DIALOG RAKYAT |
- Sekitar Himpunan Black 505 Di Ulu Tiram Johor
- “Majoriti Melayu Tolak UMNO, BN Kerajaan Minoriti” - Datuk Mohd Ariff Sabri
- Lebih 250,000 rakyat Malaysia sertai petisyen bantah penipuan PRU
- Boikot perniagaan Cina boleh jejas hubungan antara kaum – Azan
- Najib simpan dua tempat untuk MCA dalam kerajaan baru, kata sumber
- KPN baru kena adil, pulihkan profesionalisme polis – Anwar
- Himpunan Pakatan Rakyat aman, tiada kekerasan – Anwar
- Kabinet baru Najib tiada transformasi, ditakuk lama
- Bayangan Mahathirisme dalam Kabinet baru akan halang reformasi, kata pemimpin Pakatan
- Himpunan Black505 gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka
- Rakyat tidak mahu Anwar bersara, keputusan bancian tidak tepat
- Adun Pulai Sebatang sedia terima tindakan MCA
- Kabinet: Salang tolak jawatan timbalan menteri
- Bentuk SPR baharu
- PAS tidak akan ‘bersatu’ dengan Umno
- Lima senator dinamakan dalam kabinet Najib
- Kabinet tambah masalah - Mahfuz
- Kabinet: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar
- Uthaya: 'Waytha jadi Samy Vellu baru'
- Kabinet baru, jumlah dan pecahan ikut parti
Sekitar Himpunan Black 505 Di Ulu Tiram Johor Posted: 16 May 2013 05:23 AM PDT KELAB GREENBOC Lokasi asal Dataran Bandaraya Johor Bahru... terpaksa berpindah tempat atas nasihat dan pandangan Polis Johor kerana tempat asal itu kepunyaan Kerajaan Negeri lagi pun Pegawai Daerah Johor Bahru tak izinkan. Berpindah lokasi diminit-minit terakhir ke Depan Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor. Notis dihebahkan kepada rakyat sekadar tak sampai 2 hari.. Itu pun buat di internet melalaui laman sosial , twitter dan blog saja. Ingatkan sudah pastilah hambar sambutan yang diberikan..Alangkah terkejutnya beb!!!.. Masih ribuan juga yang datang walaupun hujan turun agak lebat juga. Nampaknya rakyat masih lagi bersemangat tinggi segar lagi bugar untuk menuntut agar SPR bersikap adil, bersih dan telus dalam mengendalikan pilihanraya. Malam yang penuh bermakna bagi rakyat Johor kerana kini Johor sudah hilang label dan takhta sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia. Malam tadi PR telah mengumpulkan beberapa pemimpin agungnya seperti DSAI, Lim Kit Siang, Dr Hatta Ramli dan Chua Jui Meng. Tabik spring paling melantun kepada PDRM Johor kerana memberikan kerjasamna yang amat rapat kepada penganjur... Setakat ini PDRM Johor adalah yang paling profesional dalam menghadapi Himpunan Rakyat Black out 505.. -omakkau
,br> | ||||
“Majoriti Melayu Tolak UMNO, BN Kerajaan Minoriti” - Datuk Mohd Ariff Sabri Posted: 16 May 2013 05:13 AM PDT Calon UMNO hanya memperoleh sekitar 3 juta daripada 6.58 juta undi orang Melayu malahan secara keseluruhannya Pakatan Rakyat (PR) mendapat jumlah undi lebih banyak berbanding BN pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu. Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri menyifatkan prestasi UMNO sebenarnya menurun berbanding PRU ke-12 lalu. Katanya, PR memperolehi undi majoriti iaitu lebih 50 peratus sedangkan BN hanya memperoleh undian minoriti sekitar 47 peratus untuk menduduki Putrajaya. Pada masa yang sama beliau menempelak sikap UMNO dan media kawalan mereka yang terus membuat pelbagai dakwaan perkauman yang berbahaya kepada perpaduan rakyat Malaysia. "UMNO dan Najib menyalahkan kaum lain kerana kelemahan sendiri. Bukan orang Cina sahaja yang menolak UMNO bahkan lebih ramai Melayu menolak UMNO dari menyokongnya. "UMNO main isu perkauman sedangkan Najib cakap besar mengenai 1Malaysia. Najib adalah hipokrit yang terulung di Malaysia," katanya dalam kenyataan. Jelasnya, penolakan terhadap UMNO dan BN sangat jelas terutamanya di kawasan bandar kerana mayarakat di kawasan itu terdedah dengan pelbagai sumber maklumat dan merasai sendiri keperitan hidup sebenar berbanding kawasan luar Bandar. "Dalam kawasan ini, rakyat berfikir dan berkerja, berfikir dan berkarya, mencapai dan menjayakan diri, membangun dan membesar. Dalam kawasan inilah idealisme dan wawasan mengenai masa hadapan Malaysia dibentuk dan dijana," ujar beliau. -Roketkini | ||||
Lebih 250,000 rakyat Malaysia sertai petisyen bantah penipuan PRU Posted: 16 May 2013 05:07 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR- Seramai 251,908 rakyat Malaysia menandatangani petisyen atas talian berhubung bantahan terhadap penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu. Petisyen itu hasil inisiatif seorang rakyat biasa, Terry Kok dan menurutnya ia bertujuan mahu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penipuan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Dengan kesedaran orang ramai, kita boleh mendapatkan sokongan antarabangsa supaya siasatan dilakukan terhadap perjalanan hari mengundi," katanya. Jelas Terry, tiada sebarang had diletakkan untuk menyokong petisyen tersebut, justeru beliau menyeru semua rakyat sama-sama menyokong usaha itu. "Petisyen ini tiada had, jumlahnya akan terus bertambah dari sehari ke sehari," katanya dalam kenyataan. "Pendirian kita jelas, bukan untuk menyokong mana-mana parti politik tetapi mahu memulihkan serta mengembalikan sistem pilihan raya yang adil. Gunakanlah petisyen ini sebagai simbol protes anda," katanya lagi. Untuk menyertai petisyen itu, KLIK SINI. | ||||
Boikot perniagaan Cina boleh jejas hubungan antara kaum – Azan Posted: 16 May 2013 05:05 AM PDT Oleh Mohd Arif Juhani KUALA LUMPUR- Gesaan beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) agar umat Melayu Islam memboikot perniagaan Cina boleh memburukkan imej Islam sebagai agama perdamaian dan menjejaskan hubungan antara kaum. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, tindakan cetek NGO berkenaan khususnya PPIM tidak akan memulih hubungan antara kaum di negara ini bahkan imej Islam yang disandar oleh pertubuhan itu bakal terjejas. "Islam menjadi mangsa fitnah hasil sikap kebudak-budakan PPIM kerana mereka gagal menterjemah wajah sebenar Islam sebagai agama perpaduan dan kasih sayang. "Tindakan boikot tersebut tidak mempunyai asas kukuh malah jika dilakukan, kesan buruknya akan dirasai pengguna yang bergantung kebayakannya kepada peniaga Cina untuk mendapatkan barangan keperluan harian," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar itu kepada Keadilan Daily. Semalam, sebuah gabungan NGO Melayu yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1 Malaysia yang dianggotai PPIM, Suara Anak Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia dilapor media sebagai menggesa orang Melayu memboikot perniagaan bangsa Cina kononnya kerana memberi dana kepada Pakatan Rakyat dalam PRU lalu. Azan berkata, PPIM wajar menjadi contoh kepada NGO Melayu yang lain kerana berpengalaman luas dalam isu kepenggunaan, bukannya membiarkan mereka diperalat untuk tujuan politik perkauman. "PPIM patut bantah isu kenaikan harga barang yang membebankan semua pihak sehingga ada peniaga yang ambil kesempatan menyorokkan barangan keperluan," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu. "Isu penipuan gores dan menang dan banyak lagi isu kepenggunaan sepatutnya diberi perhatian," kata Azan lagi. | ||||
Najib simpan dua tempat untuk MCA dalam kerajaan baru, kata sumber Posted: 16 May 2013 05:01 AM PDT MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam Pilihan Raya 2013 menyebabkan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menunaikan janjinya agar MCA tidak mengambil jawatan dalam Kabinet kerana prestasi lebih buruk dari pilihan raya umum 2008. The Malaysian Insider difahamkan, jawatan Menteri Pengangkutan disimpan untuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai jika beliau berjaya memimpin parti itu selepas Dr Chua mengosongkan kerusi presiden parti .Satu lagi slot disimpan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan. "Jika Liow megambil jawatan itu sekarang, dia akan dipecat daripada parti dan tidak boleh bertanding jawatan presiden MCA. Jadi perdana menteri menunggu pemilihan MCA selesai terlebih dahulu," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Najib menamakan 31 menteri dalam Kabinet semalam dengan satu-satunya menteri Cina adalah Presiden Transparency International Datuk Paul Low sementara Datuk Mary Yap Kain Ching dari PBS dijadikan timbalan menteri di Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi. Perdana menteri juga menamakan Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk memangku jawatan Menteri Pengangkutan dan hanya menamakan satu timbalan menteri di Kementerian Kewangan dimana sumber mengatakan ianya disimpan untuk MCA. Dalam Kabinet sebelum ini, terdapat enam menteri dan 10 timbalan menteri Cina, kedua-dua dari parti semenanjung dan Malaysia Timur. Veteran MCA dan bekas-bekas presiden telah mendesak Dr Chua untuk berhenti dengan serta merta akan tetapi beliau menegaskan akan terus memimpin sehingga pemilihan parti selesai diantara Jun dan Disember. Sumber BN mengatakan terdapat ketakutan Dr Chua mungkin mahu kekal sebagai presiden walaupun telah mengisytiharkan untuk meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab di atas kekalahan parti itu. "Beliau menyiapkan senarai calon pilihan raya dengan penyokongnya dalam PRU13, supaya beliau boleh terus kekal. Macam-macam boleh terjadi walaupun beliau kata untuk tidak akan meneruskannya," kata sumber BN itu. Sumber lain dari BN mengatakan Dr Chua telah "menyerahkan" kerusi Parlimen Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan kepada Umno sebagai pertukaran untuk bebas memilih calon MCA di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Bilik perang BN bersetuju dengan permintaannya tetapi seperti yang anda lihat, Umno kalah di ketiga-tiga kerusi Parlimen sama seperti MCA di kerusi lain," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Ahli politik BN telah menyalahkan "tsunami Cina" untuk kelemahan prestasi mereka dalam pilihan raya 5 Mei walaupun penganalisis mengatakan gabungan itu hilang sokongan dari semua kaum di kawasan bandar, menunjukkan pertentangan bandar dan luar bandar. BN hanya menang 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013, kurang dari 140 kerusi Parlimen dan 306 daripada 505 kerusi DUN dalam pilihan raya umum 2008. | ||||
KPN baru kena adil, pulihkan profesionalisme polis – Anwar Posted: 16 May 2013 04:18 AM PDT Oleh Mohd Arif Juhani PETALING JAYA : Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baru berkuatkuasa Jumaat ini perlu bersikap adil dan bertanggungjawab untuk mengangkat tahap profesionalisme ke tahap lebih baik. Ini dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat tengahari tadi. "Pakatan berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Khalid bagi mengeratkan lagi hubungan antara polis dan Pakatan dalam usaha untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Ujarnya, Khalid juga perlu bertindak adil terhadap semua pihak agar tidak dinilai rakyat sebagai cenderung untuk menekan pihak lain khususnya pembangkang. Turut dilantik Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebagai Timbalan KPN. Khalid, 56, merupakan Timbalan KPN menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok. Mohd Bakri, 59, merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mahu Khalid menjadikan isu perkauman sebagai ujian pertama. "Konflik ini bermula dengan kenyataan Najib yang menggunakan istilah 'Tsunami Cina' selepas PRU 13. "Akhirnya, masalah ini semakin tidak terkawal seperti mencurah minyak ke dalam api malah cuba menjadikan Pakatan dan bangsa Cina kambing hitam atas kegagalan mereka menguasai majoriti dua pertiga dan merampas Selangor," ujar Ahli Parlimen Kuala Krai itu. Dalam isu sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mengecam akhbar kawalan Umno, Berita Harian kerana memanipulasi kenyataannya dalam sebuah ceramah di Ipoh seolah-olah beliau menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai 'syaitan'. "Pengarang akhbar ini kurang ajar, tiada etika kewartawanan dan merosakkan keharmonian rakyat dengan menyiarkan berita fitnah seperti ini. "Walhal kenyataan saya itu menggunakan analogi yang digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu 'Better the devil you know than you don't', (lebih baik syaitan yang dikenali berbanding yang tidak dikenali) bukan bermaksud saya panggil Najib sebagai 'syaitan'," tempelak Ahli Parlimen Gelang Patah itu. | ||||
Himpunan Pakatan Rakyat aman, tiada kekerasan – Anwar Posted: 16 May 2013 04:13 AM PDT Oleh Arif Juhani PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat tidak terlibat dan menolak sebarang penganjuran himpunan yang menggunakan kekerasan bagi menumbangkan kerajaan. "Pakatan hanya menyertai perhimpunan aman sahaja," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Beliau menjawab soalan wartawan mengenai rancangan sekumpulan aktivis untuk menghimpunkan sejuta rakyat Sabtu ini kononnya didakwa untuk menumbangkan kerajaan susulan penipuan dalam pilihan raya lalu. Anwar menjelaskan, cadangan itu tidak pernah dikemukakan kepada parti dalam Pakatan Rakyat. "Perkara ini tidak pernah dikemukakan pada kami dan tidak pernah dibincangkan oleh Pakatan Rakyat," katanya. Tegas Anwar lagi, penyertaan Pakatan hanya terhad kepada perhimpunan aman yang dianjurkan Pakatan dan juga NGO berkaitan. | ||||
Kabinet baru Najib tiada transformasi, ditakuk lama Posted: 16 May 2013 04:11 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mengekalkan budaya lama Umno dan tiada transformasi, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Katanya, kebanyakan barisan menteri yang dipilih Najib di kalangan mereka yang tidak akan membawa pembaharuan kepada sistem kerajaan. "Kebanyakan mereka adalah orang lama yang tidak akan membuat pembaharuan kepada sistem sedia ada. "Pemilihan ini tidak ada transformasi dan bukan 'Kabinet seimbang' seperti yang dikatakan Najib," kata Tian kepada Keadilan Daily. Menurutnya, dengan barisan kabinet tersebut, dasar kerajaan akan berada di takuk lama dan setiap jabatan pula diketuai orang Umno yang sememangnya berkuasa. "Langsung tak nampak apa yang dikatakan (Najib) sebagai seimbang. Dasar kerajaan tetap sama kerana setiap jabatan kerajaan masih diketuai orang Umno yang sudah lama dan sememangnya berkuasa," bidas Ahli Parlimen Batu itu. Najib mengumumkan barisan kabinetnya secara langsung melalui TV jam 5 petang tadi dengan menyenaraikan 30 jawatan menteri dan 27 timbalan. Kementerian Kewangan tetap diterajui Najib, begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yasin yang masih mengetuai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Kementerian Pertahanan diketuai Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertukar dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kini menerajui Kementerian Dalam Negeri. Datuk Seri Anifah Aman kekal sebagai Menteri Luar Negeri, begitu juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang masih dipegang Datuk Shafie Apdal. Turut menjadi perhatian, pelantikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan serta, pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin MCA dan Gerakan dimasukkan dalam kabinet yang diumumkan Najib. Berikut senarai penuh Kabinet Najib yang baru: Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Razak Timbalan PM dan Pelajaran: Tan Sri Muhyiddin Yasin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Bahrom Datuk Idris Jala Datuk Ahmad Maslan Datuk Seri Abdul Wahid Omar Datuk Joseph Kurup Nancy Shukri Joseph Entulu Paul Low Seng Kuan Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy Datuk Razali Ibrahim Menteri Kewangan II: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah Pelajaran II: Datuk Seri Idris Jusoh Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pertahanan: Datuk Seri Hishamudin Husein Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pemangku) Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz Luar Negara: Datuk Seri Anifah Aman Kerjaraya: Fadilah Yusof Kesihatan: Dr S Subramaniam Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Sumber Manusia: Richard Riot Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi: Hassan Malik Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamad Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk G Palanieval Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Maximus Ongkili Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Shafie Apdal Industri Pertanian dan Komoditi: Douglas Uggah Embas Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar: Abdul Rahman Dahlan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat: Rohani Abdul Karim Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor | ||||
Bayangan Mahathirisme dalam Kabinet baru akan halang reformasi, kata pemimpin Pakatan Posted: 16 May 2013 03:56 AM PDT Mereka mengatakan, sisa-sisa Mahathirisme juga akan menggagalkan usaha-usaha reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Anda tidak dapat melihat percubaan untuk berpisah dari masa lalu," kata ahli strategi DAP Liew Chin Tong kepada The Malaysian Insider hari ini. "Pelantikan Shahidan menguatkan lagi agenda Umno… tiada niat untuk melakukan reformasi," tambah ahli Parlimen Kluang itu. Shahidan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, sementara Tengku Adnan diberikan ganjaran sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Umno mendapat 17 jawatan menteri dalam Kabinet 32 orang, kebanyakannya merupakan orang lama yang ditukarkan portfolio atau dikekalkan kecuali muka baru seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan. Parti berasaskan Cina BN seperti MCA dan Gerakan tidak dilantik jawatan Kabinet akan tetapi sumber memberitahu The Malaysian Insider, Najib menyimpan dua kerusi untuk pemimpin MCA dalam pentadbirannya sebaik sahaja parti tersebut menjalani pemilihan dalaman dan mengubah pendirian untuk tidak bersama kerajaan disebabkan prestasi buruk dalam pilihan raya. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengatakan hari ini kekurangan wakil komuniti Cina dalam kerajaan akan menghalang reformasi yang bukan Melayu fikirkan penting seperti rasuah, polisi berdasarkan kaum dan pendidikan. "Sebarang perbincangan terbuka dengan aspirasi bukan Melayu akan dilihat oleh orang kuat Umno sebagai ancaman kepada hak Melayu," kata ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu. Najib mengatakan pada 2011 kuota Bumiputera perlu dimansuhkan akan tetapi menegaskan kerajaan perlu terus membantu bakat terbaik dalam komuniti itu untuk memastikan persekitaran perniagaan yang lebih kompetitif. Beliau juga menegaskan, Model Ekonomi Baru (NEM) mempromosikan tindakan afirmatif akan tetapi lebih kepada meritokrasi, mengatakan, "Kita mesti mempromosikan hak Bumiputera". Pengkritik walau bagaimanapun menuduh Najib merosakkan NEM dengan mewujudkan agensi pro Bumiputera seperti Teraju dan gagal untuk menumpukan kepada tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan meritokrasi. Rafizi juga menegaskan, semasa kempen Pilihan Raya 2013, Najib tidak berkempen tentang reformasi akan tetapi kempen perkauman. "Kempen utama Umno dalam pilihan raya lalu adalah kempen perkauman," katanya dan menambah tunjang BN itu cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu PR akan memusnahkan hak Melayu jika mereka menguasai negara. Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider "bayangan besar Tun Mahathir" berada dalam Kabinet ke 13. "Kabinet ini adalah Kabinet Mahathir," kata Dr Dzulkefly. "Dia sentiasa disekat dan berhadapan dengan agenda Melayu Umno," katanya, merujuk kepada Najib. Dr Dzulkefly mengatakan kecuali Khairy yang memfokuskan untuk mempromosi "Middle Malaysia", selebihnya adalah muka lama dan veteran Umno menguasai Kabinet. "Kabinet ini tidak menarik langsung," katanya | ||||
Himpunan Black505 gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka Posted: 16 May 2013 03:52 AM PDT KEADILAN DAILY(Kenyataan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan)Gelombang #Black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihan raya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. #Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan. Tarikh-tarikh bagi #Black505 yang seterusnya adalah seperti berikut: 21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah 23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu 24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh KEADILAN. Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan. Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #Black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram). Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #Black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Datuk Seri Najib Razak. Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #Black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihan raya dan sokongan kepada reformasi pilihan raya yang perlu diadakan segera. | ||||
Rakyat tidak mahu Anwar bersara, keputusan bancian tidak tepat Posted: 16 May 2013 03:47 AM PDT KEADILAN DAILY(Kenyataan N Surendran, Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Padang Serai)Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik. Keputusan bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan akan terus berjuang menawan Putrajaya. Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh negara. Di media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu mahukan Anwar berjuang hingga selesai. Anwar dan Pakatan Rakyat meraih 52% undi popular dan BN 47% walaupun dengan persempadanan semula, penipuan dan amalan berat sebelah dalam proses pilihan raya. Ini bermakna majoriti rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan, dan Anwar sebagai Perdana Menteri. Anwar walaubagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai ketua Pakatan Rakyat sehingga kemenangan dicapai dan kehendak rakyat sangat memberi kesan. Ia akan menjadi satu beban besar jika Anwar bersara dari politik di saat-saat getir sejarah negara. Situasinya mungkin berlainan jika Barisan Nasional memenangi PRU 13 dengan adil dan dalam situasi tersebut Anwar mungkin akan meneruskan niat beliau untuk bersara dari politik. Tanpa kira apa yang bakal berlaku pada masa depan, Anwar telah mendapat tempat yang sangat besar dalam sejarah kita dan dalam hati kebanyakan rakyat Malaysia; perjalanan perjuangan politik yang panjang menyebabkan wujudnya sistem dua-parti yang sangat efektif kepada negara, dan membawa demokrasi yang matang kepada Malaysia. Masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. BN tidak dapat dibantu lagi, tidak dapat diperbaharui; dan demi kebaikan negara ini, mereka perlu diberhentikan dari kuasa. Rakyat tahu tentang ini dan ini adalah sebab mengapa mereka akan terus menyokong perjuangan Anwar untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia. | ||||
Adun Pulai Sebatang sedia terima tindakan MCA Posted: 15 May 2013 05:16 PM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor semalam bersedia menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya oleh MCA. Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dikatakan melanggar pendirian MCA yang enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi kurang memuaskan dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Namun dalam masa yang sama, beliau turut berharap kepimpinan parti dapat memahami situasinya dan bersedia untuk menjelaskannya jika dipanggil untuk berbuat demikian. "Saya tahu sebagai ahli parti saya kena sentiasa mengikut keputusan parti terlebih dulu, tetapi dalam masa yang sama saya juga berharap pemimpin dan ahli MCA tahu bagaimana kedudukan saya sekarang. "Walau apapun saya kena hadapi juga keputusan yang bakal dibuat oleh pucuk pimpinan (MCA)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu mengenakan tindakan disiplin ke atasnya kerana menerima pelantikan jawatan Exco itu. Chua dalam kenyataannya semalam, bagaimanapun mengakui pelantikan Siew Kiong adalah atas aspirasi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri yang mahukan barisan Exco negeri turut diwakili kaum Cina dan India. - Bernama | ||||
Kabinet: Salang tolak jawatan timbalan menteri Posted: 15 May 2013 05:11 PM PDT SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya". Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh. "Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas. Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi. Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini. "Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu. Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - Bernama | ||||
Posted: 15 May 2013 05:07 PM PDT Harakah, PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan ahli-ahlinya diminta meletakkan jawatan jika gagal memberikan jawapan memuaskan, mengapa penggunaan dakwat kekal yang diperkenalkan dalam PRU13 yang lalu tidak kekal seperti yang dicanangkan. Malah pelbagai dakwaan penipuan dilakukan badan itu dalam PRU13 juga mesti diberi pencerahan segera. "Kembalikan kepercayaan awam dan bentuk SPR baharu," saran Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Agus sebagaimana dilaporkan Harakah. | ||||
PAS tidak akan ‘bersatu’ dengan Umno Posted: 15 May 2013 05:02 PM PDT
Katanya, isu perpaduan antara PAS dan Umno akan timbul setiap kali menjelang dan selepas pilihan raya umum terutama apabila keputusan pilihan raya itu meletakkan Umno dalam keadaan kritikal. "Sedangkan sewaktu Umno 'kuat', isu perpaduan ini tidak pernah timbul. Ini hanya mainan Umno untuk tutup kelemahan dan tagih simpati rakyat," ujar beliau sebagaimana dilaporkan Harakah. | ||||
Lima senator dinamakan dalam kabinet Najib Posted: 15 May 2013 04:59 PM PDT Lima orang yang dilantik Senator antara menteri dan timbalan menteri yang dinamakan dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Mereka ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan yang masing-masing dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koprasi dan Kepenggunaan. Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan manakala Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P Waytha Moorthy dinamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Low, Ahmad Bashah, Loga Bala dan Waytha Moorthy dijangka mengangkat sumpah sebagai senator esok manakala Abdul Wahid akan berbuat demikian pada 5 Jun. Sementara itu, Senator Datuk Seri Idris kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.- Bernama | ||||
Kabinet tambah masalah - Mahfuz Posted: 15 May 2013 04:50 PM PDT
"Tidak akan bermakna lantik Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain terdiri dari mereka yang bermasalah," katanya. Beliau mempersoalkan, apa yang boleh dilakukan oleh Paul jika dikelilingi oleh orang-orang yang bermasalah. "Apa makna lantik Presiden TI-M kalau hanya untuk ditenggelami oleh orang-orang yang bermasalah. "Dia bukan sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah tetapi hampir serta merta akan tenggelam dan perkara itu akhirnya menambahkan lagi masalah. "Sebab itu kita melihat kabinet yang Najib umum itu hanya kabinet tambah masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Menurut Mahfuz, antara perlantikan yang paling dipandang sinis oleh banyak pihak serta banyak mengundang kritikan ialah perlantikan perlantikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara lain, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menulis dalam laman Twitter "Six million dollar man Umno mendapat jawatan timbalan menteri". Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dilaporkan telah dipecat dari Umno pada tahun 1995 kerana dituduh membayar RM6 juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian. Tajuddin juga baru-baru ini menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan tidak mempunyai rekod prestasi yang baik dalam bidang pembinaan. Selain Tajuddin, kata Mahfuz, seorang lagi yang disebut terbabit dalam amalan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri ialah Khairy Jamaluddin. Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Dalam tulisannya "Kenapa saya masuk balik Umno," antara lain Dr Mahathir menulis, "Saya percaya dia (Najib) tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai menteri atau anggota kerajaan". Mahfuz melihat tindakan Najib itu seolah-olah mencabar Dr Mahathir dan beliau ternanti-nanti untuk melihat apakah reaksi Dr Mahathir terhadap kabinet baru Najib itu. "Bukan itu sahaja, tindakan mengekalkan orang seperti (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) membuktikan Najib enggan melakukan perubahan ke arah lebih baik sedangkan Kementerian Dalam Negeri di mana beliau menjadi menterinya sebelum ini adalah antara yang paling banyak dilaporkan mengalami ketirisan dalam laporan Ketua Audit Negara. "Itu belum lagi diambil kira orang seperti (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) yang ditolak dan tidak diterima oleh istana," katanya. Selepas pilihan raya 2008 lalu, istana Perlis menolak cadangan supaya Shahidan dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu. Najib melantik Shahidan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pertahanan. | ||||
Kabinet: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar Posted: 15 May 2013 04:46 PM PDT
Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam. Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat. "Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu," kata sumber Umno kepada Harakahdaily. Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno. "Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran," kata sumber Umno itu lagi. Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib. "Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya," kata beliau. Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim? "Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu. "Ini untuk menyekat Anwar untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen di Sabah dan Sarawak dan mengekalkan dua negeri tersebut sebagai fixed deposit BN," jawab sumber Umno itu. Harakahdaily juga sempat bertanya apakah muslihat di sebalik tindakan MCA dan Gerakan yang enggan memasuki kabinet. "Ego tak bertempat dan macam budak-budak kononnya ingin mengajar kaum Tionghua mengenai pilihan mereka. Kaum Tionghua sanggup undi parti PAS yang perjuangkan Islam dan tak mahu MCA dan Gerakan, apa lagi nilai yang ada pada mereka? "Yang pasti kabinet Najib kali ini melambangkan kematian BN secara tidak rasminya. BN sekarang secara rasminya hanya Umno dan PBB. Yang lain dah berkubur. Umno menjadi PAS 30 tahun yang lalu – yang tidak boleh menang di kawasan bandar tanpa sokongan bukan Islam," terang sumber Umno itu. Harakahdaily sempat bertanya, "Apakah ini bermaksud persempadanan semula kali ini akan banyakkan kerusi di kawasan pendalaman?" "Ya. Tapi saya rasa akan makan tuan. 5 tahun ini lama. Masa itu semua dah berinternet. Melainkan Umno nak kekal masyarakat tanpa internet. "Dalam PRU13, Umno kena sedar, ia adalah pilihan raya masyarakat berinternet menolak mereka secara total bukannya tsunami orang Cina. Anak muda berinternet tolak BN secara total. "Lukislah sempadan macam mana pun, tiada siapa yang boleh ramal, tsunami anak-muda berinternet ini akan tiba dan meresap di kampung-kampung dan kawasan Felda – 5 tahun ini lama, susah BN dan SPR nak kawal tsunami ini walaupun dengan persempadanan semula," tegas beliau sebelum telefon terputus. | ||||
Uthaya: 'Waytha jadi Samy Vellu baru' Posted: 15 May 2013 04:43 PM PDT MALAYSIA KINI Pelantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, yang bertegas bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf."Tahniah kepada Waytha sebagai mandur India terbaru! Samy Vellu baru," kata Uthayakumar dalam mesej teks kepada Malaysiakini. Uthayakumar berkata, adiknya itu telah dipecat oleh majlis tertinggi Hindraf pada 25 April kerana mengkhianati tuntutan 18 perkara Hindraf dan kerana menyertai BN. Beliau mendakwa Waytha (berbaju oren) telah beralih oleh agenda peribadinya dan mendakwa adiknya itu adalah seorang oportunis politik. Uthayakumar berkata beliau adalah pemimpin Hindraf yang sah bukan Waythamoorthy, yang hanya mengambil alih gerakan itu semasa beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau menegaskan bahawa perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007 diadakan di bawah arahannya dan bukan Waythamoorthy. Ekoran itu, kata Uthayakumar, beliau akan terus menerajui Hindraf dan 'perang terhadap BN'. Kimma juga kecewa Waythamoorthy pulang ke tanahair pada 1 Ogos tahun lalu selepas hidup dalam buangan, dan aktif mengetuai satu kumpulan dalam Hindraf. Kemuncak aktiviti beliau ialah menandatangani memorandum persefahaman antara BN dan kumpulan Hindraf yang diketuainya. Sementara itu, Ketua Pemuda Kimma Muhamad Johan juga mempersoalkan pelantikan Waythamoorthy kerana Hindraf pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum ini. "Beliau merupakan seorang yang telah huru-harakan negara dan telah memburukkan imej Malaysia di luar negara," katanya di laman Facebooknya. Muhamad berkata Kimma telah bersama BN selama ini dan "akan sentiasa kekal bersama BN, akan tetapi segala usaha kami dikuburkan". "Adakah demonstrasi jalanan sahaja merupakan cara bagi Kimma untuk diiktiraf?" soalnya. | ||||
Kabinet baru, jumlah dan pecahan ikut parti Posted: 15 May 2013 04:40 PM PDT MALAYSIA KINI Menteri dan timbalan menteri bukan dari BN Datuk Idris Jala (Sarawak, kekal) Datuk Paul Low (Presiden Transparency International-Malaysia, baru) Datuk Abdul Wahid Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, baru) P Waythamoorthy (Hindraf, timbalan menteri) Menteri yang digugurkan: (Tidak termasuk MCA dan calon-calon yang kalah atau tidak bertanding PRU13) Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Noh Omar Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, tidak bertanding Komposisi jantina: Dua menteri wanita daripada 35 jawatan menteri dan empat timbalan menteri wanita daripada 26 timbalan menteri. Secara keseluruhan, enam wanita daripada 61 jawatan. Dalam kabinet lalu yang diumumkan pada Jun 2010, terdapat juga dua menteri wanita dan tiga timbalan menteri wanita. Malaysia Timur dan Semenanjung komposisi: Menteri: Malaysia Timur: 13 (Sarawak 8, Sabah 5) - (6 dalam kabinet lepas, Sabah 4; Sarawak 2) Semenanjung: 22 - (25 dalam kabinet lalu) Jumlah: 35 - (31 dalam kabinet lalu) Timbalan menteri: Malaysia Timur: 8 (Sabah 4; Sarawak 4) Semenanjung: 18 Jumlah: 26 Bilangan teramai menteri dari Sabah dan Sarawak: 1) Datuk Joseph Kurup (Sabah / PBRS) - Jabatan Perdana Menteri 2) Datuk Joseph Entulu (Sarawak / PRS) - Jabatan Perdana Menteri 3) Nancy Shukry (Sarawak / PBB) - Jabatan Perdana Menteri 4) Datuk Idris Jala (Sarawak / Senator) - Jabatan Perdana Menteri 5) Datuk Anifah Aman (Sabah / Umno) - Luar Negeri 6) Datuk Fadilah Yusof (Sarawak / PBB) - Kerja Raya 7) Datuk Richard Riot (Sarawak / SUPP) - Sumber Manusia 8) Datuk Ewon Ebin (Sabah / Upko) - Sains, Teknologi dan Inovasi 9) Datuk Maximus Ongkili (Sarawak / PBS) - Tenaga, Air dan Teknologi Hijau 10) Datuk Douglas Uggah (Sarawak / PBB) - Perusahaan Perladangan dan Komoditi 11) Datuk Rohani Karim (Sarawak / PBB) - Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat 12) Datuk Shafie Apdal (Sabah / Umno) - Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah 13) Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah / Umno) - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Pecahan menteri ikut parti: Umno: 21 (sama seperti kabinet lalu) PBB: 4 (1) MIC: 2 (2) PBS: 1 (1) PBRS: 1 (0) PRS: 1 (0) Upko: 1 (1) SUPP: 1 (1) Bukan-BN: 4 (1) Jumlah: 35 (31) Pecahan timbalan menteri ikut parti: Umno: 17 MIC: 2 PBB: 3 PRS: 1 Hindraf (NGO): 1 PBS: 1 PPP: 1 Jumlah: 26 Wakil Cina dan India: Cina: 2 (1 menteri dan 1 timbalan menteri 1; kurang berbanding 6 menteri dan 10 timbalan menteri dalam kabinet lalu) India: 6 (2 menteri dan 4 timbalan menteri; sama seperti dalam kabinet lalu) |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan