Biaqpila |
- SPR ADA BRAN??
- LIVE: HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT DARI PAHANG
- BOLEH PAKAI LAGI KE CAKAP MAMAT NI?
- PEMBELIAN UNDI BERAMAI-RAMAI DI PULAU PINANG (+VIDEO)
Posted: 14 May 2013 09:38 AM PDT Para pemimpin Pakatan dalam sidang media hari ini bersatu mengukuhkan Pakatan. PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sedia menerima pelawaan Pakatan Rakyat bagi menjawab segala persoalan yang timbul sewaktu pilihanraya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei yang lepas. Ini berikutan cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan agar Pakatan menjemput SPR menjelaskan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelawaan itu tidak boleh ditolak kerana beliau sendiri sudi hadir apabila dijemput Umno. "Kita bersedia menjemput Pengerusi SPR untuk bertemu dan berdialog bersama pimpinan Pakatan Rakyat mengenai pelbagai persoalan yang timbul sewaktu PRU13. "Kita harap beliau sudi menerima jemputan kita sebagai tanda keadilan beliau, jika beliau sanggup menerima jemputan dari Umno kenapa tidak Pakatan Rakyat," jelasnya. Tambahnya, Pakatan Rakyat akan mengemukakan setiap persoalan yang timbul bersertakan fakta dan bukti, dan sebagai Pengerusi SPR, Abdul Aziz perlu menjawab setiap persoalan tersebut. "Pada pertemuan nanti kita akan kemukakan segala persoalan dan kemuskilan yang timbul sewaktu PRU13, banyak bukti dan fakta kita perolahi. "Jadi saya harap sebagai pengerusi sebuah agensi yang mengendalikan pilihanraya, beliau (Abdul Aziz) perlu menjawab kesemua persoalan yang dikemukakan tanpa ada sebarang kekeliruan," katanya petang tadi. Saifuddin yang turut memberitahu Ahmad Maslan yang sebelum ini menyatakan Pakatan Rakyat tidak berani berdepan dengan Pengerusi SPR perlu membantu pertemuan tersebut. Katanya lagi, jika Abdul Aziz menolak jemputan Pakatan Rakyat untuk berdialog, Ahmad perlu memainkan peranan utama agar pertemuan dapat dilaksanakan. "Pakatan Rakyat harap Ketua Penerangan Umno dapat membantu agar pertemuan ini dapat direalisasikan. "Jika Abdul Aziz menolak, beliau (Ahmad) perlu membantu agar petemuan dapat diadakan, kita Pakatan Rakyat tidak takut untuk berhadapan dengan Pengerusi SPR," sambung beliau lagi. Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu Pakatan Rakyat dibawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mengumpulkan segala bukti penipuan dan penyelewengan yang berlaku pada PRU13 5Mei lepas. Lebih 29 kawasan parlimen dikenalpasti wujud penipuan sehinggakan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. HD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
LIVE: HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT DARI PAHANG Posted: 14 May 2013 06:19 AM PDT |
BOLEH PAKAI LAGI KE CAKAP MAMAT NI? Posted: 14 May 2013 12:45 AM PDT NAK TAU CAKAP MAMAT NI BOLEH PAKAI KE TAK SILA BACA SINI DEY MACHA!!! GUA HARAP PAKATAN TERIMA CABARAN MAMAT NI KITA JEMPUT SEKALI MAMAT NI UNTUK BAGI DIA PUNYA BUAH PIKIRAN KAH! KAH! KAH! Pakatan dicabar jemput SPR jawab dakwaan penipuan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar parti Pakatan Rakyat untuk menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menerangkan dakwaan penipuan yang berlaku semasa pilihan raya 5 Mei. Beliau berkata, tiada sebab mengapa SPR akan menolak pelawaan pembangkang sekiranya bertujuan untuk memberi penjelasan. "Saya dengan ini mencabar pembangkang supaya memanggil SPR ke tempat mereka. Saya juga mengesyorkan supaya SPR saman mereka yang buat tuduhan terhadap SPR. "Tetapi paDa pandangan saya, mereka takkan jemput sebab kalau jemput habislah modal mereka. Nak cakap apa?," katanya dalam sidang media selepas sesi penerangan jentera Penerangan Umno bersama SPR di PWTC hari ini Sesi yang berlangsung kira-kira dua jam itu dihadiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta ketua penerangan Umno bahagian dari seluruh negara. Ahmad juga menjelaskan, sesi penerangan hari ini bertujuan untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa pilihan raya kali ini yabg terburuk dalam sejarah negara. "Oleh itu saya jemput Tan Sri Aziz untuk memberi penerangan tentang tohmahan yang diberi oleh pembangkang. "Segala tuduhan seperti black-out (masalah bekalan elektrik di pusat mengundi), peti undi dibawa lari telah dijawab oleh Tan Sri (Abdul Aziz) SPR dan kita berpuas hati dengan jawapan beliau," katanya lagi. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
PEMBELIAN UNDI BERAMAI-RAMAI DI PULAU PINANG (+VIDEO) Posted: 13 May 2013 06:00 PM PDT Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit. Katanya, perancangan cukup rapi dan sistematik itu dilakukan pihak tertentu dengan pemberian voucher kepada pengundi, yang kemudian ditebus dengan wang tunai selepas pilihan raya. Katanya, sejak Jumaat lalu, pengundi di beberapa kawasan dikesan membawa voucher tersebut untuk mendapat bayaran. Antaranya di DUN Sungai Dua di Bayan Baru, DUN Pulau Betong di Balik Pulau dan DUN Tanjung Bungah. "Masa PRU, pihak berkenaan telah beri voucher dan beritahu pengundi kalau BN menang, mereka boleh dapat special bonus. Selepas PRU, mereka mula memberi special bonus ini. Pengundi dibayar dengan anggaran RM120 hingga RM200 setiap seorang," ujarnya. Menurutnya, Laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibuat bersama bekas Speaker Pulau Pinang, Datuk Halim Hussain Jumaat lalu, namun tiada tindakan diambil. Malah ketika beliau melawat tempat berkenaan semalam dan kelmarin, pemberian tunai tersebut masih terus berjalan. "Ini kes yang besar kerana menunjukkan pembelian undi besar-besaran berlaku di Pulau Pinang dan kita tidak nampak ada tindakan. "Di tempat yang kita kalah, semuanya kalah dengan marjin yang cukup rendah. Maka mungkin pengundi dipengaruhi dengan pemberian special bonus untuk mengundi Barisan Nasional," ujarnya. Menurutnya, pihaknya mengesyaki pembelian undi itu dilakukan di banyak tempat, membabitkan puluhan ribu pengundi dan peruntukan jutaan ringgit. "Siapa yang mempunyai kekuatan organisasi yang begitu besar untuk mengagihkan wang berkenaan dan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan?" Soalnya. Menurutnya, pagi tadi, enam calon DUN dan seorang calon parlimen dari Pakatan Rakyat, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. Mereka ialah Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Mohd Tuah Ismail (DUN Pulau Betong) Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) Roshidi Hussein (DUN Penaga), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar) dan Ahmad Zaki Yuddin Abd Rahman (DUN Pinang Tunggal). Laporan itu dibuat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana memberi wang sogokan atau rasuah sama ada sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Laporan oleh Keadilandaily Gambar dan video dari Aliran Anak Sungai Derhaka NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan