BRIGED MP SEGAMBUT |
- MCA, Gerakan yg BERSALAH?
- NASIB PEJUANG SELALU TAK BAIK..BETULKAN...BACALAH
- MENTAL ORANG GILA LEBIH BAIK BETULKAH?
Posted: 11 May 2013 08:00 AM PDT MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah dalam erti kata belum apa-apa lagi sudah menyatakan mereka tidak akan menyertai Kabinet, kata pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata itu bukan satu pendirian yang baik, oleh kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentuk kerajaan Persekutuan yang baru, begitu juga kerajaan-kerajaan negeri. "Seharusnya muafakat dilaksanakan tetapi mereka awal-awal lagi telah tolak. Ini satu fiil yang sangat-sangat dicurigai. Secara terus terang kita perlu menyatakan bahawa MCA dan Gerakan sebenarnya telah mencetuskan suasana sebahagian daripada kekalahan BN. "Percakaran dalaman dan tiadanya persefahaman ataupun pendirian kolektif sehingga beberapa kawasan telah hilang (kalah) ke tangan musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena kemenangan BN Jelebu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas di Dewan Majlis Daerah Jelebu, malam tadi. MCA mengumumkan pendirian parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi teruk pada PRU13 apabila hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Gerakan pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Simpang Renggam, daripada 11 kerusi yang ditandinginya, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis di Johor dan Tanjong Papat serta Elopura di Sabah, daripada 31 kerusi yang ditandinginya. Rais yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, berkata "Jadi dalam konteks itulah, kita berpendapat MCA tidak seharusnya membuat pendirian seperti itu melainkan berunding dahulu dengan Perdana Menteri dan mencari jalan keluar, bagaimana struktur dan tindakan lanjutan boleh dilaksanakan oleh mereka". Beliau berharap Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menimbangkan untuk menyertai Kabinet kerana keengganan berbuat demikian akan membawa kepada keadaan negara mungkin mempunyai masa depan yang tidak harmoni dan "tempang" dalam struktur kemasyarakatan pelbagai kaum. "Sama ada menerusi MCA atau menerusi jurusan lain, masyarakat Cina harus diberi perwakilan dalam Kabinet. Begitu juga bagi masyarakat India dan masyarakat minoriti ataupun wilayah menerusi Sarawak dan Sabah. Ini sudah tertera dalam amalan BN dan kita tidak boleh pada masa ini meninggalkan tanggungjawab ini. "Saya yakin pimpinan MCA ada ruang dalam pemikiran mereka untuk memperbaiki keadaan ini kerana jika tidak mereka akan dituduh sebagai pihak yang subjektif dan tidak memikirkan negara bangsa Malaysia ini," katanya. Mengenai keputusan PRU13 yang menyaksikan DAP memenangi 38 kawasan Parlimen, Rais berkata tumpuan segera perlu diberikan terhadap aspek perumahan, pendidikan dan pekerjaan yang memerlukan pembabitan semua kaum secara seimbang bagi penyatuan masyarakat majmuk. "Saya yakin Perdana Menteri akan berupaya mewujudkan satu bentuk dan struktur masyarakat yang baharu di mana kejutan yang berlaku pada PRU13 menjadi pelajaran dan batu sempadan bagi kita," katanya. - Bernama |
NASIB PEJUANG SELALU TAK BAIK..BETULKAN...BACALAH Posted: 11 May 2013 05:57 AM PDT |
MENTAL ORANG GILA LEBIH BAIK BETULKAH? Posted: 11 May 2013 12:57 AM PDT Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih. "Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah. "Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini. Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri. "Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya. Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai. Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu). Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Everything is very open with a clear explanation of the issues.
It was truly informative. Your site is extremely helpful.
Many thanks for sharing!
Also visit my page :: Mon Jervois
Catat Ulasan