DIALOG RAKYAT |
- Khaled Nordin angkat sumpah MB Johor baru
- MTEM: 'Tsunami ekonomi' akan landa M'sia
- Azmin jadi exco? Saya tak boleh beritahu, kata MB
- Khalid Abu Bakar dilantik IGP
- Lokasi himpunan 'Black 505' di Kuantan, JB berpindah
- Peguam Muslim gesa tindakan pada Kristian
- DAP: Pakatan akan pertahankan sekolah vernakular daripada hasutan untuk dimansuh
- Kabinet baru Najib akan ada “muka biasa”, lebih banyak orang Umno
- Ibu tunggal saman Selangor digesa tampil daftar
- MESYUARAT PERTAMA EXCO NEGERI PULAU PINANG DIHIDANGKAN SEBUNGKUS NASI LEMAK, KUIH GULUNG DAN KARIPAP JER!!!!
- MCA terima Exco Johor kerana perintah Sultan?
- TG Nik Aziz berjaya tumpulkan keris nasionalis
- Pakatan sahut cabaran Umno, jemput SPR jawab dakwaan
- Kerajaan minoriti buat perangai
- Seruan hapus sekolah vernakular adalah bertentangan dengan perlembagaan, kata MIC
- Kemenangan tipis BN gugat kredibiliti ahli strategi ‘bilik perang’
- Pasca PRU13 : Pandangan & Luahan Pembaca Berita Semasa. BN & PR Perlu Berubah “Demi 28 Juta Rakyat Malaysia”
- Terima kasih kepada penyumbang dana PRU13
- Perhimpunan malam 13 Mei tolak perkauman
- JPPPK langgar Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan
- Abdul Khalid selesai angkat sumpah MB S'gor
- Kan Umno Sudah Kuat Dan Hebat! Buat Apa Pelawa DAP Sertai Kabinet?
- Mahkamah Rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di S'gor
- Anwar: Kenyataan Mohd Noor lebih rasis dari KKK
- Anwar: Nazri muflis idea
Khaled Nordin angkat sumpah MB Johor baru Posted: 14 May 2013 06:07 AM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru hari ini. Mohamed Khaled yang juga bekas menteri pengajian tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di Johor Baharu kira-kira 10.40 pagi ini. Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995. Turut mengangkat sumpah hari ini ialah sembilan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi mengisi sembilan jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, BN Johor berjaya memenangi 38 kerusi DUN daripada 56 yang dipertandingkan dan 21 daripada 26 kerusi parlimen. Pada PRU-13 lepas, Mohamed Khaled memenangi kerusi DUN Permas selepas menewaskan calon PAS, Syed Othman Abdullah dengan majoriti undi sebanyak 5,752, manakala Abdul Ghani pula tewas bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang. Mohamed Khaled ketika berucap pada majlis angkat sumpah itu berkata beliau bersyukur atas kepercayaan yang diberikan Sultan Johor untuk memegang jawatan Menteri Besar Johor. "Patik bersyukur dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan dan kepercayaan Tuanku kerana melantik patik sebagai menteri besar. Sesungguhnya segala amanah dan tanggungjawab akan dilaksanakan dan dipelihara sebaiknya dalam melaksanakan tugas sebagai menteri besar," katanya. Pada majlis yang turut dihadiri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, anggota Majlis Jumaah Diraja dan Adun lain yang termasuk daripada pembangkang, beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan jujur demi rakyat. Mohamed Khaled turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor kerana memberikan mandat baru kepada BN untuk terus memimpin dan mentadbir negeri di selatan tanah air ini dengan adil. "Kerajaan negeri akan terus membela kepentingan dan penuhi harapan segenap lapisan masyarakat," katanya. Sementara itu sembilan Adun yang dilantik sebagai anggota Exco termasuk dua yang dilantik semula serta seorang wakil rakyat daripada MCA yang dilantik sendiri oleh Sultan Johor bagi mewakili masyarakat Cina di Johor. Sultan Johor mempunyai hak melantik sendiri anggota exco kerajaan negeri di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895. MCA sebelum ini memutuskan untuk menolak sebarang jawatan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRU13. Mereka yang dilantik semula sebagai anggota Exco ialah Md Jais Sarday (DUN Mahkota) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Asiah Ariff (DUN Johor Lama) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga. Wakil masyarakat Cina yang dilantik sebagai anggota Exco ialah Datuk Tee Siew Kiong (DUN) Pulai Sebatang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan. Tee juga merupakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan MCA. Lain-lain anggota exco termasuk Hasni Mohamad (Benut) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan R.Vidyanathan (DUN Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia. Selain itu, Abdul Mutalib Abdul Rahim (DUN Layang-Layang) pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama, Latif Bandi (DUN Endau) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ismail Mohamad (DUN Bukit Serampang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani. Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Zulkurnain Kamisan yang juga anggota DUN Sri Medan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.-Bernama | ||||
MTEM: 'Tsunami ekonomi' akan landa M'sia Posted: 14 May 2013 06:01 AM PDT Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memberi amaran bahawa satu 'tsunami' baru akan melanda Malaysia dan menjejaskan perniagaan tempatan, susulan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dimeterai menjelang Oktober. "Rejim perdagangan baru ini adalah tsunami yang akan melanda Malaysia, lebih besar dari tsunami politik yang baru berlangsung," kata ketua pegawai eksekutif MTEM Mohd Nizam Mahshar. Mohd Nizam dalam sidang media di Kuala Lumpur berkata perjanjian perdagangan bebas itu akan memberi impak lebih besar ke atas perniagaan tempatan dan kos sara hidup di Malaysia. "Sebagai contoh, kita menjangkakan kos perubatan akan meningkat dari RM200 ke RM1,200 kerana ubat-ubatan generik tidak boleh digunakan lagi memandangkan hak harta intelektual untuk syarikat farmaseutikal akan dilanjutkan bawah perjanjian ini," katanya. Selain itu, industri beras tempatan juga akan terjejas dengan kemasukan bijirin bersubsidi dari Amerika Syarikat manakala perkhidmatan profesional tempatan seperti peguam dan arkitek akan menghadapi persaingan antarabangsa, katanya. Malaysia juga akan terdedah dengan tindakan saman daripada syarikat multinasional dan layanan terpilih ke atas syarikat tempatan juga dilarang. Malah, produk Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dianggap haram kerana boleh dianggap menghalang perdagangan dengan memberi kadar subsidi ke atas produk – yang boleh dianggap sebagai layanan terpilih dan melanggar TPPA, katanya. | ||||
Azmin jadi exco? Saya tak boleh beritahu, kata MB Posted: 14 May 2013 05:53 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberitahu sama ada ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali akan dilantik menjadi exco kerajaan negeri bagi mengelakkan timbulnya spekulasi. Malah kata Khalid ( bertengkolok), proses pemilihan barisan exco telah pun bermula dan akan diumumkan kepada orang ramai setelah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Saya tak boleh beritahu. (Perkara) itu (boleh) menjadi spekulasi. "Saya berjanji dengan semua orang bahawa saya akan berbincang dan tidak akan memberitahu kepada (orang) awam sehingga selesai. "Itu pun menjadi aku janji saya. Saya tidak boleh menjawab. Saya tidak boleh buat kenyataan sehingga (perkara ini) selesai," kata Khalid. Beliau menjawab soalan pemberita sama ada terdapat muka baru termasuk Azmin yang akan membarisi exco kerajaan negeri yang baru. Ditanya lanjut sama ada kerajaan negeri akan membentuk jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata: "Itu tidak ada dalam perkiraan kita". Sambut 'national reconciliation' PM Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau memerlukan tempoh selewat-lewatnya dua minggu untuk menyiapkan pemilihan barisan exconya. Dalam sidang media itu juga, Khalid berkata tumpuannya dalam masa terdekat sebagai menteri besar adalah untuk "menyambut" hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib (bawah) bagi memulakan proses "national reconciliation". "Di mana ujian pertama adalah untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor. "Saya telah menyediakan surat kepada perdana menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA)," katanya. Menurut Khalid, kerajaan negeri memberi komitmen bahawa projek Langat 2 akan dirangkumkan bersama proses penstrukturan semula industri air supaya ia tidak dikendali secara berasingan. Surat tersebut akan dihantar kepada Najib, esok, tambah Khalid. Kemudian Khalid menambah bahawa beliau juga telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengamalkan proses seperti itu terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Selangor termasuk PKNS. | ||||
Posted: 14 May 2013 05:49 AM PDT MALAYSIA KINI Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat (17 Mei) menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang bersara selepas tamat kontrak Khamis ini.Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada hari yang sama. "Selaras dengan peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuatkuasa 17 Mei," katanya. Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Dis 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan tidak berapa lama pada tahun yang sama dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan. Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum setahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 dilantik sebagai Ketua Polis Selangor. Tiga tahun kemudian, pada 13 Okt 2010 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dan tidak sampai setahun, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Mohd Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah dan memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 Nov 1975 sebagai Inspektor percubaan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Mohd Bakri pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005. Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dalam setahun beliau dilantik sebagai Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.- Bernama | ||||
Lokasi himpunan 'Black 505' di Kuantan, JB berpindah Posted: 14 May 2013 05:48 AM PDT MALAYSIA KINI Perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di Kuantan malam ini terpaksa bertukar lokasi ke Dataran Rakyat berdepan dengan Markas PKR di Jalan Beserah, atas "nasihat polis". Menurut setiausaha PKR Pahang Kamaruzaman Mohd Yunus, lokasi asal yang dicadangkan bagi perhimpunan 'Black 505' itu adalah di Padang Mahkota Aman di Kuantan. Bagaimanapun, mereka terpaksa memindahkan lokasi perhimpunan tersebut, hasil rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan semalam, katanya. Katanya, pegawai polis dalam pertemuan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa perhimpunan berkenaan tidak mengikut peruntukan seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Polis juga menyatakan bahwa lokasi asal merupakan padang awam yang tidak mendapat kelulusan daripada pegawai daerah Kuantan, kata Kamaruzaman lagi. "Sekiranya perhimpunan itu diteruskan, polis akan mengambil tindakan kepada penganjur dan peserta. Lokasi berubah tetapi masa tidak berubah. Ia bermula jam 9 hingga 12 malam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. . Kamaruzaman berkata perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Datuk Fauzi Abdul Rahman. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dijangka hadir termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan malam ini. Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusoff dilapor berkata perhimpunan itu adalah perhimpunan haram kerana penganjur tidak memaklumkan perkara itu dalam tempoh 10 hari kepada polis sepertimana yang diperuntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Sementara itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tengahari ini mengumumkan pertukaran lokasi perhimpunan yang sama di Johor Baharu pada malam esok. Perhimpunan tersebut akan diadakan di pejabat PKR Cabang Puteri Wangsa di 28 Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram. Lokasi asal perhimpunan itu di Dataran Bandaraya, Johor Baharu yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Semalam Polis Johor menyifatkan perhimpunan itu sebagai haram kerana tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. | ||||
Peguam Muslim gesa tindakan pada Kristian Posted: 14 May 2013 05:46 AM PDT MALAYSIA KINI Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap sebuah gereja Evengalis kerana didakwa menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan gereja. Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, penggunaan kalimah Allah di poster dengan logo National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang disiarkan di Internet itu bersifat jenayah dan melanggar Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. "Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pihak yang secara sengaja dan berterusan menggunakan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain yang berakar-umbi dari agama Islam dalam konteks agama bukan Islam bagi sebarang tujuan," katanya. Risalah itu antaranya menyebut: "Panggilan kepada semua gereja dan orang Kristian untuk merangkul, mengasihi dan memberkati negara ini dengan hadirat dan kuasa Allah." Dalam kenyataannya, Zainul Rijal juga berkata, larangan itu masih terpakai dan berkuatkuasa walaupun permohonan penggunaan kalimah itu sudah dibawa ke mahkamah oleh Gereja Titular Roman Bishop Catholic. Ini kerana, tambahnya, terdapat perintah penggantungan terhadap keputusan awal Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2011 berhubung kebenaran menggunakan nama Allah di dalam penerbitan berbahasa Melayu The Herald. Sementara itu, PPMM juga menggesa NGO dan umat Islam serta jabatan agama Islam negeri-negeri tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan. | ||||
DAP: Pakatan akan pertahankan sekolah vernakular daripada hasutan untuk dimansuh Posted: 14 May 2013 05:35 AM PDT Pendirian tersebut timbul selepas Tan Sri Abdul Rahman Arshad mengeluarkan kenyataan sekolah vernakular yang mengajar dalam bahasa Tamil dan Cina perlu dimansuhkan baru-baru ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata kenyataan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM ) tersebut adalah satu hasutan. "Gesaan panggilan Abdul Rahman untuk menghapuskan sekolah Cina dan Tamil vernakular kepada sistem sekolah satu aliran adalah hasutan, malah MP BN Mark Koding telah disabitkan menghasut pada tahun 1982 kerana membuat cadangan yang sama di Parlimen pada tahun 1978," kata Lim dalam satu kenyataan. Beliau kemudiaan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara. "Atas sebab ini, DAP dan PR sudah bersedia untuk melawan undang-undang ini di mahkamah dan mendapatkan sokongan dari semua rakyat Malaysia — Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan — untuk melindungi sekolah vernakular Cina dan Tamil daripada dihapuskan oleh penyokong Umno seperti Tan Sri Abdul Rahman Arshad," kata ahli Parlimen Bagan itu. Ahad lepas, Abdul Rahman dilaporkan berkata sekolah vernakular merupakan batu penghalang kepada perpaduan di negara ini, serta mengatakan keputusan pilihan raya umum ke-13 menunjukkan tidak ada perpaduan di Malaysia dan jurang perkauman yang lebih besar sekarang. Beliau berkata sekolah-sekolah vernakular di Malaysia berkembang lebih maju dan hanya 10 peratus bukan Melayu belajar di sekolah kebangsaan. "Yang lainnya di sekolah vernakular. Jelas bahawa perkauman berkembang dengan luas, ia diteruskan dengan sekolah menengah swasta yang memfokus kepada sekolah bahasa jenis kebangsaan," katanya pada majlis "Wacana Post Mortem PRU13:Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" pada Ahad lepas. Abdul Rahman menyenaraikan Indonesia, Thailand dan Filipina sebagai negara-negara jiran yang telah menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka untuk mengukuhkan perpaduan, lapor portal berita itu. Tetapi beliau dilaporkan berkata pelajar masih boleh belajar bahasa-bahasa lain di sekolah. Sekolah vernakular Cina dan Tamil hanya wujud di peringkat sekolah rendah dan merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Walaupun bahasa Mandarin dan Tamil masing-masing digunakan sebagai bahasa pengantar, sukatan pelajaran yang digunakan ialah satu sistem pendidikan kebangsaan adalah sama dengan sekolah-sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu. Tiada sekolah Cina atau Tamil di peringkat sekolah menengah. Tetapi terdapat 60 institusi swasta yang dikenali sebagai sekolah persendirian Cina, di mana Mandarin dan Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini tidak diiktiraf oleh kerajaan. | ||||
Kabinet baru Najib akan ada “muka biasa”, lebih banyak orang Umno Posted: 14 May 2013 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR— Kabinet baru yang akan diumumkan esok akan mempunyai muka biasa dan penuh dengan ahli Parlimen Umno, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal berhadapan pemilihan parti tahun ini. Berkemungkinan besar akan kembali adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan Umno yang terkenal beberapa tahun lalu kerana dituduh mengaturkan perlantikan hakim semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Juga disenarai pendekkan adalah Datuk Seri Idris Jusoh, bekas menteri besar Terengganu bersama-sama Tengku Adnan dalam bilik perang BN yang merancang kempen gabungan tersebut untuk Pilihan Raya 2013. Salah seorang lagi ahli bilik perang, ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis mungkin juga akan dihadiahkan jawatan Kabinet, kata sumber hari ini. Akan tetapi mereka mengatakan tiada calon kalah dalam pilihan raya umum akan dilantik menjadi menteri Kabinet melalui perlantikkan menjadi senator. Senarai Kabinet sedang diteliti dengan jangkaan mereka perlu selaras dengan usaha Najib untuk pembaharuan selepas mendapat mandat sendiri pada pilihan raya umum 5 Mei lalu. Terdapat spekulasi beliau akan mengambil muka baru dan muda untuk meneruskan agenda reformasi dalam manifesto BN dan pelbagai inisiatif sosio-ekonomi semenjak menjadi perdana menteri pada 2009. Nama dua tokoh syarikat berkait negara Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Azman Mokhtar juga difikirkan akan tetapi terdapat sentimen kuat di Putrajaya mahukan Umno diberikan ganjaran kerana memenangi 88 kerusi Parlimen. Salah seorang yang turut dibincangkan untuk jawatan Kabinet adalah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan tetapi mendapat tentangan daripada kem Mahathir yang berhujah pengalaman beliau di zaman Abdullah akan menjadi liabiliti kepada Najib. Dari pihak Najib, beliau mempercayai Khairy yang meningkatkan majoritinya dari 5,746 undi pada Pilihan Raya 2008 kepada 18,357 dalam pilihan raya tahun ini penting untuk mengelola media sosial dan memberikan strategi untuk memenangi hati golongan muda. Dilema kepada Najib adalah sama ada untuk mengenepikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri atau mengekalkan naib presiden Umno itu di sana. Tinjauan atas talian The Malaysian Insider hari ini menunjukkan hampir 18,000 responden, 97 peratus menentang beliau terus kekal sebagai Menteri Dalam Negeri. Dua lagi naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal dijangkakan akan mengekalkan kedudukan Kabinet masing-masing sebagai menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar. Difahamkan juga, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangkakan akan mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Agensi berita nasional Bernama melaporkan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari esok bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan Kabinet baru. Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis. The Malaysian Insider difahamkan, Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon dijangka akan mengisi kekosongan jawatan menteri wanita dan pembangunan masyarakat dimana sebelum ini beliau adalah timbalan menteri di kementerian tersebut. Awal hari ini Bernama melaporkan muka baru dari Sabah dan Sarawak disebut-sebut akan mengisi kekosongan wakil Cina dalam Kabinet berikutan pendirian MCA dan Gerakan tidak mahu menerima jawatan dalam kerajaan selepas kegagalan dalam pilihan raya umum 5 Mei. Antara nama yang disebut adalah Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing, 52 yang juga ahli Parlimen Bintulu dan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN). Selain Tiong, dua anggota Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin, 57, anggota Parlimen Batu Sapi, dan juga Datuk Mary Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, 62, anggota Parlimen Tawau, turut dikaitkan sebagai calon Kabinet. | ||||
Ibu tunggal saman Selangor digesa tampil daftar Posted: 14 May 2013 05:27 AM PDT
Gesaan itu dibuat oleh Adun Batu Tiga yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismai (gambar). Kenyataan beliau itu sebagai respons kepada keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam yang telah membatalkan saman Murtini Kasman beserta 2019 yang lain terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar. Saman Murtini telah menuntut bahawa Kerajaan Selangor membayar elaun berjumlah RM10.9 juta kepada 2,020 orang ibu tunggal yang membawa saman tersebut ke mahkamah. Menurut Rodziah, kerajaan negeri dalam memastikan tawaran-tawaran kepada ibu tunggal di Selangor dapat bersama dimanfaati oleh Murtini dan ibu-ibu tunggal bersamanya. "Kesia-siaan masa yang dibazirkan dan kos pengendalian kes mahkamah yang tinggi juga boleh dielakkan," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya lagi, Kerajaan Selangor sekali lagi ingin menawarkan bantuan menerusi tawaran-tawaran kepada ibu tunggal yang meliputi bukan sahaja berbentuk elaun tetapi kursus-kursus kemahiran, skim-skim mikrokredit, pembinaan jati diri, bantuan peralatan, bantuan pembelajaran untuk anak-anak bersekolah dan di peringkat tinggi, yang kesemuanya membantu ke arah pemberdayaan ibu tunggal dan meningkatkan kualiti hidup para ibu tunggal, anak-anak dan keluarga mereka. Beliau menambaha, Kerajaan Selangor berhasrat, secara berfasa, ingin membantu rakyat untuk berdikari menerusi merealisasikan konsep welfare to workfare, atau kebajikan kepada berpendapatan, untuk sekelian rakyat yang memerlukan bantuan. Katanya, hanya dengan memberikan wang secara berkala bukan lagi dikira sebagai jalan penyelesaian untuk membasmi kemiskinan dan kesulitan hidup rakyat dalam jangka masa panjang. "Saya mengulangi seruan saya selama ini, sebelum dan selepas kes saman, juga ketika dialog bersama pemimpin Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 28 November 2012 lalu, untuk para ibu tunggal yang telah menyaman Kerajaan Selangor tampil mendaftar supaya dapat dipastikan kelayakan mereka mendapat bantuan pelbagai dari Kerajaan Selangor," ujarnya. Katanya, proses, prosedur dan syarat-syarat perlu dipenuhi dalam memastikan hanya ibu tunggal yang layak diberi bantuan dan sebarang aduan rasmi boleh segera dimaklumkan ke pejabat beliau untuk siasatan lanjut. Beliau menjelaksan, Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha untuk terus-menerus membantu semua rakyat di negeri itu dalam meningkatkan mutu kehidupan dan menjaga kebajikan mereka seperti yang diikrarkan dalam manifesto. | ||||
Posted: 14 May 2013 05:24 AM PDT omakkau.blogspot Hari adalah mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah berjaya mempertahankan Pulau Pinang pada PRU 13 yang lalu. Para ahli Exco termasuk SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri hanya disediakan sebungkus nasi lemak, kueh gulung, dan karipap, sepiring buah segar dan susu cultured"... Amat berhemah dan jimat sekali pentadbiran Negeri Pulau Pinang pimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng. | ||||
MCA terima Exco Johor kerana perintah Sultan? Posted: 14 May 2013 05:21 AM PDT
Soi Lek dalam kenyataannya berkata, MCA tidak memberikan sebarang rokomendasi agar Adun Pulai Sebatang dari MCA, Datuk Tee Siew Keong dilantik sebagai Exco. "Perlantikan Tee sebagai Exco adalah decree (perintah) Sultan Johor yang berkuasa untuk berbuat demikian," kata Chua dalam kenyataannya. MCA di bawah kepimpinan Chua sebelum ini membuat keputusan tidak akan menerima sabarang jawatan kerajaan jika pencapaian MCA lebih lemah berbanding sebelum ini. Ia adalah resolusi MCA yang dibuat pada tahun 2011 dan 2012. "Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar dan Exco kerana keunikan Perlembagaan Negeri," kata Chua dalam kenyataannya. Ekoran cadangan perlantikan ini, Chua berkata beliau telah meminta pandangan Perdana Menteri mengenainya dan Datuk Seri Najib telah menasihatkan beliau mendengar perintah sultan. "Suka saya tekankan di sini, MCA akan mengekalkan keputusannya yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan 2011 dan diluluskan lagi dalam mesyurat 2012, untuk menolak semua jawatan kerajaan. "Jawatankuasa Pusat MCA akan membincangkan kes Tee dan dia mungkin menghadapi tindakan disiplin berikutan perlantikan sebagai Exco Johor," tambah Chua dalam kenyataannya. | ||||
TG Nik Aziz berjaya tumpulkan keris nasionalis Posted: 14 May 2013 05:17 AM PDT
KUALA LUMPUR: Antara kejayaan besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah berjaya menonjolkan nilai Islam yang menolak perkauman dan tidak sesekali menzalimi kaum-kaum lain. Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, pendekatan Tuan Guru Nik Aziz itu telah menyebabkan bukan sahaja Islam itu dipandang tinggi, malah orang bukan Islam juga menyambut baik perjuangan Islam itu sendiri. "Saya yakin, misi dakwah yang merentasi bentang perkauman dan darah bangsa yang dibawa oleh Tuan Guru telah berhasil menumpulkan keris nasionalis yang diasah oleh golongan-golongan tertentu. "Hasilnya, non muslim begitu menyambut baik perjuangan Islam dan tanpa segan silu mengangkat panji-panji perjuangan Islam kerana yakin bahawa Islam tidak pernah menzalimi penganut agama lain sebagaimana yang telah terbukti di Kelantan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Serah Tugas Menteri Besar di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim hari ini. Selain itu juga kata Ahmad, 23 tahun memerintah Kelantan Tuan Guru juga telah membuktikan bahawa golongan ulamak juga mampu mengurus tadbir negeri. Katanya, bekas Menteri Besar Kelantan itu telah berjaya memecahkan persepsi sebahagian besar rakyat Kelantan bahkan seluruh negara khususnya terhadap golongan ulama. "Jika sebelum ini, persepsi rakyat terhadap golongan ulama ialah ulama tidak boleh mentadbir dan hanya layak berada di beranda madrasah atau masjid membelek kitab kuning untuk dibaca di dalam kuliah, tetapi hari ini dengan kejayaan YB Tuan Guru mentadbir negeri Kelantan lebih daripada dua dekad, persepsi ini telah berjaya diranapkan," katanya. Tuan Guru ujarnya telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah itu sejak tahun 1990 lalu. Ianya boleh diukur denga pelbagai saranan dan pembaharuan dibuat sehingga membuka mata ramai pihak bahawa sebenarnya Islam lebih layak untuk mentadbir berbanding syariat ciptaan manusia. Menurut Ahmad lagi, kejayaan pentadbiran Tuan Guru yang memandu masyarakat dengan agama, lebih penting dari kejayaan membina bangunan yang tinggi dan jalan raya yang bersimpang siur. Umum maklum katanya, bahawa Tuan Guru memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk perjuangan parti bahkan beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Tuan Guru juga sering memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan malah beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik. "Sungguh ketara sekali, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka. "Hasilnya, sekalipun silih berganti pemimpin di peringkat kerajaan pusat, kerajaan Kelantan alhamdulillah gagal dijatuhkan dalam enam kali pilihanraya umum berturut-turut, satu tempoh yang cukup lama bagi sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan untuk bertahan sekalipun diasak dengan pelbagai serangan," kata Ahmad. | ||||
Pakatan sahut cabaran Umno, jemput SPR jawab dakwaan Posted: 14 May 2013 05:15 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Pakatan Rakyat berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sedia menerima pelawaan Pakatan Rakyat bagi menjawab segala persoalan yang timbul sewaktu pilihanraya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei yang lepas. Ini berikutan cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan agar Pakatan menjemput SPR menjelaskan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelawaan itu tidak boleh ditolak kerana beliau sendiri sudi hadir apabila dijemput Umno. "Kita bersedia menjemput Pengerusi SPR untuk bertemu dan berdialog bersama pimpinan Pakatan Rakyat mengenai pelbagai persoalan yang timbul sewaktu PRU13. "Kita harap beliau sudi menerima jemputan kita sebagai tanda keadilan beliau, jika beliau sanggup menerima jemputan dari Umno kenapa tidak Pakatan Rakyat," jelasnya. Tambahnya, Pakatan Rakyat akan mengemukakan setiap persoalan yang timbul bersertakan fakta dan bukti, dan sebagai Pengerusi SPR, Abdul Aziz perlu menjawab setiap persoalan tersebut. "Pada pertemuan nanti kita akan kemukakan segala persoalan dan kemuskilan yang timbul sewaktu PRU13, banyak bukti dan fakta kita perolahi. "Jadi saya harap sebagai pengerusi sebuah agensi yang mengendalikan pilihanraya, beliau (Abdul Aziz) perlu menjawab kesemua persoalan yang dikemukakan tanpa ada sebarang kekeliruan," katanya petang tadi. Saifuddin yang turut memberitahu Ahmad Maslan yang sebelum ini menyatakan Pakatan Rakyat tidak berani berdepan dengan Pengerusi SPR perlu membantu pertemuan tersebut. Katanya lagi, jika Abdul Aziz menolak jemputan Pakatan Rakyat untuk berdialog, Ahmad perlu memainkan peranan utama agar pertemuan dapat dilaksanakan. "Pakatan Rakyat harap Ketua Penerangan Umno dapat membantu agar pertemuan ini dapat direalisasikan. "Jika Abdul Aziz menolak, beliau (Ahmad) perlu membantu agar petemuan dapat diadakan, kita Pakatan Rakyat tidak takut untuk berhadapan dengan Pengerusi SPR," sambung beliau lagi. Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu Pakatan Rakyat dibawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mengumpulkan segala bukti penipuan dan penyelewengan yang berlaku pada PRU13 5Mei lepas. Lebih 29 kawasan parlimen dikenalpasti wujud penipuan sehinggakan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.Harakahdaily | ||||
Kerajaan minoriti buat perangai Posted: 14 May 2013 05:11 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Ketika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan. Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar kiri) menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu. "itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam. "Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) mengulas isu ini. Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%, DAP- 15.4% dan PKR-20%). Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen. Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat. "Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja. Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya. Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13. Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS. Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.Harakahdaily | ||||
Seruan hapus sekolah vernakular adalah bertentangan dengan perlembagaan, kata MIC Posted: 13 May 2013 09:46 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Syor menghapuskan sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini bukan merupakan idea yang baik dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel (gambar). Beliau berkata sistem persekolahan vernakular di negara ini sudah lama wujud sebelum kemerdekaan dan adalah amat sedih untuk melihat masih ada orang yang mempersoalkan mengenainya. "Kami membantah dengan keras syor tersebut kerana ini adalah salah satu hak di bawah Perkara 152 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan di mana 'tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain'," katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas syor Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada sebuah forum di sini semalam bahawa kerajaan disaran menghapuskan sistem persekolahan vernakular bagi memperkukuhkan perpaduan rakyat. Justeru itu, katanya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah satu aliran dapat menyatupadukan semula semua kaum di negara ini. Palanivel menegaskan bahawa statistik menunjukkan bahawa lebih 1,000 pelajar sekolah Tamil yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah mencapai keputusan 7A dan 6A. "Adalah tidak penting sekolah jenis mana kanak-kanak-kanak itu belajar kerana mereka semua menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan yang sama," katanya. Beliau berkata sumbangan pelajar kepada masyarakat perlu dinilai dengan kualiti pelajar, semangat patriotik mereka kepada negara serta sumbangan masa depan mereka kepada masyarakat Malaysia. Mengulangi sentimen sama, Penyelaras Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil, Prof Dr N.S. Rajendran berkata gesaan seperti itu perlu dihentikan demi mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum di negara ini. "Setiap daripada kita adalah bertanggungjawab untuk menggalakkan perpaduan dan adalah tidak adil untuk memetik satu sekolah vernakular sahaja dan mendakwa mereka tidak sehaluan dengan perpaduan apabila pada hakikatnya wujud sekurang-kurangnya lima jenis sekolah yang terus berkembang di Malaysia," katanya. Sementara itu, ketua biro pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon percaya masalah perpaduan akan sentiasa wujud walaupun sistem persekolahan vernacular dihapuskan. Beliau berkata adalah tidak sesuai untuk orang-orang tertentu menyalahkan perpecahan ke atas sekolah vernakular sahaja kerana usaha meningkatkan perpaduan nasional terletak di bahu semua pihak termasuk kerajaan. "Ia terbukti sekolah vernakular telah menyumbang kepada sistem pendidikan negara dengan menyediakan peluang untuk kanak-kanak belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa ibunda ... oleh itu mempunyai keupayaan untuk menguasainya dan menyumbang secara berkesan ke arah pembinaan negara," katanya. — Bernama | ||||
Kemenangan tipis BN gugat kredibiliti ahli strategi ‘bilik perang’ Posted: 13 May 2013 09:40 PM PDT KUALA LUMPUR— Persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu. Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya. Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pengerusi PWTC Datuk Seri Alies Anor Abdul, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya. "Ianya tidak berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka salah," kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya tidak disiarkan. Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu. Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan "senarai putih" 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi. 'Budak poster' melambangkan Umno tidak sensitive The Malaysian Insider difahamkan, Jamaluddin adalah dibelakang tindakan BN meletakkan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon langsung mereka di Shah Alam walaupun Zulkifli pernah mengeluarkan kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu. Difahamkan juga Jamaluddin merasakan pencalonan Zulkifli tidak akan menimbulkan banyak masalah oleh kerana beliau telah memohon maaf kepada masyarakat India dan mendakwa kenyataan itu dibuat semasa masih bersama PAS. Akan tetapi sumber mengatakan ahli strategi itu tidak merasakan langkah Umno meletakkan Zulkifli sebagai "budak poster" adalah satu tindakan melambangkan parti itu tidak sensitif kepada bukan Melayu. "Yang paling menyakitkan hati adalah mereka meletakkan Shah Alam dalam senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen tentang strategi memakan diri bilik perang. "Terdapat conservative dengan 'C' besar dan terdapat conservative dengan 'c' kecil. Ahli strategi hanya membuat analisis menggunakan komputer akan tetapi terlupa terdapat sebahagian besar pengundi baru selain pengundi Cina dan India di situ," tambah beliau. Beliau menerangkan analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008. "Kamu tidak boleh menganggap kerusi majoriti Melayu akan kembali pada kamu atau kamu fikir akan dapat berkongsi undi Cina dan India dan merasakan akan menang besar di peringkat kebangsaan dan Putrajaya," tambah sumber tersebut. Ahli strategi luaran Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia. Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas. "Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya. Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013. Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda. "Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami," tambah beliau. Jentera pilihan raya tidak bermaya Satu lagi sumber dari BN memberitahu, jentera pilihan raya gabungan pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2008 berbanding dengan jentera Pakatan Rakyat (PR) - dibarisi oleh pemimpin akar umbi dan anak muda. "Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain," kata calon BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan. "Saya terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri dan mencari orang untuk berceramah dalam satu ceramah utama yang saya adakan," katanya dan menambah: "Saya lihat yang lain hanya bercakap kepada jentera pilihan raya mereka." Walaupun kekurangan bantuan, calon BN itu mengatakan beliau melakukan lebih baik daripada Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kalah di Lembah Pantai walaupun telah menggunakan sumber dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di kerusi bandar itu. "Raja Nong Chik adalah menteri dan menumpukan kepada usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Pantai tetapi masih gagal untuk menang. Bilik perang memikirkan beliau boleh menang jadi mereka masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat betapa gagalnya mereka," tambah beliau. Perubahan taktik saat akhir Sumber BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi. "Terdapat terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor," kata satu sumber. "Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi," tambahnya menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon adalah satu kesilapan. Beliau mengatakan calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah "akan tetapi bilik perang panik seperti MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana". "Jadi, mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina," kata sumber tersebut. Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat Umno itu, "jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa", tambah beliau. Sumber mengatakan ini turut berlaku di negeri lain dimana DAP telah melakukan penolakkan besar seperti Negeri Sembilan dan Selangor akan tetapi ahli strategi bilik perang tidak bertindak kerana hanya menumpukan untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen. "Terdapat perbezaan besar diantara yang diharapkan dengan sebenar. Ini dicerminkan dalam keputusan yang diharapkan dan apa yang akhirnya kita dapat," katanya. | ||||
Posted: 13 May 2013 09:27 PM PDT Pasca PRU13 : Adalah sangat pelik apabila media arus perdana seperti akhbar Utusan Malaysia & Kosmo mengeluarkan tajuk yang berbau perkauman pada hari yang sama 7 Mei 2013 iaitu 2 hari selepas PRU13. Kenyataan balas seorang yang bergelar seorang Perdana Menteri, Najib Razak apabila ditanya seakan-akan mempertahankan kenyataan berbaur perkauman ini seperti perkara itu (isu racism) memang sudah biasa dalam akhbar masyarakat Cina. Sangat bertentangan dengan laungan 1 Malaysia yang dilaung-laungkannya sebelum ini. Benar atau tidak? Melihat kepada perkembangan politik Negara sejak akhir-akhir ini, seperti akan ada perubahan besar terhadap kepimpinan kerajaan sekarang dan kemungkinan untuk kerajaan kalah seperti benar-benar akan berlaku. Kemungkinan untuk parti Barisan Nasional (BN) kalah adalah sangat tinggi kerana perubahan luar biasa sokongan orang muda yang dilihat lebih memihak kepada pembangkang. Dan juga apat dilihat dalam kebanyakan kemaksini informasi terkini kalangan pengguna Internet di media alternatif (facebook). Namun apabila keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) diumumkan DI SINI, keputusannya adalah luar daripada jangkaan dan seperti tidak langsung menggambarkan perubahan angin yang berlaku di laman media sosial. Bila saya berfikir sejenak, saya merasakan saya tahu mengapa (keputusan luar jangkaan) ini berlaku, namun saya tidak pasti ia betul ataupun tidak. Dengan keadaan politik Malaysia yang saya fikir sangat teruk ketika ini, (sering kali berlaku tuduh menuduh antara 2 pihak sehingga kita tidak dapat menilai mana yang betul dan mana yang salah) membuat keputusan dengan menimbangkan sumber dari sebelah pihak sahaja adalah sesuatu yang sangat salah dengan keadaan politik Negara kita sekarang. Keputusan PRU13 : Harapan KeluargaDengan mengambil tauladan dari pengalaman saya sendiri baru-baru ini, yang balik untuk kali pertama menggundi, undian saya sebenarnya sangat dipengaruhi oleh keluarga, dan saya terfikir sekiranya semua pengundi muda dipengaruhi oleh keluarga mereka untuk menentukan pemimpin Negara, memang patut la keputusan pilihanraya baru-baru ini berlaku sedemikian rupa.Pengaruh kuat keluarga mempengaruhi saya sehinggakan saya menurut sahaja kehendak keluarga untuk mengundi pemimpin pilihan mereka. Faktor sokongan kuat keluarga terhadap sesuatu parti banyak mempengaruhi sebenarnya. Ibu bapa saya adalah penyokong kuat kerajaan sekarang, yang diangkat merupakan tunggak kestabilan negara kini. Saya mendapati daripada perbualan mereka dan ada kalanya saya berbual dengan mereka sendiri, mereka lebih utamakan "keamanan" dan sangat takut sekiranya kerajaan kalah. Apabila saya bertanya kenapa, mereka menghujahkan akan berlaku huru-hara sekiranya pakatan rakyat memegang kuasa, pandangan mereka Cina akan mengatasi Melayu Melalui DAP, dan DAP semestinya dianggap parti orang Cina. Dan kerajaan baru (pembangkang) akan menyebabkan hak Istimewa orang Melayu dihapuskan dan kesannya anak cucu kita pada masa akan datang akan merana. Pegangan ini terlalu kuat sehinggakan ibu saya selalu melakukan sembahyang hajat dan sering berdoa supaya kerajaan sekarang ini kekal memerintah, ibu saya sering memberitahu yang dia selalu takut memikirkan keputusan pilihan raya yang mungkin tidak akan memihak kepada kerajaan, hal ini mungkin sama berlaku kepada orang lain yang menyokong kuat kerajaan, mereka takut sekiranya berlaku ketidakamanan disebabkan risiko pembangkang yang tidak kukuh berdiri dan sering bertelagah seperti yang disiarkan media arus perdana. Keputusan PRU13 : Peranan Besar Propaganda Media Arus Perdana
Ibu saya hanya penyokong biasa parti kerajaan sekarang dan bukanlah jentera parti yang dilantik untuk memegang jawatan diperingkat kampung atau kawasan, saya tidak terfikir sekiranya kerajaan tumbang akan menyebabkan mata pencarian keluarga saya terjejas. Itu tidak berkaitan langsung. Lainlah kawan kepada isteri saya yang bekerja dengan wakil rakyat BN di kawasan kami, saya melihat sendiri bagaimana mereka menjadi amat sedih apabila wakil rakyat mereka kalah pada peringkat DUN baru-baru ini. Jentera parti yang dilantik sebenarnya saya lihat lebih mengutamakan masa depan mereka berbanding berkhidmat untuk masyarakat, tetapi tidak boleh hendak menyalahkan mereka kerana itu (bekerja dengan wakil rakyat) merupakan punca pencarian untuk menyara keluarga mereka. Berbalik kepada ibu saya, saya memikirkan keresahan beliau selama ini disebabkan takut kekalahan kerajaan akan menyebabkan nasib & masa depan anak cucu mereka terumbang-ambing pada masa akan datang, gambaran tersebut disampaikan secara jelas dalam media arus perdana baru-baru ini. Seperti ada agenda daripada kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya jangan berpaling meminggirkan kerajaan, terus setia kepada kerajaan, maka negara akan terus aman, ini ditambah lagi dengan gesaan Perdana menteri sendiri termasuk mantan perdana menteri tun Mahathir dalam setiap ucapannya menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Memang benar, orang Melayu kini sangat bergantung kepada peruntukan hak Istimewa, kehilangan hak ini akan membawa alamat buruk kepada orang Melayu dan boleh mencetuskan kekecohan dan ketidakpuasan hati seluruh orang Melayu, jika hendak dibandingkan dengan pengaruh penguasaan ekonomi, Orang Melayu memang tidak dapat menandingi orang Cina. Pendapat saya, hak istimewa orang melayu sebenarnya sukar untuk digugat walaupun kerajaan baru cuba mengubahnya, majoriti orang Melayu (70% kompisisi negara ini) akan menentang keras & perubahan itu perlu melalui 2/3 majoriti suara parlimen, kelulusan Agong serta Majlis Raja-raja. Kita (melayu) sebenarnya kuat (dalam pertahankan hak istimewa) sebab kita mempunyai Sultan yang dianggap sebagai payung untuk orang Melayu, saya pelik dan kecewa kepada sesetengah orang Melayu sendiri mempertikaikan keberadaan raja kita sekarang (bagai tiada function). Saya berpendapat Ia menjadi penyumbang besar kepada keputusan PRU13 baru-baru ini dan menjadi jawapan mengapa perubahan sokongan yang berlaku di media sosial tidak dapat diterjemahkan dalam keputusan pilihanraya seperti yang sepatutnya. Keputusan PRU13 : Pakatan Rakyat Dilihat Masih RapuhMemang tidak dinafikan sememangnya pakatan pembangkang tidak sekukuh kerajaan kerana banyak faktor. Anwar Ibrahim (dipenuhi banyak kontroversi) sama ada beliau benar ataupun tidak, pas terikat dengan DAP, dan DAP sendiri tidak mahukan Negara Islam (Hudud), PAS juga seakan-akan tidak berpijak dibumi nyata apabila tidak langsung meletakkan secara hitam putih dalam manifesto Pakatan berkenaan Undang-undang islam (hukum Hudud) seperti yang dicanangkan sebelum ini. Banyak lagi yang perlu diperbaiki, masing-masing ada kekurangan termasuk kerajaan yang memerintah sekarang.Kekuatan pembangkang sekarang hanyalah dengan mensensasikan isu-isu kontroversi iaitu "lompong" pemerintahan kerajaan sekarang. Manifesto Pakatan memang tidak dapat dinafikan adalah sangat menarik, namun ada perkara yang sangat penting perlu diselesaikan sebelum boleh dilaksanakan iaitu kekuatan dalaman pembangkang itu sendiri. Pendapat saya juga, pembangkang perlu menjadi kuat sebelum boleh memegang tampuk pimpinan, jauhkan parti dari kontroversi kerana isu itu akan terus menjadi duri dalam daging pembangkang, bersatu membentuk 1 jentera parti yang kuat kerana perbezaan pendirian antara PAS dan DAP mencacatkan keutuhan Pakatan, dan yang paling utama pulihkan keyakinan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu bahawa Pembangkang juga boleh membawa kesejahteraan dan masa depan yang baik kepada negara kelak. Sekian, ini hanya padangan saya sebagai salah seorang rakyat biasa yang melihat perkembangan politik negara, saya tidak berharap apa yang saya tulis ini disiarkan dan saya sendiri sebenarnya lebih suka berdiam diri dari mengeluarkan pendapat dalam media sosial kerana, saya melihat kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan politik negara seakan-akan hilang pertimbangan apabila memberikan pendapat masing-masing. Kadang kala ia berlarutan dan berakhir dengan ketidakpuasan hati bagi pihak masing-masing.. Saya menulis ini kepada admin Berita Semasa kerana saya melihat Berita Semasa adalah satu-satunya wadah yang sangat telus dalam menilai perkembangan politik negara. Setiap kali saya membaca update terbaru dari Berita Semasa, saya sering kali bersetuju dan mempunyai pandangan yang sama seperti yang diutarakan oleh penulis Berita Semasa. [Daripada saudara Ahmad Khairi] Apa pandangan dan pendapat anda pula bagi pasca PRU13 ini? P/S : Jika anda bukan tergolong daripada kalangan yang taksub kepada parti andadan mempunyai pandangan & luahan yang mahu dikongsikan bersama Pembaca Berita Semasa di sini, hantarkan kepada kami di alamat email ini, hi.beritasemasa@gmail.com | ||||
Terima kasih kepada penyumbang dana PRU13 Posted: 13 May 2013 09:21 PM PDT
Menurut bendahari DPPM Muhd Khairil Nizam, sepanjang kempen PRU13 lalu, pihaknya telah menerima sumbangan daripada pelbagai golongan, sama ada golongan profesional, ulama', usahawan, teknokrat dan lain-lain lagi. "Selain penyumbang dalam negara, DPPM juga menerima sumbangan daripada luar negara termasuk daripada United Kingdom, Dubai (UAE), Mesir, Australia, dan lain-lain negara. "Mereka ini terdiri daripada kalangan umat Islam serta bukan Islam yang merasa simpati terhadap perjuangan PAS serta mahu melihat PAS bersama Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13," katanya. Sumbangan tersebut jelas Khairil telah disalurkan untuk kegunaan calon-calon Dewan Pemuda PAS segenap peringkat yang bertanding di peringkat parlimen mahupun Dewan Undangan Negeru (Dun). "DPPM mendoakan semua penyumbang diberikan kerahmatan dan keberkatan dalam hidup mereka serta dilimpahi dengan rezeki daripada Allah SWT. "Segala jasa dan sumbangan mereka hanya Allah SWT yang membalasnya," katanya. Pada PRU13 lalu, beberapa calon dari Pemuda PAS telah berjaya memenangi kerusi yang ditandingi masing-masing. Ketua DPPM Nasrudin Hassan menang bagi Parlimen Temerloh, timbalannya Nik Mohd Abduh pula menang bagi Parlimen Pasir Mas, sementara dua exconya Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahmad Marzuk Shaari masing-masing menang di Parlimen Kubang Kerian dan Bachok. Selain itu, beberapa ketua Pemuda PAS Negeri turut menang dalam PRU13 lalu. Antara mereka termasuklah ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya yang menang di Dun Alor Mengkudu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Latif Abdul Rahman di Dun Mengkebang, Ketua Pemuda Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan di Dun Gombak Setia, Ketua Pemuda PAS Perak Mohd Zawawi Abu Hassan di DUN Gunung Semanggol serta Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Noor Hamzah di Dun Bukit Payong. Selain itu, beberapa lagi calon pemuda PAS turut menang iaitu Mohd Rozi Muhammad bagi Dun Tendong dan Nazlan Mohamad bagi Dun Limbongan di Kelantan, manakala Ridzuan Hashim menang di Dun Teluk Pasu, Terengganu. | ||||
Perhimpunan malam 13 Mei tolak perkauman Posted: 13 May 2013 09:13 PM PDT MALAYSIA KINI Sekumpulan aktivis NGO mengadakan perhimpunan berbilang kaum di Kuala Lumpur pada malam 13 Mei bagi menolak agenda perkauman yang dimainkan, termasuk di media, selepas keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.Berkumpul dekat stesen bas Pudu Sentral di Kuala Lumpur malam tadi, lebih 100 orang, kebanyakannya berpakaian hitam, menyanyikan lagu, membaca sajak dan berucap menentang agenda perkauman. Masing-masing bertemankan sebatang lilin dan membawa plakad menolak prejudis perkauman, mempromosi kasih sayang rentas kaum dan menolak rasisme yang dianggap sudah ketinggalan zaman. "Kami berkumpul di sini untuk menentang retorik perkauman politik. Kita perlu suarakan perkara ini," kata Ng Yap Hwa, yang juga penyelaras kumpulan yang memperjuangkan keadilan untuk mendiang pembantu politik DAP Teoh Beng Hock. "Ahli-ahli politik kita gemar memomokkan kita dengan rusuhan 13 Mei 1969 yang tidak patut digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat." | ||||
JPPPK langgar Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Posted: 13 May 2013 09:11 PM PDT
KOTA BHARU: Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan mengkategori tiga senarai iaitu senarai persekutuan, negeri dan senarai bersama, namun apa yang berlaku di Kelantan sejak 1990 berlaku perlanggaran peraturan tersebut. Kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dianggap banyak pihak melanggar peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Peguam Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kewujudan JPPK seolah-olah wujudnya sebuah kerajaan dalam kerajaan. "Peruntukan pembangunan di Kelantan seharusnya dilaksanakan seperti di negeri-negeri lain yang diterajui kerajaan Barisan Nasional. "Segala peruntukan dari kerajaan pusat harus disalur mengikut senarai yang ditetapkan. Misalnya peruntukan di bawah senarai persekutuan, maka ia harus disalurkan kepada agensi persekutuan yang sudah ada di sini. "Begitu juga kalau di bawah senarai negeri hendaklah disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan bukan melalui JPPPK seperti diamalkan sekarang," katanya yang juga anggota Parlimen Kota Bharu,di sini. Semalam anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyarankan JPPPK dibubar sebagai membuktikan BN Kelantan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13. Sebelum itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan menyebut Umno menerima keputusan PRU13 ditolak majoriti rakyat Kelantan. Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, penubuhan JPPK bercanggah dengan perlembagaan persekutuan kerana kewujudan agensi itu menimbulkan banyak masalah kepada pembangunan negeri. Misalnya kata beliau di bawah senarai bersama bagi pembinaan rumah awam kos rendah, di mana kerajaan negeri menyediakan tanah dan peruntukan disediakan kerajaan pusat, namun Kelantan dipinggirkan. "JPPK bertindak seolah-olah sebagai sebuah kerajaan dengan dikuasai pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional. Ini tidak sepatutnya berlaku dan ia amat bercanggah dengan perlembagaan," katanya. | ||||
Abdul Khalid selesai angkat sumpah MB S'gor Posted: 13 May 2013 09:04 PM PDT
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini. Perkara itu turut dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan di twitter beliau sebentar tadi. "Alhamdullilah, selamat angkat sumpah sbg MB. Terima kasih atas segala sokongan. "Cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan," katanya. Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu. Semalam, Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata, barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu. | ||||
Kan Umno Sudah Kuat Dan Hebat! Buat Apa Pelawa DAP Sertai Kabinet? Posted: 13 May 2013 09:01 PM PDT Editor BULETINMenurut Ketua Penarangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor, sebagaimana dilaporkan, DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran penarikan diri MCA dalam kabinet BN selepas prestasi buruk BN dalam PRU-13. "DAP mempunyai prinsip yang jelas dengan penolakan ini. Mereka adalah parti yang berpegang teguh kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan bersama-sama rakyat di belakang mereka yang memberikan sokongan padu dalam PRU-13, "MCA pula sudah menyatakan prinsip mereka sejak awal lagi dengan menolak menyertai kabinet angkara kemerosotan mereka dalam Pru ke 13. MCA sedar bahawa jika mereka menggotai kerajaan, mereka menjadi kerajaan yang tidak direstui oleh rakyat terbanyak. Rakyat sudah menolak mereka, mengapa pula mereka terhegeh-hegeh menerima jawatan kabinet?,"ujarnya. Ustaz Riduan dalam kenyataanya hari ini berkata, UMNO sepatutnya sedar dan menginsafi diri. Bukan semua pihak boleh dibeli dan dipujuk sesuka hati. "Apa yang mereka lakukan dalam PRU ke 13 lebih menyakitkan hati dan jiwa jutaan rakyat yang rindukan suasana demokrasi sebenar terbentuk di negara ini. Malangnya, ruang demokrasi yang sempit ini terus dicengkam sehingga kebenaran tidak lagi terserlah. "dengan sentimen perkauman yang mereka gendangkan saat ini, tidak wajar mereka pula menghulur tangan persahabatan. Puas 'menumbuk, menampar dan membelasah' kaum Cina di media, mereka pula mahu memujuk kaum Cina menyertai kabinet mereka. Wajarkah? Oleh itu, beliau berkata, sebaiknya UMNO memerintah negara ini sendirian. Tinggalkan kawan dan rakan komponen BN lain yang merudum teruk prestasi mereka. Tinggalkan juga jauh lawan politik mereka di belakang. Soal beliau, UMNO sudah menang banyak dan besar di negara ini, buat apa perlu rakan komponen atau lawan politik untuk serta kabinet mereka. Bukankah mereka parti yang kuat, hebat dan menang atas sokongan rakyat pelbagai peringkat? "Buktikanlah sepanjang 5 tahun ini UMNO benar-benar hebat tanpa bantuan dan sokongan sesiapa pun. Buktikan juga bahawa UMNO menang bergaya dengan sokongan rakyat, khususnya kaum Melayu dan mereka tidak perlu lagi sokongan kaum lain. "5 tahun lagi elok juga UMNO sendirian dengan logo sendiri sertai PRU ke 14 kerana ketika itu parti komponen BN sudah tidak diperlukan dan mereka juga tidak memerlukan UMNO lagi!,"jelasnya | ||||
Mahkamah Rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di S'gor Posted: 13 May 2013 06:20 PM PDT Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah. Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut. Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang. Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut. Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi. Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa. Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas. Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid. Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak. Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.-Bernama | ||||
Anwar: Kenyataan Mohd Noor lebih rasis dari KKK Posted: 13 May 2013 06:18 PM PDT MALAYSIA KINI Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan kontroversi seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan yang memberi amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati oleh orang Cina.Anwar berkata, kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah itu malah mengatasi kumpulan pelampau kaum Ku Klux Klan (KKK) di Amerika Syarikat, katanya. "Ucapan rasis bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mengatasi Ku Klux Klan dan akan membuatkan (pemimpin Nazi Jerman, Adolf) Hitler bangga. "Berapa lama lagi kita perlu bertolak ansur dengan tindakan meniup kebencian dan mengumpan perkauman dari kerajaan haram (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam ucapan tersebut, Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik. "Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut. | ||||
Posted: 13 May 2013 06:14 PM PDT IPOH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mencabar supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya. Menurut Anwar, kenyataan dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menunjukkan muflis idea kerana PR sudah pun membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Katanya, kesemua pimpinan tertinggi PR sudah pun mengemukakan persetujuan mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan. "Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan saya sudah menandatangani untuk mengiktiraf untuk terima Perlembagaan Malaysia termasuk Perkara 153 Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera. "Tetapi Umno sampai sekarang cuba menakutkan orang Melayu mengatakan kami baik pemimpin Melayu, Cina, India, Dayak atau Kadazan nak hapuskan hak-hak Melayu serta Bumiputera di negara ini. Ini pemikiran lapuk dan tak layak jadi pemimpin negara kita," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Himpunan Blackout 505 di Medan Istana, di sini, semalam. Kelmarin, Nazri mencabar Anwar dan pemimpin PR supaya memansuhkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera bagi memberikan hak kesamarataan kaum di negara ini. Himpunan yang dihadiri kira-kira 30,000 penyokong PR itu turut disertai beberapa pemimpin utama PKR termasuklah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty dan beberapa wakil rakyat parti itu. Seawal jam 8.30 malam penyokong pembangkang mula membanjiri perkarangan Pejabat PKR Perak bagi mendengar ucapan ringkas beberapa pemimpin PKR sebelum ucaptama daripada Anwar. Sungguhpun himpunan dibuat dalam kawasan terbuka dan penuh sesak, orang ramai langsung tidak berganjak mendengar ucapan beberapa pemimpin PR. Kesemua ucapan terarah kepada rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dalam menguruskan pilihan raya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan