Addin |
- Media Indonesia Bongkar 4 Faktor Utama Kemenangan BN Dalam PRU13
- MB Terengganu Bongkak Dan Sombong.. Ini Buktinya
- Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebagai Exco
- Sah!! PR Perak Cabar Keputusan PRU13
- Coretan Ikhlas Anak VVIP Umno Kedah Berkenaan Ustaz Azizan
- Dr. Asri Belasah Pemimpin Umno Lagi..
- Najib Letak Jawatan Hujung Tahun Ini
Media Indonesia Bongkar 4 Faktor Utama Kemenangan BN Dalam PRU13 Posted: 11 May 2013 10:11 AM PDT Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan. Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen. Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama: 1. Isu dakwat kekal yang luntur, 2. Pengundi hantu, 3. Pengundian berulang kali, dan 4. Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan. Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja. "Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan. "Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi," kata laporan itu dipetik. Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara. Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu. Baca laporan asal di SINI. |
MB Terengganu Bongkak Dan Sombong.. Ini Buktinya Posted: 11 May 2013 08:11 AM PDT MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih. "Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah. "Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini. Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri. "Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya. Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai. Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu). Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. ~bernama Addin : Umno BN tidak pernah belajar dari kesilapan, isyarat yang jelas daripada rakyat pada PRU13 tidak pernah di jadikan iktibar kepada Umno BN. Pemimpin Umno Bn yang bongkak akhirnya di humban oleh rakyat. Contohnya Ali Rustam dan Fuad Zarkashi tersungkur akibat kebongkakan diri sendiri. |
Husam Tahu Punca Sebenar Tidak Di Senaraikan Sebagai Exco Posted: 11 May 2013 06:23 AM PDT KOTA BHARU - Gugur daripada barisan Exco Kanan Kerajaan Negeri tidak mematahkan semangat Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa untuk terus mempertahankan kerajaan Pas sehingga akhir hayatnya. Katanya, selagi Pas ini berdiri atas nama Islam yang Syumul, melaksanakan kewajipannya mengikut Allah SWT, beliau akan tetap mempertahankan kerajaan Pas sampai akhir hayatnya. "Tetapi kalau kerajaan ini (Pas) bersifat duniawi yang nak mengaut balak, lombong, Nauzubillah… Ampunkan saya kalau saya berdiri di dalam dewan untuk memperbetulkan kerajaan. "Saya masuk dalam perjuangan ini bukan main-main. Saya masuk ini untuk melihatkan apa yang kita usrahkan Islam yang syumul, Islam yang komprehensif, yang menjaga khazanah negeri dan negara supaya miskin dan yatim piatu, mereka itu dibela dan Islam menjadi model. Ini cita-cita saya," kata Husam yang juga Adun Salor. . Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Pondok Pasir Tumboh, di sini, malam kelmarin. Dalam pada itu, mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, beliau turut mengakui tidak menerima jemputan untuk hadir mesyuarat pada pagi 6 Mei lalu. "Maaf, saya tidak terima jemputan tersebut. Tolong tunjukkan surat, sistem pesanan ringkas (SMS), telefon, yang bercakap dengan saya. Maaf saya tidak mahu perbesarkan isu ini. Ini perkara teknikal. Tidak perlu jelaskan. "Saya boleh terima semua keputusan tersebut demi kebaikan parti, kemudian diganti dengan sebab-sebab saya tidak dilantik. Saya tidak minta apa sebab saya tidak dilantik. 'Terkilas ikan di air, saya tahu jantan betinanya'," katanya. Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan selama dua penggal berkata, atas pengguguran tersebut, beliau bukanlah orang yang yang berfikiran buntu, malah dapat mengesan perkara itu sejak empat tahun lalu. "Jadi, tidak perlu beri sebab, saya tahu sebabnya. Sebab itu ada dalam dada saya. Saya tak perlu dedah kepada sesiapa demi menjaga keharmonian parti kita. "Ibarat kalau kita pergi meminang anak orang, tiba-tiba tak jadi kahwin, atas sebab tertentu. Tidak perlulah beritahu (sebab) bulu betis dia panjang, kepala lutut dia senget, hidung dia kembang sebelah. Itu akan menyebabkan sakit hati teman yang kita pinang itu. Biasa kita sebut, tiada jodoh," katanya. Beliau akui boleh menerima keputusan tidak disenaraikan dalam exco di bawah pimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, malah tidak pernah meminta namanya dimasukkan semula ke dalam senarai exco kerana menganggap kerajaan Pas adalah kerajaannya. Katanya, sebagai orang Melayu, mereka perlu menjaga tatasusila tanpa melibatkan sultan dalam memberikan alasan demi menjaga keharmonian. ~sinar harian |
Sah!! PR Perak Cabar Keputusan PRU13 Posted: 11 May 2013 03:28 AM PDT Terbaru.. Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sahkan Pakatan Rakyat Perak akan kemukakan petisyen di mahkamah terhadap 6 Dun yang ada unsur penipuan pada PRU13 yang lalu iaitu Manjong, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang & Selama Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti. |
Coretan Ikhlas Anak VVIP Umno Kedah Berkenaan Ustaz Azizan Posted: 11 May 2013 01:47 AM PDT Ini kisah yang aku janji nak cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali ramai, meninggal dunia pada 15 Julai 2008... Ustaz Azizan adalah antara orang pertama yang sampai ke rumah Ibu ku dan mengarahkan agar ruang disusun bersesuaian utk dikunjungi ramai orang, dan gambar yg tak bersesuaian agar diturunkan dari dinding. Terpegun adik adik aku dgn kunjungan itu.. Kemudian baru lah MB Kedah ini ke hospital melihat jenazah bapa aku yang masih di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Aku pula masih di Mesir dan sedang berusaha mencari flight pulang ke Kedah.. Sungguh prihatin MB Kedah ini, walaupun Ayah aku adalah orang UMNO.. Satu kisah lagi berlaku di tahun 2010... MB Kedah dan beberapa EXCO termasuk pegawai kanan Kedah Civil Services, serta pengurusan Insaniah berkunjung ke Jeddah dari Mesir. Ada di kalangan rombongan nya adalah org UMNO kawan Ayah aku yg telah bisikkan kpd Ustaz Azizan bahawa anak Dato Basri ada bekerja di Jeddah.. Maka aku ditelefon oleh seorang staf konsulay bahawa MB Kedah nak jumpa aku.. Bila mengadap Ustaz Azizan ketika beliau sedang mempengerusikan mesyuarat, maka beliau bertanya aku, "Mak dan adik adik ok ka di Aloq Setaq? Rumah mak tu mungkin diambil utk besarkan jalan Sultanah, kalau terpaksa diambil, jangan lah marah.. Pampasan akan dikira sebaik mungkin. Dok balik Aloq Setaq dak? Balik noo, jengok jengok.. Ayah dah tak dak.. Tak pa, mai dok, saya nak tanya bab pelancongan.. Awat Arab banyak di Langkawi saja.. Apa usaha yang Kerajaan Negeri boleh bantu untuk Arab mai Tanah Besar Kedah.. Aloq Setaq Gunung Jerai dll..." Terpegun kakitangan konsulat melihat seorang bergelar YAB MB Kedah menghentikan mesyuarat utk bertanya hal kpd seorang anak Kedah yang dianggap semua nya macam anak anak dia juga.. Ustaz Azizan mmg mulia akhlak nya.. Dan mmg dia keras sikit.. Org Kedah kata perongoih sikit.. Elok la tu.. Kalau lembik sgt org boleh pijak kepala.. Takut bini atau biar anak menantu balun projek... Kini Ust Azizan bukan lagi MB... Malah bergelut antara hidup mati.. Kaki dah kudung sampai paras lutut.. Tak boleh dah nak berjalan sendiri mcm dulu.. Itu pun jika sembuh.. Doakanlah agar Allah swt mekanjutkan usia beliau.. Kini rakyat Kedah dah sedar betapa murni nya hati para ulamak yg ikhlas bekerja untuk rakyat. Sanggup Ust Azizan memberi nasihat kepada Mukhriz yg masih muda.. Demi agama bangsa dan negara.. Doa aku adalah untuk semua kita rakyat Malaysia.. Berlaku adil lah sesama kita.. Ingat lah hidup ini hanya sementara.. Sekian.. Terima kasih kerana membaca.. Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Hadi, "Kepala Otak" (Bahasa Terengganu bermaksud akal) Dr Azizan yang diperlukan untuk menjana Jamaah Islam dan perjuangannya di Kedah!! ~tranungkite |
Dr. Asri Belasah Pemimpin Umno Lagi.. Posted: 10 May 2013 10:46 PM PDT Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini. Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun 'asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15). Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal 'I have a dream' menyebut: "I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character". Tujuan ALLAH menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman ALLAH: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, ALLAH memanggil "Wahai manusia!". Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan ALLAH. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq). Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia. ~sinar harian |
Najib Letak Jawatan Hujung Tahun Ini Posted: 10 May 2013 09:06 PM PDT Berita Reuters yang disiarkan di luarnegara menyatakan, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkemungkinan perlu melepaskan jawatannya di penghujung tahun ini, memetik sumber dalaman partinya apabila Barisan Nasional menang tetapi dengan prestasi paling buruk di dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Najib, 59, telah cuba memperkuatkan masa depan politiknya dengan harapan memperkukuhkan majoriti BN di parlimen melalui pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia sebelum berlansungnya pilihanraya kali ke 13 pada 1 Mei yang lalu.Tetapi usaha Najib dilihat gagal setelah BN cuma memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi daripada pencapaian BN pada tahun 2008 dan gagal memperolehi majoriti 2/3 yang diharapkannya. Untuk kali pertama di dalam tempoh 44 tahun, BN juga gagal untuk meraih undi popular.Tertekan dengan keputusan itu, Najib kini berdepan dengan tugas sukarnya selepas ini."Kita akan dapat menyaksikan Najib akan turun di penghujung tahun ini," kata seorang pemimpin kanan UMNO, parti yang mendominasi BN. "Beliau mungkin enggan (letak jawatan), kita tak pasti tentang itu, namun beliau telah menunjukkan prestasi paling buruk. Beliau kini tidak mempunyai banyak kuasa tawar-menawar lagi," katanya, yang lebih suka untuk tidak mendedahkan identitinya.Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh di dalam UMNO, memberitahu Reuters tahun lalu bahawa Najib perlu memperbaiki kedudukan 140 kerusi yang dimenangi di dalam tahun 2008 atau berrisiko kedudukannya tergugat. Kaum Cina, yang membentuk seperempat penduduk Malaysia, memilih untuk menolak Barisan Nasional, satu penerusan terhadap tren 2008. Mereka telah menolak dengan jelas parti MCA, parti kaum Cina di dalam BN.Najib, yang tersentak dengan keputusan pilihanraya tersebut telah menyalahkan "Tsunami Cina" sebagai faktor kekalahan BN. Namun yang nyata juga, sokongan dari masyarakat Melayu terhadap BN, terutama di kawasan bandar, juga merudum, satu petanda kelas menengah Melayu kini mengharapkan satu perubahan.Najib, akan terpaksa berdepan dengan cabaran dari dalam UMNO sendiri seawal Oktober atau November, apabila parti itu mengadakan perhimpunan dan pemilihan terhadap kepimpinan parti. "Di dallam pemilihan kali ini, kita akan dapat menyaksikan mereka yang tak berpuas hati bangun dan meminta Najib untuk meletakkan jawatannya", kata sumber berkenaan yang juga pernah menduduki kerusi kabinet sebelum ini. Barisan Nasional juga gagal untuk merampas Selangor, yang diwarwarkan sebelum ini oleh Najib, negeri yang amat perlu ditawan kembali oleh UMNO. "Najib kini mengepalai sebuah parti yang kehilangan undi popular, sebuah parti gabungan yang terpaksa berhempas-pulas untuk membuktikan legitimasi pemerintahannya," kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Institut Untuk Democradi Dan Hal-Ehwal Ekonomi di Kuala Lumpur."Pada pendapat saya ia bukan perkara mudah untuk Najib", tambahnya. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan