Selasa, 14 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


YG AKAN GULUNG TIKAR SYARIKAT MELAYU ATAO CHINA YA...

Posted: 14 May 2013 07:30 AM PDT

Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

NONESambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina.

Nadzim bagaimanapun berkata boikot itu buat masa ini ditujukan kepada lima syarikat sahaja kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan seharian jika dilakukan secara besar-besaran.

"Kalau kita boikot semua mungkin kita pun tak dapat meneruskan kehidupan," katanya.

Rezeki ditentukan Tuhan
Ditanya tentang kemungkinan kempen itu menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang bekerja dengan perniagaan terbabit, Nadzim menegaskan rezeki ditentukan Tuhan dan orang Melayu perlu "membuang keraguan mereka pada Allah".

"Kalau dua tiga syarikat (sahaja diboikot), tak ada masalah.

"Rezeki Allah nak bagi. Kita mahu orang Melayu jangan bertanya (perkara ini) lagi, kita buangkan keraguan kita pada Allah," ulasnya.

Beliau turut menyeru orang Melayu agar terus memperkukuh kedudukan ekonomi mereka agar terus dihormati oleh orang-orang Cina.

"Ini undang-undang alam, kalau kita lemah, kita miskin orang tak hormat kita.

"Kalau orang Cina tak hormat kita kerana kita lemah, itu satu kebiasaan," katanya.

Antara ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia.

Malaysiakini sedang menghubungi syarikat yang dimaksudkan NGO berkenaan untuk maklum balas.

Khalid Abu Bakar dilantik IGP

Posted: 14 May 2013 05:41 AM PDT

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa Jumaat (17 Mei) menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang bersara selepas tamat kontrak Khamis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa pada hari yang sama.

"Selaras dengan peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuatkuasa 17 Mei," katanya.

Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Dis 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan tidak berapa lama pada tahun yang sama dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum setahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 dilantik sebagai Ketua Polis Selangor.

Tiga tahun kemudian, pada 13 Okt 2010 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dan tidak sampai setahun, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Mohd Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah dan memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 Nov 1975 sebagai Inspektor percubaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Mohd Bakri pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sabah pada 2003 dan dalam tempoh dua tahun beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah pada 2005.

Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan dalam setahun beliau dilantik sebagai Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman. Pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

- Bernama

ADA SOTO MANGKOK PERPADUAN..RASALAH

Posted: 14 May 2013 02:40 AM PDT

Hadi dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, cadangan itu hanya ditimbulkan oleh golongan yang terdesak – dipercayai merujuk kepada pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum 5 Mei.

"Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, dia pergi dekat, dia (tarik) kita tenggelam sekali," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Nasharuddin yang berucap dalam satu forum pada hari Ahad lalu mencadangkan demikian sebagai permulaan kepada "penyatuan semula nasional" yang dibangkitkan oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
Najib menganjurkan perkara itu untuk mengatasi sikap pengundi, yang disebutnya sebagai "trend polarisasi" serta "tsunami Cina", dalam pilihan raya tersebut.

Nasharuddin dalam forum bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' itu mencadangkan demikian kerana mahu proses penyatuan itu dimulakan di kalangan orang Melayu.

Gesaaan itu turut ditolak oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan yang melihat bahawa perkara itu akan "menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti."
Nasruddin dalam satu laporan Sinar Harian Online berkata ia juga tidak akan berlaku memandangkan kerajaan BN menurutnya masih menindas rakyat.
Katanya, ia boleh dilihat dalam isu pemberian royalti minyak serta pembangunan di kawasan serta negeri yang dikuasai Pakatan.
"Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

"... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Tiada ulasan: