Selasa, 14 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


LIVE!! Himpunan "Blackout 505" Di Kuantan..

Posted: 14 May 2013 08:34 AM PDT


Atas nasihat pihak Polis perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang asalnya dijadualkan di Kuantan malam ini terpaksa ditukar lokasi ke Dataran Rakyat berdepan dengan Markas PKR di Jalan Beserah..

Menurut setiausaha PKR Pahang Kamaruzaman Mohd Yunus, lokasi asal yang dicadangkan bagi perhimpunan 'Black 505' itu adalah di Padang Mahkota Aman di Kuantan.

Bagaimanapun, mereka terpaksa memindahkan lokasi perhimpunan tersebut, hasil rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan semalam, katanya.

Tambahnya lagi , pegawai polis dalam pertemuan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa perhimpunan berkenaan tidak mengikut peruntukan seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Polis juga menyatakan bahwa lokasi asal merupakan padang awam yang tidak mendapat kelulusan daripada pegawai daerah Kuantan, kata Kamaruzaman lagi.

SAKSIKAN!!


Ustaz Azizan lega PAS kalah di Kedah?.. Betoi ka ni?

Posted: 14 May 2013 06:10 AM PDT


Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

"Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu," kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

"Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah.

"Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa," tulis Muhammad Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah," kata Azizan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke 13.

Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

Azizan sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis dan bukannya serangan jantung.

Beliau turut dilaporkan koma pada 5.30 petang Rabu minggu lalu, namun sedar semula kira-kira jam 9 pagi, pada Khamis.

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya 2013.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS (9), DAP (2), PKR (4). Bagi Parlimen, BN memperoleh 10 daripada 15 kerusi manakala PKR (4) dan PAS (1).

PRU kali ini menyaksikan kekalahan teruk PAS dan hilang kuasa ke atas kerajaan negeri manakala Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang diharap menang di kubu kuat parti itu di Parlimen Pendang, tewas kepada calon BN Datuk Othman Abdul.

~ The Malaysian Insider

Tengok nih! Kononnya MCA tak mahu jawatan dalam Kerajaan.. tapi bila ditawar menyambar juga..

Posted: 14 May 2013 01:30 AM PDT

Kononnya untuk memberikan pengajaran dan membuatkan pengundi Cina yang tidak menyokong BN pada PRU13 yang lalu menyesal kerana tida wakil berbangsa Cina dalam Kerajaan, pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan telah bersepakat untuk tidak menerima sebarang Jawatan dalam Kerajaan..

Malangnya cubaan mereka untuk membuatkan masyarakat Cina menyesal kerana tidak mengundi BN tidak menjadi sebagaimana yang mereka harapkan..

Ini kerana Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong dilaporkan akan mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor..
JOHOR BARU: Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong merupakan salah satu daripada sembilan Exco Kerajaan Negeri yang mengangkat sumpah di sini pada Selasa.

Sebelum ini, MCA telah memutuskan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya parti itu tidak mencatatkan peningkatan daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya 2008 dalam pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

Parti itu hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen sahaja berbanding 15 sebelum ini. Difahamkan pelantikan seorang wakil MCA dalam senarai Kabinet itu dibuat atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu wakil Cina dalam Kabinet Johor.

Tee akan mengetuai portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan ~ mStar

Nak salahkan dia sepenuhnya pun tak boleh juga.. sebab dia bertanding untuk berkuasa.. jadi bila dah diberikan kuasa takkan dia nak biarkan saja... sama sajalah dengan kebanyakkan ahli politik yang ada dalam negara ini...

Gesaan Kurang Cerdik dari NGO Melayu Kurang Cerdik..

Posted: 14 May 2013 12:08 AM PDT


Cadangan kurang bijak dari sekumpulan makhluk yang kurang bijak.. Apakah mereka tidak menyedari bangsa mana yang menguasai ekonomi negara ini selain dari segelintir kroni pemimpin UMNO?

Kononnya kerana didakwa membiayai Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu, maka beberapa NGO Melayu tampil menggesa agar orang-orang Melayu kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina.

Lebih baik rasanya ditambah lagi gesaan itu dengan menggesa semua orang Melayu terutamanya Ahli UMNO agar berhenti kerja dari syarikat yang dikuasai oleh pengusaha Cina..

Jangan beli dan tinggal rumah-rumah yang pemajunya terdiri dari orang-orang Cina dan juga jangan tinggal dinegeri yang Ketua Menterinya adalah Cina..

Dari satu sudut yang lain pula.. gesaan dari sekumpulan manusia bengong ini jika berjaya.. (boleh berjaya ke?) bakal merubah peratus sokongan pengundi Cina kepada BN (Bangla Nation) dari 30 hingga 40% kepada kosong...

NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina

Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

Sambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina ~ Malaysiakini

Buat malu Bangsa Melayu saja puak-puak nih.. kenapa guna nama NGO Melayu tapi tak guna nama NGO mesra UMNO?.. malu ke nak mengaku sokong UMNO?

Tan Sri Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor

Posted: 13 May 2013 08:28 PM PDT



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di Istana Alam Shah, di sini.

Abdul Khalid mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.05 pagi.

Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin. Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor.

Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2994 undi~ mStar

Tiada ulasan: