Khamis, 16 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isu Dana PRU PKR: Tuduhan Ruhanie, Ulasan MSO

Posted: 16 May 2013 05:30 AM PDT



Ruhanie: PRU13 dedah elemen AS dalam PKR

[MK] Pilihan raya umum ke-13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Ruhanie, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang berkata, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan.

Bercakap depan dewan kuliah yang padat di di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ruhanie berkata, ini ekoran AS tidak senang dengan kawalan Malaysia terhadap Selat Melaka.

"Jika mereka dapat kawal (Selat Melaka), mereka dapat salurkan tenaga daripada Timur Tengah ke Asia Timur.

"Kawalan terhadap tenaga dan laluan pengangkutan akan menjadikan AS kuasa besar dunia," kata Ruhanie, calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan.


Ruhanie Perlu Adil Membuat Analisa Jangan Bias Kepada Umno

[MSO] Ruhanie Ahmad yang kini kononnya sedang membuat Phd mengenai politik antarabangsa tidak boleh menggunakan teori atau hipotesis yang tidak jelas untuk mengatakan Pakatan Rakyat atau PKR mendapat dana dari Amerika untuk perbelanjaan pilihan raya lepas.

Hipotesis atau teori yang dibuat berdasarkan pengamatan dan maklumat-maklumat di internet tidak tepat untuk membuat tuduhan atau memberi pesepsi demikin. Ia memburukkan keadaan dan merupakan fitnah dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang yang tahu bagaimana parti lain (Umno) banyak menggunakan wang.

Sebagai seorang bekas ahli parlimen (Batu Pahat) Ruhanie perlu turun sendiri ke lapangan untuk melihat apa yang berlaku bagi membenarkan hipotesis yang beliau buat. Apa yang dilakukan oleh Pengarah UMCEDEL Prof Redhuan Othman wajar diteladai. Beliau turun sendiri ke lapangan untuk mengetahui perkembangan politik dan tidak hanya membuat rumusan dan hipotesis dari dalam bilik kerja.


Tuduhan Amerika mendanai PKR kerana kuasa dunia itu ada kepentingan di Selat Melaka tidak tepat dan boleh dipertikaikan. Apakah PR sahaja yang boleh digunakan Amerika tetapi tidak dengan UBN? Atau apakh terlalu kerdil untuk Amerika menguasai Selat Melaka bagi membawa kuasanya di Timur sehinggakan terpaksa menggunakan saluran pilihan raya? 

Ruhanie sepatutnya membuat kajian dan analisa parti mana yang banyak menggunakan wang untuk pilihan raya berkenaan. Psrti yang menggunakan wang berguni-guni sudah pasti menyalah peraturan dan mereka sudah pasti dibekal oleh mana-mana pihak. Ruhanie tidak perlu pergi jauh lihat sahaja kepada pemasangan poster dan penggunaan berbagai bentuk poster dan logistik yang lainnya. Bandingkan berapa jenis poster atau papan iklan PKR dengan UBN. Saya rasa Ruhanie tidak buta mengenai perkara ini.

Bukankah pemasangan iklan di berbagai media itu memerlukan peruntukan wang yang banyak? Rasanya perbandingan ini sahaja sudah menemui jawaban parti mana yang kemungkinan didanai oleh kuasa asing atau mereka cari sendiri.

Selain itu Ruhanie juga perlu turun ke lapangan untuk melihat sendiri bagaimana wang digunakan bagaikan air dalam tempoh 14 hari kempen terutamanya menjelang tiga hari mengundi. Pemberian dan rasuah wang kepada pengundi berlaku di hadapan mata.

Sebagai seorang yang mahu jadi pemerhati politik berkelas antarabangsa, dan dihormati semua pihak biarlah adil dan jangan berpihak kepada parti anda - Umno. Tanya juga SPR, khasnya kepada pegawai yang telus bagaimana mereka mengejar perasuah pada malam menjelang pengundian. Ia bagaikan menghambat ayam dilesung. Siapa yang rancak memberi rasuah dan berpotensi untuk merasuah?

Apakah Ruhanie tahu dan sedar bahawa setiap calon UBN diperuntukan wang perbelanjaan lebih dari had yang ditetapkan. Apa yang saya ketahui untuk calon state bagi calon UBN mereka diberikan RM2.5 juta manakala untuk parlimen RM5 juta. Siapa atau dari mana UBN mendapat sumber kewangan ini. Ruhanie sendiri yang pernah bertanding tentu tahu puncanya.

Saya ingin maklumkan kepada Ruhanie bahawa ada calon PKR yang terpaksa jual tanah untuk belanja pilihan raya. Tidak mungkin wang yang diberi Amerika seperti diagak oleh Ruhanie itu tidak sampai kepada calon berkenaan kerana PR (PKR) sudah pasti mahukan mereka menang seberapa banyak untuk membentuk kerajaan. Adalah bodoh kalau PKR tidak membelanjakan wang sedangkan mereka mengharap kemenangan.

Ruhanie boleh menuduh dan membuat hipotesis tetapi sumbernya biarlah benar. Orang Islam diajar berkata yang haq.

Ruhanie dalam satu ceramahnya di sebuah universiti memberi gambaran yang Pakatan Rakyat sebagai sesuai menjadi agen pertukaran regim yang menguntungkan Amerika Syarikat. Lanjutan itu beliau cuba membuat fitnah mengatakan Amerika memdanai Pakatan Rakyat.

Kepada Ruhanie jadilah seorang penganalisa yang adil dan jangan cuba menmbayangi emosi politik anda untuk kepentingan Umno. Jika anda tidak dapat membebaskan diri dan berkata benar, sesungguhanya anda lebih dahsyat dari kuasa kuffar itu. Apakah anda mahu menjadi salah seorang anggota kuffar? Membohongi diri sendiri satu perbuatan yang keji dan antara kerja-kerja ahli Neraka.

Tidak bermakan kalau kita sedan syok dengan teori politik jahat dunia kita cuba sangkut mana-mana pihak di tempat kita dengan kejahatan itu.


P/s: Anda nilaikan sendiri!!!


[PANAS] Saiful Bukhari Bakal Tamat Zaman Bujang dengan Personaliti TV3

Posted: 16 May 2013 03:08 AM PDT


[SH] SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suryani Megat Deraman.

"Ya, berita itu benar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu.

"Kami bertunang pada 20 Oktober lalu," jawabnya ringkas.


P/s:  Ada wanita yang sudi mengahwini lelaki muda perkasa yang mendakwa dirinya DILIWAT oleh warga emas berusia 60 tahun yang mengalami masalah tulang belakang. Untuk rekod, hakim mahkamah tinggi membebaskan warga emas tersebut. Kes ini masih menunggu perbicaraan di mahkamah rayuan.

PRU13 Dicemari Sindiket Jual Undi Pos?

Posted: 16 May 2013 02:55 AM PDT



[HD] KOTA BHARU: Dakwaannya cukup serius, ada agen yang mengumpul kertas undi pos. Bagi setiap kertas undi pos ada tawaran sehingga RM300. Pemilik kertas undi diberi RM200 dan agen pula bolot RM100.

Bayangkan kalau agen mampu mengumpul 10 kertas undi pos, dengan mudah dia akan mendapat RM1,000.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mendakwa, jentera pilihan raya PAS mengesan ada sindiket yang cuba menjual kertas undi pos.

"Pengundi pos yang ditemui petugas PAS mendedahkan ada pihak menawarkan sejumlah bayaran sebelum kertas undi yang diterima dipangkah," katanya di sini.

Sebelum ini Pakatan Rakyat mendedahkan pelbagai penyelewengan yang berlaku sepanjang proses pengundian, sehingga pembangkang mengambil ketetapan menolak keputusan pilihan raya umum ke-13.

Ketika proses pengundian pos bermula baru-baru ini Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham) Pemuda PAS Kelantan menerima aduan petugas pilihan raya kalangan guru yang mengundi pos dipaksa mengundi di hadapan pegawai pejabat pelajaran daerah (PPD).

Pengerusinya, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya kertas undi pos dipangkah di hadapan PPD.

"Malah ada juga pengadu memberitahu ketua jabatan terbabit mengarahkan kertas undi pos milik mereka diserahkan kepada bos untuk dipungut, sedangkan ia melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Difahamkan sindiket menjual undi pos berlaku di beberapa tempat termasuk Bachok, Machang dan Tumpat dengan didalangi pihak tertentu.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaaan negeri berkata, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku, tidak ada makna bagi sebuah demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini.

"Perkara ini adalah serius dan ia boleh menggugatkan sistem demokrasi yang diwarisi sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa kes menjual beli kertas undi pos bagi memenangkan satu-satu pihak.

Oleh itu beliau berharap pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut kerana dibimbangi ia akan merosakkan sistem demokrasi yang dipertahan sejak merdeka.

Pada PRU13 lalu seramai 240,000 petugas SPR layak untuk mengundi secara pos.

Manakala berdasar maklumat rasmi SPR, daftar pemilih yang diwarta untuk PRU13 mempunyai sebanyak 13,268,002 pemilih berdaftar.

Dan daripada jumlah itu pengundi biasa sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos (146,742) dan pengundi awal (235,826).



Pertahan Akhbar Sebar Fitnah & Perkauman, 2 Tokoh Melayu Gesa Singkir Pegawai Eksekutif Air Asia X

Posted: 15 May 2013 07:32 PM PDT

Baca di sini, kalau kurang jelas
 Dr. Kamarudin Kachar
Mohd. Hilmi Ismail 


Cuba teliti, kenyataan Azran di bawah. Apa yang salah tentang kenyataannya? Adakah dia menghina Melayu? Adakah dia berkata perkara yang tidak benar tentang akhbar lidah rasmi UMNO itu?

Dalam hal ini, TM bersetuju dengan tokoh korporat muda Malaysia ini.



Berkaitan:









Lahanat Umpan Buah Sebelum Rogol Budak

Posted: 15 May 2013 05:33 PM PDT


[HM] Kuala Lumpur: Belum reda kes rogol membabitkan kematian seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Bukit Tinggi, Klang, 8 Mei lalu, dua lagi kanak-kanak berusia 10 tahun menjadi mangsa rogol lelaki bernafsu syaitan dalam dua kejadian berasingan di Ampang dan Cheras, kelmarin.

Bagaimanapun, dua kanak-kanak perempuan terbabit bernasib baik kerana masih hidup namun keadaan mereka berdua dilaporkan masih trauma dan dirawat di hospital.

Menurut sumber, dalam kejadian pertama di Bandar Tun Razak, kanak-kanak terbabit 'diculik' sekumpulan tiga lelaki warga Pakistan selepas mangsa melarikan diri daripada rumahnya sebelum dirogol di sebuah hotel di Cheras manakala bagi kes di Ampang, kanak-kanak terbabit diumpan dengan buah-buahan sebelum diheret masuk ke sebuah rumah dan dirogol.

Katanya, dalam kejadian pertama, mangsa dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di Bandar Tun Razak selepas mendakwa dipukul bapa saudaranya berusia lewat 30-an.

"Mangsa melarikan diri dari rumah jam 1.45 petang pada 11 Mei lalu dan menurutnya, dia bermalam di sebuah surau berhampiran kawasan berkenaan.

"Pada jam 2 petang kelmarin, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya mendakwa dihampiri sebuah kereta sebelum seorang lelaki warga Pakistan menariknya masuk," katanya memberitahu mangsa tidak mengecam jenis kenderaan itu namun mendakwa tiga lelaki berusia lewat 20-an berada dalam kenderaan itu.

Menurutnya, mangsa dibawa ke sebuah hotel di Cheras sebelum seorang daripada mereka merogolnya.

"Selepas merogol mangsa, kumpulan terbabit meninggalkannya di bahu jalan berhampiran Bandar Tun Razak. Mangsa yang kesakitan dilaporkan menangis sebelum tangisannya itu didengari seorang wanita.

"Dengan bantuan wanita berusia 40-an itu, mangsa dibawa ke Balai Polis Sungai Besi sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian menimpanya itu," katanya mangsa kini masih dirawat di hospital.

Bagi kes kedua, mangsa dilaporkan berjalan sendirian ke rumah rakannya di Pandan Jaya, Ampang jam 2 petang kelmarin.

"Mangsa dihampiri lelaki tidak dikenali berusia 30-an sebelum mendakwa mahu memberinya buah. Termakan dengan umpan itu, mangsa dibawa ke sebuah rumah berhampiran kawasan berkenaan.

"Ketika berada dalam rumah berkenaan, mangsa diheret ke tandas sebelum pakaiannya ditanggalkan dan dirogol," katanya.

Katanya, lelaki itu turut mengugut mangsa sekiranya menceritakan kejadian berkenaan kepada orang lain.

"Mangsa yang pulang ke rumah memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.



Tiada ulasan: