Rabu, 8 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Koleksi Video & Gambar] Puluhan Ribu Rakyat Malaysia Pelbagai Kaum Sertai BLACK505, Bantah Penipuan PRU13

Posted: 08 May 2013 08:43 AM PDT



Photo

Photo
Sumber gambar di sini.

Sumber gambar di sini.
Sumber gambar di sini.
















Magik PRU di Malaysia. Apabila parti yang kononnya memenangi PRU membuat program atau ceramah, sukar benar mereka mahu mengumpulkan rakyat yang benar-benar ikhlas menghadiri program tersebut. Ada yang perlu dirasuah dengan makanan dan barangan dapur, ada yang perlu diupah dengan wang ringgit, ada yang diangkut dengan bas dan lori untuk memenuhi ribuan kerusi kosong yang tidak dapat dipenuhi. Parti yang kononnya kalah PRU begitu mudah untuk mengumpulkan sehingga 800 ribu orang untuk satu-satu perhimpunan, Tiada wang, tiada upah, tiada makanan percuma, terpaksa berbasah dan berpanas, dan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk menghadiri program yang dianjurkan parti itu. Magiknya, parti yang mendapat sokongan rakyat serta memperoleh undi popular ini tewas dalam PRU, tetapi parti yang disisih masyarakat itu memenangi PRU. Itulah magik PRU di Malaysia! -DCM



Kredit kepada empunya gambar. Kesemua gambar diambil dari FB. Terima kasih kepada tuan punya gambar.



KONGSI KIRIMAN INI DI LAMAN SOSIAL. TUNJUKKAN KEPADA BN BAHAWA RAKYAT MALAYSIA PELBAGAI KAUM MENOLAK MEREKA!


Perhimpunan malam ini halal:




Photo: TERKINI : Tak Perlu Permit Selagi Perhimpunan Aman - KPN  Link : http://www.malaysiakini.com/news/229557

[Video] Isu MB Selangor: Apa Masalah dengan Zuraida PKR Ini? Angkuhnya...

Posted: 08 May 2013 07:18 AM PDT





Banyak juga orang yang tahu fasal proksi dan puak dalam PKR ini, namun umumnya tidak mengetahui hal itu. Namun, video ini menjelaskan segala-galanya. Tohmahan blog UMNO sebelum ini disahkan oleh Zuraida melalui sikap yang ditunjukkannya dalam perbualan telefon di atas.

Kalau penyokong PR melihat klip ini sebelum PRU, sudah pasti Zuraida Kamaruddin kecundang di Ampang! 

Pendirian Pas di sini. DCM pun menyokong Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. 

Orang yang membaca berita ini mula mempercayai kesahihannya. Orang yang membaca berita ini pula mula mempertikaikan kesahihannya.


P/s: Bersusah payah Anwar dan pimpinan PR meyakinkan rakyat, tiba-tiba ada puak yang mengikiskan keyakinan itu.




[Video] Khas untuk Tontonan Bekas MB Melaka, Ali Rustam

Posted: 08 May 2013 04:44 AM PDT




P/s: Video ini sepatutnya membuatkan kita sedih, tetapi malang setelah cuba menyedihkan diri, tetapi saya ketawa terbahak-bahak! 

Tok Ali saya...

[PANAS] TG Nik Aziz Akan Ludah...Bukan Setakat Beliau, Banyak lagi Orang Mahu Ludah...

Posted: 07 May 2013 11:43 PM PDT


Berita ini pada mulanya saya baca di The Star. Tidak sangka Utusan juga menyiarkan berita yang sama. 


Saya akan ludah muka orang itu - Nik Aziz

[UM] KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.

"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya.

Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN.



P/s: TM harap tiada lagilah puak dalam PAS mahu bersekongkol dengan UMNO atas apa-apa sebab sekalipun kecuali UMNO itu menerima Islam seperti sepatutnya. Pemimpin dan penyokong UMNO melabelkan PAS macam-macam termasuk label Parti Ajaran Sesat, menghina TG Nik Aziz dengan macam-macam gelaran termasuk digelar Ulama Selipar. Negeri Kelantan yang diperintah PAS turut dizalimi dan dianaktirikan oleh UMNO. Malah, tokoh PAS sendiri difitnah dan diaibkan seperti yang dialami oleh DSAI. Apa lagi? Banyak!!!!

Kalau masih ada tokoh PAS yang mahu berpaduaang dengan UMNO, tidak tahulah nak kata apa lagi. Lebih baik  mereka menyertai UMNO daripada merosakkan imej PAS yang kini disokong oleh rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama.





[TERKINI] Bekas MB Kedah yang TENAT Kini STABIL

Posted: 07 May 2013 09:31 PM PDT


[Bernama] ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Setiausaha Akhbar kepada Azizan, Mohamad Helmi Khalid dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata sejak 5.30 pagi tadi, keadaan Azizan agak tenat dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut.

Difahamkan Azizan dibawa ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre (KMC) di sini malam tadi.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.


P/s: Ada yang melaporkan beliau sudah meninggal dunia. Janganlah percaya khabar itu selagi belum mendapat berita yang sahih. Sama-samalah kita mendoakan kesihatannya. Mudahan-mudahan beliau dipanjangkan usia oleh Allah SWT.

Sumber gambar di sini.


Kemas Kini:

Kredit: SedakaSejahtera



PAS Tolak Jawatan MB Selangor, PERKASA Menyibuk Fasal Apa?

Posted: 07 May 2013 08:07 PM PDT


Kata Datuk Mustafa Ali yang dipetik Sinar Harian: "Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan."

TM sudah beberapa kali mengutarakan isu ini di Fan Page DCM di sini. Dalam beberapa kiriman pada status fan page itu, TM menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan semula Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. 

Dalam status itu, TM menyatakan pelantikan MB perlulah berdasarkan ketokohan, pengalaman, dan rekod kerja seseorang pemimpin bukannya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh sesebuah parti dalam suatu perikatan. Kita sudah melihat rekod kerja dan ketelusan Tan Sri Khalid di Selangor dan sewajarnya pimpinan PR di Selangor memberikan peluang kepada beliau untuk mentabdir urus negeri Selangor untuk penggal ini agar kemajuannya dapat dikecapi oleh semua rakyat, termasuklah TM. 

Sudah tentu setiap manusia mempunyai kelemahan. Oleh itu, bantulah beliau agar kelemahan tersebut dapat diperbaik dan menjadi kekuatan PR di negeri Selangor.


P/s: Harap-harap tiada lagi puak kawan makan kawan di Selangor seperti yang berlaku di Kota Damansara dan kerusi-kerusi yang berlakunya pertindihan calon PR semasa PRU lalu. Harap-harap puak ini tidak mencetuskan kontroversi dengan menyokong kenyataan Hasaan Ali atau Perkasa yang cuba menyibuk urusan PR.

PERKASA menyibuk di sini. Baca pendirian PAS di sini.

[Video] Tidak Dilantik Exco: Walaupun REDA, Namun Jelas Husam TERGURIS

Posted: 07 May 2013 07:00 PM PDT





P/s: Alangkah baiknya jika Husam Musa diberi peluang menerajui Kelantan berdasarkan sumbangan dan pengalamannya!

Orang mula bertanya di FB, adakah penggal ini kali terakhir PAS memerintah Kelantan? 



Berita Berkaitan:

Husam Terguris Tak Dimaklum

[SH] KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak rasa dukacita walaupun tidak terpilih sebagai exco kerajaan negeri Kelantan seperti yang diumumkan kelmarin.

Beliau yang juga Adun Salor berkata, sebagai pejuang Islam beliau berjuang bukan kerana jawatan.

"Namun saya sedikit terguris kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh sahabat-sahabat mengenai perkara ini yang boleh menimbulkan masalah kepada penyokong Pas di seluruh negara.

"Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah tetapi biarlah penyokong menikmati kemenangan Pas di Kelantan terlebih dulu dan biarlah ia dilakukan secara tata susila.

"Malah tidak ada ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baru," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kota, di sini, semalam.

Menurutnya, sedangkan mesyuarat boleh membantu memperkukuhkan keputusan dan membulatkan pendirian apatah lagi pelantikan Menteri Besar sebelum ini diadakan mesyuarat terlebih dahulu.

Beliau bagaimanapun berkata, ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting tersebut membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan.

"Pihak yang sudah terlantik mempunyai kewajaran dan kelayakan mereka tersendiri. Inilah peluang mereka untuk membuktikan keikhlasan dalam menerajui perjuangan Islam yang syumul di era moden sekarang.

"Namun sebagai seorang aktivis yang masih kekal dengan idealisme 'Islam adalah Terbaik dan Syumul', saya selaku rakyat biasa Kelantan memohon tidak ada amalan kronisme diamalkan di semua peringkat selain amalan pemberian kawasan getah klon dan multi spesies dihentikan," katanya.

Beliau berkata, bukan itu sahaja pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka dan kedudukan amalan perladangan serta perlombongan YIK dan Yakion dikaji semula.

"Saya juga berharap Air Kelantan Sdn Bhd dikaji semula dan perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan penerokaan rakyat dikaji semula.

"Jangan rombak atau hentikan susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan Bandar Baru Sukan Bukit Merbau, Selising," katanya.

Beliau juga berharap tuntutan royalti tidak dikendurkan malah terus diperjuangkan demi hak rakyat negeri ini.






[Gambar] Najib Akan Letak Jawatan Hujung Tahun Ini? Berita yang Tidak Disiarkan dalam Akhbar Perdana

Posted: 07 May 2013 05:00 PM PDT

Klik untuk baca. Sumber di sini.

P/s: Bagi yang masih tidak tahu atau pura-pura tidak tahu, BN di bawah Najib tewas teruk dalam PRU kali ini walaupun sudah melakukan bermacam-macam usaha termasuk yang mencetuskan kontroversi. Prestasi Najib jauh lebih buruk daripada Pak Lah dalam PRU12. 

Lihat gambar:

Photo: PRU 13 adalah pencapaian terburuk BN di bawah pemerintahan Najib. Jika PRU12, Pak Lah didesak dengan hebat kerana gagal mempertahankan maruah BN dan menyebabkan BN kelhilangan banyak kerusi. Apakah pula nasib Najib? Apa kata Che Det yang begitu hebat mengkritik Pak Lah dahulu? Sampai keluar dari UMNO. Apa respons Che Det dan ahli UMNO apabila Najib mencatat rekod terburuk BN setakat ini? Masih mahu mengekalnya sebagai PM???



Tiada ulasan: