Rabu, 8 Mei 2013

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Isu Husam : Stand gua.

Posted: 08 May 2013 05:12 AM PDT

[1]
Walau macam poyo dan koya, gua mulakan N3 ni dengan; gua tolak permintan kawan2 untuk lead Kelantan Reform (reform keseluruhan bukan Husam semata).

Sebab macam tak kena. Anak Kelantan sendirilah yang kena duduk depan. Kalau tiada, takan gua plak nak memandai2.

[2]
Terlalu ramai bertanya stand gua tentang ini. Cuma gua kalut di Seremban. Dan alhamdulillah, gua dah ada di KB.

Pertama, gua tak kisah sama ada Husam atau tidak. Gua dan isteri tetap hidup begini. Still tumpang rumah mak mertua.

Kedua, dari segi perjuangan Royalti, maybe terjejas sedikit sebab Husam AHLI dalam isu teknikal seperti ini.

Ketiga, gua catatkan di sini untuk bacaan anak cucu Kelantan, peralihan kuasa selepas era TGNA dibuat macam budak2 takut hantu.

1. MB angkat sumpah dalam keadaan macam tergesa2. Sultan duduk atas sofa 3 muatan. Sebelah TMK duduk sofa 1 muatan. Depan sofa ada meja kopi. Selepas meja kopi baru berdiri MB angkat sumpah. Gambar tu tiada dlm HP gua. Gua taip N3 ni guna HP. Siapa ada, tolong bagi link.

2. Amalan biasa MB angkat sumpah. Exco dipilih selepas mesyuarat bersama2. Hampir seminggu selepas MB. Tapi, MB baru dan exco dibuat serentak. Tergesa2.

3. Jika UMNO menyebarkan fitnah air liur, maka ulama PAS pun serupa. Contoh :

UMNO kata Anwar zina atau liwat. Saksi tiada. Video meragukan ada.

Ulama PAS sebar air liur Sultan potong nama Husam. Bukti tiada. Audit kertas yang ditolak sultan pun tiada. Perkara sebesar peralihan kuasa dilakukan tanpa audit. Secara budak sekolah pilih ketua kelas.

Ahli PAS suruh gua tanya sendiri sultan. Terkesima gua. Tukang fitnah tak perlu kemuka bukti. Yang mendengar fitnah kena cari bukti sendiri. Nak lawan tak boleh. Diorang ulama. Masuk neraka.

4. Husam pemalas hadir mesyuarat. Kalau dia tak hadir selepas dipanggil, memang padan muka Husam.

Tapi mana audit surat panggilan mesyuarat? Tiada. Gua catat sejarah ini untuk bacaan anak Kelantan masa hadapan.

5. Gambar exco angkat sumpah ada. Gambar majlis selepas diterima sultan akan senarai yang diserahkan memang lah ada. Tak siapa pertikai benda tu.

Tapi pemilihan exco yang pelik dan paling hina dalam sejarah Kelantan. Dilakukan secara budak2. Dan tanpa audit.

6. Memang banyak hikmah Husam tidak lagi exco. Tapi hikmah kerja Allah. Kerja manusia yang diarahkan Allah ialah jangan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

7. Surat perletakan jawatan pemandu Husam oleh SUK bertarikh sebulan lepas. Ianya notis sebulan. Wujudkah perancangan awal?

8. Sultan hanya mempunyai kuasa memilih MB. Sejak bila sultan mempunyai kuasa memilih exco? Dan sejak bila ulama PAS meletakkan Sultan lebih dari hujah agama Islam? Lama dah keyy..

Bersambung....

Tiada ulasan: