Rabu, 8 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Utusan, Najib Guna Isu Perkauman Tutup Kecurangan Pilihanraya, LAMPIRAN: Video Al-JAzeera

Posted: 08 May 2013 05:01 AM PDT


KELAB GREENBOC

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak dan media kawalannya, Utusan Malaysia kerana menggunakan sentimen perkauman untuk menutup kecurangan mereka dalam pilihan raya.

Anwar mengulas isu sentimen perkauman terhadap kaum Cina yang dimainkan pimpinan dan media Umno sejak selesai pilihan raya Ahad lalu.

"Najib dan pemerintahannya yang tidak sah sekarang telah melakukan dua kesilapan besar. Menipu pilihan raya dan menggunakan sentimen perkauman untuk menutup kecurangan mereka.

"Utusan adalah alat kawalan Umno, Utusan bertindak mengikut arahan pegawai kepada Presiden Umno. Kali ini mereka memainkan isu perkauman dan malangnya ia direstui oleh semua pimpinan Umno," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Pagi ini muka depan Utusan memaparkan berita utama bertajuk 'Cina mahu apa lagi?' Akhbar Kosmo memaparkan tajuk berita utama 'Pengundi Cina bersikap talam dua muka'.

Manakala akhbat Berita Harian menyiar petikan kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam bahawa 'Cina tak mengenang budi'

Tindakan itu mendapat kritikan pengguna internet dan media sosial facebook.

Dalam pada itu Anwar menegaskan, Najib Razak dalam pilihan raya kali ini telah melakukan dua kesilapan besar iaitu menipu sistem demokrasi dan menggunakan isu perkauman.

"Najib menyebut tentang 'tsunami Cina', saya tolak kenyataan itu. Kita tak boleh guna isu begitu untuk hangatkan suasana kaum," tegasnya.


LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI

Selamat Bersara Mendiang Salentia

Posted: 08 May 2013 04:48 AM PDT

MSO
 
Bila mengenangkan Kelantan dan keputusan pilihan raya lalu tiadalah yang paling mengembirakan saya apabila mendapat tahu Inchek Ibrahim Ali kalah di Pasir Mas. Kalau saya mengharapkan kemenangan di Kelantan untuk peribadi saya, kekalahan Inchek Ibrahim itulah kemenangan besar buat saya.

Berita itu saya sambut dengan sujud syukur di kaki lima hotel penginapan saya di Kota Bharu. Masa itu saya bersiap untuk meninggalkan hotel menuju ke satu destinasi. Tiba-tiba terima SMS dari seorang pegawai SPR memberi tahu Ibrahim Ali kalah besar dengan kekurangaa sekitar 8,000 undi.

Memang kekalahan Ibrahim itu sangat dinanti-nantikan oleh saya dan saya percaya rakan saya yang sejalur dengan saya juga. Saya berdendam politik dengan manusia dianggap genius politik ini. Tidak ada orang politik yang paling saya benci di Malaysia ini kecuali Ibrahim dengan Zulkefli Nordin.

Bagi saya kedua mereka adalah bapak munafik politik dan ahli politik paling tidak bermoral di negara ini. Kalau diadakan anugerah ahli politik tidak bermoral mereka berdualah berhak menerimanya dulu. Mungkin kalau Quran belum ditamatkan nama kedua orang ini dalam konteks politik akan masukkan sebagai pedoman dan iktibar kepada manusia akan datang.


Saya tidak bercadang mendedahkan di sini apa yang saya ketahui mengenai mereka sehinggakan saya begitu membencinya. Tetapi kekalahan mereka itu wajar dan patut sekali. Adalah satu kesalahan kalau kedua mereka atau salah satu menang dalam pilihan raya 5 Mei lalu dan terus berkokok dalam parlimen. Tanpa adanya mereka memberi ruang dan keinginan untuk saya menjenguk semula laman parlimen. Saya telah bersumpah selagi mereka berada dalam dewan saya tidak terliur untuk menjenguk parlimen. Benci. Alhamdulilah kedua-duanya kojol.

Saya pernah bermadah kepada seseorang; bagi saya tidak mengapa kalau Pakatan Rakyat tidak berjaya menakluki Putrajaya asalkan saja Ibrahim kalah di Pasri Mas. Kemenangan Putrajaya tidak membawa apa-apa makna kalau Ibrahim Ali menang. Kemenangan Ibrahim menyebabkan gaout saya akan melarat!

Alhamdulilah apa yang saya harap dan cita-citakan berjaya. Terima kasih Tuhan kerana Kau menerima ralat doa hamba-Mu ini di Makkah semasa bulan Ramdahan lalu. Mungkin saya adalah antara hamba yang terkeji di sisi Allah kerana meralat doa yang pernah dibuat.

Pada tahun 2007 semasa mengerjakan Haji bersama isteri saya pernah berdoa di hadapan Kaabah (bila sebut Kaabah ini bukan bererti saya taksub dan fanatik seperti pembacuh kopi yang buat video sumpah laknat depan Kaabah..tidak), memohon Allah berikan kemenangan kepada Ibrahim di dalam pilihan raya 2008. Saya minta Allah berikan kemenangan dan hidayah kepadanya agar menerima perjuangan Islam oleh PAS. Saya juga mendoakan agar PAS dan Tokguru Nik Aziz merestui Ibrahim bertanding atas lambang bulan purnama.

Atas kehendak Allah s.w.t. Tuhan kita seru sekalian alam permintaan saya dimakbulkan. Beliau bertanding atas tikit PAS, menang besar dengan meraih majoriti 8,991 undi. Saya bersyukur dengan kemenangan Ibrahim itu. Bagaimana pun kemenangan itu memberi keseronokan sekerat hari saja kepada saya apabila beliau mengkhinati amanah yang diberikan penyokong dan ahli PAS kepadanya. Beliau melupai daratan dan lupa kepada setiap orang yang membantu kemenangannya. Malahan Tokguru dicaci maki dan dihina sesedap mulutnya.

Paling menyesal dan memalukan saya apabila beliau menghina Tokguru Nik Aziz. Menggelar Tokguru sebagai nyayuk dan MB yang tidak tahu mentadbir dan meminta agar Tokguru letak jawatan. Bagi saya kecaman itu tidak boleh dimaafi. Bertolak dari itulah saya memasang dendam dan niat untuk melihat Ibrahim tersungkur makan tanah di Pasir Mas.

Jadi apabila beliau kalah dalam pilihan raya lalu ditangan Timbalan Ketua Dewa Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ia sungguh menggembirakan saya. Doa dan harapan saya sejak lebih empat tahun lalu termakhbul juga.

Dalam pilihan raya itu Ibrahim yang disokong padu oleh Umno dan Mahathir Mohamad sendiri datang berkempen untuknya kalah dengan kekurangan undi sebanyak 8,047. Beliau mendapat 25,384 manakala Nik Abduh 33,431. Ternyata Mahathir yang dideakan dan dikultus sebagai wali 'mujibul somat' tidak memberi berkat dan membawa rahmat kepadanya. Kerana kedatangan Mahathirlah menyebabkan Brahim kalah sebesar bukit.

Kekalahan Ibrahim kepada Nik Abduh memalukan Ibrahim dan juga Mahathir kerana kalau diukur dari segi usia, pengalaman, logistik dan kewangan Ibrahim jauh mengatasi Abduh. Bolehlah dianggap kekalahan Ibrahim kepada budak baru belajar politik. Abduh berdepan dengan Ibrahim bukan dengan taburan ringgit tetapi dengan tadahan doa berdoa meminta pengampunan dan bantuan Allah kita.

Hilang dan lenyaplah kehebatan Ibrahim selama ini yang dianggap sebagai champion. Beliau sendiri tanpa segan dan silu menggelarkan dirinya sebagai Adi Jagat. Adi Jagat bermakna pahlwan di langit dan di bumi. Kekalahan itu menjelaskan Ibrahim bukan sahaja ditolak oleh hantu di bumi tetapi dia juga tidak disenangi malaikat di langit. Khbarnya kambing dan lembu di Pasir Mas juga benci kepada Ibrahim.

Menganalisa penglibatan Ibrahim dalam pilihan raya di Pasir Mas serta angka-angka kemenangannya jelas menunjukkan Ibrahim bukan seorang berpengaruh seperti dijangka. Pengaruh peribadinya tidak sampai pun 6,000. Pengaruh atau penyokong tegarnya sekitar 3,600 orang sahaja. Orang-orang ini yang di duplicate untuk dibawa ke mana-mana dengan tiga atau empat bas bagi menunjukkan dia mempunyai pengaruh besar.

Sepanjang hayatnya Ibrahim telah bertanding dalam lapan kali pilihan raya. Dari lapan kali dia menang tiga kali kalah lima kali. Kali pertama beliau bertanding ialah pada tahun 1986, beliau menang menewaskan calon PAS Zakaria Ismail dengan mendapat jumlah undi sebanyak 15,711 undi dengan perolehan majoriti sebanyak 3,803 undi.

Kali kedua ialah pada tahun 1990, ketika ini beliau menyertai Semangat 46 yang bergabung dengan PAS. Beliau menang dengan mendapat 20,066 undi dengan majoriti sebanyak 9,290 undi. Kali ketiga ialah pada tahun 1995, beliau yang bertanding atas tikit Barisan Nasional kalah ditangan Zainuddin Mohd Noor dengan kekurangan undi sebanyak 3,215. Beliau mendapat 16,178 undi.

Kali keempat beliau bertanding pada tahun 1999 kali ini juga atas tikit BN. Beliau tewas dengan mendapat 15,395 undi ditangan calon PAS Ismail Noh yang mendapat 23,965 undi dengan majoriti sebanyak 8,575 undi.

Penyertaan beliau kali ke lima ialah pada tahun 2004. Kali ini beliau bertanding atas tikit Bebas. Dalam pertandingan tiga penjuru ini beliau mendapat 6,198 undi berbanding dengan calon PAS, Ismail Noh yang menenangi pilihan raya ini mendapat 17,520 manakala calon UBN Hanafi Mamat mengutik 16,275. Ismail Nuh menang dengan majoriti 1,252.

Pertandingan ke enam buat beliau ialah pada tahun 2006 dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir. Kali ini Ibrahim mencatat rekod kerana penyertaan itu menyebabkan dia hilang wang pertaruhan.

Pertandingan kali ke tujuh ialah pada tahun 2008. Kali ini Ibrahim diberi pinjam lambang bulan. Pertandingan ini beliau memperolehi kemenangan besar dengan mendapat 8,991 undi. Beliau mengutik undi sebanyak 28,673 manakala lawannya Hanafi Ahmad Rosdi Mohamad mendapat 19,682 undi.

Pertandingan ke lapan dan saya kira ini adalah pilihan raya terakhir bagi Ibrahim ialah empat hari lepas. Dalam pertandingan ini beliau yang mendapat dokongan padu dari Umno dan blessing daripada mahaguru politik Machiavellinya Mahathir, beliau tewas dengan majoriti terbesar sepanjang beliau menyertai pilihan raya iaitu sebanyak 8,047 undi. Beliau menguntik 25,384 manakala Nik Abduh 33,431 undi.

Catatan: Kekalahan Ibrahim di Pasir Mas pada petang 5 Mei menyebabkan hampir seluruh bandar Pasir Mas dan melatas ke Tumpat dan Kota Bharu diserang bau busuk yang teruk secata tiba-tiba.

PAS Titiwangsa terus bersama rakyat - Zamri

Posted: 08 May 2013 04:21 AM PDT

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa akan terus bersama-sama rakyat di kawasan itu dalam membawa isu-isu kebajikan mereka walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) minggu lalu.

Calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, dengan undi sebanyak 22,168 beliau yakin rakyat masih bersama parti itu.

"PAS Titiwangsa akan tetap menjadi suara kedua, check and balance terhadap apa sahaja yang melibatkan penduduk Titiwangsa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tanpa menganggap ia satu kekalahan, Zamri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata, PAS kalah pada undi awal serta saluran satu dan dua.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kekalahan tersebut kerana manipulasi undi awal dan pengundi luar yang dibawa masuk untuk mengundi di Titiwangsa.

"Kiraan undi biasa, PAS mendahului hampir 300 undi. Bila masuk undi awal, PAS kalah majoriti 866.

"Jentera PAS juga menahan seorang broker yang bawa ratusan anggota Rela daripada negeri-negeri utara untuk mengundi di Titiwangsa. Di tangannya memang ada ratusan nama untuk mengundi," katanya.

Beliau juga berkata, pengundi Melayu khususnya pengundi warga emas tidak memilih PAS kerana terpengaruh dengan isu perkauman yang dimainkan Umno BN sewaktu berkempen selain video seks pimpinan Pakatan yang diedarkan rumah ke rumah.

"Memang PAS menjumpai risalah-risalah kempen berunsur perkauman yang menuduh DAP dan Cina dan video seks juga diedarkan kepada pengundi," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham).

Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) itu juga memberi jaminan akan terus memperjuangkan tanah Kampung Baru daripada tergadai.

"Walaupun tak menang, kami akan terus bersama penduduk Kampung Baru memperjuangkan tanah mereka," katanya.

Sementara itu, Zamri merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera yang bertungkus-lumus membantu beliau termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Saya ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas dari pemuda, muslimat dan DHPP yang banyak membuat kerja membantu," katanya.

PR Berjaya Pertahan Penang Atas Sokongan Semua Kaum

Posted: 08 May 2013 04:18 AM PDT


guan eng parlimen 07

SHAH ALAM,  : Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu adalah kerana mendapat sokongan padu daripada semua kaum, kata Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, undian bagi PR Penang meningkat sebanyak 7.7 peratus daripada 58 peratus (2008) kepada 65.7 peratus untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala bagi kerusi Parlimen bertambah daripada 63 peratus kepada 67 peratus (peningkatan 4 peratus) dalam PRU kali ini.

Beliau berkata, peningkatan peratusan undi yang dicatatkan di kedua-dua DUN mahupun Parlimen jelas membuktikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pimpinan PR sejak 2008.

"Peningkatan peratusan undi kepada PR hanya boleh dicapai dengan sokongan semua komuniti kaum Cina, India dan Melayu.

"Walaupun peningkatan ketara adalah daripada kaum Cina dan India, tetapi sokongan kaum Melayu juga memainkan peranan dan tidak boleh diketepikan.

"Jika tidak, bagaimana sebuah negeri dengan pengundi Melayu lebih daripada 35% boleh memberi sokongan 67 peratus untuk PR bagi kerusi Parlimen dan DUN?" katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekesalan terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan memainkan isu tsunami Cina di media perdana.

Katanya, beliau yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan mainan politik perkauman BN yang kerap dijadikan tumpuan sepanjang tempoh kempen pilihan raya dan sehingga kini.

"Kaum Melayu dan bukan Melayu tidak begitu bodoh untuk mempercayai politik perkauman yang dibawa oleh BN ini dan akan menerima politik kerjasama PR.

"Saya berjanji akan berlaku adil kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik termasuk penyokong BN sendiri," katanya lagi.

Tian Chua : SPR Bohong Tentang Dakwat Kekal

Posted: 08 May 2013 04:16 AM PDT


dakwat kekal hilang kuala selangor 5 mei 01

PETALING JAYA  : Parti Keadilan Rakyat membidas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menurut PKR, telah berbohong berkenaan kualiti dakwat kekal.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata SPR sebelum ini telah mengadakan demonstrasi di hadapan media, serta memberi jaminan melalui pelbagai ujian dalam memastikan kualiti dakwat sesuai untuk PRU13.

Namun alasan demi alasan dari SPR dari dakwat tidak digoncang, kandungan halal, dan telah disimpan terlalu lama, menunjukkan badan itu tidak jujur.

"Kalau liquid ini mengandungi silver nitrit, kalau you goncang atau tidak goncang, dia tidak akan berubah kualitinya."

"Ini menunjukkan pengerusi SPR telah memberi keterangan yang tidak munasabah dan cuba membodohkan rakyat. Kimia ini kita tidak boleh tipu."

Semasa proses pengundian pada 5 Mei lalu, NGO yang memantau pilihanraya dan Pakatan Rakyat mendapat banyak laporan daripada individu yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit di tangan mereka boleh ditanggalkan.

Individu-individu tersebut tampil melaporkan kejadian itu setelah mendapati dakwat di jari mereka yang dicalit semasa pembunangan undi luntur apabila dicuci dengan sabun.

Beberapa hari sebelum itu, SPR berkata dakwat tersebut boleh tahan sehingga lima hari, malah badan itu mengadakan pertunjukkan di hadapan media bagi membuktikan kualiti dakwat itu.

Tian Chua juga meminta agar pihak SPR menjelaskan siapakah tiga orang individu yang pihak SPR telah berikan amanah untuk menyimpan dan menjaga botol-botol tersebut.

6 bahagian MCA PP desak Chua berundur sekarang

Posted: 08 May 2013 04:08 AM PDT

Susan Loone


 
Enam bahagian MCA di Pulau Pinang hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Enam MCA bahagian yang membuat desakan tersebut ialah Bayan Baru, Bukit Bendera, Tanjung, Jelutong, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.

Setiausaha bahagian Bayan Baru, David Yim berkata berikutan itu, presiden MCA itu hendaklah meletak jawatan serta-merta bagi mengekalkan maruah parti.

Ini juga, tambahnya, satu-satunya peluang untuk presiden menebus dirinya dan memohon maaf kepada semua masyarakat Cina dan ahli MCA atas semua kerosakan yang didakwa telah disebabkan olehnya.

Yim memberitahu  satu satu sidang akhbar hari ini bahawa Chua perlu meletak jawatan kerana didakwa memilih kroni saja sebagai calon dan bagi "imej tercemar" Chua, yang didakwanya benar-benar bercanggah dengan cara moral dan kesopanan yang sentiasa menjadi sebahagian daripada nilai-nilai masyarakat Cina.

Beliau berkata Chua, yang didakwanya mementingkan diri sendiri dan angkuh dalam menangani isu-isu berkaitan masyarakat Cina, merupakan 'pemisah' utama antara parti itu dengan masyarakat dan ini menyebabkan orang Cina menolak MCA.

Yim berkata beliau berharap sidang akhbar ini akan mempunyai kesan domino dan bahagian MCA yang lain akan menyusulnya dan menuntut Chua meletak jawatan.

4.3 juta rujuk Mkini untuk keputusan p'raya

Posted: 08 May 2013 04:06 AM PDT



 
MALAYSIA KINI
 
Lebih 4.3 juta pengunjung unik melayari Malaysiakini pada malam pilihan raya umum Ahad lalu. Daripada jumlah ini, tiga juta mengakses halaman laporan langsung di lamanwebnya dan 1.3 juta lagi mengaksesnya melalui versi mudah alih Malaysiakini.

malaysiakini billboard 261104 billboard on the floorSebanyak 1.3 juta lagi melayari undi.info Malaysiakini, yang menyediakan maklumat mengenai kerusi dan calonnya, pada malam tersebut.

Pada kemuncak kiraan undi, pembaca Malaysiakini mencecah 500,000
setiap minit, demikian mengikut Google Analytics.

Tidak seperti minggu-minggu sebelumnya, Malaysiakini tidak menghadapi sebarang sekatan daripada penyedia utama perkhidmatan internet utama (ISP). Servernya berfungsi dengan lancar walaupun dengan trafik yang begitu tinggi.

NONE"Kami mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Malaysia, serta ISP, kerana memastikan perkhidmatan Internet tidak terganggu pada malam Ahad.

"Dengan khabar angin yang cepat tersebar di media sosial, kami percaya Malaysiakini telah memainkan peranan penting dalam memperjelaskan tentang keputusan (pilihan raya)," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran.

Sejak lamanweb itu dibuka untuk dilayari secara percuma pada 17 April, pembaca harian Malaysiakini telah mencecah dua kali gana kepada 500,000.

Masa depan belum menentu
Ketua Pengarang Kumpulannya, Steven Gan memuji pasukan editorial Malaysiakini yang membuat liputan kempen selama 15 hari PRU13.

steven gan chinese website launch"Walaupun dengan sumber kami yang terhad, tetapi mereka telah melakukan yang terbaik," kata Gan (kanan) sambil menambah bahawa para pemberitanya telah dapat memberi gambaran sejelasnya tentang kempen yang sengit di seluruh negara.

Malaysiakini, kecuali versi Bahasa Melayu, akan kembali kepada model langganan esok.

Semua pelanggan sedia ada akan diberi lanjutan kredit langganan selama tiga minggu sebagai ganti bagi tempoh portal berita itu dibuka dilayari secara percuma.

Walaupun pilihan raya telah berlalku, tetapi masa depan politik negara masih belum menentu.

Premesh dan Gan berkata Malaysiakini akan terus mengekalkan keseimbangan yang sihat di antara sumber perolehan melalui pengiklanan dan langganan bagi menyokong operasinya.

NONE"Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka. Melalui pelaburan kecil mereka, Malaysiakini kurang bergantung kepada pengiklan dan dengan itu dapat melaporkan secara bebas," katanya.

Premesh (kiri) berkata, dengan melanggan ia merupakan sumbangan kecil kepada media bebas dan demokrasi yang bertenaga.

Untuk melanggan, klik di sini, atau hubungi Malaysiakini di 03-22835567.

Tsunami apa lagi Najib mahu?

Posted: 08 May 2013 04:03 AM PDT



 
 
ULASAN Selayaknya pemimpin yang bercita-cita besar tetapi tewas seperti Anwar Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati.

Beliau segera menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat ke stadium Kelana Jaya malam ini, hanya tiga hari selepas pilihan raya umum berlalu, sebagai bantahan simbolik.

NONETokoh PKR itu tidak seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain, ketewasan dalam pilihan raya umum tidak disusuli dengan fasa menjeruk rasa dan bersantai selama beberapa bulan.

Anwar segera bangkit - jika dipandang sepintas lalu, kesegeraan yang tampak berang dan meroyan - satu gejala "politik baru" pembangkang.

Namun, beliau tidak kecewa dan meroyan seorang diri. Perdana menteri yang gagal ditumbangkannya Najib Abdul Razak juga kelihatannya masih terkejut dengan keputusan awal pagi Isnin lalu.

Hakikatnya, prestasi BN bawah pimpinan beliau jatuh merudum berbanding Abdullah Ahmad Badawi, yang diserang oleh Dr Mahathir Mohamad selama beberapa tahun sebelum Mac 2008.

NONESelain Mahathir sendiri, Najib malah turut dibantu oleh sekutu-sekutu mantan perdana menteri itu, Daim Zainuddin (kiri) dan Sanusi Junid.

Namun, kemerosotan BN tidak dapat dihalang-halang lagi. Seperti arus deras, ditahan di utara (Kedah), melimpah pula di selatan (Johor) dan timur (Terengganu dan Sarawak).

Bagaimanapun, Najib patut bersyukur kerana masih dapat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dalam keadaan kerajaannya menikmati majoriti "agak selesa", 22 kerusi parlimen.

'Madu & racun di tanganmu'
Tetapi perdana menteri rupa-rupanya masih tetap kecewa dan nada meroyannya - meroyan gaya orang menang - akibat kekecewaannya itu disebut "tsunami Cina".

Sehari selepas itu, akhbar-akhbar milik Umno mengukuhkan lagi kesasauannya dengan melaungkan slogan meroyannya itu.

NONEUtusan Malaysia di muka depannya semalam bertanya "Apa lagi yang Cina mahu?", sementara tabloid sekutunya Kosmo! menuduh pengundi kaum itu sebagai "talam dua muka"!

Najib dan Umno membangkitkan isu perkauman atas sikap pengundi itu yang meninggalkan parti-parti komponen BN itu secara besar-besaran.

Maka, dikatakan ia satu "polarisasi" trend pengundian yang memerlukan "national reconciliation", perukunan semula hidup bernegara.

azlanSeperti slogan 1Malaysia Najib yang menguatkan pertubuhan PERKASA, malan tokohnya diberi peluang mewakili BN, "national reconciliation" diikuti cercaan akhbar-akhbar Umno terhadap Cina.

Di sisi ini, lagu sindiran Anwar terhadap Najib mungkin ada benarnya: "madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku. Aku tak tahu, mana yang akan kau berikan padaku."

Lagu popular Indonesia yang sering dipentaskan Anwar ini dijawab oleh Najib sewaktu kempen pilihan raya lalu di Sabah.

Perdana menteri menjawab: BN-lah madunya, sementara Pakatan Rakyat-lah racunnya.

Menang jadi arang
Sebab itu pula pengundi mengekalkan status quo pilihan raya umum 2008 (kecuali tambahan tujuh kerusi parlimen): Pengundi "tak tahu, mana yang akan BN atau Pakatan berikan padaku".

Maka, Najib dan Anwar tidak faham kebingungan rakyat ini. Perdana menteri menyalahkan Cina, Pakatan menyalahkan sistem pilihan raya.

NONESelayaknya begitulah nasib kedua-dua tokoh ini yang sudah terkena sumpahan "menang jadi arang, alah jadi abu". Kedua-duanya dibakar hangit oleh pengundi.

Tetapi di pihak Najib dan Umno, Cina pula dijadikan arah sumpahannya.

Seperti Umno sering menyalahkan Melayu sebagai "pengkhianat bangsa" atau "tidak bersyukur" apabila pengundi kaum itu sendiri meninggalkan Umno dan mengkritik kerajaan BN.

Seperti Mahathir menuduh penentangnya dan Gerakan Reformasi 1998 sebagai "ejen negara asing" sewaktu kepimpinannya dipersoalkan habis-habisan.

Polarisasi antikerajaan, propembangkang
Dia perasan dan mengangkatkan dirinya sebagai "Malaysia" dan penentangnya "orang asing".

Seperti Umno perasan dialah Melayu dan membayangkan Melayu itulah Umno. PAS itu bukan Melayu dan sebagai sumber perpecahan serta pengkhianatan bangsa.

azlanTetapi sewaktu Cina berbondong-bondong menyokong MCA atau Gerakan, tidak pula kaum Tionghua dituduh mengamalkan "polarisasi" trend pengundian!

Tidakkah itu satu bentuk "polarisasi" juga apabila Melayu hanya menyokong Umno atau PAS; dan Cina menyokong DAP atau MCA?

Polarisasi ini, kalau inilah istilahnya, hanya polarisasi arus antikerajaan BN dengan arus prokerajaan BN.

Jadi, kenapa harus Cina pula dijadikan sasaran? Untuk menakut-nakutkan Melayu? Melayu mana yang ingin ditakut-takutkan itu - Melayu atau Umno?


FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini.

PKR: Usah peduli SMS 13 Mei, turun berhimpun

Posted: 08 May 2013 03:52 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
PKR menyeru orang ramai supaya tidak mempedulikan penyebaran SMS yang mengaitkan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Kelana Jaya, Selangor malam ini dengan insiden 13 Mei.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, SMS yang mengaitkan perhimpunan malam ini dan sedang berlegar jelas berniat jahat.

"Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata beliau juga akan membuat laporan polis petang ini balai polis Tropicana, Petaling Jaya petang ini kerana ia didakwa cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman.

Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bahawa perhimpunan malam ini haram kerana tiada permohonan permit dibuat, Radizi menyatakan sebaliknya.

Rafizi berkata, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada balai berkenaan, bertepatan dengan amalan biasa perhimpunan di tempat persendirian.

Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis, tambah Rafizi.

Keputusan teruk,perlukah peralihan kuasa?

Posted: 08 May 2013 12:47 AM PDT


Shahbudin Husin

 

Keputusan pilihanraya yang baru ini tidak menjanjikan masa depan yang baik bagi Najib. Sementara tiada sebarang pujian yang dittujukan kepadanya, malah tiada majlis meraikan kemenangan pun diadakan,  Najib bahkan sudah mula menerima kritikan berhubung keputusan  buruk kali ini.

Selain pengundi Cina yang tidak memihak kepada BN cuba persalahkan dan api perkauman sedang cuba dibakar untuk menutup kelemahan, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga tidak menjangka Najib mencapai keputusan yang lebih buruk daripada Pak Lah pada 2008.

Malah Mahathir juga membayangkan Najib bakal berdepan dengan kritikan daripada dalam UMNO sendiri berhubung keputusan buruk pilihanraya ini, sambil berkata Najib hanya boleh kekal sebagai Perdana Menteri selagi UMNO menyokongnya.

Kenyataan Mahathir yang begitu pantas menyebut Najib lebih teruk daripada Pak Lah mengingatkan kepada amaran beliau sebelum ini bahawa Najib  seharusnya berundur jika tidak mampu mencapai keputusan yang lebih baik daripada Pak Lah.

Pilihanraya 2008 menyaksikan Pak Lah mendapat hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga. Beliau kemudian dipaksa berundur atas nama peralihan kuasa untuk menyelamatkan masa depan UMNO. Najib pula hanya mampu mencapai 133 kerusi, juga hilang dua pertiga dan kemerosotan sokongan pengundi Cina yang lebih ketara.

Walaupun Najib dan BN kali ini menghadapi persaingan sengit daripada PR, hakikatnya beliau telah gagal mengatasi kelemahan Pak Lah walaupun dalam masa yang sama Mahathir dan seluruh pimpinan UMNO berdiri teguh di belakangnya. Ini berbeza dengan Pak Lah yang ketika itu menghadapi tentangan dan ingin dijatuhkan oleh Mahathir.

Keputusan kali ini bukan saja menyaksikan BN berkurangan 7 kerusi Parlimen, tetapi juga kehilangan 71 kerusi DUN berbanding 2008.


Meskipun Kedah dapat kembali ditawan dan Perak yang dirampas melalui pintu belakang dapat dikekalkan, tetapi Najib juga gagal menawan kembali Selangor yang mana beliau mempertaruhkan dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Pengarah Pilihanraya negeri itu.

Ini menjadikan kegagalan Najib lebih berganda sebenarnya.

Malah dengan trend pengundian kali ini di mana BN hanya kekal kukuh di luar bandar sementara pengundi Cina, pengundi bandar serta generasi muda menolaknya, masa depan UMNO dan BN terus menjadi tidak menentu menjelang PRU 14 akan datang.

Tidak itu saja, peratusan undi popular rakyat juga jelas tidak memihak kepada BN di mana pencapaiannya hanya 47 peratus saja manakala PR mampu mengaut lebih 50 peratus.

Sebagai Perdana Menteri pula Najib sebenarnya mempunyai masa yang terlebih cukup untuk membuktikan keupayaannya sebelum pilihanraya lalu di mana beliau mempunyai tempoh selama 4 tahun sejak mengambil alihnya daripada Pak Lah pada 2009 lalu.


Kebimbangan kini bukan saja mengenai masa depan UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang tetapi juga apakah Najib sedia berkorban untuk menyelamatkan UMNO dan BN? Jika Najib kekal lagi mengemudi PRU 14, jelas bahawa pencapaian yang lebih baik adalah mustahil.

UMNO dan BN perlu pemimpin yang lebih baik dan diterima untuk menghadapi pilihanraya seterusnya. 


Mahathir yang dianggap masih berpengaruh dalam UMNO jelas memberi bayangan tentang masa depan Najib apabila mengatakan beliau lebih teruk daripada Pak Lah. Sama ada Najib memahami signal itu atau peralihan kuasa perlu dilakukan dalam pemilihan UMNO yang dijangka hujung tahun ini atau setahun dua selepas itu, hakikatnya pertukaran kepimpinan UMNO merupakan sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi jika parti itu ingin bernafas lagi.

Di mana-mana pun, pemimpin yang gagal harus berundur. UMNO sendiri sudah meletakkan penanda aras sebegitu untuk memperbaiki halatujunya dengan Tunku Abdul Rahman melaluinya pada 1969 dan Pak Lah pada 2008.

Najib juga tidak seharusnya lari daripada hakikat itu.

Hujan lebat lebih lapan jam

Posted: 08 May 2013 12:40 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
hujan lebat Penduduk, Sapar Isnin, 50, (kiri) dan rakannya melihat kawasan rumah yang dinaiki air selepas hujan lebat malam kelmarin di Kampung Rantau Panjang.
 
BESTARI JAYA - Hujan lebat lebih lapan jam menyebabkan kawasan penempatan penduduk berhampiran Sungai Selangor di Rantau Panjang, di sini dinaiki air secara mendadak sehingga paras pinggang menyebabkan 31 keluarga terpaksa ditempatkan di Balairaya Kampung Rantau Panjang bermula jam 10 pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Rantau Panjang, Rahim Mohd Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan hujan lebat tanpa henti menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan rumah penduduk sehingga menyebabkan 97 penduduk resah rumah dinaiki air.

Menurutnya, pihaknya mengambil langkah awal untuk menempatkan penduduk ke kawasan penempatan banjir dengan bantuan penduduk, anggota Jabatan Pertahanan Awam dan polis sementara menunggu bantuan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor (PTDKS).

"Tindakan pantas penduduk untuk berpindah ke kawasan lebih selamat mampu mengelak kejadian tidak diingini berlaku memandangkan limpahan air sungai naik mendadak dan melimpah ke kawasan rumah penduduk di kawasan lebih rendah.

"Mangsa banjir turut menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor yang baru, Datuk Irmohizam yang melawat keadaan mereka sebaik sahaja menerima laporan banjir di kawasan ini," katanya.
Rahim berkata, setakat ini makanan dan minuman disediakan jawatankuasa kampung memandangkan belum menerima bantuan daripada agensi berkaitan dan berharap musibah banjir yang berlaku segera pulih seperti sedia kala.

"Sememangnya diakui beberapa penempatan penduduk di kawasan ini sering dinaiki air sekiranya hujan lebat tanpa henti dalam tempoh yang lama dan keadaan itu tidak dapat dielakkan berikutan rumah berhampiran dengan sungai.

"Bagaimanapun, bantuan yang diterima sebelum ini amat memuaskan dan penduduk selesa tinggal di balai raya yang disediakan untuk sementara waktu sebelum dibenarkan pulang ke rumah oleh pihak berkuasa," katanya.

Sinar Harian difahamkan kali terakhir kawasan itu dinaiki air pada 5 Mac setahun lalu melibatkan 71 keluarga dan pada tarikh itu, musibah banjir turut dilaporkan berlaku di lima kampung di Jeram iaitu Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cheraka, Parit Mahang, Kampung Bukit Kuching Tengah dan Kampung Kuching Hilir.

BN kaji kemerosotan 7 kerusi

Posted: 08 May 2013 12:36 AM PDT

HASLINA KAMALUDIN

BN kaji kemerosotan 7 kerusi
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan beberapa ahli Parlimen BN sebelum majlis perjumpaan khas, semalam.
 
KUALA LUMPUR - Kajian terperinci akan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) bagi mengenal pasti punca kekalahan tujuh kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kajian tersebut akan dibuat pada masa terdekat demi memastikan perkara sama tidak akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pendekatan tersebut sebagai langkah pertama sebelum parti itu bergerak melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

"Kita akan cari apakah punca kelemahan kita. Banyak penipuan dilakukan pihak pembangkang dan kini kita mahu rakyat sedar perkara sebenar.

"Sebagai parti pemerintah, kita akan beri yang terbaik kepada rakyat dan menangani penipuan ini," katanya selepas perjumpaan bersama anggota Parlimen, di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Katanya, rakyat sudah banyak termakan janji kosong pembangkang dan perkara itu perlu diselesaikan segera demi kestabilan negara ini.

"Semua pihak harus memainkan peranan untuk memberitahu perkara sebenar kepada rakyat termasuk media.

"Kita tidak mahu rakyat terus berharap dengan janji palsu pembangkang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi membuat kajian secara menyeluruh.

"Ini penting untuk BN berdepan pilihan raya akan datang. Ia tidak tertumpu Parlimen sahaja sebaliknya Dun juga akan diberi penekanan.

"Jawatankuasa ini akan pantau semua termasuk isu Tsunami Cina yang mana ia berlaku kerana dikatakan kaum Cina tidak menerima manfaat daripada BN sedangkan sejak empat tahun dulu, kerajaan sudah melunaskan permintaan mereka," katanya.

Pendapat sama turut diusulkan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang menegaskan kelemahan paling ketara BN dalam PRU13 adalah disebabkan isu perkauman yang didakwa dimainkan pembangkang.

"Generasi muda dilihat ramai terpengaruh dengan kempen pembangkang untuk benci BN apabila menggunakan sentimen perkauman.

"Ia bukan satu perkara kecil dan untuk itu, satu pendekatan akan diambil bagi mengkaji punca, seterusnya memperbaikinya," katanya.

Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan kemenangan BN pada PRU13 adalah di atas kepercayaan rakyat.

"Rakyat tahu BN boleh melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan ia dizahirkan menerusi undi mereka. Tetapi, kita akan mencari kelemahan dan memperbaikinya demi rakyat negara ini," katanya.

Pas: Khalid akan kekal sebagai MB Selangor

Posted: 08 May 2013 12:35 AM PDT

RUWAIDA MD ZAIN

Mustafa Ali
Mustafa Ali 
 
SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.

Rafizi: Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat malam ini diteruskan

Posted: 08 May 2013 12:32 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM – PKR menegaskan perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" yang dijadual berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam ini diteruskan seperti dirancang meskipun tidak dibenarkan polis.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, perhimpunan yang dianjurkan ini adalah berdasarkan semangat Akta Perhimpunan Aman yang diguna pakai sebelum ini di mana permit untuk perhimpunan tidak diperlukan, sekadar memaklumkan kepada pihak polis.

"Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan.
"Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan, perhimpunan yang dirancang pembangkang malam ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
  
Sehubungan itu, Ismail berkata, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
  
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," katanya.

Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, beliau percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Ismail yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun seperti ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula.

"Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar jelas berniat jahat.

"Saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut," katanya lagi.

Pemerhati: Keputusan Nik Aziz sara tepat

Posted: 08 May 2013 12:29 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
BACHOK – Keputusan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengejutkan banyak pihak.

Beliau yang sebelum ini menegaskan akan berkhidmat sehingga hujung nyawa mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan Menteri Besar yang dipegangnya sejak 23 tahun lalu.

Bagi seorang pemerhati politik, Datuk Alex Ong, keputusan Nik Abdul Aziz itu suatu pilihan tepat untuk memberi laluan kepada timbalannya sebelum ini, Datuk Ahmad Yakob.

"Menilai segala pengalaman yang ada pada beliau (Nik Abdul Aziz) selama lebih 29 tahun ini, ia adalah  keputusan tepat. Beliau dipercayai rakyat dan jasanya dikenang rakyat semua lapisan masyarakat kerana sifatnya sendiri mesra terhadap semua kaum.

"Saya berharap agar persaraannya tidak dipolitikkan mana-mana pihak dan beri peluang kepada beliau untuk tumpu kepada keluarga, beribadah dan menjadi mentor kepada menteri besar baru," katanya semalam.

Alex juga mengucapkan tahniah kepada Ahmad yang baru mengangkat sumpah petang kelmarin di depan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian.

Ahmad adalah Adun Pasir Pekan selama beberapa penggal.

Manakala timbalan menteri besar yang baru ialah Adun Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Alex berharap Ahmad juga mempunyai visi dan ciri-ciri dimensi baru dalam segala perkara dan di samping meneruskan perjuangan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat akar umbi di Negeri Kelantan.

Manakala, Adun Jelawat yang baru mengangkat sumpah kelmarin, Abdul Azziz Kadir juga menyuarakan sokongannya terhadap pelantikan menteri besar baru.

"Dari segi ranking, beliau (Ahmad) memang layak dilantik sebagai menteri besar baru selepas persaraan Tok Guru.

"Kami akan terus menyokong beliau dalam meneruskan gerak kerja dan dasar parti tidak mengira siapa pun menteri besar atau exco yang dilantik musim ini," katanya semalam.

Sembilan kenderaan tertimbus tanah runtuh di jalan Ampang

Posted: 08 May 2013 12:25 AM PDT

SINAR HARIAN
Sembilan kenderaan tertimbus tanah runtuh di jalan Ampang
Kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sembilan kereta tertimbus di Jalan Ampang, depan Stesen LRT Dang Wangi di Kuala Lumpur semalam. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Sembilan kereta tertimbus dalam kejadian mtanah runtuh di Jalan Ampang berhadapan Stesen LRT Dang Wangi dalam kejadian kira-kira 7.05 malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu namun seorang pemandu kenderaan nyaris tertimbus ketika cuba mengeluarkan keretanya jenis Honda City.

Menceritakan kejadian itu, seorang jurutera, M.Logeswaran, 28, berkata ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 7.45 malam, dia ternampak keretanya hanya tertimbus 40 peratus dan membuat keputusan untuk mengeluarkan kenderaannya bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk.

"Semasa saya hendak mengalihkan kereta, tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat dan nampak tanah runtuh di hadapan kereta, namun saya sempat melarikan diri ke kawasan selamat," katanya sambil menambah kereta tersebut baru dua bulan dibeli.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Rahman memaklumkan kejadian berkenaan menyebabkan sembilan kereta tertimbus penuh dan satu daripadanya rosak dihempap pokok.

Katanya tanah setinggi 25 meter runtuh membabitkan keluasan lebih 100 meter di sepanjang Jalan Ampang.

Dalam tinjauan Bernama di lokasi kejadian, setakat 11 malam tadi, tanah masih runtuh secara perlahan akibat hujan lebat. - Bernama

Adun sulung PAS Melaka ucap terima kasih

Posted: 08 May 2013 12:23 AM PDT

Harakahdaily,


MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Dun itu yang mengundi beliau pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Mari sama-sama kita rapatkan saf kita dan bekerjasama bagi menyelesaikan apa juga masalah rakyat dalam Dun Bukit Baru tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama," ujar beliau di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam semalam.

Khalid berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat bagi menyuarakan apa juga masalah mereka serta menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.

Sebagai Adun dari PAS, beliau sudah tentu akan menyuarakan apa juga masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat termasuk soal kebajikan orang Melayu, Cina, India dan sesiapa juga.

"Insya Allah dalam masa terdekat yang akan membuka pusat khidmat Adun Bukit Baru bagi menjadi one stop centre untuk rakyat mengadu hal dan masalah," ujar beliau yang juga AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Pada PRU13 Ahad lepas, beliau yang memperolehi 9,292 undi menewaskan calon BN, Karim Yaacob yang mendapat 9,244 undi.

Dun Bukit Baru dimenangi Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada PRU12 dengan majoriti 2,708 undi.

Mohd Ali yang bertanding di Parlimen Bukit Katil pada PRU kali ini mendapat 40,720 undi tewas kepada calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengaut 46,167 undi dengan majoriti 5,447 undi.

Majoriti rakyat Perak masih bersama Pakatan

Posted: 08 May 2013 12:17 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS Perak mendakwa majoriti rakyat negeri itu masih bersama Pakatan Rakyat biarpun gagal menawan semula negeri itu Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata pada PRU13 lalu, dari jumlah 1,160,292 pengundi Perak, Pakatan Rakyat meraih 54 peratus undi popular berbanding 44 peratus diperolehi BN.

"Malah PAS Perak masih dapat mengekalkan sokongan undi popular sebanyak 46% yang diperolehinya dalam PRU 12 walaupun dengan peningkatan jumlah undi baru sebanyak 33% di  kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PAS.

"Angka ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN pada hakikatnya bukanlah merupakan kemenangan mutlak dan rakyat pada keseluruhannya masih menyandarkan harapan kepada PR untuk melakukan perubahan," katanya.

Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi DUN berbanding BN 31 kerusi sekaligus gagal menawan semula pentadbiran Perak yang pernah dikuasai 11 bulan pada 2008 lalu sebelum berlaku rampasan kuasa pada 2009.

Bagaimanapun, keputusan yang memihak BN kali ini dilihat masih meletakkan mereka dalam keadaan tidak stabil untuk memerintah negeri.

Mengulas keputusan PRU kali ini PAS Perak bagaimanapun katanya mampu menerima kekalahan tersebut mengikut sistem yang terpakai.

"Atas arahan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Titi Serong yang baharu, Haji Abu Bakar Hussien meminta agar seluruh pendokong PAS dan PR Perak khasnya agar bertenang dengan keputusan PRU 13 kali ini.

"Diminta semua pendokong PAS dan PR agar menerima arahan daripada pimpinan dari masa kesemasa dengan suasana yang ada sekarang dan jangan bertindak di luar arahan pimpinan. Kita sebenarnya sudah menunjukkan kematangan kita berhadapan dengan keputusan yang telah dibuat pada PRU 13 kali ini," katanya.

Jesteru, katanya PAS Perak berharap agar semua meneruskan kerja-kerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PAS dan PR di Perak khasnya.

Melayu DAP menang, pecah tembok perkauman

Posted: 08 May 2013 12:13 AM PDT

Roketkini.com,


KUALA LUMPUR: Momokan perkauman sempit dan jahat Umno Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.

Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.

Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.

Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman Umno BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara.

PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu.

PAS pastikan Selangor jadi kubu kuat Pakatan

Posted: 08 May 2013 12:09 AM PDT

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di negeri itu kerana berjaya mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman ketika dihubungi memberitahu peningkatan kerusi PAS di Selangor turut membuktikan parti itu telah mendapat kepercayaan rakyat Selangor.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), PAS memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding hanya 8 kerusi sahaja pada 2008.

Dalam pada itu Dr Abd Rani juga menyatakan peningkatan undi masyarakat Cina turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Ini merupakan kejayaan paling besar kepada Pakatan Rakyat kerana kita mendapat jumlah kerusi yang lebih banyak, begitu juga PAS yang menunjukkan peningkatan dari jumlah kerusi yang dimenangi jika dibandingkan tahun 2008," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut memberitahu, PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun.

Katanya lagi, kerjasaman erat antara ketiga-tiga parti merupakan rencah utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor selain dari gerak kerja jentera yang kuat dan bersistematik.

"Kunci utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah jalinan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti, perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada ketegangan.

"Selain itu gerak kerja jentera ketiga-tiga parti berada dalam keadaan yang lebih bersedia dan bersistematik sehinggakan Barisan Nasional (BN) gagal untuk merampas negeri ini," sambung beliau lagi.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat memenangi 17 kerusi parlimen, manakala BN 5 sahaja.

Dr Abd Rani yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Meru dengan majoriti sebanyak 9,079 undi berbanding 5,513 undi pada 2008.

Ahli MCA letak jawatan peringkat kampung dan negeri esok

Posted: 07 May 2013 04:53 PM PDT



 
Ahli MCA Melaka yang memegang jawatan dari peringkat kampung hingga ke peringkat negeri akan meletak jawatan mereka esok.
  
Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati resolusi pucuk pimpinan MCA pusat yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.
  
"Esok, kesemua ahli MCA yang menjawat apa-apa jawatan di negeri ini... ketua kampung, ahli jawatankuasa dan kemajuan kampung, pegawai seranta, ahli lembaga pelawat hospital, penyelaras Japerun (Pejabat Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri) semua akan letak (jawatan).
  
"Kita juga tidak akan menyertai barisan Exco kerajaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.
  
Beliau berkata ketiga-tiga calon MCA yang menang pada PRU13 iaitu Datuk Lai Meng Chong bagi kerusi DUN Machap, Lim Ban Hong (Klebang) dan Datuk Ng Choon Koon (Bemban) juga bersetuju untuk tidak menerima tawaran sebagai anggota Exco.

Katanya beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Ir Idris Haron bagi menjelaskan pendirian itu.

Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.
  
Selepas PRU12, dua anggota MCA Melaka dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dengan Datuk Seet Har Cheow sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO serta Gan sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan.
  
Seet yang merupakan bekas Adun Klebang bagaimanapun tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 manakala Gan kalah kepada calon DAP Goh Leong San di DUN Duyong dengan majoriti 205 undi.
  
Dalam PRU13, MCA bertanding di tujuh DUN dan dua kerusi Parlimen di negeri ini.
  
Di IPOH, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum Ahad lepas, berkata beliau menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri jika ditawarkan.
  
Dr Mah, satu-satunya Adun BN daripada MCA di Perak, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai dan diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa parti itu sebelum ini.
  
"Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti... saya tidak akan terima (sebarang jawatan).
  
"Agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.
  
Dr Mah yang sebelum ini ialah Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasannya.

Di KOTA TINGGI, seramai 17 anggota jawatankuasa MCA Bahagian Kota Tinggi dan Tenggara di sini, melepaskan jawatan mereka dalam agensi kerajaan berkuat kuasa esok.
   
Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng berkata mereka yang meliputi 10 daripada MCA Kota Tinggi dan baki daripada bahagian Tenggara berbuat demikian selaras keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 2011.
   
Kesemua mereka melepaskan jawatan antaranya sebagai anggota Majlis Daerah Kota Tinggi, anggota Lembaga Pelawat Hospital Kota Tinggi, ketua masyarakat dan juga pemerhati Majlis Daerah Kota Tinggi, katanya pada sidang media, di Kota Tinggi hari ini.
   
"EGM itu memutuskan jika wakil dari MCA yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mendapat kerusi yang kurang daripada PRU12 kami tidak akan terima apa-apa jawatan.
   
"Ini adalah cara demokrasi dan kami harus menghormati keputusan undi pada pilihan raya kali ini sebab itu kami secara rasmi meletakkan jawatan," kata Ng.
   
Ditanya sama ada mereka akan menerima kembali jawatan terbabit jika dilantik semula, beliau berkata mereka akan membuat keputusan selaras dengan kehendak pucuk pimpinan tertinggi parti.
   
Hadir sama Pengerusi MCA Bahagian Tenggara, Gan Ong Peng.- Bernama

Kesatuan wartawan kecewa, cela Utusan

Posted: 07 May 2013 04:47 PM PDT


MALAYSIA KINI


Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) hari ini meluahkan perasaan kecewa dan mencela Utusan Malaysia kerana memuatkan laporan berhubung sokongan Cina dalam pilihan raya umum yang disifatkan provokatif dan memesongkan pembaca.

Dalam kenyataannya hari ini, sekretariat kesatuan itu berkata, akhbar Umno itu tidak harus menyiarkan laporan sebegitu, yang disifatkan perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum.

NUJM merujuk kepada laporan muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.

azlan"Sebagai sebuah akhbar Melayu arus perdana, Utusan Malaysia tidak harusnya memainkan isu perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum," menurut kenyataan itu.

"Seperti yang kita semua tahu, Umno yang manipulasikan Utusan Malaysia di belakang tabir."

"Tapi ia bukannya akhbar parti yang hanya kepada ahli-ahli Umno, ia tidak patut dipergunakan sebagai senjata atau bahan propaganda parti politik untuk menyerang lawan politik."

NUJM juga berkata, Utusan menyembunyikan agenda di sebaliknya dan tidak menjunjung etika kewartawanan serta tidak neutral melaporkan isu berkenaan.

Sementara itu, menyentuh julukan "tsunami Cina" kepada pengundi Tiong Hua, badan wartawan itu berkata ia tidak tepat dan Utusan seolah mengungkit ketegangan dan menimbulkan kecurigaan serta mendalamkan salah faham kaum.

"Media sebagai alat komunikasi, harus menegakkan dan memartabatkan etika kewartawanan, melaporkan kebenaran, dan bukannya memainkan isu perkauman," kata NUJM lagi.

Najib pertahan Utusan

Sementara itu, Utusan Online petang ini melaporkan perdana menteri sebagai mempertahankan versi cetaknya yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.

Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar tersebut tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.

"Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina," beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online di di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

IGP: Perhimpunan esok haram, amaran peserta akan ditahan

Posted: 07 May 2013 04:45 PM PDT



 
Polis hari ini menjelaskan satu perhimpunan yang dirancang pembangkang esok merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
  
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
  
Beliau menasihatkan penganjur perhimpunan supaya mematuhi undang-undang selain menggunakan saluran betul dengan meminta kebenaran ketua polis daerah berkenaan.
  
Selain itu, Ismail berkata polis akan bertindak terhadap pemilik laman sosial yang cuba mencetus provokasi bersifat perkauman susulan pilihan raya umum ke-13 bagi mengelak sebarang pergaduhan atau keadaan huru-hara.

"Jangan cuba timbulkan huru-hara dengan menghasut di laman sosial dengan isu perkauman dan provokasi. Polis sentiasa memantau keadaan ini," katanya.
  
Beliau turut memberi amaran kepada pemilik laman sosial yang cuba membangkitkan kemarahan, termasuk menyebarkan dakwaan berhubung pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus ketika proses penjumlahan undi.
  
"Bila kita siasat, tiada bekalan elektrik terputus seperti yang dilaporkan  di laman sosial, seperti (yang dikatakan berlaku) di pusat penjumlahan undi di Bentong. Tindakan ini tidak ubah seperti provokasi," katanya.
  
Ismail turut menyelar tindakan pihak tertentu yang mendakwa polis terlibat membawa pengundi hantu semasa PRU13 dan menegaskan tuduhan itu tidak berasas serta bertujuan memburukkan imej polis.
  
"Tuduhan ini amat tidak munasabah, mereka tunjuk gambar di laman sosial, gambar trak polis sahaja... kemudian tuduh polis bawa pengundi hantu, tuduhan ini tidak berasas sama sekali," katanya.
  
Beliau mengulas gambar sekumpulan individu memakai baju-T hitam, dipercayai pelajar Malaysia di luar negara memegang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik yang tersebar luas di laman sosial.
  
"Kita pantau tindakan mereka... kita akan siasat tindakan mereka itu," katanya. Bernama

Dr M tak sangka prestasi Najib teruk dari Pak Lah

Posted: 07 May 2013 04:42 PM PDT

 


 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

NONEMahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka prestasi Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004.

Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008.

Mahathir (kiri) berkata, Najib mungkin berdepan dengan kritikan dari dalam Umno.

Sudah tentu, tambahnya, orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib.

Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong.

Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang.

Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Beliau juga ditanya mengenai tanggapan DAP bekerjasama dengan BN untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan kerana MCA telah membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan.

Katanya, ia terpulang kepada Umno dan DAP, sama ada mereka mahu mengambil bahagian dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fikir DAP akan akan berbuat demikian kerana parti itu sentiasa menonjol MCA sebagai "budak suruhan" Umno, dan DAP akan dianggap sama seperti itu jika ia bersama dengan BN.

Sebaliknya, dakwa Mahathir, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mahu berada dalam kedudukan mendominasi.

KPN: Tindakan segera terhadap pemilik laman sosial sebar isu perkauman

Posted: 07 May 2013 04:37 PM PDT

SINAR HARIAN

KPN: Tindakan segera terhadap pemilik laman sosial sebar isu perkauman
Tan Sri Ismail Omar
 
KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik laman sosial yang cuba mencetuskan provokasi perkauman selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
  
Menyifatkan perbuatan itu boleh mengancam kestabilan negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata provokasi sedemikian boleh mencetuskan pergaduhan dan huru-hara.
  
Polis akan menahan mereka yang disyaki menyebar hasutan sedemikian, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
  
Beliau berkata polis juga akan mengambil tindakan terhadap pemilik laman sosial yang cuba membangkit kemarahan penyokong parti politik, termasuk menyebar dakwaan kononnya wujud pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus ketika penjumlahan undi di Bentong, Pahang Ahad lepas.
  
"Bila kita siasat, tiada bekalan elektrik terputus seperti yang diuar-uarkan di laman sosial seperti di pusat penjumlahan undi di Bentong, tindakan ini tidak ubah seperti provokasi bagi menaikkan kemarahan penyokong," katanya.

Berhubung dakwaan pekerja asing dipukul serta bas mereka dirosakkan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, Ismail berkata pihaknya kini memburu pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu untuk dibawa ke muka pengadilan.
  
Dalam pada itu, beliau menyelar segelintir pihak yang mengaitkan kononnya polis terlibat dalam membawa pengundi hantu pada hari pengundian.

Ismail berkata ini merupakan tuduhan tidak berasas dan bertujuan memburukkan imej polis di mata masyarakat.
  
"Tuduhan ini amat tidak munasabah, mereka tunjuk gambar di laman sosial, gambar trak polis sahaja... kemudian tuduh polis bawa pengundi hantu, tuduhan ini tidak berasas sama sekali," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: