGAMALNYAKajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana di dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali. Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr. Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalaman beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin B17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membantu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik. Walaubagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan. Beliau menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun.

Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata, "Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 dapat membantu merencatkan perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel sihat di dalam tubuh badan." Salah seorang pesakit kanser iaitu Pn Nur Akhma Nordin, 67 tahun telah disahkan menghidap kanser kulit yang kronik pada 2004. Walaupun telah menjalani rawatan konvensional, namun tiada sebarang perubahan. Pada 2005, beliau akhirnya membuat keputusan untuk mengambil aprikot vitamin B17 sebagai langkah alternatif. Selang beberapa bulan, kanser pada muka beliau bertukar kemerahan serta beransur sembuh dan kesakitannya turut hilang.


Ketua Guru Disiplin Bebas Tuduhan CABUL 11 Pelajar

Posted: 20 May 2013 11:03 PM PDT

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencabul kehormatan pelajar sekolah menengah oleh Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

[UM] KUALA LUMPUR 20 Mei - Selepas dua tahun menghadapi pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan, seorang ketua guru disiplin akhirnya mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ayuni dalam keputusannya berkata, pendakwaan gagal memanggil seorang saksi penting yang berada di tempat kejadian iaitu pengawas sekolah berketurunan India yang boleh menceritakan situasi sebenar pada waktu kejadian.

Menurut beliau, terdapat percanggahan antara keterangan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin pada hari kejadian dan pengakuan bertulis pengawas tersebut.

Dalam pengakuan bertulisnya, pengawas itu menyatakan, tertuduh ada meminta izin daripada kesemua pelajar untuk memegang leher bagi memeriksa denyutan nadi sebelum merotan pelajar tersebut dan kesemua pelajar itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang tertuduh semasa pemeriksaan nadi dijalankan.

Menurut majistret itu lagi, mahkamah berpendapat, sekiranya tertuduh ingin berbuat perkara tidak baik, dia tidak meminta kebenaran selain jumlah pelajar yang ramai berada di dalam bilik disiplin ketika kejadian.

Mahkamah juga mengambil kira keterangan kesemua saksi yang menyatakan, tiada seorang pun daripada 11 pelajar itu menjerit, meronta atau menangis apabila tertuduh kononnya meletakkan tangan ke atas dada mereka seperti yang didakwa mereka.

''Jika ada pelajar yang tidak senang dengan perbuatan tertuduh, mereka semua berpeluang melarikan diri, keluar dari bilik disiplin yang tidak berkunci itu dan boleh terus melaporkan kepada pengetua atau mana-mana guru tetapi perkara itu tidak dilakukan.

''Ini kerana sekiranya perbuatan cabul itu benar-benar berlaku, perbuatan itu sesuatu yang serius dan tindakan segera boleh diambil terhadap tertuduh oleh pihak sekolah,'' katanya.

Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan 11 pelajar perempuan berusia antara 15 dan 16 tahun di dalam bilik guru disiplin di sekolah menengah tersebut antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sepanjang perbicaraan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene, sebanyak 23 saksi dipanggil memberikan keterangan di peringkat pendakwaan.

Ismazi ketika ditemui pihak media melahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan menyatakan, dia hanya menjalankan tugas sebagai guru disiplin pada hari kejadian demi mendidik pelajar sekolah itu.

Ismazi yang berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun kesal kerana banyak tohmahan dan penghinaan diterima daripada masyarakat serta laporan akhbar sesetengah media yang berat sebelah dan cuba menimbulkan isu perkauman.

Dia yang digantung tugas semenjak kes itu dibawa ke mahkamah berharap ibu bapa memberikan sokongan dan kerjasama kepada guru dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak menjadikan sekolah tempat menghangatkan isu.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Ismazi berkata, pihaknya akan memikirkan tindakan lanjut mengenai laporan palsu terutama pembabitan sesetengah ahli politik yang mengambil kesempatan terhadap kes tersebut.




Lelaki Suspek Dera dan Bunuh Isteri Ditahan

Posted: 20 May 2013 09:54 PM PDT



[Bernama] KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya yang enggan rujuk semula melalui penderaan di Kampung Petaling Bahagia di Jalan Puchong, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di kawasan perindustrian Sungai Besi.

"Suspek ditahan pada pukul 1.15 pagi tadi ketika bersembunyi dalam stor rumah tersebut," katanya.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 18 Mei lepas, seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai didera kerana menolak hasrat suaminya untuk rujuk semula selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.

Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian.


Berita awal di sini.


Pemuda Lapor Polis Mengaku UNDI 2 KALI dalam PRU13

Posted: 20 May 2013 09:40 PM PDT


[SH] KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama," katanya.

"Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan," katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

"Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi," katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

"Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi," katanya.

Tiada ulasan: