ALHUSSEYN |
Pakatan Rakyat boleh menang dgn majoriti yang lebih besar jika tidak berbalah sesama sendiri Posted: 08 May 2013 03:00 AM PDT Survival kita dalam PR kerana hubungan rapat dan erat antara ketiga-tiga parti, jadi jangan dirosakkan. Kita sepatutnya memenangi lebih banyak kerusi sekiranya kita tidak mementingkan diri sendiri. Di Dun N10, PKR bertelagah dengan DAP ~ BN menang dengan majoriti 509. Sepatutnya Pakatan Rakyat boleh menang dgn majoriti yang besar jika PKR dan DAP tidak berbalah sesama sendiri. DiKota Damansara, calon bebas dari PAS menderhaka kepada keputusan parti.Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali mengumumkan isu pertindihan kerusi Dun itu antara Pas dan PKR selesai dan diserahkan kepada PKR. Ridzuan Ismail diminta tarik diri dan jentera Pas perlu memberikan tumpuan untuk kemenangan PR kelak.Tetapi mangkuk ini degil dan keras kepala dan mahu bertanding juga. Akibatnya, Malaun dari PAS terpaksa berpuas hati dengan jumlah 7,312 undi yang diterimanya dan Pakatan Rakyat rebah kecundang kepada BN dengan majoriti 1,587! Dr Mohd Nasir mendapat 14,860. Kalau Malaon dari PAS itu akur kepada arahan parti, sudah tentu, Pakatan Rakyat menang di tempat tersebut. Mereka yang bertanggung jawab diatas kekalahan seperti diatas tadi perlu dihukum bagi memelihara keutuhan dan survival perjuangan rakyat. Kepentingan diri sendiri tidak ada tempat dalam Pakatan Rakyat. |
Hamidah teroyak minta ampun goleng-goleng atas tanah ... Posted: 07 May 2013 04:35 PM PDT Makcik Tengin yang samseng mengalahkan Samseng Kampung Dusun minta ampun...Apa yang pernah saya inginkan dan ramalkan sebelum entri ini, benar-benar sudah terjadi. Allah yang Maha Kuasa izinkan ianya terjadi...Hamidah teroyak minta ampun goleng-goleng atas tanah.... Dia minta ampun setelah dia jatuh tersungkur di kaki calon PAS, Ust Radzi Zainon.Kesian...tiba-tiba hilang sikap sombong dan samsengnya itu! Allah Maha Kuasa! Senang-senang nak minta ampun macam Nyonya Mansor dalam cerita P.Ramlee, Ibu Mertuaku itu! Cis!setelah puas menyonglap wang rakyat dan membuat harta berjuta-juta kamu minta keampunan? Kamu patut minta ampun kepada Umno Bahagian Gopeng kerana melanggar keputusan Bahagian yang tidak mahu kamu bertanding. Inilah balasan yang menimpa kamu kerana menderhaka keputusan Bahagian sendiri. Padan muka kamu Hamidah! Umno Gopeng tidak ada rasa simpati keatas kekalahan kamu, malah bersorak gembira. Satu perkara yang perlu kamu fikirkan ialah, siapakah yang taja calon bebas, Mior Azman tu? Umno Gopeng? Kalau Umno Gopeng sudah tentu mereka tidak ada kuasa untuk menghalang Mior Azman dari dikenakan tindakan parti. Dilain-lain tempat, ahli Umno yang bertangding sebagai calon bebas dikenakan tindakan pecat dari parti; tetapi tidak berlaku ke atas Mior Azman. Sudah tentu yang menaja Azman itu adalah dari peringkat yang lebih tinggi lagi.... Dan Hamidah, kami terpaksa meniti hari sugul yang gelap bersendirian bersama adik mu si Hamizura itu...Kamu pasti tidak akan dilantik ke mana-mana jawatan , jauh sekali sebagai senator! Sebab yang rancang kejatuhan kamu itu adalah dari pihak atasan kamu sendiri.... Kamu tunggulah siasatan SPRM yang akan melondehkan kebobrokan kamu dan adik kamu Hamizura itu. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan