DIALOG RAKYAT |
- Ibrahim Ali, Zul Noordin kalah dalam Pilihan Raya 2013
- Kit Siang kuburkan karier politik Abdul Ghani
- Pengerang: Azalina kalahkan Dayangku
- Anwar dakwa PR sudah menang PRU
- Nurul Izzah kekal kerusi Lembah Pantai
- BN semakin menguasai Kedah
- PAS Lapor Polis Kes Membabitkan Pengundian Pada Hari Mengundi PRU-13
- [LIVE] Pengiraan Undi Bermula, PR Dahului Di Banyak Tempat
- Penduduk setempat di Sabah belasah pengundi ‘hantu’
- Rakyat Malaysia di luar negara turut pulang mengundi
- PKR mengatakan agen di Lembah Pantai tidak dibenarkan berada di pusat kiraan undi
- 12 Myanmar dan Bangladesh ditahan di Lembah Pantai
- Sidang media Pakatan di One World Hotel
- 'Ada orang curi hak saya untuk mengundi'
- Polis Perak terima 14 laporan tentang dakwat kekal
- Pengundi meragukan minta duit selepas mengundi
- CEO Mkini mangsa undi hantu?
- Baucar wang untuk pengundi Lembah Pantai
- PKR mendahului di Saratok, DAP ekori di Gelang Patah
- Bangla & warga Myanmar miliki IC biru cuba mengundi dikesan
- Pengundian selesai, undi mula dikira
- SPR: 80% keluar megundi, paling tertinggi
- Helikopter terbalik, Hishammuddin terselamat
- SPR tidak bimbang ‘dakwat kekal’ tidak kekal
- Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing
Ibrahim Ali, Zul Noordin kalah dalam Pilihan Raya 2013 Posted: 05 May 2013 09:22 AM PDT Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. Manakala Zulkifli yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) kalah kepada penyandang kerusi Khalid Abdul Samad dengan melebihi 10,000 majoriti undi. Kedua-dua calon kontroversi ini menjadi perhatian sepanjang Pilihan Raya 2013 oleh kerana tindakan-tindakan mereka seperti menghina kaum dan agama lain. | ||||
Kit Siang kuburkan karier politik Abdul Ghani Posted: 05 May 2013 09:19 AM PDT Penasihat DAP itu menewaskan Abdul Ghani, yang merupakan bekas menteri besar Johor selama 18 tahun. Kerusi Gelang Patah mencuri tumpuan apabila menjadi kerusi paling panas kali ini apabila veteran DAP itu diletakkan bertanding di kawasan Wilayah Ekonomi Iskandar.Kerusi yang selama ini menjadi milik MCA, melalui Ketua Wanita mereka, Tan Ah Heng juga telah dipinjamkan kepada Umno. Ah Heng kini berada di hospital menjalani rawatan barah payudara. Gelang Patah meliputi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Nusajaya yang ditandingi oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menentang Dr Zaini Abu Bakar dari BN dan Skudai yang diwakili Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menentang Liang Ah Cy dari BN. Johor meliputi 1,605,311 juta pengundi berdaftar, dengan Gelang Patah merangkumi sejumlah 106,726 pengundi dan berdasarkan peratusan kaum, kerusi ini memiliki majoriti pengundi Cina sebanyak 52.41 peratus, Melayu 34.27 peratus, dan India 12.49 peratus. | ||||
Pengerang: Azalina kalahkan Dayangku Posted: 05 May 2013 09:14 AM PDT PARLIMEN PENGERANG P157 Datuk Seri Azalina Othman Said (BN) - 26,992 Mohd Azaman (Bebas) - 795 Dayangku Intan (PKR) - 4,484 Majoriti : 22,508 Jumlah Pengundi : 32,271 Undi Rosak : 698 Peratus pengundian : 87.1 peratus DUN PENAWAR N38 Hamimah Mansor (BN) - 15,101 Anis Afida Mohd Azli (Pas) - 2,283 Majoriti : 12,818 Jumlah Pengundi :17,384 Rosak :297 Peratus pengundian : 88.9 peratus DUN TANJUNG SURAT N39 Datuk Syed Sis A Rahman (BN) - 12,014 Hasnol Ahmad (PKR)- 2,979 Majoriti : 9,035 Jumlah Pengundi : 14,993 Rosak : 339 Peratus pengundian : 84.9 peratus | ||||
Anwar dakwa PR sudah menang PRU Posted: 05 May 2013 09:09 AM PDT SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Proses pengiraan undi sedang berlangsung. Sehubungan itu kata Anwar, beliau berharap Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak "melarikan" kemenangan mereka itu. "PR telah menang. Kami menggesa Umno dan SPR supaya tidak membawa lari keputusan," katanya menerusi akaun twitter sebentar tadi. | ||||
Nurul Izzah kekal kerusi Lembah Pantai Posted: 05 May 2013 09:06 AM PDT 1. Nurul Izzah Anwar (PKR) : 31,008 2. Rusli Baba (Bebas) : 167 3. Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) : 29,160 Jumlah pengundi : 72,396 Peratus : 84.3% Undi ditolak : 519 Majoriti : 1,847 Penyandang : Nurul Izzah Anwar (PKR) Undi diperoleh : 2008: 21,728 Majoriti : 2,895 | ||||
Posted: 05 May 2013 08:55 AM PDT MALAYSIA KINI LAPORAN LANGSUNG 11.43: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh. 11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau. Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim. 11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN. Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN. 11.23pm: Perkembangan setakat ini menunjukkan BN semakin menguasai di Kedah melalui 19 kerusi DUN yang. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu. Bagaimanapun penjumlahan untuk kerusi berkenaan setakat ini masih berjalan. 11.10pm: Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi. 10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang. 10.47: Khalid Samad (PAS) menang di Shah Alam menewaskan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin (BN) dengan majoriti lebih 10,000. 10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi. 10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah. 10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh. 10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat. Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang. Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut. 10.25pm: DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah. Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai. 10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan. Kedah mempunyai 36 kerusi DUN. 9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini. DAP - 33,863 BN - 26,499 DAP juga dijangka menang di Kulai. Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut: DAP - 28,058 BN - 16,192 Bebas - 137 Di Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi. DAP - 29,942 BN - 19,365 9.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN. 9.40pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai. Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN). PKR - 23,125 BN - 19,580 Bebas - 126 Undi yang dijumlahkan: 59.55% 9.38pm: Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem. Parti itu tewas di Stampin, Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP. 9.26pm: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih. DAP - 22,312 BN - 15,007 Jumlah pengundi: 106,864 9.19pm: TAK RASMI – BN rampas Kedah dari PAS. Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang. Indera Kayangan merupakan salah satu daripada lima kerusi bawah kawasan parlimen Kangar, dengan 47.7% Melayu, 46.8% Cina dan 4.3% India. 9.08am: Keputusan rasmi dari SPR untuk 31 kawasan parlimen di Sarawak: BN - 16 DAP - 1 9.08pm: Nurul Izzah Anwar mendahului di kerusi parlimen Lembah Pantai dengan perbezaan kecil. Penjumlahan masih diteruskan. PKR - 27,234 BN - 25,666 Jumlah pengundi: 72,533 9pm: Laporan Utusan menyebut, BN kini hanya perlu menang di dua kerusi parlimen untuk memberi kemenangan dengan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi. Utusan juga melaporkan Kedah jatuh ke tangan BN manakala akhbar Sin Chew Daily menyebut Terengganu kembali ke tangan Pakatan. 8.55pm: DAP setakat ini berjaya mengekalkan lima kawasan parlimen yang ditandinginya – Kuching di Sarawak dan empat lagi di Kuala Lumpur – Bukit Bintang, Seputeh, Kepong dan Segambut. Sementara itu, PKR berjaya mengekalkan Bayan Baru di Pulau Pinang. Umno pula mengekalkan kerusi Putrajaya dan Setiawangsa di Kuala Lumpur. Laporan tidak rasmi menunjukkan parti itu turut merampas Titiwangsa daripada PAS. 8.50pm: DAP dijangka memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang. Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN). DAP - 27,096 BN - 9,925 Jumlah pengundi: 55,887 8.41pm: Lim Kit Siang (DAP) mengekalkan mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. DAP - 10,892 BN - 8,549 Jumlah pengundi: 106,864 8.35pm: TAK RASMI BN Menang lagi 3 kerusi: Mas Gading, Batang Lupar, Limbang. 8.34pm: Di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) mendahului Tay Chin Hein (BN) dan S Kuppayah (Bebas) bagi kerusi parlimen. DAP: 8,613 BN: 6,292 Bebas: 85 Jumlah pengundi: 84,149 8:28pm: Keputusan tidak rasmi: DAP mengekalkan Bandar Kuching. DAP - 30,133 BN - 10,491 Majoriti - 19,640 Penyandang MP Chong Chieng Jen (DAP) telah meningkatkan majoritinya hampir 10,000 undi. Pada tahun 2008, Chong memenangi kerusi itu dengan majoriti 9,952 undi. 8.25pm: TAK RASMI BN 7, PR 1. BN memang di Putrajaya, Serian, Betong, Igan, Mukah, Julau, Lawas. Pakatan menang di Bandar Kuching. 8.21pm: Segamat - Selepas 61 peratus undi dikira, Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam (BN) ini mendahului Datuk Chua Jui Meng (PKR). PKR - 10,466 BN - 13246 Jumlah pengundi: 47,115 Sementara itu di Pasir Gudang, Normala Abdul Samad (BN) kini mendahului Ahmad Faidhi Saidi (PKR) PKR - 11,001 BN - 11,616 Jumlah pengundi: 101,121 8.20pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) kembali mendahului calon BN Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi. PKR - 11941 BN - 10,623 Bebas - 74 Jumlah pengundi: 72,533 8.18pm: Raja Nong Chik (BN) kembali mendahului di hadapan penyandang Nurul Izzah (PKR) di kawasan parlimen Lembah Pantai. PKR – 8722 BN – 9090 Jumlah pengundi: 72,533 8.06pm: Di Labis, Johor, calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN).8.13pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. DAP - 7,619 BN - 6,336 Jumlah pengundi: 106,864 DAP - 3,561 BN - 2,225 Jumlah pengundi: 37,787 8.05pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) mendahului buat kali pertama mengatasi Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi. PKR - 7,746 BN - 7,128 Bebas - 54 Jumlah pengundi: 72,533 | ||||
PAS Lapor Polis Kes Membabitkan Pengundian Pada Hari Mengundi PRU-13 Posted: 05 May 2013 05:36 AM PDT Wartawan BuletinTiga daripada empat kes terbabit melibatkan isu dakwat kekal yang didakwa luntur sebaik sahaja dicuci, manakala satu lagi kes melibatkan seorang pengundi, Nik Ameran Muhammad yang gagal mengundi akibat namanya telah pun dipotong kerana ditandakan sebagai beliau telah pun mengundi, sedang ia adalah sebaliknya. Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa, isu dakwat kekal yang 'tidak kekal' berlaku hampir di kesemua pusat mengundi dan pihaknya sedang mengumpul bukti-bukti untuk tindakan lanjut. "InsyaAllah, kami akan mengumpulkan laporan-laporan polis ini dan mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan lanjut "Kes kedua dalam Dun Jabi di Parlimen Setiu, satu kes seorang pengundi Nik Ameran Muhammad nombor kad pengenalan 730119-11-5249. Kad pengenalan lama A2351491 yang mana beliau sewaktu pergi mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Apal saluran dua sewaktu menyerahkan kad pengenalan kepada kerani untuk disemak dan dibenarkan untuk mengundi didapati nama beliau telah pun digaris oleh pihak tersebut yang menunjukkan bahawa nama beliau telah pun diundi individu lain. "Sedangkan beliau belum mengundi dan buktinya tiada calitan di tangan tetapi nama beliau telah dipotong. Saudara Nik Ameran Muhammad ini juga telah membuat laporan polis dan insyaAllah kita serah pada peguam kita," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini. [Lihat Video] Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata, kes lain yang turut dikesan antaranya isu pengundi hantu apabila tiga warga Indonesia mengaku mereka telah diberi kad pengenalan untuk membuang undi di pusat pengundian di Dun Sura dan mengaku untuk memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum itu. "Ada tangkapan awam, kita sedang buat rakaman pengakuan mereka dan insyaAllah kita buat laporan polis seberapa segera," katanya. Selain itu katanya, terdapat dua isu lain melibatkan kad pengenalan sama yang digunakan dua individu berbeza di Pulau Kerangga dan juga cubaan menggunakan kad pengenalan pengundi yang telah meninggal dunia. Bagi kes menggunakan kad pengenalan orang yang meninggal dunia, beliau berkata, pihaknya telah pun mengesan pengundi terbabit dan dua bantahan dibuat serta-merta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada kedua-dua wakil parti di Pulau Bahagia, Manir. "Ini perkara yang mengesahkan perkara yang diwar-warkan dan ditakuti pihak kami sebelum ini. SPR sepatutnya membersihkan terlebih dahulu senarai nama-nama pengundi sebelum berlakunya proses pengundian pada hari ini," katanya. | ||||
[LIVE] Pengiraan Undi Bermula, PR Dahului Di Banyak Tempat Posted: 05 May 2013 05:22 AM PDT Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi. Kini proses pengiraan sedang berlangsung. Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri. Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi. Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. Lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang tadi dan merupakan jumlah tertinggi. LIVE Oleh Malaysiakini dan pelbagai sumber 8.02 pm Di Labis, Johor, Calon Ramakrishnan Suppiah mendahului Chua Tee Yong (BN). DAP - 3,561 BN - 2,225 8.01 pm KEPUTUSAN TIDAK RASMI | DUN GOMBAK SETIA - Ustaz Hasbullah Ridzwan PAS PAS 2003 BN 1119 Rosak 24 8.00 pmParlimen Pandan. Rafizi Ramli mendahului. PKR = 9845 BN = 4117 [PARLIMEN IPOH TIMUR] Kathleen Wong Mei Yin (BN) ketinggalan jauh dibelakang Su Keong Siong (DAP) BN - 6,379 DAP - 25,305 7.58 pm Nurul Izzah dilaporkan kini telah berjaya memintas Raja Nong Chik PKR 7746 BN 7128 7.56 pm DI Melaka, DUN Bukit Baru, PAS masih mendahului calon BN dengan 216 undi -Sofi Wahab Apakah ini anak sulong PAS DUN Melaka? Sama-sama kita doakan. 7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului sekurang-kurangnya di dua kerusi parlimen Johor: Di Segamat, Chua Jui Meng (PKR) mendahului MP S Subramaniam (BN). PKR - 5,855 BN - 4,227 Jumlah undi: 47,115 Di Kluang, Liew Chin Tong (DAP) di depan Hou Kok Chung (BN). DAP - 5,369 BN - 3,390 Jumlah undi: 86,914 Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului calon BN Normala Abdul Samad. PKR - 5,131 BN - 3731 7:31pm: Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) merapatkan jurang dengan Raja Nong Chik BN - 2,410 PKR - 986 Bebas - 5 7:31pm: In Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal (BN), is leading by a comfortable margin over Nurul Izzah Anwar (PKR) while Independent Rusli Baba is out of the race. BN - 2,410 PKR - 986 Independent - 5 7.29pm: Lim Kit Siang (DAP) masih mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. DAP - 4,719 BN - 4,642 7.24pm: Pertama kali Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah, Johor. Abdul Ghani Othman (BN) mengekori Kit Siang di belakang. DAP - 3,567 BN - 3,422 7.22pm: Di Ipoh Timor, Perak, Kathleen Wong Mei Yin (BN) di belakang Su Keong Siong (DAP) BN - 6,379 DAP - 25,305 7.19pm: Lim Kit Siang (DAP) menekori rapat Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. BN - 2,699 DAP - 2,325 7.16pm: Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai. DAP - 2,055 BN - 545 Bebas - 5 Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini 7.15 pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mendahului tiga calon yang lain. Sumber memberitahu Khalid mendahului di beberapa pusat pengundian. -SH 7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal. BN - 1,783 PKR - 76 Bebas - 1 Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini. The MalaysianInsider melaporkan: PKR mendakwa SPR tidak membenarkan agen kiraan undi mereka untuk berada di Sekolah Menengah Seri Pantai untuk menyaksikan proses pengiraan undi dan diminta untuk meninggalkan tempat tersebut secara tetap sebaik sahaja tamat proses pengundian. Menurut PKR lagi, alasan yang diberikan oleh SPR adalah petugas-petugas mereka perlu berehat. 7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi. BN - 1,354 DAP - 1,276 7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi. BN - 1,354 DAP - 1,276 6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. BN - 2,237 DAP - 1,382 Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului. DAP - 1,499 BN - 801 6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Ayer Hitam dalam kiraan awal. DAP - 820 BN - 171 6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di Kulai kerusi Parlimen di Johor. Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas) DAP - 1,336 BN - 509 6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, yang menyaksikan persaingan sengit atas Datuk Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP). BN - 1,532 DAP - 688 6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak. Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu. Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas). Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP. Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP). 6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan. 6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC. Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya. DIKEMASKINIKAN SETIAP 5-10 minit. Sila Refresh | ||||
Penduduk setempat di Sabah belasah pengundi ‘hantu’ Posted: 05 May 2013 05:09 AM PDT PENAMPANG — Penduduk setempat di Penampang, Sabah telah membelasah cubaan pengundi "hantu" yang cuba mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diadakan hari ini. Dalam Laporan yang dihantar saksi ditempat kejadian, insiden belasah tersebut berlaku di Inobong, manakala dalam satu insiden berasingan di Moyog, kerusi dewan undangan negeri (DUN di Parlimen Penampang pula pengundi "hantu" dikatakan telah ditahan anggota polis hasil aduan penduduk tempatan. Disamping itu, beberapa pengundi dalam keadaan mencurigakan turut dikesan penyokong PKR yang membuat pemantauan di Sekolah Chung Hwa, namun apabila didekat mereka cuba melarikan diri dan didapati tergesa-gesa semasa mengundi di pusat pengundiaan.Pihak polis walaubagaimanapun tidak membuat sebarang pengesahan tentang dua pengundi "hantu" yang ditahan pada awal tadi di Inobong dan Moyog. Dalam perkembangan terkini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak menafikan penglibatan terhadap tuduhan pengundi "hantu" pagi tadi. Perdana menteri sementara yang mengetuai gabungan pemerintah itu dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah menulis di akaun Twitternya @najibrazak BN komited untuk pilihan raya adil. "Pertuduhan mengatakan parti mesra BN membawa pekerja asing untuk mengundi adalah tidak benar. Kami komited untuk pilihan raya adil," tulis beliau. Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media juga berkata pihak polis akan memastikan tiada pengundi hantu atau warga asing mengundi pada Pilihan Raya 2013. "Pihak polis menggesa pihak yang membuat fitnah mengatakan orang asing boleh mengundi agar hentikannya ... ia adalah suatu perkara yang mustahil akan berlaku. "Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan pastikan perkara ini tidak berlaku," kata Khalid di Bukit Aman semalam. Kumpulan Asalkan Bukan Umno (ABU) juga telah memasang kain rentang di seluruh semenanjung Malaysia yang memberikan amaran kepada warga asing supaya tidak mengundi pada Pilihan Raya 2013, mengancam mereka akan diserahkan kepada pihak polis jika berdegil. Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, berjumlah kira-kira 889,000 orang, rakyat asing yang kebanyakkannya datang dari Filipina dan Indonesia. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah, yang bermula Januari lalu mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya. | ||||
Rakyat Malaysia di luar negara turut pulang mengundi Posted: 05 May 2013 05:06 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER GEORGE TOWN — Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Singapura turut pulang mengundi. Salmah Shaik Kamat, 69, yang berasal dari Batu Uban di sini ditemui mengundi di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban. "Saya tetap nak balik mengundi demi negara yang tercinta walaupun tinggal di negara orang. Hanya dengan satu undi, kita dah dapat melakukan sesuatu untuk masa depan anak-anak kita. "Malaysia dah beri banyak kepada keluarga saya," katanya yang menetap di Woodlands lebih 40 tahun kepada Bernama. Beliau berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia dengan menonton TV dan membaca akhbar dan menasihati generasi muda agar mencintai negara sendiri. Seorang pelajar ijazah kedoktoran dalam bidang muzik di King's College, London turut mengambil peluang untuk mengundi. Adil Johan, 29, yang berada di Malaysia ekoran cuti semester sejak Disember tahun lepas merasa bertuah kerana berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi baharu. "Saya tidak terlalu cemas, Alhamdulillah saya dapat lakukannya hari ini," katanya dan menambah beliau rasa sangat teruja tentang masa depan negara ini. Beliau mendaftar sebagai pemilih pada 2010. — Bernama | ||||
PKR mengatakan agen di Lembah Pantai tidak dibenarkan berada di pusat kiraan undi Posted: 05 May 2013 05:03 AM PDT Menurut PKR lagi, alasan yang diberikan oleh SPR adalah petugas-petugas mereka perlu berehat. "15 agen kiraan undi Keadilan enggan untuk pergi kerana mereka mempunyai hak untuk memantau semua proses pengundian terutamanya dimana terletaknya kertas undi pada setiap masa. "Kedua-dua pejabat kempen dan Keadilan mendesak SPR untuk menasihatkan petugas mereka di bawah agar mengikut undang-undang dan peraturan pilihan raya negara," kata PKR dalam satu kenyataan petang ini. SPR mengatakan terdapat 13,268,002 pengundi layak mengundi, termasuk 12,992,661 pengundi biasa, 161,251 anggota tentera dan pasangan mereka, 111,136 anggota polis dan pasangan mereka serta 2,954 pengundi tidak hadir. | ||||
12 Myanmar dan Bangladesh ditahan di Lembah Pantai Posted: 05 May 2013 04:51 AM PDT
Mereka dibawa keluar dari kawasan itu untuk diajak minum teh dan tidak dibenarkan oleh orang ramai pergi ke pusat pengundi. 12 mereka itu didapati cuba memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Pantai Dalam dalam Parlimen Lembah Pantai. Di Sekolah Kebangsaan Sri Suria, Bangsar pula Harakahdaily diberitahu, beberapa buah kenderaan bercermin gelap memasuki kawasan pengundian itu melalui pintu belakang. Tidak diketahui apa tujuan tetapi kejadian yang berlaku ketika pengundian sedang berjalan menimbulkan kekecohan di sekolah itu. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi itu dengan dicabar oleh Datuk Seri Raja Nong Chik dari BN. Turut serta mencuba nasib adalah calon Bebas, Rusli Baba. | ||||
Sidang media Pakatan di One World Hotel Posted: 05 May 2013 04:24 AM PDT
Sebuah dewan telah di tempah di One World Hotel, Bandar Utama (bersebelahan pusat beli belah One Utama) untuk tujuan tersebut. Sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan disitu jika Pakatan menang dalam pilihan raya ini. Ia akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan Rakyat. Malam tadi kempen PAS mencatat sejarah apabila peningkatan sokongan empat peratus berlaku kepada PAS dari pengundi Melayu. Peningkatan mendadak ini membayangkan suasana baik kepada PAS dan Pakatan di hari mengundi hari ini. Sementara waktu itu, para pimpinan Pakatan akan berkumpul di Ibu Pejabat parti masing-masing bagi mengumpulkan keputusan pilihan raya ini. Pemimpin PAS akan berkumpul di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di Jalan Pudu. Keputusan awal dijangka akan diketahui sekitar jam 7 hingga 8 malam ini melalui Borang 14 yang dikumpul di semua pusat pengiraan undi yang dijangka bermula jam 5.30 petang. Semua pusat pengundi dijangka akan ditutup jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula jam 5.30 petang. Undi awal pula dijangka akan sampai ke pusat penjumlahan undi dan dikira mulai jam 3 petang. | ||||
'Ada orang curi hak saya untuk mengundi' Posted: 05 May 2013 04:21 AM PDT MALAYIA KINI Beberapa pengundi di Kulai dan Klang telah mendakwa bahawa mereka tidak boleh mengundi kerana orang lain telah mengundi atas nama mereka.Mereka akan membuat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Di Kulai, Chua Siew Pin, 42, tiba di pusat mengundi di SJK (C) Batu kira-kira jam 10 pagi dan mendapati namanya telah digunakan. "Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk membantu saya. Saya akan memperjuangkan hak saya," katanya ketika dihubungi. Beliau mendakwa pegawai SPR kemudian mengisi Borang 10 untuk menentukan identitinya, tetapi beliau bertegas supaya digunakan Borang 11 - borang deklarasi untuk membolehkannya mengundi sekiranya berlaku pertikaian. "Saya masih menunggu keputusannya," katanya. Calon DAP di Kulai, Teo Nie Ching berkata beliau telah menerima lima hingga enam aduan yang sama dan pengundi terbabit sedang menunggu beliau di pusat perkhidmatannya. Teo, penyandang kerusi Parlimen Serdang, kata Liew Ah Moy (kanan) pergi ke SMK Kulai Besar pada jam 10.30 pagi, tetapi pegawai SPR memberitahunya yang dia 'telah mengundi'. "Apabila saya memeriksa jari Liew, tidak ada tanda dakwat kekal," tulis Teo dalam tweetnya. Di Klang, PKR, Dr Xavier Jeyakumar menulis dalam tweetnya bahawa dua pengundi membantah kerana orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka. "Gunakan Borang 11 dan benarkan pengundi tulen untuk mengundi," katanya menulis sebarang tweet. | ||||
Polis Perak terima 14 laporan tentang dakwat kekal Posted: 05 May 2013 04:19 AM PDT Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya menerima 16 laporan polis berkaitan proses pilihan raya hari ini termasuk 14 berhubung dakwat kekal. "14 laporan mengenai dakwat kekal yang dikatakan hilang sepenuhnya atau separuh apabila dibasuh, satu laporan kerana terdapat kempen dijalankan di tempat pembuangan undi dan satu laporan tidak berpuas hati kerana nama tiada dalam senarai daftar pemilih sedangkan pengadu sebenarnya tersalah pusat mengundi," katanya. Beliau turut mengingatkan orang ramai agak tidak percaya dengan khabar-khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau Internet yang mengatakan bahawa keadaan tidak selamat. "Keadaan keselamatan di Perak adalah tenang dan terkawal malah tahap keselamatan telah dipertingkatkan di setiap saluran dan pusat-pusat mengundi," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata proses pengundian di seluruh negara setakat tengah hari ini berjalan lancar, kata Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Khalid turut memberi amaran tegas kepada pihak yang cuba mencetuskan huru-hara dengan menyebarkan berita palsu melalui laman sosial, khususnya berkaitan pengundi 'hantu'. "Ada pihak yang tidak bertanggungjawab masih menyebarkan berita-berita yang berbentuk propaganda yang boleh menaikkan kemarahan orang awam, iaitu menyebarkan gambar (yang didakwa sebagai) 'pengundi hantu'" melalui Facebook, katanya. Menurutnya polis sudah menubuhkan pasukan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengesan mereka yang terbabit dalam isu itu.- Bernama | ||||
Pengundi meragukan minta duit selepas mengundi Posted: 05 May 2013 04:18 AM PDT Seorang pengundi yang mencurigakan dari Sabah disoal oleh petugas Pakatan Rakyat di Pandan, Selangor, apabila dia cuba untuk menuntut wang di pondok mereka selepas mengundi. Calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (kanan) memberitahu pemberita bahawa pengundi tersebut, Mazlan Zulkiflee, datang ke pondok parti itu di luar pusat mengundi di Taski Abim Taman Mawar untuk menuntut RM700 pada kira-kira 1 tengahari ini. Beliau menunjukkan dokumen termasuk kad pengenalan dengan alamat di Taman Mawar, dan tiket penerbangan sehala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, dia tidak boleh menyanyi lagi Negaraku apabila diminta berbuat demikian dan tidak ingat alamat yang tertera pada kad pengenalannya. "Jika anda tanya kepada saya, saya mengesyaki dia rakyat Indonesia," kata Rafizi samil menambah percakapan lelaki itu bunyai seperti orang Indonesia dari Sabah. | ||||
Posted: 05 May 2013 04:13 AM PDT Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran hari ini mengalami pengalaman mengejutkan apabila agen tempat mengundi daripada tiga pihak berbeza cuba menghalangnya daripada mengundi. Mereka mendakwa, seseorang dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama dengannya sudah pun selesai membuang undi. Premesh berkata, kejadian itu berlaku di pusat pengundian di Sekolah Alam Shah di Seksyen 12 Petaling Jaya tengah hari ini. Bagaimanapun, ketika berada di bilik mengundi, kata Premesh lagi, semakan kerani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati beliau memang belum mengundi. "Dia mengumumkan nama dan nombor pengundian saya. "Tetapi ketika saya hendak mengundi, kesemua tiga pemantau daripada BN, PKR dan DAP semua membantah, mereka menegaskan nama saya sudah dipangkah pada senarai mereka," katanya. Bagaimanapun kerani SPR mempertahankan bahawa nama Premesh ada dalam senarainya. | ||||
Baucar wang untuk pengundi Lembah Pantai Posted: 05 May 2013 04:11 AM PDT Saksi di Lembah Pantai, antara Parlimen terpanas di negara ini, mendakwa BN memberikan wang tunai sebagai balasan kerana mengundi parti itu. Menurut pembantu kepada penyandang kerusi itu Nurul Izzah Anwar, kejadian ini berlaku di Sekolah Rendah Agama Seri Pantai dan SK Bangsar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini. Fahmi Fadzil (kanan) mendakwa, beliau dimaklumkan, kira-kira 20 hingga 30 orang mengerumuni khemah BN di dua tempat dan kelihatan mengutip baucar. "Semakan mendapat baucar itu dikeluarkan oleh 'jabatan pengundi luar' dan boleh ditebus untuk wang tunai antara RM50 hingga RM200 di Flat Seri Pantai. "Ini cubaan besar untuk membayar orang ramai supaya mengundi parti tertentu," dakwanya. Beliau juga mendakwa mendapat maklumat itu daripada pengundi prihatin yang menggambarkan gambar kepadanya melalui telefon. | ||||
PKR mendahului di Saratok, DAP ekori di Gelang Patah Posted: 05 May 2013 04:06 AM PDT MALAYSIA KINI LAPORAN LANGSUNG 6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor. BN - 2,237 DAP - 1,382 Sementara itu di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului. DAP - 1,499 BN - 801 6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Air Putih dalam kiraan awal. DAP - 820 BN - 171 Terdapat 13,848 pengundi di DUN ini. 6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di Kulai kerusi Parlimen di Johor. Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas) DAP - 1,336 BN - 509 6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP). BN - 1,532 DAP - 688 6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak. Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu. Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas). Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP. Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP). 6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan. 6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC. Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya. 6pm: Proses penjumlahan bermula. | ||||
Bangla & warga Myanmar miliki IC biru cuba mengundi dikesan Posted: 05 May 2013 04:02 AM PDT KEADILAN DAILYPETALING JAYA : Seorang lelaki warganegara Myanmar ditangkap ketika cuba memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya, Selangor.Dia ditahan dalam keadaan gelisah dan seakan-seakan takut dicekup pasukan bertindak pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat sebelum diberkas dan dibawa kepada polis untuk tindakan lanjut. Di AMPANG pula, calon KEADILAN Pandan, Rafizi Ramli melalui twitter menyatakan petugas Pakatan Rakyat Pandan pagi ini mengesan empat nama yang disyaki pengundi hantu di Parlimen Ampang. Empat pengundi hantu terbabit dipercayai warga asing cuba untuk membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah, Ampang. Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang jam 11.30 pagi. Sementara itu, calon DUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, seorang warga Bangladesh disyaki pengundi hantu dapat ditahan di pusat pengundian di Pandan Jaya. Pandan Jaya terletak dalam DUN Cempaka dan Parlimen Pandan. "Saya terima laporan daripada petugas PAS di sana tentang cubaan memasukkan warga Bangladesh di tempat mengundi di Pandan Jaya. "Petugas sedang siasat. Saya akan periksa semula dengan mereka," katanya ketika ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana pagi tadi. Selain itu, facebook juga memapar banyak rakaman dakwaan pengundi hantu. Untuk tonton, KLIK INI. | ||||
Pengundian selesai, undi mula dikira Posted: 05 May 2013 03:50 AM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya' sudah selesai sebentar tadi. Kini proses pengiraan sedang berlangsung. Proses pengundian ditutup pada jam 5 petang. Pertandingan melibatkan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri. Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara bagi membolehkan 12,885,434 pemilih untuk mengundi. Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (Dun) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan Dun Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang. Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu. Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. - Bernama | ||||
SPR: 80% keluar megundi, paling tertinggi Posted: 05 May 2013 03:48 AM PDT PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan lebih 80 peratus pengundi seluruh negara keluar mengundi sehingga jam 5 petang. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjangkakan pengisytiharan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seawal jam 7.30 malam. Menurutnya, pengumuman tersebut melibatkan kawasan kecil Dun di beberapa negeri seperti Perlis dan Sabah. "Kita dapat mengetahui lebih awal kerana pengundi di kawasan tersebut kurang daripada 15,000 orang jadi pusat pengundi ditutup awal serta proses pengiraan dibuat sejurus selepas itu. "Proses pengundian berjalan lancar walaupun terdapat sedikit gangguan daripada parti politik yang masih berkempen di saat akhir," katanya pada media, di sini, semalam. Ketika diminta mengula smengenai isu pengundi hantu, Wan Ahmad berkata, tidak wujud pengundi hantu kerana SPR membuat pembersihan daftar pemilih selepas pembubaran Parlimen. "Ini adalah modal parti politik sepanjang pilhan raya, mereka tidak ada hujah manifesto untuk menyalahkan orang lain. Mereka tidak bermaruah menaikkan SPR dalam isu-isu seperti ini, setiap kali pilihan raya umum, SPR sering dikaitkan. "Mereka tidak seharusnya menahan pengundi hanya kerana rupa paras kerana selagi mereka mempunyai MyKad dan mendaftar sebagai pengundi, mereka layak untuk mengundi," katanya. Katanya, SPR menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. "Jika sesiapa yang menahan dan SPR mendapat bukti dakwaan merek atidak benar, mereka boleh dikenakan hukuman, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua- duanya sekali," katanya. Wan Ahmad turut menjelaskan berharap orang ramai tidak mempercayai kiriman sistem khidmat ringkas (SMS), emel atau menerusi laman sosial mengenai keputusan tidak rasmi pilihan raya di mana- mana kawasan Dun dan Parlimen. "Keputusan hanya akan diisytiharkan di pusat media PRU13, di sini. Hanya SPR yang berhak untuk membuat pengumuman tersebut," katanya. | ||||
Helikopter terbalik, Hishammuddin terselamat Posted: 05 May 2013 03:46 AM PDT [DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; isterinya Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di Pangkalan TUDM Sungai Besi di sini, sebentar tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat kira-kira jam 3.50 petang. Kejadian berlaku disebabkan angin kencang, menyebabkan helikopter berkenaan terbalik. Rombongan menteri dalam perjalanan pulang dari Johor. | ||||
SPR tidak bimbang ‘dakwat kekal’ tidak kekal Posted: 04 May 2013 11:02 PM PDT Beberapa pengundi dilaporkan berjaya menghilangkan dakwat kekal dijari mereka yang bertujuan untuk mengelakkan pengundian berulang selepas mengundi, dengan hanya menggunakan sabun dan air. "Saya tidak bimbang dengan dakwat kekal boleh dibasuh hari ini kerana esok anda tidak boleh mengundi," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada pemberita di pusat mengundi SMK Bukit Bandaraya, Bangsar di sini hari ini. "Bagaimana dia boleh mengundi tanpa MyKad atau nombor IC? Satu nama hanya ditulis sekali," tambah beliau. Apabila ditanya tentang kualiti dakwat kekal, dakwat untuk mencegah penipuan, Wan Ahmad berkata: "Pembekal menghantar kualiti yang macam mana, kita tidak tahu." Apabila dibangkitkan tentang SPR mempunyai satu tahun untuk memilih dakwat berkualiti, Wan Ahmad mengatakan ia merupakan proses yang "rumit." Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Lee menujukkan jari yang sudah dibersihkan kepada pemberita di sini, ditanda dengan dakwat kekal selepas mengundi di Bukit Gasing di Petaling Jaya. "Saya tidak fikir dakwat ini kekal. Saya gunakan sabun pencuci dari dapur. Salah satu dari jenama murah," kata Lee dan menambah beliau datang ke sini untuk berjumpa kawan. Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah negara, dicemarkan dengan laporan dakwat kekal boleh dihilangkan mudah, pembelian undi dan pengundi hantu. Wan Ahmad walau bagaimanapun, menafikan laporan terdapat pengundi hantu dalam pilihan raya umum dengan mengatakan"Semua orang boleh membuat laporan. Saya bertemu orang ramai memberitahu, jangan percaya kepada laporan mereka." Beliau menegaskan warga asing yang tidak mempunyai MyKad dan dokumen berkaitan, tidak boleh mengundi. Lebih 200 pengundi sudah beratur di sini di pusat pengundian SMK Bukit Bandaraya sebelum dibuka pada 8 pagi, dengan sesetengahnya mengatakan telah menunggu sehingga dua jam untuk membuang undi. | ||||
Pakatan Rakyat Shah Alam Tangkap Pengundi Warga Asing Posted: 04 May 2013 10:56 PM PDT SHAH ALAM : Beberapa warga asing Myanmar dan Indonesia berjaya ditahan di pusat pembuangan undi di sini hari ini dipercayai pengundi hantu. Petugas Pakatan Rakyat berjaya mengesan mereka berdasarkan perwatakan mereka yang meragukan. Calon PR DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu dan berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mengabaikan isu berkenaan. "Di Padang Jawa, kita telah menangkap dua tiga pengundi hantu warga Myanmar dan Indonesia pagi ini di pusat mengundi. "Kerisauan kita selama ini berasas. Saya sebagai calon berharap SPR jangan defensif, dia kena jawab secara benar. "Kenapa masih ada daftar yang tidak bersih," katanya kepada TVSelangor hari ini. Calon PR Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata penangkapan hari ini membuktikan bahawa apa yang didakwa Pakatan selama ini adalah benar. "Pengundi hantu dikesan dan ditahan di Seksyen 7 dan 24. Tahniah kepada petugas yang menahan mereka," katanya. Isu pengundi hantu menjadi hangat di Selangor dengan laporan mengatakan terdapat usaha membawa sekumpulan warga asing dengan penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA menjelang hari mengundi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan