Anak Sungai Derhaka |
- LIVE dari Stadium Kelana Jaya : Suara Rakyat Suara Keramat rally
- DAP juga mahu Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar..
- PAS mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal Menteri Besar Selangor..
- Ustaz Azizan Abdul Razak tenat..
LIVE dari Stadium Kelana Jaya : Suara Rakyat Suara Keramat rally Posted: 08 May 2013 08:16 AM PDT Memang sukar untuk dipercayai.. dalam apa jua program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sambutan yang diterima sememangnya amat hebat sekali.. contohnya Pidato "Suara Rakyat Suara Keramat" ini, biarpun hujan namun tiada yang berganjak.. Tetapi kita tetap gagal menguasai Putrajaya... Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu. Perhimpunan di Kelana Jaya ini dijangka menarik kehadiran yang besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil. Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?". Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang. Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan. Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas. Tengoklah salah satu dari video di bawah ni. Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin. "Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat. "Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya. Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat. |
DAP juga mahu Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.. Posted: 08 May 2013 02:00 AM PDT Jika sebelum ini telah dilaporkan.. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. "Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan," katanya … sepenuhnya sila baca di ( SINI ) DAP juga menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam piliharaya umum baru-baru ini dengan memenangi majoriti dua pertiga dengan 44 daripada 56 kerusi Dun Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada tahun 2008. Tambahnya, walaupun DAP memenangi 15 kerusi di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 kerusi PKR, Khalid patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor. "Ini telah membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya lagi, DAP Selangor juga menyokong penuh Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Ini Kenyataan Medianya... DAP menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua. Nampaknya ada yang dah gigit jari di Selangor tu.. ha.. ha.. ha.. |
PAS mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal Menteri Besar Selangor.. Posted: 08 May 2013 12:42 AM PDT PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. "Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan," katanya . Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan. Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah ~ Sinar Harian Dengan itu.. maka kecewalah puak-puak UG yang telah merancang dalam satu pertemuan di SINI |
Ustaz Azizan Abdul Razak tenat.. Posted: 07 May 2013 08:54 PM PDT Entah siapa yang punya kerja menyebarkan khabar kononnya Ustaz Azizan Razak telah meninggal dunia pagi ini.. hingga menyebabkan aku sibuk seperti operator talipon pulak pagi ini.. Sejam yang lalu menurut Medical Asistant yang menjaga beliau, Ustaz Azizan masih berada dalam keadaan kritikal di Unit Penjagaan Koronari (CCU)di Hospital Pulau Pinang oleh itu khabar angin yang mengatakan beliau telah meninggal dunia adalah tidak benar... Ini laporan dari BERNAMA yang disiarkan oleh Sinar Harian.. ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Setiausaha Akhbar kepada Azizan, Mohamad Helmi Khalid dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata sejak 5.30 pagi tadi, keadaan Azizan agak tenat dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut.Buat yang menyebarkan khabar angin tu.. hentikanlah buat kerja yang tak ada faedah tu.. Bersamalah kita mendoakan agar kesihatan beliau kembali pulih seperti sediakala hendakNYA... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan