Rabu, 8 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PKR: Usah peduli SMS 13 Mei, turun berhimpun

Posted: 07 May 2013 11:34 PM PDT

PKR menyeru orang ramai supaya tidak mempedulikan penyebaran SMS yang mengaitkan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Kelana Jaya, Selangor malam ini dengan insiden 13 Mei.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, SMS yang mengaitkan perhimpunan malam ini dan sedang berlegar jelas berniat jahat.

"Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata beliau juga akan membuat laporan polis petang ini balai polis Tropicana, Petaling Jaya petang ini kerana ia didakwa cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman.

DS NAJIB PERLU TURUN SEPERTI PAK LAH

Posted: 07 May 2013 09:58 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan.

"Pada 2008, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.

"Kalau logik singkir Pak Lah ialah universal, logik yang sama perlu dipakai pada Najib. Morally, Najib harus buka laluan untuk Muhyiddin untuk ganti beliau sebagai Perdana Menteri," kata Husam semalam.

Menurut Husam, Najib mencatat keputusan yang lebih teruk daripada Pak Lah di mana BN kalah dalam undi popular kepada Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dan juga kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 daripada 140 daripada apa yang dicapai Pak Lah.

Husam juga menyentuh ungkapan 'Tsunami Cina' yang diguna Najib untuk mencari kambing hitam atas prestasi BN yang semakin merosot.

"Isu itu dibangkitkan untuk sambung hayat politik Najib yang terumbang-ambing dengan keputusan PRU13. Ungkapan itu juga menandakan konsep 1Malaysianya telah gagal. Konsep itu adalah satu-satunya modal Najib – sekarang modal ini sudah gagal, maka beliau harus berundur," tegas Husam.

Husam juga menolak hujah politik Najib mengenai 'Tsunami Cina' yang menyebabkan kemerosotan BN kerana BN hampir-hampir kehilangan Terengganu yang peratus undi Melayunya 95 peratus.

"Saya menolak politik perkauman dan anti-Cina. Saya yakin ada cetusan lain untuk mengekalkan beliau (Najib) sebagai Perdana Menteri," kata Husam

JIKA PENUH STADIUM KELANA JAYA MALAMNI:BERA PA RIBUKAH POLIS AKAN TAHAN RAKYATNYA?

Posted: 07 May 2013 06:22 PM PDT

Polis hari ini menjelaskan satu perhimpunan yang dirancang pembangkang esok merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
  
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
  
Beliau menasihatkan penganjur perhimpunan supaya mematuhi undang-undang selain menggunakan saluran betul dengan meminta kebenaran ketua polis daerah berkenaan.
  
Selain itu, Ismail berkata polis akan bertindak terhadap pemilik laman sosial yang cuba mencetus provokasi bersifat perkauman susulan pilihan raya umum ke-13 bagi mengelak sebarang pergaduhan atau keadaan huru-hara.

"Jangan cuba timbulkan huru-hara dengan menghasut di laman sosial dengan isu perkauman dan provokasi. Polis sentiasa memantau keadaan ini," katanya.
  
Beliau turut memberi amaran kepada pemilik laman sosial yang cuba membangkitkan kemarahan, termasuk menyebarkan dakwaan berhubung pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus ketika proses penjumlahan undi.
  
"Bila kita siasat, tiada bekalan elektrik terputus seperti yang dilaporkan  di laman sosial, seperti (yang dikatakan berlaku) di pusat penjumlahan undi di Bentong. Tindakan ini tidak ubah seperti provokasi," katanya.
  
Ismail turut menyelar tindakan pihak tertentu yang mendakwa polis terlibat membawa pengundi hantu semasa PRU13 dan menegaskan tuduhan itu tidak berasas serta bertujuan memburukkan imej polis.
  
"Tuduhan ini amat tidak munasabah, mereka tunjuk gambar di laman sosial, gambar trak polis sahaja... kemudian tuduh polis bawa pengundi hantu, tuduhan ini tidak berasas sama sekali," katanya.
  
Beliau mengulas gambar sekumpulan individu memakai baju-T hitam, dipercayai pelajar Malaysia di luar negara memegang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik yang tersebar luas di laman sosial.
  
"Kita pantau tindakan mereka... kita akan siasat tindakan mereka itu," katanya.
  
- Bernama

Tiada ulasan: