. |
- 13 Kerusi PAS di Kelantan Merosot
- Ketua Polis Bakri Zinin Paling Layak
- Jangan Keliru Lagi Dengan Kes Husam
- Najib Perlu Bawa Masuk Razaleigh Dalam Kabinet
13 Kerusi PAS di Kelantan Merosot Posted: 13 May 2013 11:01 PM PDT ANALISA P RAYA Walaupun PAS Kelantan masih boleh berbangga kerana masih mampu mempertahankan kerajaan untuk penggal ke enam berturut-turut, tetapi hakikat parti itu mengalami kemerosotan pada pilihan raya lalu tidak boleh di kesampingkan. Hattta kemerosotan itu tidak seteruk tahun 2004 sehingga PAS hanya berkuasa dengan kelebihan undi dua kerusi, tetapi kemerosotan kali ini juga sesuatu yang membahayakan PAS sekiranya ia tidak dijagai dan diawasi dari sekarang. Sekaligus kemerosotan ini seakan membuktikan dakwaan Umno Kelantan untuk menawan negeri itu ada kebenarannya. Faktor Tokguru peribadi Nik Aziz tidak boleh dianggap remeh. Walaupun kekuatan PAS kepada dasar dan prinsip parti; Islam tetapi peranan sosok individu tidak boleh dinafikan. Di samping mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjadi dasar dan pegangan parti, PAS Kelantan perlu membina personaliti di kalangan para pemimpinnya. Intergriti seorang pemimpin adalah mustahak. PAS Kelantan harus mengadakan seorang personaliti yang boleh menjadi galang ganti kepada Tokguru dalam tempoh beberapa tahun ini. Penggantian itu bukan saja setakat pandangan zahir, berserban, berkopiah tetapi pembawaan dan penampilan serta yang istiqamah dengan syariah Islam. Hari ini Ahmad Yaacob sebagai Menteri Besar. Maka eloklah beliau dinobatkan sebagai pengganti atau menjadi Tokguru. Panggilan atau gelaran Ustaz hendaklah dilebatkan. Menjadi personaliti yang mengambil alih tempat Tokguru. Ahmad Yaacob hari ini diibarat permata yang baru diikat, maka wajarlah kalau ramai-ramai berpakat menggosok batu ini agar bersinar kalau pun tidak sampai keluar jin hikmat. Sudah menjadi lumrah batu selagi ia tidak diikat, ia tidak akan menyerlah sinar dan 'gawe'nya tidak akan tersembur keluar memanah biji mata. Tetapi sesudah diikat dan disarungkan dijari manis maka ia akan gah dan mulailah menampakkan akan nur dan kemilaunya yang selama ini tersusuk akan muncul. Berbalik kepada pencapaian PAS, meneliti kepada keputusan pilihan raya lalu terdapat 13 kerusi Negeri yang PAS mengalami kesusutan undi 109 - 831 undi dan empat kerusi membawa kepada kekalahan. Kerusi yang kalah ialah; Air Lanas (748), Selising (676), Dabong (323) dan Gual Ipoh (259). Kerusi-kerusi yang mengalami kesusutan undi majoriti ialah 1. Kelaburan (109), 2. Tendong (679), 3. Chetok (685), 4. Gual Periok (118), 5. Tawang (166), 6. Jelawat (920), 7. Bukit Panau (443), 8. Kemahang (496), 9. Limbongan (591), 10. Gaal (21), 11. Pulai Chondong (616), 12. Temangan (154), 13. Mengkebang (831). Empat kerusi yang antara faktornya kerana kedegilan PAS untuk tidak menukar calon berkenaan kepada muka baru. Abdullah Yaacob (Air Lanas), Saipul Bahrin (Selising), Wan Yusuf Wan Mustafa (Gual Ipoh) adalah muka lama yang sudah dicadangkan agar ditukar kepada muka baru. Jelas pertukaran kepada muka baru membawa kemenangan besar atau berlaku peningkatan undi, misalnya di Perupok, Melor, Limbongan dan Kemuning. Penampilan muka baru kawasan itu bukan saja dapat mempertahankan kerusi berkenaan tetapi menambah majoriti. Di Melor, Dr Mohd Yusnan Yusuf meraih 10,590 menambah sebanyak 873. Di Kemuning Mohd Rosli Ismail meraih 10,049 menambah sebanyak 118. Manakala di Perupok Mohd Huzaimy Hussein meraih 12,370 menambah sebanyak 218 undi. Begitu juga di Demit, Muntaz Mat Nawi mendapat 15,302 menambah sebanyak 3,782. Dan di Pasir Tumbuh Abdul Rahman Yunus meraih undi sebanyak 9,972 menambah sebanyak 1,098. Manakala muka lama yang masih dikekalkan tetapi mengalami penurunan undi ketara seperti di Gual Periok, Ahmad Awang susut sebanyak 118 undi. Kawasan yang mengalami kesusutan paling banyak ialah Mengkebang sebanyak 831 undi. Kemerosotan undi di Mengkebang agak anih sedikit mungkin faktor kerana kelemahan dan ketidakmampuan calon Abdul Latif Abdul Rahman sebagai ketua pemuda yang gagal menunjukkan prestasi sebagai wakil rakyat dan terlalu kuat berpuak-puakan. Begitu juga sedikit agak menghairankan kawasan yang diwakili Exco juga mengalami kesusutan di mana jika hendak dikira kemudahan dan fasalitis yang mereka milik tidak seharusnya berlaku demikian. Kawasan Kemahang yang diwakili Md Anizam Abdul Rahman (Exco) susut sebanyak 496 undi, manakala kawasan Temangan diwakil Dr Mohd Fadzli Hassan (Exco) susut sebanyak 142 undi. Kita boleh faham kenapa Anizam mengalami kesusutan majoriti sebab dia orang lama tetapi bagaimana pula dengan Dr Mohd Fadzli? Seorang lagi Exco Abdul Fatah Mahmod di Bukit Panau juga mengalami kesusutan sebanyak 443 undi. Kesusutan undi PAS hampir semua melibatkan kawasan luar bandar. Manakala kawasan bandar atau urban semuanya meningkat antara 5 hingga 10 %. Hasil ini menunjukkan pola pengundi di luar bandar masih lagi terikat dengan terma-terma politik tradisi dan masih belum berganjak sepenuhnya. Menyedari hakikat ini barang kali wajar kalau PAS membuat persediaan awal untuk mengganti calon-calon yang semakin menghujung dan gagal mempertahankan majoriti masing-masing. Barisan pelapis baru perlu disediakan untuk mengambil alih. Dan pemimpin lama juga hendaklah insaf dan jangan berdegil atau mahu menjadi calon sampai menongkat langit dan kesemua 32 gigi atas dan bawah luruh. Menyimpulkan dari segi prestasi dan lonjakan ternyata UBN berjaya berbanding dengan PAS. Sekiranya diandaikan 13 kerusi yang mengalami kemerosotan itu dimenangi UBN dan dicampur dengan 12 kerusi yang diperolehi 5 Mei lalu ini bermakna UBN sudah pun menguasai Kelantan dengan mendapat 25 kerusi. Mustapa Mohamed sebagai komander UBN boleh berbangga dengan pencapaian itu walau pretasi melonjak UBN itu mengagalkan dia mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan. Elok juga kalau UBN membuat kajian kenapa galah mereka tidak kesampaian untuk menjolok bulan 5 Mei lepas, apakah kerana salah ibu mengandung ataupun salah tektik dan strategi. Kenapa PAS sekali lagi diingatkan perlu membuang titik begini dan menumpukan kepada pembangunan negeri secara sepakat. Laksanakan apa-apa yang menjadi keinginan rakyat terutamanya perumahan, kemudahan asas dan perbanyakan aktiviti berkebajikan untuk segenap lapisan masyarakat. [wm.kl. 12:47 pm 14/[05/13] | ||
Ketua Polis Bakri Zinin Paling Layak Posted: 13 May 2013 09:54 PM PDT PANDANGAN Seberakhirnya pilihan raya umum ke-13 khidmat Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara (KPN) juga akan berakhir. Beliau akan bersara wajib Jumaat ini. Ekoran itu siapa pengganti beliau sudah menjadi sebutan dan spekulasi.
Kalau mengikut tradisi timbalannya Khalid Abu Bakar akan automatik diangkat menjadi penggantinya. Namun itu bukan kemestian, perlantikan KPN perlu mendapat restu dan perkenan Yang diPertua Agong. Selain Khalid antara yang layak dan boleh dipertimbangkan ialah Mohd Bakri Zinin yang kini memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohamad Fuzi Harun yang merupakan pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman. Selalunya ketiga-ketiga penjawat inilah yang dipertimbangkan untuk mengisi jawatan teratas PDRM. Memandangkan keadaan negera kini dalam pascra pilihan raya di mana suasananya belum tenang dan aman serta sangat memerlukan seorang pendamai, sudah tentu pasukan polis perlu diketuhui oleh seorang individu yang bukan saja berpengalaman untuk menjadi ketua, tetapi tidak dianggap mencampuri urusan politik. Seorang anggota yang adil dan saksama sangat diperlukan. Seorang pegawai berwibawa dan dihormati ramai adalah tepat dan sesuai untuk dilantik menjadi KPN. Dalam hal ini Khalid Abu Bakar walaupun dalam menjalankan tugas dan bidang kuasa yang ada kepadanya, beliau berhak melakukan sesuatu, tetapi ada kalanya dia bercakap melebihi dari keperluan sepatutnya. Nadanya persis nada ketua MT Umno. Dia ada kalanya terlajak jauh dalam membela parti pemerintah. Cakap-cakapnya mirit berpihak kepada sesebelah pihak yang menimbulkan kejengkilan pihak lain. Misalnya dalam kes lembu gemuk (NFC) melibatkan laki Sharizat Jalil belum apa-apa lagi Khalid telah membuat kenyataan mendahului siasatan dengan menyatakan tiada penipuan dalam kes tersebut. Kenyataan begitu boleh mempengaruhi persepsi umum dan menganggu penyiasatan. Kenyataan itu dianggap cuba membayangi keadaan kerana ia masih belum disiasat. Tindakan beliau itu tidak disenangi dan nampak sangat cuba membela sesuatu pihak yang disukainya. Seorang anggota polis yang diharap menjadi pengaman yang bijak tidak sewajarnya bersikap bias. Berbeza dengan Mohd Bakri Zinin bertindak lebih profesional dan tidak menunjukkan kecenderongan memihak kepada mana-mana. Langkahnya menubuh Operasi Cantas, untuk membenteras dan mencantas apa-apa maklumat palsu dan provokasi di dalam media baru semasa pilihan raya baru-baru ini menunjukkan kewibawaan dan sikap tidak memilih bulu oleh beliau. Idea beliau itu juga dinamik dan selangkah ke depan untuk keamanan negara. Keperluan untuk Bakri dilantik menjadi Ketua Polis Negara juga memandangkan kepentingan keselamatan di Sabah ekoran serangan penceroboh Sulu di Lahad Datu. Kebetulan Bakri anak Sabah jadi beliau lebih arif memahami situasi di Sabah dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Rasanya juga sudah sampai anak Sabah diberi kepercayaan untuk memimpin PDRM apa lagi zaman sekarang ini zaman tranformasi dan peralihan stail kepimpinan. [wm.kl.12:46 pm 14/05/13] | ||
Jangan Keliru Lagi Dengan Kes Husam Posted: 13 May 2013 07:18 PM PDT RENUNG KE DALAM Bukan senang untuk mengubati hati orang nan terluka. Luka pula selagi belum ada penawar mujarab selagi itulah yang membawa kepedihan dan kengiluan. Denyutan kepedihan akan menjadi seseorang terus sakit. Kesakitan pula akan menganggu emosi seseorang. Gangguan ini kadang kalanya dahsyat, lebih teruk dari gangguna polong atau hantu. Begitulah apa dialami oleh sesetengah orang terhadap apa yang berlaku di Kelantan ekoran keputusan Tokguru Nik Aziz Nik Mat untuk tidak lagi menjadi MB dan selepas ini tidak lagi akan berada dalam kepimpinan parti. Sejak lama dulu saya telah menulis, kita semua harus bersedia berhadapan dengan takdir ketiadaan Tokguru. Masih ramai nampaknya yang tidak dapat menerima takdir dan hakikat politik yang berlaku di Kelantan. Ketiadaan Husam Musa dalam barisan Exco Kelantan masih ramai yang keliru dan cuba membuat soekulasi. Walaupun sudah ada penjelasan tetapi ia belum tuntas. Semua itu kerana kegilaan kepada Husam. Kerana mata kasar kita mengukur Husam layak dan sepatutnya berada sama dalam barisan Exco Kelantan. Ahmad al Fateh yang digelar kepada Husam untuk Putrajaya terbawa-bawa ke Kota Bharu. Sebenarnya tidak siapa yang tidak suka kepada Husam di kalangan kepimpinan Kelantan. Bahkan Menteri Besar, Ahmad Yaacob memahami betapa Husam diperlukan untuk sama-sama membangun Kelantan seperti apa dilakukan. Beliau telah pun berusaha sehabis mungkin untuk membawa Husam duduk bersama dalam kerajaan. Namun seperti dijelaskan ada halangan yang menimpa. Ada suasana yang tidak kondusif menyebabkan Husam tidak dapat bersama. Penjelasan Ahmad Yaacob seharusnya diterima dengan baik. Manakala wakil pemuda yang melihat bukti penolakan Husam untuk dibarisai dalam anggota Exco sepatutnya menjelaskan keadaan sebenar kepada segelintir mereka yang keliru. Rasanya di Kelantan semua orang sudah faham dengan apa yang berlaku. Tetapi bagi sesetengah anak-anak muda yang bangkit bersama Husam yang menjadikan Husam sebagai idola dan ikon perjuangan mereka tidak faham. Tidak salahkan mereka kerana makluman dalaman tidak sampai ke pengetahuan mereka. Manakala penjelasan pula dianggap sebagai helah semata-mata. Masih ada yang beranggapan Husam dianiaya atau pun berlaku kejadian cah kenting sesama sendiri. Malam tadi saya bersama sekumpulan anak muda Kelantan yang tinggal di KL yang terkilan atas apa yang berlaku. Mereka merupakan para idola Husam Musa. Merka tidak jelas apa yang berlaku sehingga mereka beranggapan dan menerima apa yang dikucarkan. Nasib baik mereka berdepan dengan saya, saya dapat jelaskan duduk perkara sebenarnya. Selepas dijelaskan alhamdulilah mereka dapat menerima apa yang berlaku. Biasalah bila berlaku pengagungan kepada seseorang akan ada penghinaan kepada yang lain. Dalam kes Kelantan, isu Husam ini suka saya jelaskan bahawa tohmohan mengatakan Mohd Amar Nik Abdullah terlibat ianya tidak benar sama sekali. Walaupun Mohd Amar berkehendakkan jawatan itu tetapi bukan dia orangnya menggunakan tektik dan cara jahat. Saya sendiri juga asalnya keliruan mengenai hak ini dan selepas mendapat penjelasan dan makluman dalam (Tokguru) baru saya memahami. Saya ingin menyatakan pendirian saya, di dalam bak memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya memang Mohd Amar berperanan bersama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Zulkefli Mamat dan Pengarah JPN Kelantan Wan Nik Wan Yusuf. Penglibatan mereka pun atas kapasiti dan kedudukan mereka masing-masing. Saya tidak memikirkan penyusunan untuk persiapan pembentukan barisan Exco, tetapi apa yang saya fikirkan persiapan untuk memastikan kemenangan. Di dalam PAS tidak ada hal-hal seperti itu. Saya sendiri mencadangkan 23 calon perlu ditukar. Kalau tidak boleh, cukup setakat 17 orang. Akhirnya pertukaran calon dibuat ke atas 16 orang kurang satu dari jumlah yang saya cadangkan. Saya sendiri tidak senang dengan cara mereka memilik calon dan sikap dolak dalih mereka bila berhadapan dengan broker calon. Bukan orang yang dipilih tetapi cara mereka melayan desakan dan cadangan. Mereka tidak berterus terang dan melindungi keputusan yang mereka telah buat. Itu sahaja. Mereka mengambil kesempatan atas sikap Husam memberi kelonggaran begitu sekali, atau tidak peduli dalam soal menentukan calon. Di sini Husam juga bersalah kerana tidak menekan secara serius mengenai hal calon. Tetapi mengenai line up untuk barisan kabinet Kelantan Mohd Amar tidak terlibat. Dia sendiri menerima apa yang sudah disediakan awal khasnya perlantikan Ahmad Yaacob sebagai pengganti Tokguru. Kenapa saya kata ia tidak terlibat kerana penyusunan ini bukan berakhir di peringkat parti saja. Ia melibatkan perestuan dan persetujuan Tuanku Sultan Kelantan. Saya yakin dan percaya kalau line-up itu setakat parti yang menentukan, Husam bukan saja terbuang, tetapi Husam hari ini adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan kerana dari segi hirearki Husam adalah nombor tiga selepas Ahmas Yaacob. Saya suka menyebut sedikit sejarah lama mengenai Husam apa yang berlaku tahun 1999, sewaktu pertama kali Husam turun bertanding di kerusi DUN Kijang. Sejarah ini jarang diketahui oleh orang ramai dan orang dalaman dan rakan-rakannya terdekat saja yang tahu. Tetapi saya hendak sebutkan juga untuk dijadikan iktibar dan sejarah perbandingan. Jangan salah anggap ini adalah sejarah yang ada dalam hati saya. Tahun 1999 nama Husam telah dicadangkan untuk menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan. Walaupun saya 'menjanjikan' Exco kepadanya, tetapi namanya dipersetujuan untuk menjadi TMB. Husam dikira sudah mendapat durian runtuh ketika itu. Seolah dia mengharap kancil gajah yang dapat. Dia bernasib baik. Saya sendiri yang menindakkan diri saya sebagai pengurus peribadinya bukan main apabila Badan Harian PAS bersetuju dengan cadangan itu. Nama Husam diangkat ke Sultan untuk direstu dan disahkan. Malangnya apabila menjelang beberapa jam untuk majlis angkat sumpah nama Husam digugurkan dari dari jawatan TMB di turunkan menjadi Exco. Keadaan waktu itu belum separah hari ini kerana Husam masih berada dalam Exco dan porfolio yang diberikan kepadanya pula adalah porfolio gagah-gagah belaka. Husam boleh menerima perubahan disaat-saat akhir itu. Dengan kedudukan itu Husam membuktikan dia dapat bekerja dan membawa perubahan ekonomi di Kelantan dengan porfoilio berkenaan. Apa yang hendak saya sebut di sini, Husam sudah berdepan dengan masalah sejak awal-awal lagi lagi. Berbalik kepada mauduk catatan ini, tiada sesiapa yang menghalang Husam atau menggugurkan nama Husam. Ia berlaku secara 'semulajadi'. Husam sendiri memahami kedudukannya ini dan hakikat ini. Cuma apa yang mungkin sedikit tidak kena dari segi teknikal di mana Husam tiada dalam mesyuarat membincangkan line-up Exco Kelantan pada pagi 6 Mei itu. Itu sahaja. Pada malam beliau berceramah di perkarangan stadium Sultan Muhamad Ke IV dan masa minum, saya telah berpesan kepada Husam, agar dia jangan ke mana dan mesti berada di Kota Bharu sehingga kerajaan ditubuh. Malangnya pada petang hari mengundi beliau telah 'unggal' ke Putrajaya untuk menemui penyokongnya sambil menanti keputusan pilihan raya. Ertinya Husam telah meninggalkan tapak strategi dan mungkin inilah (gurau) menyebabkan orang mudah untuk merampas haknya. Adapun nama Ahmad Yaacob awal-awal lagi telah ditetapkan oleh Tokguru Nik Aziz. Tiga hari sebelum mengundi Tokguru sudah memberi watikah perlantikan Ahmad Yaacob sebagai MB. Perlantikan itu juga dimaklumkan oleh Nik Aziz kepada presiden parti Abdul Hadi Awang. Perlantikan Ahmad Yaacob mengikut prosuder dan mengikut kenanan (senioriti) dalam kedudukan parti dan kerajaan. Dan saya percaya Husam sendiri tidak mempertikikan perlantikan Ahmad Yaacon sebab beliau memahami selok kepimpinan. Dengan penjelasan ini diharap kekeliruan dalam memahami senario politik Kelantan terutamanya berhubung pembentukan Exco dan ketiadaan Husam menjadi jelas dan tidak perlu dibangkitkan lagi. Semua pihak perlu memberi sokongan kepada barisan kerajaan yang dibentuk demi kelangusngan PAS. Manakala kedudukan dan peranan Husam pula perlu diberi setaraf dengannya. Saya yakin Husam akan tetap teguh dengan apa yang dinanjikan dia akan berjuang dalam PAS sehingga ke akhir hayatnya. Sebagai Ahmad Al Fateh yang mempunyai darjah kezuhudan yang tinggi Husam akan akur dan patuh (wala') kepada perjuangan dan pemimpin selagi ianya benar. Masa dan liku-liku perjuangan masih jauh dan masih panjang. Tidak semua yang berada dalam Exco sihat dan berkeupayaan hingga ke hujungnya. Menjadi lumrah dalam medan perang ada ketika panglima gugur dan syahid tanpa di duga. Perjuangan pula wajib diteruskan. Mana tahu di kala berhadapan musibah inilah panglima yang 'dibersarakan' seketika akan di panggil pulang ke medan juang untuk meneruskan perjuangan. Semoga nama dan jasa Husam tidak akan hilang dari ingatan rakyat dan kondisi ini harus dijagai sebaik mungkin oleh Husam. [wm.kl.10:17 am 14/05/13] | ||
Najib Perlu Bawa Masuk Razaleigh Dalam Kabinet Posted: 13 May 2013 05:05 AM PDT RENUNGAN SENJA Tampaknya bukan mudah untuk Najib Razak menyusun kabinet kali ini. Kabinet bakal disusun nanti adalah kabinet pertama Najib. Selepas beliau gagal mendapat mandat rakyat untuk menguasai 2/3 di parlimen, orang akan lihat pula rupa bentuk kabinet Najib. Barisan kabinet akan menentukan sejauh mana kemampuan kerajaan UBN dibawah Najib lima tahun mendatang. Kabinet juga akan menjadi penunjuk aras kepada kehebatan dan kebijaksanaan Najib.
Beberapa menteri digurukan katanya atas kehendak Rosmah Mansor. Antaranya Azlinan Othman Said, Mohd Zain Abdullah dan beberapa yang lain. Manakala pegawai-pegawai politik lantikan Pak Lah juga disingkir dan tidak 'ditebu guna'. Najib salin dengan muka baru yang muda dan jelasnya yang diharap menjadi tongkat serandangnya. Kebanyakannya yang muda dilantik sebagai timbalan menteri dan dilantik politik menjadi pegawainya di Putrajaya. Tetapi bagaimana dengan susunan kabinet kali ini? Dengan ada 'desakan' atau ugutan dari Cina MCA dan Gerakan untuk tidak berada dalam kabinet dan menolak semula perlantikan kerajaan ia memberi satu cabaran kepada Najib. Penolakan itu adalah satu protes kepada Najib. Penolakan atau keengganan orang Cina memberi satu masalah kepada Najib selaku presiden Umno yang belum pernah terjadi sebelum ini. Penolakan ini cabaran terbesar Najib di sepanjang lima tahun penggal parlimen ini. Sekiranya Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon bertegas dengan keputusannya, Najib harus menjadi jalan lain untuk memperkuatkan kabinetnya. Apa yang Najib perlu lakukan ialah kabinet yang bakal dibentuk kelak biarlah melambangkan semangat 1 Malaysia yang dilaung-laungkan. Kabinet untuk semua. Saya sudah mengemukakan cadangan paling pratikal kepada Najib tetapi ia tidak mungkin dilaksanakan kerana Najib tidak mungkin siap untuk berjiwa besar. Kalau MCA dan Gerakan tidak beri kerjasama, ini bermakna di dalam kabinet Najib tidak ada orang Cina. Ketiadaan Cina akan memberi konotasi Umno sudah membuang Cina. Persepsi begini kepada umum membahayakan Umno. Atau beliau memang akan menerima cadangan sesetengah pihak agar jangan peduli dengan orang Cina yang tidak memberi sokongan kepada UBN dalam pilihan raya lalu? Wajarkah Najib menerima cadangan begitu yang baluti emosi? Dalam situasi Malaysia ini tidak wajar kalau Najib mengikut cadangan demikian. Cadangan itu lebih untuk membunuh kerjaya politik Najib. Satu hakikat yang Najib kena terima ialah beliau perlu bentuk kabinet bersama orang Cina untuk menunujukkan Umno tidak rasis seperti ditegaskan. Tanpa Cina dalam kabinet yang memberi masalah kepada Umno untuk masa akan datang. Polirasasi kaum akan terus berkembang sekiranya tiada Cina dalam kabinet. Walaupun Cina tidak mungkin dapat berbuat sesuatu tetapi Najib kerna kurang persepsi Umno telah menendang Cina. Orang Cina tidak menyesal atau menangis kalau mereka tidak dimasukkan ke dalam kabinet, kerana mereka kaum yang boleh berdiri sendiri di mana jua mereka berada. Tetapi yang rugi dan bermasalahnya Umno, Melayu. Hendak tidak hendak Najib kena pulihkan hubungan dengan orang Cina. Kenyataan-kenyatan yang menyenakkan hati orang Cina seperti mana ditulis oleh para ultra upahan di dalam Utusan Malaysia dan para banjingan berjois hendak diredahkan. Cukuplah menyakiti orang Cian dan menyalahkan mereka kerana mereka tidak memilih untuk terus bersahabat dengan Umno. Umno sepatutnya insaf penolakan itu hanya setahun dua ini tetapi kenanglah kesetiaan dan sokongan Cina kepada mereka lebih 50 tahun lalu. Logiknya Cina tidak akan melayarkan jongnya ke laut kalau tidak ada apa-apa. Dalam rangka ini saya nampak Najib boleh menyerahkan kepada seseorang yang berfikiran sedarhana terhadap orang Cina dan mempunyai reputasi baik dengan semua bangsa khasnya Cina. Orang ini saya kira dapat memulihkan hubungan orang Cina dengan Umno serta mendamaikan suasana politik Malaysia. Beliau dimaksudkan itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku Razaleigh masih dihormati oleh masyarakat Cina dan juga pihak pembangkang kerana politik sederahana anak raja ini. Dalam usaha untuk membaikpulih hubungan Umno dengan Cina, Najib tidak boleh menggunakan Mahathir Mohamad. Kenyataan-kenyataan Mahathir sebelum ini banya menyindir orang Cina dan memedihkan hati mereka. Kenyataan dan sikap Mahathir yang berdendam dengan Cina sejak tahun 1969 lagi (kerana beliau kalah di Kota Star) menyebabkan orang Cina melarikan diri dari Umno. Iya mungkin anak-anak muda Cina tidak merasai sakit hati atas dendam Mahathir tetapi orang Cina yang tua akan menceritakan kepada anak cucu mereka mengenai tindakan rasis Matahir kepada mereka dan betapa rasisnya Mahathir. Berlainan dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Selain dari mengamalkan politik serdahana dan tidak melemparkan perasaan benci kepada sesiapa, beliau juga mempunyai jalinan perniagaan dengan taukeh-taukeh Cina baik dalam negeri maupun luar negeri. Atau pun beliau masih ada hubungan persahabatan dengan kebayakan orang Cina dan tokoh-tokoh veteran politik. Kesempatan itu boleh digunakan Tengku Razaleigh untuk menjelaskan kedudukan sebenar apa yang berlaku dan membaiki pulihkan keyakinan Cina kepada Umno khasnya. Untuk itu Najib perlu melantik Tengku Razaeigh ke dalam kabinet yang bakal disusun kelak. Kalau Najib tidak percaya kepada Tengku Razaleigh untuk beri menteri kanan kerana dibimbangi Tengku Razaleih mencabarnya, cukup Najib beri menteri yang memegang portfolio perpaduan ummah kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Pokoknya biar bekas Menteri Kewangan itu berada dalam kabinet dan beliau akan memainkan peranannya. Keperluannya untuk dijadikan penawar kepada Umno. Tengku Razaleigh seorang yang ikhlas didalam perjuangan. Hakikat ini boleh dinilai dan dianalisa sendiri oleh Najib. Sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip dan undang-undang Tengku Razaleigh tidak pernah menentang Umno atau kepimpinan Najib secara emosi dan diluar batas dibenarkan. Dia mengkritik adalah untuk kebaikan dan bukan membenci. Sayangnya keikhlasan dan kehebatan yang dimilikinya tidak pernah digunakan oleh Najib maupun di era Abdullah Badawi. Inilah satu kesilapan kepada Umno tidak tahu menilai mana intan dan mana kaca. Najib boleh mencuba cadangan ini dan tidak salah. Kalau Tengku Razaleigh tidak mampu untuk mengembalikan semula sokongan dan kepercayaan Cina kepada kerajaan UBN, beliau boleh pecat Tengku Razaleigh bila-bila masa. Lagipun Tengku Razaleigh sebagai ketua Umno Gua Musang berhak untuk mendapat kedudukan itu dan layak menjadi menteri kabinet kanan. Kemenangan besar Tengku Razaleih dalam pilihan raya lalu dengan meraih lebih 8,413 majoriti dalam keadaan beliau diserang secara 'anih' dan luar biasa, menunjukkan tokoh veteran Umno itu seorang yang tikam tidak luk pilut dan memiliki mauanah politik. Maka sewajarnya kalau beliau diberi pengikhtirafan dengan melantik beliau menjadi menteri kabinet. Untuk mengambil kira dan menilai cadagan agar Tengku Razaleigh Hamzah ini dimasukkan ke dalam kabinet Najib jangan sangat mendengar kata-kata dan nasihat Mahathir. Najib kena sedar era sekarang adalah era dia yang memerintah dan menjadi presiden Umno. Adalah sesuatu kesilapan dan kerugian besar kalau Najib terus mengabaikan Tengku Razaeigh dalam penyusunan kabinetnya nanti sedangkan Tengku Razaleigh relatif dapat membantu dengan segala pengalaman yang ada kepadanya. [wm.kl.7:47 pm 13/05/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan