Kelab Greenboc |
- 90 Peratus Pengundi Cina Undi PAS Di Selangor
- Tan Sri Abd Khalid Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Penggal Kedua
- Ni Macam Punya "Bekas Hakim" Pun Ada...
- Kejayaan Berganda Bagi TS Khalid Ibrahim
- Petisyen: PR Yakin BN Tumbang
- [VIDEO] Rafizi Mula Teliti 237 Aduan Libatkan 27 Parlimen
90 Peratus Pengundi Cina Undi PAS Di Selangor Posted: 14 May 2013 01:06 AM PDT Sebanyak 90 peratus pengundi Cina undi Pas di Selangor, lapor Suara Keadilan edisi terbaru, 7 Mei ini kerana ia berasaskan semangat Pakatan Rakyat. Misalnya di Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon Pas berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja. Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat. "Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib calon Pas yang menang di DUN Taman Templer. Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi Pas di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya ini. Pas dan DAP berkongsi kemenangan bersama iaitu 15 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti dengan PKR, 14 kerusi. Kerusi-kerusi DUN yang dimenangi Pas adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras. Di Parlimen pula, Pas menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar. -SK Ulasan GB Ini membuktikan tuduhan Najib dan UMNO bahawa masyarakat Cina itu rasis sepanjang PRU13 yang lalu adalah tidak benar. Mereka (kaum Cina) boleh menerima orang Melayu/Islam tetapi sokongan mereka kini beralih dari UMNO kepada PAS/PKR. Jadi yang penipu dan rasis itu sebenarnya UMNO! |
Tan Sri Abd Khalid Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Penggal Kedua Posted: 13 May 2013 11:11 PM PDT Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan watikah pelantikan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di Klang pada Selasa. -Foto THE STAR Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di Istana Alam Shah, di sini. Abdul Khalid mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.05 pagi. Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin. Abdul Khalid, 67, mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac 2008 dan merupakan wakil pembangkang yang pertama memegang jawatan itu di Selangor. Beliau dilantik semula memegang jawatan berkenaan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Abdul Khalid yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU-13 berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Nasaruddin M Zin dengan majoriti 2994 undi. -mstar |
Ni Macam Punya "Bekas Hakim" Pun Ada... Posted: 13 May 2013 08:30 PM PDT Kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang berbaur hasutan dipengaruhi pemikiran Umno dan Barisan Nasional kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipah Maidin. Menurut ahli Parlimen Sepang itu, tidak wajar seorang cerdik pandai seperti Mohd Noor mengeluarkan kenyataan yang menggalakkan permusuhan kaum khususnya di antara kaum Melayu dan Cina. "Pandangan beliau itu silap dan dipengaruhi oleh Umno BN. Macam mana orang yang bijak pandai fikirannya boleh dipengaruhi seperti ini," kata Hanipah dipetik dari laporan Harakahdaily. Hanipah menegaskan, dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan terdiri daripada masyarakat majmuk, setiap kaum berhak mempunyai sekolah aliran mereka. "Kenapa kita nak tutup semua sekolah jenis kebangsaan sedangkan itu hak mereka? "Hak mereka untuk belajar bahasa ibunda dan sepatutnya kita menggalakkan anak-anak Melayu turut belajar bahasa Cina dan Tamil supaya tahu pelbagai jenis bahasa. Tutup SJK tidak menyelesaikan apa-apa," katanya. Menurutnya, sistem pendidikan kerajaan BN melahirkan individu seperti Mohd Noor yang penuh dengan prasangka terhadap kaum lain. "Inilah hasil didikan Umno BN sehingga melahirkan orang-orang seperti ini. Mereka penuh dengan rasa syak wasangka, perkauman yang kuat dan takut pada perkara yang tidak wujud," tegasnya. Hanipah walau bagaimanapun tidak bersetuju Akta Hasutan digunakan terhadap Mohd Noor kerana berpandangan akta itu harus dimansuhkan. "Saya tak setujulah kalau nak kaitkan dengan Akta Hasutan sebab Pakatan Rakyat (PR) mahu akta ini dimansuhkan jadi kenapa kita nak kenakan ke atas pihak lain mahupun Umno BN. "Setiap orang berhak beri pandangan dan Mohd Noor kena bersedialah kalau orang ramai serang beliau kerana keluarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian kaum," katanya. Bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk "merampas kuasa politik" daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari "setia kawan" Melayu. "Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," kata beliau dipetik dari Malaysiakini dalam satu forum bertajuk "Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. "Apabila Melayu dikhianati, akan ada tindak balas dan Cina mesti menanggung akibatnya dari tindak balas Melayu." Untuk memantapkan hujahnya Mohd Noor yang kini bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menganjurkan agar penyusunan masyarakat itu turut melibatkan pewartaaan kawasan rizab Melayu di kawasan bandar bagi membolehkan kaum Melayu membangun dan menguruskan perniagaan bersama kaum Cina. "Istilah cantiknya ialah menyusun semula masyarakat. Tapi istilah kasar ialah orang Melayu berhijrah supaya gedung-gedung yang kita lihat dibandar sama-sama dimiliki, bukan melihat sahaja. "Susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Yang Dipertuan Agong mengarahkan badan berkuasa untuk jamin supaya kekayaan negeri ini dimiliki kita sebanyak 67 peratus," kata beliau. BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah. Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?". Akhbar itu — dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain — secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu. Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya. -TMI
|
Kejayaan Berganda Bagi TS Khalid Ibrahim Posted: 13 May 2013 05:45 PM PDT Mahkamah Rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di S'gor Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah. Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut. Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang. Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut. Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi. Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa. Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas. Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid. Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak. Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan. -Bernama
|
Posted: 13 May 2013 07:56 AM PDT Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya. "BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini, semalam. Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus. "BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu. "Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya. Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita tak perlu jawab apa-apa cabaran." -SH |
[VIDEO] Rafizi Mula Teliti 237 Aduan Libatkan 27 Parlimen Posted: 13 May 2013 05:01 AM PDT Sebanyak 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenalpasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan. "Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan. "Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenaraipendek untuk siasatan lebih mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu dan Beaufort. Selain itu ialah kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok. Tambah Rafizi, setakat ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kebanyakannya dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Enam jenis kesalahan pilihan raya dikenal pasti dan proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini. Kesalahan pilihan raya tersebut ialah: 1. Pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi. 2. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi. 3. Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal. 4. Dakwat kekal yang hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya. 5. Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan Undang-undang. 6. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi. Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang memulakan siasatan minggu ini. "Kita perlu seminggu lagi untuk membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari peguam dan akauntan. "Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13, pasukan ini juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara. "Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU ke-13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan," kata Rafizi. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan