Biaqpila |
- SOALAN MAUT DARI PENYOKONG TEGAR BN
- MACAI BE END TERKENTUT TENGOK GAMBAQ NI
- KERAJAAN SELANGOR ISYTIHAR CUTI UMUM ISNIN 6 MEI 2013
- BIAR BETIK? MALAYSIA AKAN DIJAJAH KUASA ASING JIKA UNDI PAKATAN
- JOM TERJAH!!! PESAWAT YANG BAKAL MEMINTAS PESAWAT PENGUNDI HANTU
- KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARAK
- HANGPA PERCAYA KA 1200 AHLI PKR KELUAQ PARTI DI PERMATANG PAUH?
SOALAN MAUT DARI PENYOKONG TEGAR BN Posted: 03 May 2013 03:00 PM PDT Siaran langsung rtm1....seorang pemanggil penyokong tegar bn dari pahang mengajukan soalan panas...xsenang duduk ahli panel nya..lain tya lain jawap...tonton lah rakaman ini..caya lah brother suhaimi ni... Shahrul Nizam NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
MACAI BE END TERKENTUT TENGOK GAMBAQ NI Posted: 03 May 2013 11:28 AM PDT |
KERAJAAN SELANGOR ISYTIHAR CUTI UMUM ISNIN 6 MEI 2013 Posted: 03 May 2013 05:23 AM PDT Kerajaan Selangor mengumumkan hari Isnin 6 Mei sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. "Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, kerajaan Selangor berharap hari pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja. "Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. "Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan padu rakyat Selangor. "Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak," kata Abdul Khalid. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
BIAR BETIK? MALAYSIA AKAN DIJAJAH KUASA ASING JIKA UNDI PAKATAN Posted: 03 May 2013 02:52 AM PDT |
JOM TERJAH!!! PESAWAT YANG BAKAL MEMINTAS PESAWAT PENGUNDI HANTU Posted: 03 May 2013 12:00 AM PDT Replika kapal terbang PRU ke 13 ini telah dibina oleh anak-anak muda PAS Kg. Batu Besar bersama-sama penyokong Pakatan Rakyat. Ianya telah sempurna dirasmikan oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa, Abu Bakar Bakilani,Che Uda Che Nik dan Ahmad Tarmizi. Replika kapal terbang ini menjadi mercu tanda terkini Kg. Batu Besar, 16 km dari pekan Sik. Panjang replika ini adalah 58 kaki dan mempunyai ketinggian 15 kaki serta berukur lilit 40 kaki. Kos keseluruhan replika yang diperbuat dari buluh,besi,kain,polipaip dan lain-lain bahan adalah sebanyak RM7000. Orang ramai tidak putus-putus berkunjung bagi melihat dari dekat. Bahagian kokpit pesawat Kerusi penumpang PESAWAT INI BEBAS DARI PENGUNDI HANTU PASAI ADA 5 KERUSI SAJA KAH! KAH! KAH! NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARAK Posted: 02 May 2013 09:00 PM PDT 1. Menegakkan Pemerintahan Islam Pemerintahan Islam itu adalah berbentuk 'khilafah' atau 'imarah mukminin' ataupun disebut juga sebagai 'imamatul uzma'. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada Syariah Islamiah sama ada dari aspek perlembagaan, undang-undang, ekonomi atau lain-lain. Sebagaimana yang ditakrifkan oleh al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya'la (ahli undang-undang), Ibn Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain al-Juwaini (ulama ilmu kalam), Imam al-Ghazali (ulama tasawuf), Ibn Hazm Andalusi (ulama fiqh) dan lain-lain iaitu: خلافة عن النبوة في حراسة الدين وسياسة الدنيا به Maksudnya: "Menggalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya." Pengertian ini dirumus berdasarkan kata-kata Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w: إن محمدا قد مات فلا بد لهاذ الدين ممن يقوم به Maksudnya: "Sesunggunya Muhammad telah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang menguruskannya." Ucapan ini terus mendapat persetujuan dan sokongan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Sakifah Bani Saadah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Saidina Abu Bakar r.a.) sebagai khalifah yang menggantikan Rasulullah s.a.w. 2. Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam Terdapat ramai ulama yang membicarakan tentang pemerintahan Islam, ini menunjukkan bahawa perkara ini perlu diambil berat dan dibincangkan dengan serius. Antaranya ialah mereka yang disebutkan sebelum ini iaitu al-Mawardi (ahli undang-undang), Abu Ya'la (ahli undang-undang), Ibn Khaldun (ahli sosiologi), Imam Harmain al-Juwaini (ulama ilmu kalam), Imam al-Ghazali (ulama tasawuf), Ibn Hazm Andalusi (ulama fiqh) dan ramai lagi yang membicarakan tentang tajuk ini dalam penulisan mereka. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al-Faqeh al-Makruf Ibn Hazm Andalusi: Yang bermaksud: "Para ulama daripada ahli sunnah wal jamaah, al-Murji'ah, al-Syiah dan al-Khawarij bersatu pendapat dalam menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan hukum-hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah dengan syariat Allah sebagaimana yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w." Namun begitu terdapat satu puak daripada Khawarij yang digelar al-Najdat yang mengatakan bahawa tidak wajib menegakkan kerajaan yang seumpama itu. Walaubagaimanapun golongan mereka sudah tidak wujud lagi sekarang ini. Pendapat golongan ini ditolak oleh ijmak ulama yang telah disebutkan sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila kita dapati al-Quran dan al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam 'al-Fasl fil malal wal Ahwa' wa Nahl'. 3. Wajibnya Menegakkan Pemerintahan Islam Itu Berdasarkan Syara' Dan Berdasarkan Kepada Akal. Kita telah menegaskan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara' atau berdasarkan akal atau kedua-duanya sekali? Al-Mawardi, Abu Ya'la, Ibn Hazm dan Ibn Khaldun menyatakan bahawa syara' dan akal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam berdasarkan dalil-dalil al-Quran, Sunnah, Ijmak dan akal (logik). Allah Ta'ala berfirman: يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا لرسول وأولي الأمر منكم Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasul serta pemimpin-pemimpin dari kalangan kamu." Ayat ini bermaksud difardhukan kita mentaati Allah, Rasul dan ulil amr yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda: سيليكم بعدي ولاة فيليكم البر ببرة والفاجر بفجوره فاسمعوا لهم وأطيعوا فيما وافق الحق وصلوا وراءهم فإن أحسنوا فلكم ولهم وإن أساءوا فلكم وعليهم. (رواه الدارقطني) Maksudnya: "Selepas aku, kamu akan dipimpin oleh banyak pimpinan, maka yang baik memimpin kamu dengan kebaikan dan yang zalim pula memimpin kamu dengan kezaliman, maka dengar dan taatilah kamu dalam perkara yang menepati kebenaran, maka jika mereka berbuat baik maka kebaikan itu untuk mereka dan jika mereka berbuat jahat maka kejahatan itu terkena ke atas diri mereka sedang kamu terus mendapat kebaikan." (Riwayat Daru Qatni) Selain dari al-Quran dan Sunnah, para sahabat dan tabiin telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (pemerintahan Islam). Para ulama yang disebutkan sebelum ini pula telah memutuskan secara ijmak tentang wajibnya, sementara dari segi logik, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak-poranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas nama bai'ah amah atau syahadah, setiap umat Islam yang akil baligh diwajibkan menyertainya. Atas nama bai'ah ianya wajib berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.: ومن مات وليس فى عنقه بيعة مات ميتة جاهلية (رواه مسلم) Maksudnya: "Sesiapa yang mati yang tidak pernah melakukan bai'ah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyah." (Riwayat Muslim) Antara lafaz bai'ah itu ialah: أبايعك على أن تقيم فينا كتاب الله وسنة نبيه Maksudnya: "Aku memberikan bai'ahku kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan ke atas kami kitab Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya s.a.w." Adapun atas nama syahadah ianya wajib kerana antara lainnya bersandarkan kepada firman Allah Taala: وأشهدوا ذوي عدل منكم Maksudnya: "Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu." وأقيموا الشهادة لله Maksudnya: "Dan hendaklah kamu tegakkan syahadah semata-mata kerana Allah." (Al-Talak: 2) Diawasi oleh pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda: إذا خرج ثلاثة فى سفر فليؤمروا أحدهم (رواه أبو داود) Maksudnya: "Jika tiga orang berada di dalam pelayaran, maka hendaklah mereka melantik seorang ketua." (Diriwayatkan Abu Daud) Hadith ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam perlantikan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan terbesar seperti yang wujud pada hari ini. 4. Cara-Cara Menegakkan Pemerintahan Islam Sebelum ini kita menyatakan bahawa pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukannya dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada ahli syura, jemaah menteri dan lain-lain. Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat iaitu pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Cara ini dikenali dengan bai'ah amah. Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saadah. Kemudian selepas itu dilakukan bai'ah amah di Masjid Nabawi. Bai'ah Ammah itu yang kadang kala dipanggil pungutan suara ramai (استفتاء عام) dan kadangkala disebut dengan nama al-syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi, adalah bertujuan memberikan penapisan dan pengesahan bahawa calon itu layak dan memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam. 5. Kewajipan Umat Di Dalam Menegakkan Pemerintahan Islam ولا يأب الشهداء إذا ما دعوا Maksudnya: "Dan janganlah para saksi itu enggan apabila mereka dipanggil." (al-Baqarah: 282) ولا تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه Maksudnya: "Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya." (al-Baqarah: 283) Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang dihendaki pada saksi iaitu antara lainnya bersifat adil. Mereka seharusnya memberikan persetujuan atau sokongan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan dan matlamat pencalonan seperti mana diperkatakan: أبايعك على أن تقيم فينا كتاب الله وسنة نبيه Maksudnya: "Aku memberikan bai'ahku kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan ke atas kami kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya s.a.w." 6. Mendaftar Diri Sebagai Pemilih Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia perlu melalui beberapa proses yang di antara lainnya mendapat suara majority di dalam Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri. Untuk mendapat suarau majority di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri, sesebuah parti itu mestilah memenangi kerusi-kerusi terbanyak di dewan-dewan tersebut. Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, mestilah perlu mendapat sokongan pengundi yang lebih ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi dan mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu, berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bincangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh: ما لا يتم الواجب ألا به فهو واجب Maksudnya: "Sesuatu itu tidak sempurna yang wajib melainkan dengannay maka ia menjadi wajib." Maka dengan itu, mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syarak. 7. Kesimpulan Dan Penutup Semua mengetahui dan memperakui bahawa melaksanakan hukum syarak itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks di negara kita Malaysia, menyertai pilihanraya adalah wajib berdalilkan hujah-hujah yang dibincangkan tadi. Maka kita berseru kepada semua pencinta Islam supaya setiap langkah yang memungkinkan ke arah tertegaknya sebuah pemerintahan yang mendaulatkan konsep حاكمية الله dilaksanakan dengan sempurna, manakala tugas-tugas sampingan yang lain pun menjadi perlu dan penting juga berdasarkan kaedah fiqh di atas iaitu: ما لا يتم الواجب ألا به فهو واجب Maksudnya: "Sesuatu itu tidak sempurna yang wajib melainkan dengannay maka ia menjadi wajib." Kesemua ini memberi erti bahawa perlu dan pentingnya bagi setiap pencinta, penyokong dan pendokong Islam menyiapkan diri dan bekerja bersungguh-sungguh dalam suatu organisasi yang tersusun rapi di mana setiap anggota memainkan peranan masing-masing sesuai dengan kebolehannya serta tanggungjawab yang diamanahkan bermula dari sekecil-kecil tugas seperti menampal poster sehinggalah ke sebesar-besar tanggungjawab seperti menjadi calon demi untuk memungkinkan golongan Islam dapat merampas tapak pemerintahan yang sememangnya diamanahkan oleh Allah Ta'ala kepada pejuang-pejuang Islam tulen. DUPNK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
HANGPA PERCAYA KA 1200 AHLI PKR KELUAQ PARTI DI PERMATANG PAUH? Posted: 02 May 2013 06:00 PM PDT DEY MACHA!!! INI KISAH BENAR DISEBALIK TABIR... Manakala laporan dari blog-blog Pro UMNO pula mendakwa 'Program Keluar Parti' tersebut adalah anjuran N. Ponnusamy yang mendakwa dirinya adalah "Pembantu Khas Anwar Ibrahim bagi Kaum India". Dalam program tersebut 1,200 borang ikrar keluar parti telah diserahkan kepada calon Barisan Nasional Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail.. laporannya sila baca di ( SINI ) Menurut jurucakap mereka yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala tindakan untuk keluar dari PKR itu diambil setelah merasakan kononnya parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu PKR gagal membela nasib mereka selama ini. Selain itu menurut Jenapala, meskipun pernah merayu meminta pemimpin PKR membantu, luahan mereka dipandang sepi termasuk oleh Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman. Benarkah apa yang didakwa oleh Jenapala itu?.. dan adakah benar kesemua yang hadir dalam program anjuran Barisan Nasional itu mahu keluar PKR?.. jika tidak kenapa mereka hadir ke program anjuran Barisan Nasional itu.. Video di bawah memberikan jawapannya..Saksikan dan dengarlah apa kisah sebenarnya yang telah berlaku dalam perkara ini.. Diakhir video Saudara Gobind menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia.. Anak Sungai Derhaka NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan