Tukar Tiub |
- SPR JANGAN TIPU PILIHAN RAYA
- LIHAT APA YANG TERJADI DALAM WAR ROOM
- PENGUMUMAN PENTING
- SATU LAGI EPISOD 3 WAR ROOM GEROMBOLAN
- BACA INI DULU SEBELUM BALIK KAMPONG
- PECAH BERITA - TUKAR TIUB MEMECAH BERITA
- PAKATAN HANYA AKAN KALAH KERANA TIPU
- APA DIA TEKNIK CHROMA KEY ?
- PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
- ROH ALTANTUYA DATANG LAGI
Posted: 03 May 2013 06:30 PM PDT PENAHANAN PENDEDAH MAKLUMAT: RAKYAT PERLU TUNJUK KEKUATAN SEBENAR TANGGAL 505 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua pengundi supaya tidak melepaskan peluang untuk mengajar pemerintah yang menindas rakyat melalui pilihanraya yang menjelang. Apa yang berlaku ke atas Blogger Milo Suam yang ditangkap dan direman atas kesalahan OSA harus dijadikan iktibar penting. SAMM mengutuk keras tangkapan ini dan mendesak supaya tahanan OSA dibebaskan segera. Tahanan OSA ini tidak mengancam negara sebaliknya hanya mengancam pemerintah korupsi. Di negara ini, orang yang mendedahkan salah-laku dan kepincangan pihak berkaitan kerajaan akan dihambat, digari dan ditangkap. Ketika yang sama. orang yang merosakkan negara dengan sentimen perkauman, penyebar kebencian antara agama dan sentimen kelucahan terus dibela. Inilah layanan kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya dan tidak seorang pun yang terkecuali untuk menjadi mangsa. Sikap dwi-standard yang diamalkan oleh SPR dan agensi kerajaan lain sudah penat diperkatakan malah ia seolah tidak mampu lagi diperbetul. Pelbagai usaha terus diperhebat demi mempertahankan kuasa dari jatuh ke tangan rakyat. SAMM percaya inilah masanya yang paling tepat untuk setiap rakyat menunjukkan rasa protes tindakkan kerajaan dalam bentuk referendum pada pilihanraya umum yang berbaki 2 hari lagi. Minggu lalu, pendedahan yang dibuat oleh Blogger Milo Suam telah memberi kesan yang besar ke atas kredibiliti SPR yang sememangnya telah banyak tercalar. Persoalan bagaimana kertas undi pos dikeluarkan sehari lebih awal harus dijawab dengan konklusif berbanding melakukan aksi tangkapan. Penangkapan ini juga merupakan satu usaha pemerintah memberi tekanan bagi tujuan merencatkan usaha pendedah maklumat yang lain. Penangkapan ke atas pendedah maklumat pastinya mengimbau kembali suasana ketika negara masih belum merdeka. Rakyat berdepan dengan penjajah yang menggunakan pelbagai alasan dan helah bagi menyumbat mana-mana individu yang dirasakan mengancam kedudukkan mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan rakyat negara ini perlukan kemerdekaan sebenar, iaitu kemerdekaan rakyat. Akhir sekali, SAMM ingin menyuarakan bahawa kita rakyat punyai satu peluang untuk bebaskan negara ini dari cengkaman kuku besi, iaitu dengan menumbangkan Umno BN. Peluang itu sudah semakin hampir di depan mata. Rebutlah peluang ini, bebaskan Malaysia dari sebuah kerajaan legasi penjajah. Pilihan di tangan anda, pilihlah 'merdeka rakyat'. EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia TUNTUTAN JANJI BERSIH 1 - tidak akan terima keputusan pru13 2 - tubuhkan satu spr baru 3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih ---------- | ||
LIHAT APA YANG TERJADI DALAM WAR ROOM Posted: 03 May 2013 06:30 AM PDT TUNGGU DAN NANTI EPISOD 4 HANYA DI TV BANGSAR UTAMA EPISOD 3 EPISOD 2 EPISOD 1 | ||
Posted: 03 May 2013 05:30 AM PDT RADIO BANGSAR UTAMA sila layari terus menerus radio bangsar utama untuk mendapat maklumat tepat tentang perkermbangan terkini radio bangsar utama live 24 jam bermula jam12:01 malam 5 mei 2013 wartawan radio bangsar akan membuat liputan akan membuat temu bual BOLEH DIDENGARI melalui smart pone melalui ipone dan ipad bukan hanya di pc bukan hanya di lap top jadi lah manusia yang bijak dengan mendengar radio bangsar utama 3 TUNTUTAN JANJI BERSIH 1 - tidak akan terima keputusan pru13RU 13 2 - tubuhkan satu spr baru 3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih ------ | ||
SATU LAGI EPISOD 3 WAR ROOM GEROMBOLAN Posted: 02 May 2013 11:00 PM PDT APA YANG SEDANG BERLAKU BIK MAMA MERANCANG BIK MAMA DI RANCANG UNTUK DI TENDANG TUNGGU EPISOD 4 -------- | ||
BACA INI DULU SEBELUM BALIK KAMPONG Posted: 02 May 2013 10:00 PM PDT JAM 2:00 PETANG TV BANGSAR UTAMA
PILIHANRAYA DAN REALPOLITIK Pada jam 11:38 malam Ahad 5 Mei 2013 Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Pertama dalam negara Malaysia Baru. Yang DiPertuan Agong telah diberitahu bahawa Pakatan Rakyat telah mendapat mandat dari rakyat. United Malays National Organisation hanya berjaya mendapat 77 kerusi. Berita RTM jam 12:00 tengah malam melaporkan bahawa Najib Razak telah menerima kekalahan partinya, United Malays National Organistion dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional. Media tempatan sibuk macam murai tercabut ekor. Media pembodek ini kini tidak tahu apa yang hendak dilapor. Manakala media antarabangsa yang telah berkampong satu minggu sebelum 5 Mei kini sibuk mencari 'pemecah berita'. Satu kumpulan media telah berkampong di Putrajaya untuk menunggu perkembangan terkini. Pada pagi Senin 6 Mei 2013 satu lagi kumpulan media telah berbondong-bondong berkampong di Bukit Segambut. Dihadapan Rumah Anwar Ibrahim ramai penjaja telah mula membuka gerai. Sibuk – semua menunggu perkembangan terkini. Di Putrajaya - para jurukamera – Paparazzi – telah memasang lensa besar jarak jauh untuk merakamkan gambar klasik kurun ini. Kalau di Manila ada gambar Imelda Marcos membungkus kasut meninggalkan Istana Malacanang. Kini Paparazzi sedang menunggu Rosmah Mansor yang bersendirian masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Rumah PM untuk pulang ke Rembau? Manakala Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty telah berkali-kali cuba menalipon Ananda Krishna. Anak Lelaki Iskandar Kutty ini mahu Ananda menyediakan sebuah lagi jet di lapangan Terbang Subang. Diberitakan pada petang 5 Mei lagi Datuk Johan Jaafaar, dalam pejabat beliau di Media Prima telah mula melakar sebuah sajak untuk Anwar Ibrahim. Kalau dulu Dinsman telah menulis Sajak Panjang Untuk Mahathir kini Johan Jaafar yang tak mahu kalah telah mula menulis sajak bertajuk – Jangan Kau Sangsi Kesetiaan-ku. Semua yang saya tulis itu akan terjadi jika PRU13 ini satu pilihanraya yang bersih dan adil. Hakikatnya tidak. Realpolitik membuktikan apa yang saya tulis itu hanyalah imajinasi. PRU13 pada 5 Mei ini TIDAK akan dijalankan dengan bersih dan adil. PRU13 yang akan dijalankan oleh SPR adalah satu pilihanraya yang amat bersejarah. PRU13 ini bersejarah kerana PRU13 menampilkan hampir 1 juta Orang Asing. Orang Asing ini yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi dan memenangkan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Saya cukup yakin United Malays National Organisation akan menang dalam PRU13 ini kerana tipu. Keyakian saya bukan kerana yakin semata-mata. Bukan yakin membabi buta. Pengalaman dan maklumat yang saya dapati membuktikan bahawa penipuan sedang dirancang dan sebahagianya sedang berjalan. Contohnya : Malam kelmarin – malam Ahad 28 April 2013 – saya telah berkempen dan menghhasut di Kuantan. Sebelum jam 11.00 saya telah sampai ke tempat ceramah yang betul-betul dalam badar Kuantan. Disini saya telah disambut oleh Datuk Fauzi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini calon PKR di Indera Mahkota. Belum pun sempat saya bertanya khabar , Datuk Fauzi dengan marah telah menayangkan skrin talipon bimbitnya ke muka saya. Ada gambar seorang Mat Bangla yang telah ditangkap oleh Datuk Fauzi pagi tadi. Mat Bangla ini dicurigai dan ditangkap dalam kawasan Indera Mahkota. Justeru Mat Bangla ini telah ditanya. Hasil siasatan, Mat Bangla ini didapati TIDAK memiliki Passpot. Tetapi Mat Bangla ini berkeras mengakui bahawa dia ada Kad Pengenalan yang kini dipegang oleh Pegawai Polis Kuantan. Mat Bangla ini menayangkan satu Surat Polis yang membenarkan dia bebas berjalan di Malaysia ini. Dan surat ini bukan permit kerja. Surat ini untuk menghindarkan Mat Bangla ini dari ditahan sebagai Pedatang Haram. Pada hemat Datuk Fauzi Mat Bangla ini berpotensi menjadi pengundi hantu di Indera Mahkota. Satu lagi contoh : Tiga hari dahulu Pejabat Bersih telah menerima satu panggilan talipon dari seorang Lelaki Melayu yang saya beri nama Husin. Si Husin ini ingin datang sendiri ke Pejabat Bersih kerana dia memiliki bahan bukti tentang penipuan SPR. Husin ialah seorang guru di Kampong Pandan. Dia akan bertugas membantu SPR pada 5 Mei ini. Justeru Husin ini adalah seorang dari 240,000 orang yang dipanggil Pengundi Awal. Bila Husin sampai ke Pejabat Bersih, dia telah menunjukkan satu bahan bukti yang amat-amat memeranjatkan. Husin telah menerima melalui pos 4 kertas mengundi. Dua untuk Parlimen dan dua lagi untuk Dun. Semua dalam kawasan yang berbeza. Kantoi! SPR kantoi mantoi! Ini bukan fitnah. Ini bukan cerita yang saya buat-buat. Yang saya alih hanyalah nama si Husin ini. Selainnya adalah fakta untuk membuktikan bahawa ada perancangan sulit untuk menipu dibelakang tabir dengan menggunkan sistem Pengundi Awal. Kalau pun kita terima bahawa 4 kertas undi untuk Husin adalah satu kesilapan. Atau ini hanylah kesilapan yang memasukan kertas undi yang berganda. Kendati pun, kesilapan ini masih menimbulkan ribuan soalan akan ketelusan SPR dalam menjalankan sistem undi awal. Apa yang diterima oleh Husin adalah bukti wujudnya peluang SPR untuk menipu. SPR memiliki peluang untuk mengedarkan lebih dari 240,000 kertas undi kepada Pengundi Awal. Siapa memantau proses ini? BERSIH 2.0 TIDAK diberitahu hal ini. Tidak ada Ngo yang tahu menahu hal ini. Tidak ada Pemantau yang tahu. Saya juga yakin parti politik juga tidak sedar tentang perjalanan Undi Awal ini. Realpolitik Malaysia ialah Politik Dunia Ketiga. Pilihanraya dalam negara Dunia Ketiga penuh dengan penipuan. Di Mesir Mubarak menipu rakyat Mesir dalam pilihan raya, Saddam Hussein menipu di Iraq , di Tunisia Ben Ali menipu. Ditaktor dan rejim zalim menggunakan pilihan raya hanya untuk mengkaburi mata orang ramai ketika mereka menjalankan rompakan. Di Malaysia Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty bukan sahaja menipu rakyat Malaysia dalam PRU. Sejarah membuktikan bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty ini telah menang untuk menjadi Presiden parti Ketuanan Melayu dalam tahun 1987 dengan cara menipu. Tengku Razaleigh yang seharusnya menang tetapi jumlah undi telah diubah. Lampu dibilik pengiraan undi telah dipadamkan. Undi ditambah untuk memenangkan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Penipuan yang mengalahkan Tengku Razaleigh dalam tahun 1987 adalah fakta sejarah. Fakta ini ialah realpolitik. Penipuan 'lampu padam ' ini adalah contoh terbaik gambaran politik dalam negara dunia ketiga. Apa yang berlaku di Zimbabwe tidak ada bezanya dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Zimbabwe negara Dunia Ketiga. Malaysia juga negara Dunia Ketiga. Ada letupan bom di Harare. Ada letupan bom di Nibong tebal. Penyokong Morgan Tsavangirai dari Movement For Democratic Change sering kena belasah oleh samseng Mugabe. Penyokong Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat sering di belasah oleh samseng Ketuanan Melayu. Tidak ada tangkapan di Harare. Tidak ada di Kuala Lumpur. Ini realpolitik. Dalam masa lima hari lagi sejarah akan dibuat. Semua warga Malaysia – anak semua bangsa - sedang mengambil bahagian dalam melakar sejarah Malaysia Baru. Sebelum membuang undi pada 5 Mei ini saya ingin memberi tahu tentang realpolitik yang sedang berlaku dibelakang tabir. Ini agar para pembaca tidak akan merasa kecewa apabila gagal untuk melihat munculnya Malaysia Baru. Akabar mingguan Egde telah membocorkan bagaimana 1MDB - Malaysia Development Cooperation – telah memindahkan 7 bilion ringgit dari Kuala Lumpur ke Cayman Island. Pemindahan ini bertujuan untuk memastikan harta kekayaan Najib dan Rosmah selamat. Ini hanya satu pemindahan yang diketahui umum. Berapa bilion lagi ringgit Malaysia telah dipindah kan ke luar negara tetapi tidak ada sesiapa yang tahu? Apa makna pemindahan ringgit ini? Sekali pandang memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation sedang menerima hakikat bahawa bahawa mereka akan kalah. Justeru mereka mula membawa lari harta kekayaan. Tetapi dari satu sudut lagi menunjukkan bahawa pertempuran dalam PRU13 ini cukup hebat. Realpolitik memperlihatkan bahawa pilihanraya ini bukan perebutan gasing atau guli. Ini bukan perebutan satu dua juta ringgit. Ini bukan perebutan 100 atu 500 juta ringgit. Realpolitik ini ialah perebutan berbilion-bilion ringgit harta kekayaan Malaysia. Malah perebutan ini mungkin mencecah beberapa trilion ringgit. Bayangkan dari laporan media kita diberitahu hutang Syed Mokhtar sahaja kini berjumlah 30 bilion ringgit. Yang lain-lain kita tidak tahu. Maka, jika berbilon ringgit yang dipertahan oleh Najib dan Rosmah apakah Najib dan Rosmah akan bersedia untuk menerima kekalahan dan mengundur? Apakah Najib dan Rosmah akan menerima hakikat bahawa United Malaya National Organisation telah ditolak oleh majoriti warga Malaysia. Pada hemat saya Najib – yang diketahui umum sebagai penakut - akan menerima kekalahan. Najib akan bungkus fail, tutup kedai dan mengundur. Rosmah mungkin dan memaksa Najib untuk melakukan sesuatu – untuk terus melawan. Untuk saya tim Najib Rosmah ini bukan tim yang ditakuti. Tetapi awas dan waspada - di belakang tim Rosmah dan Najib ialah Mahathir dan Muhyiddin. Dibelakang Mahathir dan Muhyiddin ialah pemodal bumiputera dari Gergasi hinggalah ke Kontrektor Kelas F. Juga dibelakang mereka ada segala jenis macam towkay - dari pemilik Astro, pemilik Jana Kuas Leterik, towkay lendir , towkay judi, towkay arak, towkay dadah – semua berpayung dibawah Mahathir. Kesemua mereka menjadi kaya raya kerana Anak Lelaki Iskandar Kutty. Kesemua mereka ini adalah musuh rakyat. Justeru, pertempuran yang hakiki sesudah keputusan diumumkan ialah pertempuran antara majoriti rakyat Malaysia yang mahu mendirikan Malaysia Baru yang demokratik dengan segala macam towkay dan cukong yang merasa mereka akan hilang harta kekayaan. Inilah sebenarnya realpolitik. Inilah sebenarnya inti dan isi PRU13. (TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru siapa yang masih belum bertemu dengan akhbar ini sila letak jawatan dari menjadi manusia 3 TUNTUTAN JANJI BERSIH 1 - tidak akan terima keputusan pru13RU 13 2 - tubuhkan satu spr baru 3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih ------- | ||
PECAH BERITA - TUKAR TIUB MEMECAH BERITA Posted: 02 May 2013 09:45 PM PDT TUKAR TIUB PEMECAH BERITA isteri tengku fraud baru sahaja berkempen di lobi jabatan perdana menteri bagi angpau 100rm minah fraud ini bergerak dari jabatan ke jabatan untuk berkempen sambil ulooo ulooo persoalan? macam mana minah fraud ini dapat masuk jabatan perdana menteri dan jabatan kerajaan yang di katakan kawasan larangan
1 - tidak akan terima keputusan pru13 2 - tubuhkan satu spr baru 3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih --------- | ||
PAKATAN HANYA AKAN KALAH KERANA TIPU Posted: 02 May 2013 09:00 PM PDT TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA Ku Nan: 'Rakan BN' bayar untuk penerbangan pengundi Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Anwar Ibrahim hari ini, merupakan pengundi berdaftar Malaysia. Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN". "Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu. Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya". Kerajaan sangkal dakwaan Pakatan Rakyat berhubung usaha bawa masuk pengundi KUALA LUMPUR, 2 Mei — Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini. Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata: "Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini." "Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil." — TIEWNAMA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... NAK TIPU BUAT LAAA BETUL BETUL.... kah kah kah.. kah kah kah...RANCANG LAAA BETUL BETUL.... kah kah kah... kah kah kah... TANGAN KIRI KATA TAK CURI.... kah kah kah.. kah kah kah...TANGAN KANAN KATA CURI.... kah kah kah.... kah kah kah... OPIS MAT MONGOL KATA TAK ADA.... kah kah kah.. kah kah kah.. TENGKU FRAUD KATA ADA.... kah kah kah.. kah kah kah...KANTOI MANTOI..... kah kah kah 1 - tidak akan terima keputusan pru13 2 - tubuhkan satu spr baru 3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih -------- | ||
Posted: 02 May 2013 08:30 PM PDT KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH lihat klip ini lihat awan dibelakang itu adalah hasil chromakey ini teknik perfileman digunakan untuk membuat latar saekor mamat boleh berlakun di biliknya di balakong dengan skrin hijau charimakey kemudin boleh bubuh latar kaaabh TAK CAYA LIHAT KLIP INI SAIFOOL DI KAABAH? KUALA LUMPUR:Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan. Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau). TIGA TUNTUTAN JANJI BERSIH 1 - tidak akan terima keputusan pru13 2 - tubuhkan satu spr baru 3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih --------- | ||
Posted: 02 May 2013 08:10 PM PDT | ||
Posted: 02 May 2013 07:49 PM PDT JAM 2:00 PETANG PASTILAH DI TV BANGSAR UTAMA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... HANTU ALTANTUYA DATANG MENGHANTU.... kah kah kah.. kah kah kah... HANTU ALTANTUYA DATANG MENCARI MAT MONGOL.... kah kah kah 3 TUNTUTAN JANJI BERSIH 1 - tidak akan terima keputusan pru13 2 - tubuhkan satu spr baru 3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan