Selasa, 21 Mei 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa kata Nik Abduh , Bodoooh?

Posted: 21 May 2013 12:11 PM PDT


Dalam ucapannya itu,Nik Abduh kata, "Kenapa kita nak ke Putrajaya? Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mahu kita menghapuskan kuasa itu daripada musuh Allah"

Dia cakap seolah-olah dia baru sahaja menerima wahyu…dahsyat betul ayat dia tuh! Mati-mati orang ingat, Nik Abduh ni akan bertanding di Putrajaya pada PRU-13 yang baru lalu tu ….Hampeh!

Rupa-rupanya, Husam yang lebih berani daripadanya.Cakap saja yang berdegar-degar macam langit nak runtuh dibuatnya.

Ingatkan betul-betul dia nak ke Putrajaya, ropanya Putar…jaya! Kesian kat Husam; dia kalah di Putrajaya dan terpinggir di Kelantan walaupun menang di DUN Salor.

Memang Nik Abduh ni cerdik orangnya dalam mengatur komplotnya.Siapa kata Nik Abduh Bodoooh?

Perihal penangkapan Adam, dia pula mendabik dada cakap, "Solidariti DPPM untuk Adam Adli "

Tanpa rasa ada sedikit malu atau segan, Nik Abduh mengaku :
"Pemuda PAS bersama anak muda berada di barisan hadapan menentang penyalahgunaan kuasa dan undang-undang yang membunuh hak dan kebebasan rakyat." Baca lagi  di sini .
Adakah dia pernah melawat Adam atau berhimpun di depan  pusat tahanan reman Jinjang? Atau Korang pernah tak tengok Nik Abduh atau ketuanya, Tantawi bersama-sama korang dimana-mana perhimpunan Blackout 505?

Setidak-tidaknya, Tantawi ada juga beri alasan :
"My absence does not mean that I oppose those rallies. Unfortunately I have a tight schedule and it clashes with the dates when those rallies take place." Baca selanjutnya di sini
~ Ketidakhadiran saya bukan bererti saya menentang perhimpunan-perhimpunan tersebut.Malangnya, saya saya mempunya aturcara yang ketat dan ianya bertembung dengan tarikh bila perhimpunan itu diadakan ~

Alahai…Ko tu ketua, tak boleh kah ko wakilkan siapa-siapa dalam exco ko untuk pergi? Poyo betul alasan ko tu!

Cakap berdegar-degar tapi tak pernah nampak batang hidung diaorang ini menyertai perhimpunan mana-mana Blackout 505.Betul-betul punya Blackout dua orang ini!
Saya teringat kata-kata yang menyatakan, "Pemimpin mestilah lebih cerdik dari kita. Kalau dia pun bodoh macam kita, dia tak layak jadi pemimpin kita".

Saya bodoh. kerana bodoh, saya tak layak jadi pemimpin. Langsung tak layak. Hanya layak tulis dalam blog sahaja. Ajak orang lawan Umno yang hari-hari saya mohon Allah s.w.t. la'natkan parti itu (juga lawan kelaku macam Umno).

Tetapi, saya tidaklah pula boleh melarang gedik orang lain nak jadi pemimpin walaupun nampak sangat depa juga bodoh macam saya atau lebih bodoh dari saya. Baca selanjutnya  di sini  
Satu perkara lagi, aku nak tanyalah pada Nik Abduh ni, apasal tidak berani buat peristiharan harta macam ketua pemudanya si Tantawi tu? 

Tak payahlah bagi apa-apa alasan pun….ketua dah buat, tapi ko tak berani buat apasal? Sekadar bertanya.

Nik Abduh ~ takut pandu teksi sendiri kerana takut kena tahan di jalanraya!

Posted: 20 May 2013 11:00 PM PDT

Setelah korang baca kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS dientri aku sebelum ini di sini, lain macam pula bunyi ahli parlimen kita nih!

 Dia kata buah tak cukup masaklah, gopohlah ....adoi..sengalnya!

Kroninya yang kini jadi MB Kelantan pula kata ' pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Hoi mangkuk hanyun! Janganlah terikut-ikut dan terpengaruh dengan pemikiran otak udang Kazim ala Kazam tu yang kata pilihanraya itu hanyalah kerja 'memangkah' sahaja ....

Korang ingat demokrasi tu apa? Perhimpunan juga adalah hak yang diberikan sebagai amalan demokrasi.

Korang hanya mahun peluk bini dan tunggu 5 tahun lagi baru nak gulingkan kerajaan haram ini?

Mana ada berlaku huru-hara sejak berlakunya beberapa siri demonstrasi sebelum ini?


Nik Abduh walaupun sendiri suka naik teksi sejak kebelakangan jadi MP, khabarnya takut pandu teksi sendiri  kerana takut kena tahan di jalanraya!

Lihatlah perbezaan antara aktivis rakyat dan politikus yang mementingkan kedudukan.Apa untungnya Adam Adli dengan gerak kerjanya sehingga kena tahanan? Dia tidak bertanding pun! Begitu juga Hishamudin Rais (Tukar Tiub).

Sedap mulut cakap orang gopoh ...kau sedap-sedap duduk dalam teksi berekon dan arahkan pemandu ikut telunjuk ....tapi rakyat bukan pemandu teksi tau! Kami tidak redha dengan  kemenangan PR yang Umno/BN rampas melalui penipuan.

Walau bagaimana pun, aku megah dengan pendirian PAS Perak. Mereka akan adakan 'Blackout 505'  pada 26 Mei ini di Tapah.Siap ada Mat Sabu, DS Nizar, PJ Abu Bakar Hussein dan lain-lain... Adakah ini semua perbuatan gopoh?


Itu Perbuatan gopoh 

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. 

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh. 

 "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini. 

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan. 

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu. 

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini. 

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan. 

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan. 

 "Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya. Artikel Penuh: di sini

Pemuda PAS Malaysia ~ Jangan berlagak macam Pondan Tua boleh tak?

Posted: 20 May 2013 07:41 PM PDT

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana ketuanya berani juga bersuara, walaupun dari jauh dan di luar gelanggang.

Aku ingat dia hanya sibuk ambil gambar orang menahan teksi sahaja...

Apa kata, selangkah lagi tunjukan keberanian lu itu dengan menyertai perhimpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya.

Nak bersama rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati pun kena tunggu ada arahan ke Sheikh? Bukankah pemuda harus duduk dihadapan sebagai golongan pendesak?

Harap Pemuda Pas jangan berlagak macam pondan tua melalak dari jauh untuk menarik perhatian pelanggan sahaja.Meh bersama-sama rakyat.

Seperti apa yang lu cakapkan, aku pun setuju dengan apa yang lu cakapkan itu,  "Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan. 

"Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat mencurigakan,"

Jom berdepan dengan suasana sebenar, bukan hanya berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan taik!


 Jawatan menteri KDN bukan tiket tunjuk kuasa ~ Harakahdaily, 

21 Mei 2013 KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan amaran dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap himpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya sebagai menyekat hak rakyat untuk berhimpun. 

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, amaran keras Ahmad Zahid itu seperti membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat. 

Nasrudin berkata, pemuda PAS tidak mahu insiden Bersih 2 dan 3 berulang di mana peserta perhimpunan ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap. 

 "Mengapa Menteri Dalam Negeri mahu tindakan keras diambil sedangkan sepanjang perhimpunan yang diadakan selama ini dalam keadaan aman dan tenteram. 

 "Penganjur dan peserta patuh kepada peraturan yang ditetapkan, tidak ada insiden yang mengeruhkan suasana, tidak ada kenderaan yang dirosakkan, harta atau premis awam yang dimusnahkan," katanya.yang juga Ahli Parlimen Temerloh. 

Menurut Nasrudin lagi, mengambil tindakan keras bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat, dan mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya. 

Sambil mengingatkan supaya menunaikan amanah sebaiknya, beliau juga mahu Ahmad Zahid sedar bahawa jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukan tiket untuk menunjukkan kuasa dengan tindakan kekerasan terhadap musuh politik beliau. 

 "Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan. 

"Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat mencurigakan," katanya di sini

Tiada ulasan: