ALHUSSEYN |
- Kerja kosong di Kelab Malam Awi ....
- Nantikan Perhimpunan Raksasa ~ Hujung Bulan ?
- Kita sanggup terima kekalahan , tetapi tidak penipuan!
- Bila hidup matiku bersama Umnooo ....
Kerja kosong di Kelab Malam Awi .... Posted: 14 May 2013 01:43 AM PDT Awi tuan punya kelab malam Malai Rock Station Bistro yang masing-masing ada di Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor datang bertemu aku malam kelmarin, menawarkan beberapa pekerjaan kosong untuk di isi.Dia minta tolong aku carikan orang yang sesuai ... Menurut Awi, keperluan segera terutama sekali bagi cawangan di Ipoh yang mendapat respon baik dari para pengunjung yang terdiri daripada anak-anak muda Melayu. Bila ditanya, apakah jawatan kosong yang ada di kelab malamnya itu? Awi menjelaskan, "Saya mahukan seorang bouncer wanita yang perkasa!" "Lagi, apa jawatan selain itu?" Tanya saya kepadanya. " Yang ada lagi ialah GRO ! - mulut mesti yang kuat komat-kamet tak renti-renti macam juborg ayam! " terang Awi .... "Engkau ada ker sesiapa yang boleh rekomen?" "Ada!" jawab aku sambil lewa memandang tepat kebiji mata Awi ... "Untuk bouncer tu aku ada kenal seorang betina yang sangat samseng, terkenal kat DUN Sungai Rapat nih....Dia baru saja kena buang kerja....Adiknya pun boleh tahan juga komat-kamit macam kau kata tu .... "Siapa?" Awi bertanya ingin segera tahu ... Aku pun cuba membetulkan kedudukan aku untuk menjelaskan perkara.Tiba-tiba aku terjatuh ! Adoi...Aku benar-benar terjatuh dari katil pembaringan ku. Aku bermimpi rupanya! Kah! kah! Tak sempat nak bagi tahu Awi siapa betina dua beradik tu! |
Nantikan Perhimpunan Raksasa ~ Hujung Bulan ? Posted: 13 May 2013 10:35 PM PDT Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang di ketuai oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Asalkan Bukan Umno (ABU) telah berikrar untuk menggerakan sekurang-kurangnya 1 juta rakyat ke himpunan membantah penipuan pilihanraya ke jalanraya di sekitar Kuala Lumpur di hujung bulan ini. Badrul Hisham Shaharin ketua SAMM yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, rakyat akan diberitahu tarikh dan tempat perhimpunan dalam tempoh lima hari lebih awal daripada tarikh penetapan. Beliau bersama pemimpin NGO lain mengeluarjan kenyataan tersebut semasa mengadakan perbincangan mengenai penipuan pilihanraya dan demokrasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Perhimpunan tersebut dipercayai akan mengatasi jumlah peserta diperhimpunan yang pernah diadakan sebelumnya di Kelana Jaya, Penang dan Ipoh sejak seminggu yang lalu. "Kami rancang mengadakannya pada 18 Mei tetapi ramai penyokong yang membantah kerana merasakan tidak cukup masa untuk menggerakannya," kata Chegu Bard. Blogger Hishamuddin Rais (right), yang berucap sama berkata, masanya telah tiba bagi rakyat mengkotakan 'janji' bahawa mereka akan ke jalan-jalan dalam pilihanraya ke 13. "Sistem pilihanraya telah digubal untuk Umno.Mereka akan lakukan apa sahaja untuk menang.hanya kebebalan anda yang buat anda fikir bahawa Umno boleh disingkir dari kerajaan melalui pilihanraya. "Ini bukanlah satu ancaman.Ini adalah satu janji," Hishamuddin berkata dengan disambut sorakan daripada 1,000 orang ramai. "Sediakan gerakan raksasa.Jika ada uyang tanya saya minta bukti mengenai penipuan pilihanraya, saya akan katakana, kamu bodoh! Saya telah menulis mengenainya berkaldai tahun! Pandangannya dikokongsi sama oleh ketua ABU , Haris Ibrahim, yang berkata, rakyat perlu bertindak dan tidak hanya menunggu lima tahun lagi untuk menukar kerajaan. |
Kita sanggup terima kekalahan , tetapi tidak penipuan! Posted: 13 May 2013 08:09 PM PDT Apa ceritanya dengan Dewan Ulama PAS tidak sokong perhimpunan bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini ? Ketua Dewan Ulama, Harun Taib minta semua pemimpin Pakatan Rakyat menerima keputusan rakyat. Apakah Harun Taib tidak tahu tentang penipuan SPR dan parti pemerintah? Adakah Harun Taib redha dengan penipuan tersebut? Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan pertama di Kelana Jaya dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Tidak ketinggalan puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu. Tapi selang beberapa hari selepas keluar kenyataan Harun Taib di atas itu, Presiden PAS Haji Hadi turut jadi tidak menentu, hilang pendirian....Dia serahkan kepada rakyat buat pendirian ? Kita perlu dedahkan penipuan yang mereka lakukan.Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan pelbagai cerita lagi. Kelmarin Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan sepanjang minggu ini, 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 dari 27 kawasan di seluruh negara. Kalau PAS Perak masih akur dan patuh dengan Presiden dan Ketua Ulama mereka, tak payahlah susah-susah buat petisyen.Lebih baik pakat-pakat tunggu pengadilan di akhirat nanti.... Petisyen adalah satu kaedah tuntutan. Tapi kaedah ini memerlukan "energy" (tenaga) untuk menggerakkannya. Perhimpunan rakyat itulah tenaganya. Bukankah Presiden PAS itu pernah menyeru kita supaya menumpukan seluruh tenaga untuk menyokong Pakatan rakyat? Kenapa nada lagu berubah setelah PRU13? sumber |
Bila hidup matiku bersama Umnooo .... Posted: 13 May 2013 06:00 PM PDT Hanya orang Melayu sahaja yang tidak sanggup berubah ...lihatlah bagaimana totoknya orang Melayu walaupun papa kedana dan sempit dalam kehidupan ~ asalkan dapat BR1M ! Gambar menceritakan segalanya .... Hidup Umnooooo ! Sementara itu, orang-orang muda semakin menerima PAS bersama Pakatan Rakyat ...Musuh kita bukan Cina, India atau Melayu.... Musuh kita adalah kemiskinan, korupsi, kronisme dan ketidakadilan ..... |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan