DIALOG RAKYAT |
- UMNO sendiri yang terminta-minta untuk ditumbangkan
- Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan
- PKR Parti Masa Depan, Ada Kerusi Di 14 Buah Negeri
- AMK Minta SPR Jawab 10 Soalan
- AMK Gesa PR Asak ROS Luluskan Pendaftaran PR
- Kerana ‘derhaka’,Afiq hilang tawaran
- 2 peserta buat laporan dakwa dipukul polis
- SPR tak akan layan debat dengan pembangkang
- PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi
- Zahid tak perlu panik - Mohamad Sabu
- PAS sertai himpunan aman “SuaraRakyat 505” esok
- KJ jawab tuduhan The Economist
- Cadangan jadikan BN parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji, kata Muhyiddin
- Azmin : Kehadiran "Giant Killer", "Iron Lady" PKR kukuhkan agenda parti
- PKR mahu konflik selepas pilihan raya dihentikan, akan mulakan dialog bi-partisan
- Idris akan saman PKR berhubung dakwaan kurung 24 petugas SPR pada hari mengundi
- Mahkamah tolak permohonan reman, Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebaskan
- DAP kutuk tindakan polis terhadap Dr Chen Man Hin
- Lim Kit Siang sasaran seterusnya?
- Pasport latar putih dikuat kuasa
- SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan
- Zahid, Hentikan Tangkapan ‘Rakus’ Pemimpin Pakatan, NGO
- [BERGAMBAR] 50,000 Berhimpun Di Blackout505 Kuala Ibai Terengganu Malam Tadi
- TINDAKAN KERAS: Tindakan Najib Menangkap Pemimpin PR Mungkin Membakar Dirinya Sendiri
- 'Tiada dalam perlembagaan, hapus istilah Cina, India'
UMNO sendiri yang terminta-minta untuk ditumbangkan Posted: 24 May 2013 06:31 AM PDT ASPAN ALIAS Saya yang tidak berapa pandai ini pun merasakan yang UMNO sudah sampai kepenghujung usianya. Saya bukan menentang tindakan menahan rakan-rakan perjuangan saya oleh pihak Polis, kerana itulah makanan orang-orang perjuang sejati. Bagi pihak yang berjuang mereka merasakan mereka bertindak dengan kebenaran dan bukan sedikit manusia yang menyokong mereka. Tetapi seperkara yang tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa tidak mencari jawapan kenapa keadaan sebegini berlaku. Pihak parti pemerintah tidak pula berusaha dan mendengar keresahan rakyat selama ini. Apabila terdesak maka ditahan orang itu dan orang ini sewenang-wenangnya.Saya tidak dapat menerima tindakan kerajaan menahan mereka semalam. Ruang untuk pemerintah membetulkan keadaan semakin hari semakin sempit. Bukan sedikit teguran di buat terhadap parti pemerintah sejak banyak tahun dahulu, tetapi UMNO tidak mahu berubah dan terlalu leka dengan kuasa. Rakyat sudah berani keluar untuk menentang secara terbuka dan ia hanya memberikan keyakinan ramai yang UMNO tidak dapat dipulihkan lagi. Yang jelas sekarang rakyat pula yang mengambil tindakan untuk berubah. Saya merasakan yang keadaan begini akan terus menerus berlaku dan tidak ada pihak yang mampu untuk meredakan perasaan mereka yang hilang keyakinan terhadap UMNO itu. Tidak adil jika kesalahan itu hanya diletakkan kepada rakyat. UMNO sepatutnya menerima dan mengakui seratus peratus kesalahan itu. Selalu saya berkata UMNO sudah hilang punca seolah-olah sudah hilang hidayah kerana masih melakukan kesilapan walaupun usia UMNO itu semakin luput. Hendak berbuat baik tetapi mereka sudah tidak lagi tahu apa dia yang baik untuk mereka lakukan. Penahanan tiga aktivis semalam tidak melunturkan perasaan marah rakyat. Pihak pemerintah mesti mengakui yang rakyat marah itu bukan tidak bersebab. Tidak mungkin mereka marah semata-mata untuk marah. Bukannya usaha yang kecil untuk keluar malam dan berjuang dengan tidak ada hentinya. Malam tadi ribuan rakyat berada di sekitar Balai Polis Jinjang untuk memberikan simpati kepada Tian Chua, Tamrin Ghaffar dan Harris Ibrahim yang ditahan Polis semalam. Ini bukannya perkara kecil. Jika tekanan kuat di lakukan oleh pihak berkuasa pun ia tidak melunturkan perasaan marah rakyat itu. Pihak kerajaan mesti faham, yang mereka kendalikan sekarang ini bukannya haiwan. Mereka adalah manusia yang kebanyakkan mereka adalah kumpulan muda yang terpelajar. Mereka tidak mahukan kerajaan melakukan tekanan. Jika kerajaan sentiasa memberikan tekanan sebegini, pihak pemerintah akan pasti kehilangan sokongan lebih buruk lagi dari semasa pilihanraya yang lalu. Tidak akan ada kesudahannya dan tidak mungkin UMNO mampu memperbetulkannya lagi. Oleh yang demikian apa yang sepatut dilakukan oleh siapa bagi membetulkan yang salah dan menampal yang koyak tadi? Jika benar terdapat penipuan dalam pilihanraya yang lalu setelah mahkamah membuat keputusan, maka tidak ada jalan lain selain dari kerajaan sekarang berundur. Kerajaan sekarang tidak boleh lagi mengaku mereka berkuasa melalui proses demokrasi kerana telah terdapat penipuan itu. UMNO akan hanya mampu bertahan seketika jika mahkamah memutuskan tiada penipuan dan mengakui yang pilihanraya telah berjalan dengan betul mengikut cara yang betul. Tetapi boleh kah mahkamah memutuskan PRU 13 yang baru selesai ini tidak ada penipuan? Jika ada penipuan maka tidak syak lagi UMNO terpaksa berundur dengan cara terhormat walaupun pilihanraya di kawasan-kawasan yang didapati ada penipuan diadakan semula. Penahanan terhadap Tamrin, Tian Chua dan Harris itu amat memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan. Saya berharap ketiga-tiga mereka akan dibebaskan tanpa apa-apa tindakan susulan yang diambil terhadap mereka. Saya memohon agar kerajaan cukup-cukuplah melakukan penahanan sesiapa kerana rakyat sedang memerhatikan keadaan dengan rapi. Sekarang bukan zaman UMNO yang mengaku boleh menghantar songkok untuk mewakili calon dan terus menang dalam pilihanraya. UMNO dan BN akan hanya mempunyai sedikit peluang jika UMNO tunjukkan yang parti itu benar-benar melakukan transformasi habis-habisan dengan melakukannya sekarang juga. Lewat dari sekarang kita boleh kira UMNO sudah tamat riwayatnya. Jika UMNO tidak memperbaiki diri sekarang juga ia bermakna UMNO sendiri yang mahu mereka di tumbangkan bukannya rakyat yang saja-saja mahu menumbangkan mereka. | ||||
Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan Posted: 24 May 2013 06:16 AM PDT Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini. Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam. Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei. Mereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka. Ashok memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari. Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut. Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi. "Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama. "Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya. Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah. Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili. Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan. Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya. Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh. | ||||
PKR Parti Masa Depan, Ada Kerusi Di 14 Buah Negeri Posted: 24 May 2013 06:03 AM PDT PETALING JAYA -PKR adalah satu-satunya komponen Pakatan Rakyat yang mempunyai kerusi menang di kesemua 14 buah negeri di Malaysia. Timbalan Presiden, Azmin Ali berkata, jika dahulu PKR tidak mempunyai satu pun kerusi di Sabah, tetapi kali ini PKR menang tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah dan satu kerusi Parlimen di Penampang. "Rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dengan mandat di 89 buah kerusi Parlimen adalah kejayaan muafakat Pakatan Rakyat. "Keyakinan rakyat masih utuh bahawa Pakatan Rakyat mampu melakar perubahan. Kerana itu pimpinan Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia mengkhianati cita – cita rakyat," kata Azmin. Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 1,500 perwakilan Angkatan Muda Keadilan dan Wanita sempena Kongres Nasional PKR yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini. Tambah Azmin, PKR bukan bergerak hanya lima tahun sekali sahaja dalam pilihan raya tetapi adalah keazaman dan iltizam politik untuk melaksanakan perubahan besar negara. Katanya, pembangunan parti secara keseluruhan penting daripada segi kepimpinan, pengkaderan, organisasi dan ekonomi. "Penubuhan Institut Ta'dib Siyasi perlu ditubuhkan dengan tenaga pelatih yang wibawa, fasilitator yang tetap, kemudahan latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi ini. "Program ini harus melibatkan pimpinan dan anggota parti di semua peringkat dan ianya perlu berjalan secara berkala dengan sasaran 10,000 kader setiap tahun. "Usaha ini perlu menjadi fokus Angkatan Muda dan Wanita yang berperanan sebagai nadi kepada usaha kaderisasi bagi membentuk satu gerakan massa yang progresif dan berdaya tahan," kata Azmin. | ||||
Posted: 24 May 2013 05:55 AM PDT PETALING JAYA,: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggariskan 10 persoalan yang perlu dijawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai syarat bagi sayap parti itu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu. Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, antara persoalan yang perlu dijelaskan SPR, isu daftar pemilih yang gagal dibersihkan dan isu penggunaan dakwat kekal yang boleh dihilangkan hanya dalam masa beberapa jam sahaja. "Secara faktanya, menurut laporan Akhbar Focus Malaysia keluaran minggu ke 23/2013, dilaporkan pengakuan pengerusi SPR sendiri bahawa terdapat 42,000 nama yang diragui dalam senarai daftar pemilih terkini. "Dikebanyakkan negara, keseluruhan keputusan pilihan raya akan diisytiharkan tidak sah sekiranya daftar pemilih itu tidak dibersihkan," kata Shamsul dalam ucapan dasarnya di Kongres AMK dalam Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini. Isu lain yang perlu dijelaskan SPR, laporan ejen-ejen pilihan raya yang tidak dibekalkan borang 14, dakwaan bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan undi, terdapat peti undi dibawa masuk di saat akhir, dakwaan terdapat pengundi diberikan kertas undi tidak dicop dan nombor siri direkodkan. Shamsul turut meminta SPR memberikan penjelasan berhubung isu dakwaan kertas undi pengundi luar negara yang mempunyai kesan bertanda, liputan yang adil dari media elektronik yang dibiayai pembayar cukai, isu keselamatan peti undi pengundi awal yang disimpan dalam lokap dan pembetulan lokaliti yang didakwa menyukarkan pengundi. "(Pengerusi SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof perlu bertanggungjawab bukan hanya kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, malah kepada seluruh rakyat Malaysia," kata Shamsul lagi. "Sejumlah RM400 juta duit pembayar cukai digunakan untuk mengendalikan PRU-13, merupakan tertinggi dalam sejarah dan tentunya rakyat Malaysia menuntut kepada satu penjelasan yang mengesankan dan bukan penafian semata-mata," katanya lagi. Sebelum itu, Kongres AMK dan Wanita yang dihadiri hampir 1,500 perwakilan, pemerhati dan jemputan khas itu dirasmikan secara serentak oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Sementara Kongres Nasional Keadilan Ke-9 yang sepatutnya diadakan pada penghujung tahun lepas pula akan dilangsungkan keesokkan hari di dewan sama. | ||||
AMK Gesa PR Asak ROS Luluskan Pendaftaran PR Posted: 24 May 2013 05:54 AM PDT PETALING JAYA, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa agar Pakatan Rakyat (PR) mengasak Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya segera meluluskan pendaftaran PR sebagai sebuah entiti. Ini kerana menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kegagalan berbuat demikian hanya menyukarkan untuk PR bergerak sebagai sebuah entiti sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. "Ia masih menunjukkan kelemahan PR untuk menjamin kesatuan dan kerjasama dalam memfokuskan sasaran dengan menumbangkan satu sahaja musuh; BN. "Sehubungan itu, sudah sampai masanya, bagi PR terus menggasak ROS bagi meluluskan PR sebagai sebuah entiti dengan fokus 'satu parti, satu bendera, satu pengerusi dan satu manifesto," ujar Shamsul dalam ucapan dasarnya dalam Kongres AMK di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini. Sebelum ini, PR mengemukakan permohonan pendaftarannya pada 2010 namun menghadapi halangan yang mana ROS mengkehendaki ia didaftar sebagai 'Pakatan Rakyat Malaysia'. ROS turut menolak pendaftaran PR dengan alasan Datuk Zaid Ibrahim yang ketika itu bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran tersebut sudah keluar dari PR. PR selepas itu memasukan pendaftaran baru dengan menamakan Datuk Kamaruddin Jaffar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja PR yang baru. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media pada 3 Januari lalu, sehingga kini RoS masih tidak memberikan sebarang jawapan terhadap permohonan tersebut. | ||||
Kerana ‘derhaka’,Afiq hilang tawaran Posted: 24 May 2013 05:48 AM PDT KL TODAY "Saya sekarang sudah tiada ada apa-apa lagi. Saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon. Bayaran saya disekat. Saya dah tak mampu nak bayar sewa rumah. Walaupun tidak ada kenyataan rasmi, tapi saya dengar yang saya dah kena banned dengan pihak stesen TV. Sekarang ni kalau saya pergi mana-mana orang jerit pada saya, "anak derhaka!".Orang panggil saya bangsat", itu luahan Afiq Muiz berterus terang memberitahu tentang hidupnya kini selepas isu pergaduhan antara dia dan ibunya tersebar sejak minggu lalu. Pemilik nama sebenar, Afiq Muiz Azman Shah, 21, ini ditemui dalam satu sidang media khas yang diadakan oleh pihak keluarga sebelah bapanya, bertempat di rumah neneknya di Keramat Tengah, petang semalam. Pelakon drama Mimpi Cinderella itu turut membuat penjelasan mengenai isu wang RM30,000 ekoran dakwaan dari ibunya mengatakan Afiq telah menghabiskan wang tersebut dalam masa sebulan. "Sekarang ni saya juga nak buktikan mengenai dakwaan ibu saya tentang duit sebanyak RM30, 000 itu. Dakwaan ibu saya tu tak benar. Sebenarnya duit tu saya guna untuk beli kelengkapan di rumah sewa saya. Saya keluar dari rumah ibunya kerana mahu hidup berdikari. Saya belanja sebanyak RM20,000 untuk rumah sewa saya. Ni antara resit-resitnya", kata Afiq sambil menunjukkan beberapa keping resit pembelian. . Jelasnya lagi, sejak kontroversi tersebut tercetus dia tidak pergi berjumpa ibunya untuk berbincang dan menyelesaikan masalah mereka. Namun ada beberapa kali dia menelefon ibunya, tetapi kata Afiq ibunya mengangkatpanggilan telefonnya. "Saya tak pergi jumpa ummi saya tapi saya ada telefon dia banyak kali. Tapi dia tak angkat", katanya. Dalam pada itu, Afiq turut menyatakan dia mahu ibunya membersihkan kembali namanya. Dek kerana kenyataan-kenyataan dari ibunya itu, kehidupannya kini terjejas dan reputasinya sebagai seorang artis semakin buruk. Kata Afiq, sebagai anak dia bersedia meminta maaf kepada ibunya. Namun sebelum dia meminta maaf, dia mahu ibunya menarik semula tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya. . "Satu Malaysia dah anggap saya anak derhaka. Saya bukan anak derhaka. Saya nak ummi saya tampil dan tarik semula kata-kata dia. Jika dia berbuat demikian, saya sedia maafkan dia", katanya sambil menahan sebak. Diharapkan Afiq dan ibunya menemui jalan pedamaian. Anak tetap pangkatnya anak. Dan syurga itu terletak dibawah kaki ibu. Dalam hal ni kami kira, Afiq tidak boleh terus dengan sikap egonya. Tidak salah jika Afiq beralah dan selesaikan persengketaan ini dengan cara rasional bukan emosional. Kalau itu boleh dilakukan Afiq, jangankan satu Malaysia, satu dunia pun akan menghormati tindakan Afiq. Tapi kalau masing-masing saling terus salah menyalahkan, ia tidak ke mana. Buatlah berapa kali sidang media pun, kami pihak media sekadar boleh melaporkan. Dan kami menjalankan tanggungjawab kami mengikut etika bukan menulis sesuka hati kami. Kalian anak beranak berbincang lah dan selesaikan hal ini secara elok. Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. | ||||
2 peserta buat laporan dakwa dipukul polis Posted: 24 May 2013 05:45 AM PDT Dua orang peserta program nyalaan lilin menyokong aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, membuat laporan hari ini mendakwa mereka dipukul oleh anggota polis pada malam tersebut. Chua Siaw Ping, 39, dan Teh Chia Lung 31, membuat laporan itu di balai polis Dang Wangi tengahari tadi. Kedua-duanya ditemani peguam G Manivannan yang juga ahli Parlimen PKR Kapar. Chua dan Teh adalah sebahagian daripada 18 orang yang ditahan pada hari Rabu lalu. Selain Chua dan Teh, seorang lagi peserta turut mendakwa dipukul polis. Menurut Manivannan, peserta tersebut dijangka membuat laporan esok. Ketika dihubungi Malaysiakini, Manivannan menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut dalam tempoh tujuh hari. Katanya, seorang peserta terbabit dapat mengenali dengan jelas wajah anggota polis yang didakwa memukulnya dan bersedia untuk membuat pengecaman. "Kita mahu siasatan dijalankan oleh pegawai khas dari Bukit Aman dan dilakukan dalam masa tujuh hari kerana salah seorang mangsa mengecam anggota polis yang memukulnya," katanya. Beliau turut menggesa Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat salah laku polis yang sekian lama tertangguh. | ||||
SPR tak akan layan debat dengan pembangkang Posted: 24 May 2013 05:44 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melayan gesaan parti pembangkang untuk berdebat mengenai proses pilihan raya umum ke-13 yang lepas. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini kerana tiada keperluan untuk berdebat memandangkan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen. "Sebenarnya kami tidak takut untuk berdebat dengan sesiapa kerana kami melaksanakan kerja bersandarkan pada undang-undang dan peraturan tetapi untuk apa SPR perlu bagi publisiti murahan kepada mereka? "Jika tidak puas hati failkan petisyen pilihan raya melalui saluran yang sahih, bukan dengan ke medan debat atau ke jalanan...SPR punya segala bukti tetapi kami perlu menghormati tempoh 21 hari petisyen," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Beliau berkata debat juga akan menyebabkan subjudis berlaku kerana pihak masing-masing tentunya akan berdebat perkara yang terkandung dalam hujah-hujah petisyen pilihan raya. "Pembangkang hendak sangat tunjukkan pada penyokong mereka kononnya mereka menang debat...dia berdebat nak cari publisiti, nak hujahkan perkara yang dia duk debat di jalan raya tu, walhal sekarang ini waktu petisyen pilihan raya, kita kena hormat undang-undang," katanya.- Bernama | ||||
PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi Posted: 24 May 2013 05:42 AM PDT PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan. Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan. Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang. Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini. | ||||
Zahid tak perlu panik - Mohamad Sabu Posted: 24 May 2013 03:33 AM PDT
Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis. "Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily. Zahid dilaporkan memberi kenyataan amaran kepada mereka yang berhasrat untuk menghadiri himpunan anjuran NGO esok. Katanya, pasukan polis akan mengambil tindakan tegas biarpun terpaksa "membayar dengan harga yang mahal". Sementara itu, Mohamad mengesahkan akan hadir esok sebagai peserta himpunan tersebut. | ||||
PAS sertai himpunan aman “SuaraRakyat 505” esok Posted: 24 May 2013 03:31 AM PDT
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. "PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam. Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing. Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan. Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan. Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim. Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok. "Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya. | ||||
KJ jawab tuduhan The Economist Posted: 24 May 2013 03:24 AM PDT Berikut adalah surat terbuka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin kepada sebuah media antarabangsa, The Economist bagi pihak kerajaan Malaysia bagi memberikan maklum balas berhubung liputan berita media terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. TUAN - Pilihan raya umum Malaysia telah berlangsung aman dengan catatan keluar mengundi terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah negara ini. Proses pilihan raya ini turut dipantau oleh badan bukan kerajaan (NGO) bebas yang telah menggesa semua pihak untuk menerima keputusan lalu. Namun, berbeza dengan laporan anda yang bertajuk("Tawdry victory", 11 May 2013) dan tuduhan oleh pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini tidak satu pun bukti untuk menyokong apa-apa tuntutan penipuan pilihan raya atau luar aturan. Dakwaan yang mengatakan terdapat warga asing yang telah dibayar sebagai "pengundi hantu" telah dibuktikan palsu apabila tidak ada satu pun kes yang direkodkan pada hari mengundi. Semua kertas undi telah disemak dan dikira di hadapan wakil-wakil dari semua parti yang bertanding. Jika terdapat mana-mana bukti penipuan, pihak kerajaan menggalakkan parti yang berkaitan untuk memfailkan petisyen di mahkamah bagi membolehkan proses pengadilan dilakukan. Bagaimanapun, Anwar menolak untuk menerima keputusan pilihan raya kerana mempunyai cita-cita peribadi sepanjang hayat beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Timbalan Presiden parti beliau sendiri dan rakan-rakan perundangan beliau turut telah menggesa beliau menerima keputusan itu. Mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua-ketua kerajaan negeri di mana mereka menang. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah tampil ke hadapan untuk perdamaian nasional. Beliau akan mengutamakan pembaharuan utama yang dijanjikan sebelum pilihan raya untuk memastikan Malaysia menjadi negara dibangunkan menjelang 2020 seiring dengan amalan demokrasi matang dan liberal. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Putrajaya, Malaysia Nota : The Economist merupakan media mingguan berbahasa Inggeris yang menerbitkan laporan mengenai hal ehwal antarabangsa yang memberi tumpuan kepada berita politik antarabangsa dan berita perniagaan dan pendapat dan dimiliki oleh akhbar The Economist Ltd yang beribupejabat di London. | ||||
Cadangan jadikan BN parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji, kata Muhyiddin Posted: 24 May 2013 03:22 AM PDT PHUKET— Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. "Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN. "Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik," katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas. Bercakap kepada pemberita di sini, Muhyiddin (gambar) berkata cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya. Beliau berkata walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika merasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera. "Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik," katanya. Sehubungan itu beliau mencadangkan sebuah makmal politik diadakan bagi mencerna idea tentang format baru BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan turut dilibatkan. "Bagi saya itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan. "Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat mungkin boleh panggil satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan," katanya. Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata: "di peringkat BN saya pun telah beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah dari yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan. Beliau berkata cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pengundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum. Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri berkata bedah siasat BN berhubung keputusan pilihan raya umum yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini. Muhyiddin berkata bagi memastikan analisis yang tepat, bebas dan telus pasukan itu dibentuk dari kalangan mereka daripada luar parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan asalkan berasas. "Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab kita menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan, dan lebih lanjut daripada itu adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan dan bagaimana kita menangani tempoh lima tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. — Bernama | ||||
Azmin : Kehadiran "Giant Killer", "Iron Lady" PKR kukuhkan agenda parti Posted: 24 May 2013 03:20 AM PDT PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan kehadiran kedua-dua "Giant Killer" dan "Iron Lady" akan memperkukuhkan agenda anak muda dan wanita di Dewan Rakyat pada penggal ini. Menurutnya, gabungan Ketua Pemuda AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka bakal menggegarkan perbahasan di Parlimen. "Kita baru pulang dari "medan perang". Alhamdulillah, semangat anak muda dan wanita terus membara dan istiqamah membawa panji PKR dan menyemarakkan semangat reformasi. "Saya yakin agenda anak muda dan wanita akan diperkukuh dalam Dewan Rakyat dengan terpilihnya Shamsul Iskandar dan Zuraida sebagai ahli parlimen bersama beberapa tokoh muda yang lain. " Inilah kali pertama Ketua AMK dan Ketua Wanita PKR akan bersama dalam Dewan Rakyat," katanya ketika berucapa pada perasmian Kongres Nasional PKR ke-9, di sini, hari ini. Dalam pada itu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu turut menunjukkan Selangor dimenangi oleh golongan muda seperti Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru), G. Manivannan (Ahli Parlimen Kapar) dan Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang). Mengulas lanjut perkara itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tenaga muda yang bertanding pada PRU13 lalu telah memberi corak baru dalam polar pengundian. Sehubungan itu katanya, kepimpinan parti perlu memberi peluang dan dorongan kepada golongan muda yang telah membuktikan kejayaan mereka pada PRU13, 5 Mei lalu. | ||||
PKR mahu konflik selepas pilihan raya dihentikan, akan mulakan dialog bi-partisan Posted: 24 May 2013 03:15 AM PDT TERKINI PETALING JAYA— Dikala pentadibiran Datuk Seri Najib Razak memulakan tindakan keras terhadap penyokong pembangkang yang membantah keputusan Pilihan Raya 2013, PKR dilihat memulakan langkah untuk menamatkan apa yang dikatakan sebagai "konflik dan pertelingkahan tiada penghujung."Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengatakan walaupun Pakatan Rakyat (PR) memenangi undi popular berbanding Barisan Nasional (BN), kepentingan rakyat harus didahulukan untuk membawa Malaysia terus kehadapan. "Jika kita mengaku ingin berkhidmat demi rakyat, patriotis dan mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak mengatasi kepentingan kelompok, maka kita perlu mencari titik temu atau common ground untuk membawa kemajuan politik di Malaysia," kata Azmin ketika merasmikan kongres nasional PKR bagi Angkatan Muda Keadilan dan Wanita di sini hari ini. "Pada waktu yang sama, kita bertanggungjawab tidak membiarkan suasana 51 - 47 merudum ke arah suasana buntu atau political impasse. Konflik dan pertelingkahan yang tiada penghujung," tambah beliau lagi. Menurut Azmin, semua pihak perlu menggembeling keberanian moral untuk memulakan dialog politik dan pengelibatan melangkaui perbezaan politik. Semalam, Ahli Parlimen Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga dibebaskan hari ini. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. Mendakwa pilihan raya dicurangi, PR setakat ini enggan untuk mengiktiraf keputusan Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan BN dan Najib mempertahankan kuasa akan tetapi dengan majoriti kurang. Gabungan dipimpinnya juga hilang undi popular menyebabkan ianya menjadi kerajaan minoriti. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan tindakan polis, mengatakan mereka mempunyai asas dan bukti kukuh untuk membuat penangkapan. Sebelum ini perhimpunan Black 505 diadakan di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah dimana ribuan engkar kepada arahan polis dengan memenuhi stadium dan tempat ceramah. Dalam Pilihan Raya 2013, BN mendapat 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi. BN turut hilang undi majoriti pertama kali semenjak tahun 1969. | ||||
Idris akan saman PKR berhubung dakwaan kurung 24 petugas SPR pada hari mengundi Posted: 24 May 2013 03:12 AM PDT "Saya sedang meneliti tuduhan mereka bersama peguam bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej saya selaku Anggota Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati. "Bila dibuat satu kenyataan awam tanpa bukti yang boleh mencemarkan nama baik saya dan parti, sudah pasti saya akan bertindak untuk menyaman mereka," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gong Nering, yang diadakan di Kampung Gong Guchil, Jerteh di sini hari ini. Idris berkata, beliau tidak mengetahui dari sumber mana mereka memperoleh berita tersebut yang disebarkan di laman sosial Facebook dan Blog Keadilan dan didedahkan setiausaha agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail yang dipetik dari Keadilan Daily. "Dakwaan itu tidak berasas kerana mana boleh petugas SPR dikurung ... Mereka perlu bertanggungjawab atas setiap tuduhan yang dibuat," katanya. Sementara itu ketika berucap di majlis berkenaan, Idris berkata Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang untuk melaksanakan janji-janjinya yang dibuat melalui manifesto Pilihan Raya baru-baru ini dan berharap Pakatan Rakyat tidak terus merosakkan keamanan di negara ini hanya semata-mata untuk memenuhi cita-cita Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. "Mungkin pada PRU13 baru-baru ini BN kalah dari segi perang siber tetapi dalam menentukan pemerintah negara BN telah berjaya. Oleh itu sebarang keputusan patut dihormati semua pihak," katanya. Pada PRU13 lalu, Idris menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi. — Bernama | ||||
Mahkamah tolak permohonan reman, Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebaskan Posted: 24 May 2013 03:06 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman. Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang. Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. "Kami puji majistret yang sangat berani. Seorang hakim yang berani telah mendengar hujah-hujah undang-undang dan membuat keputusan bahawa penahanan kami adalah tanpa asas," kata Chua semasa berjalan keluar daripada lokap dengan peguamnya, beliau merujuk kepada majistret Norashikin Sahat. "Sebab itu kami dibebaskan tanpa syarat" tambah naib presiden PKR tersebut semasa berjalan keluar, manakala Tamrin dan Haris terlebih dahulu keluar daripada lokap. Awal hari ini, sekumpulan kecil penyokong telah mengadakan bantahan kecil di luar lokap, melaungkan slogan dan menaikkan sepanduk menggesa pembebasan ketiga-tiga tahanan tersebut. Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang "kenyataan menghasut" yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan. Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Adam, 24, mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai. Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam. Walaupun ketiga-tiga mereka dibebaskan hari ini, Chua mendakwa mempunyai maklumat akan lebih ramai yang mungkin akan ditangkap selepas ini. "Dengan hujah yang sama, kami berharap bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan bukan sahaja hak individu, tetapi juga prinsip-prinsip asas undang-undang," kata Ahli Parlimen Batu itu yang lebih dikenali sebagai Tian Chua. | ||||
DAP kutuk tindakan polis terhadap Dr Chen Man Hin Posted: 24 May 2013 03:01 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP terkejut dan mengutuk tindakan polis membuka kertas siasatan terhadap Penasihat Kebangsaan DAP, Dr Chen Man Hin atas dakwaan bersubahat untuk melakukan gangguan awam apabila beliau menggunakan terma 'Malaysian Spring' tanpa sebarang niat berbahaya dalam email peribadi lebih satu tahun lalu. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, pihak polis mungkin tidak ada kerja lain selain menyiasat seorang doktor berusia 86 tahun yang juga bekas Ahli Parlimen mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah kononnya hendak berkomplot untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti yang terjadi dalam 'Arab Spring'. Katanya, siasatan polis jelas satu tindakan bertujuan untuk memangsa dan memburukkan pemimpin DAP dan kalau benar sekalipun dakwaan berkenaan, kenapa baru sekarang dan sudah lebih setahun baru hendak siasat. "Dengan menyoal Dr Chen Man Hin atas tuduhan tidak berasas ketika pemimpin Pro-BN dibenarkan membuat pembohongan yang menghasut dan Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah alat politik BN yang bukan sahaja mengamalkan 'double standard' malah memperlihatkan kebenciannya kepada majoriti rakyat yang memberi 51% undi kepada Pakatan Rakyat. "Tindakan itu memang mengarut dan melucukan, bukan saja membazir sumber polis, tenaga kerja dan masa kerana sepatutnya polis boleh digunakan untuk menumpukan terhadap memerangi jenayah," katanya. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mempertikaikan tindakan sesuka hati Ketua Polis Negara terhadap pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat walaupun tidak ada pun laporan polis dibuat setahun lalu, sedangkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang membuat kenyataan perkauman terhadap masyarakat Cina dan mahu merampas hak dan harta mereka tidak diambil tindakan. Menurutnya, Khalid sibuk bermain politik sehingga gagal menguruskan kadar jenayah yang semakin meningkat, termasuk saudara perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya dan saudara perempuan Khalid sendiri di Mantin menjadi mangsa jenayah pecah rumah. Sehubungan itu, beliau berkata, DAP menuntut jawapan penuh daripada Ketua Polis Negara yang baru menerangkan di Parlimen mengenai kegagalan profesional beliau memberi tumpuan membasmi jenayah tetapi sibuk melawan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas.-Roketkini.com | ||||
Lim Kit Siang sasaran seterusnya? Posted: 23 May 2013 08:49 PM PDT Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mungkin menjadi sasaran seterusnya operasi pihak polis ekoran kenyataan yang dibuatnya semasa berkempen yang meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum ke-13. Menurut Ahli Parlimen (MP) DAP Taiping, Nga Kor Ming, yang memberikan keterangan kepada pihak polis pagi ini, pegawai penyiasat mendedahkan bahawa Lim pula akan disoalsiasat selepas ini. Pegawai dari ibupejabat polis daerah Pontian, Johor datang ke Ipoh pagi ini untuk merakamkan kenyataan Nga di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dakwaan melakukan fitnah jenayah. "Laporan polis terhadap saya dibuat oleh polis Johor dan siasatan telah diarahkan oleh ketua jabatan siasatan jenayah negeri," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini selepas soalsiasat selama satu jam. Pihak polis telah menyiasat (kiri) ucapan Nga semasa ceramah pilihan raya di Pontian dan Gelang Patah yang memetik kenyataan Lim bahawa Pakatan akan memenangi pilihan raya umum dengan memperolehi 145 kerusi Parlimen. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 April, Lim mendakwa telah menerima maklumat bahawa bahagian perisikan di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan tidak menolak kemungkinan BN kalah dalam pilihan raya umum. Pihak polis telah menafikan dakwaan tersebut | ||||
Pasport latar putih dikuat kuasa Posted: 23 May 2013 08:44 PM PDT Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu akan pembaharuan polisi ini apabila tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat imigresen di Selangor mendapati masih ada yang bawa gambar pasport yang berlatar belakang biru. Menerusi portal Jabatan Imigresen memaklumkan pihak imigresen melaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Putrajaya, disusuli Selangor dan Kuala Lumpur. Ia akan di kuatkuasakan di Terengganu, Sabah dan Sarawak 27 Mei ini. Syarat baru itu memerlukan pemohon membawa dua keping gambar berukuran 35mm x 50 mm berlatar belakang putih. Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25 x 30 mm, manakala lebihan ruang bagi kepala dan bawah dagu berukuran 10 mm. Pemohon juga diminta memakai baju berwarna gelap dan menutup dada serta bahu. Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.imi.gov.my. | ||||
SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan Posted: 23 May 2013 08:38 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon. "Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. "Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas. "Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya. Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan. Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13. "Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan. "Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya. Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah. Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara. "Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. - Bernama | ||||
Zahid, Hentikan Tangkapan ‘Rakus’ Pemimpin Pakatan, NGO Posted: 23 May 2013 08:36 PM PDT Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato' Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu. Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah. AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya. Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini. Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak. AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini. Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan. Azmizam Zaman Huri Ketua AMK Selangor Naib Ketua AMK Malaysia
| ||||
[BERGAMBAR] 50,000 Berhimpun Di Blackout505 Kuala Ibai Terengganu Malam Tadi Posted: 23 May 2013 08:34 PM PDT Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu, dibanjiri puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa tua dan muda yang berbaju hitam sempena Perhimpunan Black out "505" Peringkat Negeri Terengganu. Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir. -omakkau | ||||
TINDAKAN KERAS: Tindakan Najib Menangkap Pemimpin PR Mungkin Membakar Dirinya Sendiri Posted: 23 May 2013 08:18 PM PDT Wong Choon Mei, Bob Kee, Malaysia Chronicle Dalam usaha menyekat pendapat awam yang semakin tidak menyebelahi pentadbirannya, Najib Razak telah memulakan tindakan keras terhadap lawan politiknya di pihak Pembangkang dan juga aktivis-aktivis masyarakat sivil pada hari Khamis di mana empat orang telahpun ditahan dan satu didakwa menghasut.. Samada tindakan melampau ini akan berjaya meredakan kemarahan rakyat terhadap tanggapan bahawa penyelewengan pilihanraya berlaku secara berleluasa yang juga telah mendapat perhatian kerajaan Amerika Syarikat masih menjadi tanda tanya. Kenyataan media daripada Rumah Putih yang mengucapkan tahniah kepada Najib setelah memenangi Pilihanraya 5 Mei yang penuh kontroversi ini juga menyatakan bahawa mereka "prihatin tentang dakwaan penyelewengan yang telah dilaporkan dan kami percaya bahawa ia amat penting supaya pihak berkuasa Malaysia menangani kebimbangan yang diketengahkan. Kami menanti hasil penyiasatan ini." Gerakan Black505 Melanda Nusa Teras Melayu Menjanakan Panik Umno-BN (UBN) yang dipimpin oleh Najib berjaya memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen Persekutuan manakala Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Anwar Ibrahim berjaya memenangi 89 kerusi. Namun demikian, Pakatan telah mendakwa bahawa terdapat penyelewengan di sekurang-kurangnya 27 buah kerusi dan menuntut supaya pemilihan semula dijalankan di kawasan-kawasan yang terbabit. Justeru itu, Anwar yang berumur 64 tahun telah memulakan kunjungan ke seluruh negara untuk meraih sokongan bagi rancangan beliau untuk mencabar keputusan Pilihanraya ke 13. Di setiap tempat yang beliau bersinggah, beliau disambut oleh berpuluh ribu warga setempat. Hentian yang akhir disinggah sebelum ini adalah Kota Sarang Semut di Kedah, sebuah kawasan teras Melayu yang tipikal. Sambutan hangat yang telah diberi oleh warga setempat yang lazimnya kaum Melayu untuk gerakan Black505 dengan memakai baju hitam sebagai tanda tidak puas hati dengan dakwaan penyelewengan pilihanraya sambil memanggil Najib untuk letak jawatan dan pentadbiran BN diganti oleh PR pastinya telah menggerunkan hati segenap pemimpin Umno, parti dominan di dalam gabungan UBN. Jadi tidak hairanlah tindak balas daripada pihak berkuasa UBN begitu pantas dan agresif berlaku pada hari Khamis, cuma beberapa jam sebelum sebuah lagi Himpunan Black505 dijadualkan untuk bermula di Kuala Terengganu, sebuah lagi kawasan teras Melayu. Anwar melalui sistem pesanan ringkas Twitter telah menyatakan: "The arrests of Tian, Tamrin and Haris shows how much under pressure this regime is" (Penahanan Tian (Chua), Tamrin (Ghafar) dan Haris (Ibrahim) menunjukkan betapa kuatnya tekanan yang dihadapi regim ini) Beliau juga menyatakan melalui Twitter: "Tonight #Black505 with DS. Anda semua dijemput hadir! #IniKalilah!" (Malam ini #Black505 bersama DS (Dato' Seri). Anda semua dijemput hadir! #IniKalilah!) Najib "Membunuh Diri" Dengan Lebih Pantas Ahli-ahli politik yang menjadi tahanan yang terkini ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Thamrin Ghafar, anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba, yang baru-baru ini telah meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Terdengar juga desas-desus yang Ahli Parlimen Serdang yang baru dipilih, Ong Kian Ming, mungkin akan ditahan selanjutnya. Pejabat Harakah, unit akhbar PAS, juga diserbu. Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi Parti KeADILan Rakyat menyatakan: "Kami mengutuk penahanan yang bersikap angkuh ini yang hanya menunjukkan satu lagi bukti bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih lagi terperangkap dengan dasar-dasar lapuk Umno-BN". Beberapa pemerhati politik berpendapat bahawa gerak balas Najib yang berpaksikan panik ini mungkin akan ada akibat yang negatif. Jikalau orang ramai masih turun padang beramai-ramai di dalam perhimpunan di Kuala Terengganu pada hari Khamis dan di Melaka pada hari Jumaat, ini akan mengukuhkan tanggapan bahawa Najib berada di ambang keruntuhan dan tidak dihiraukan oleh rakyat. Seorang pemerhati politik veteran memberi komen yang sinis dengan menyatakan: "Najib mungkin, oleh kerana panik, membuat keputusan yang berketerlaluan dan mengarahkan keganasan digunakan diatas rakyat biasa. Jikalau beliau berbuat begitu maka beliau akan "membunuh diri" dengan lebih pantas. Beliau akan memerangkapkan dirinya sendiri. Tindakan untuk mencabar dan memerangi rakyat sendiri adalah tindakan yang kurang bijak." Serbuan Tengah Hari Tian Chua ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang pada pukul 1 petang pada hari Khamis. Haris Ibrahim pula ditahan beberapa minit sebelum itu semasa beliau sedang makan tengah hari di Segambut. Tamrin Ghafar pula ditahan semasa beliau sedang makan tengah hari di Restoran Chawan di Bangsar pada lebih kurang pukul 2 petang. Aktivis mahasiswa, Adam Adli, yang ditahan dan direman selama 5 hari minggu lepas pula didakwa menghasut pagi tadi. Dia tidak mengaku salah dan dilepaskan dengan ikat jamin. Tian dan Tamrin juga dijangka akan didakwa menghasut. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Ku Chin Wah, mengesahkan bahawa kedua-dua mereka ditahan dan beliau akan mengadakan sesi penerangan untuk pihak media kemudian. Ku enggan memberi maklumat yang lebih tetapi kami mempercayai bahawa penahanan Tian dan Haris berkait dengan kandungan ucapan yang dibuat oleh mereka di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lepas. Mereka dilaporkan menyeru orang rami turun ke jalanraya untuk protes keputusan pilihanraya. Adam Adli pula didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di mana beliau dituduh menyeru rakyat Malaysia menggulingkan kerajaan Umno-BN untuk mengelakkan matinya demokrasi dibawah tindasan pemerintahan mereka. Pemilihan Pimpinan Umno: Muhyiddin Sedia Menyambar Gerak balas agresif Najib dan Menteri Dalam Negeri baru, Zahid Hamidi, sudah tentu akan menyebabkan lebih menularnya perasaan tidak puas hati terhadap mereka dan juga mungkin akan menyebabkan segelintir rakyat mengambil tindakan yang terburu-buru. Namun demikian, beberapa pemerhati berpendapat bahawa ini memanglah senario yang ingin dicetuskan Najib untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno yang kini diancam oleh timbalannya, Muhyiddin Yassin. Ibarat sambil menyelam meminumair, Najib akan memperolehi kelegaan yang segera dengan menakutkan orang ramai daripada mengambil bahagian di dalam Himpunan Black505 anjuran Pembangkang, dan jikalau benar-benar berlakunya huru-hara seperti rusuhan, partinya berkemungkinan besar akan mengekalkannya sebagai pemimpin sehingga ketidakstablan ini diatasi. Setakat ini, Anwar dan pemimpin-pemimpin PR yang lain telah memastikan bahawa orang ramai yang hadir di perhimpunan Black505 dipesan supaya tidak menimbulkan provokasi terhadap penyokong-penyokong BN apabila mereka bersurai. Pemimpin-pemimpin PR juga telah menjauhkan diri mereka daripada seruan beberapa kumpulan tertentu supaya demonstrasi jalanan dilangsungkan. Gentar Terhadap Gen-Y Apa yang jelas di dalam kesemua Himpunan Black505 setakat ini, golongan penyokong yang terbesar merupakan golongan yang dikenali sebagai Gen-Y, yakni rakyat muda yang berumur 20an dan 30an. Sebagai generasi yang mempunyai lebih peluang untuk pendidikan yang baik dan mendalami sikap kendiri yang kuat, mereka telah menyambut baik seruan Pembangkang untuk perubahan dengan penuh keghairahan. Jadi tidak hairanlah bahawa orang yang ulung sekali ditahan oleh pentadbiran Najib adalah Adam, seorang anak muda dan ketua mahasiswa yang popular dan menonjolkan. Adam yang telah direman selama 5 hari hanya dibenarkan berjumpa dengan ayahnya selepas rundingan bertubi-tubi daripada pihak peguamnya dan tekanan daripada media. Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai. Adam diwakili peguam Datuk S Ambiga dan N Surendran manakala pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwaraya Abarzafee Mohd Abbas. Dakwaan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan membawa hukuman penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan denda maksima sebanyak RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali. Pihak pembelaan merancang untuk memfailkan permohonan untuk membatalkan kes berkenaan dengan menyebut pendakwaan terpilih dan mala fide (niat buruk) di dalam penyiasatan pihak polis. | ||||
'Tiada dalam perlembagaan, hapus istilah Cina, India' Posted: 23 May 2013 08:10 PM PDT MALAYSIA KINI Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah". Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik. Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat. Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum. Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit. Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu. Di bawah ini bahagian terakhir daripada tiga bahagian: Ini soal jawab yang saya masukkan di sini. Soal jawab, saya menyoal, saya menjawab. Pertama, bolehkah seorang bukan Melayu menjadi perdana menteri? Kalau mengikut perlembagaan, yang dipertuan Agong mesti melantik seorang perdana menteri yang mendapat majoriti, walaupun satu di Dewan Rakyat. Habis. Cuma dia kata di situ, seorang warganegara melalui naturalisation or registration tidak boleh jadi perdana menteri. Iaitu, orang yang jadi rakyat kerana telah tinggal di sini selama 10 tahun ataupun mereka yang menjadi rakyat kerana menjadikan Malaysia ini my second home. Orang ini tidak boleh, itu saja. Tidak ada disebut tentang Melayu-Islam. Tetapi mengikut amalan demokrasi, oleh kerana negara ini negara Islam, jadi tentunya yang Di-Pertuan Agong tadi, bila lantik seorang perdana menteri, bukan saja kriterianya dia mendapat majoriti, tetapi termasuklah dia sebagai wakil negara hendaklah seorang yang Islam dan orang Melayu. Bagaimana? Bolehkah seorang bukan Melayu menjadi menteri besar atau ketua menteri? Ini berlaku, ya. Peruntukan perlembagaan negeri menyatakan begini, peruntukan perlembagaan negeri, sembilan negeri Melayu menyatakan begini, raja atau sultan hendaklah melantik seorang menteri besar atau ketua menteri, seorang yang mendapat suara majoriti, (walaupun) satu lebih di Dewan Undangan Negeri. Kedua, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Ketiga, syarat kedua-dua ini, raja boleh melonggarkan mengikut budi bicaranya - melonggarkan syarat kedua ini bagi menepati syarat yang pertama. Maknanya begini, siapa yang dapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri itu, maka dialah yang menjadi menteri besar. Kalau DAP mendapat majoriti, maka orang Cinalah yang menjadi menteri besar. Tetapi (syarat) kedua kata, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Maka yang pertama tadi, dah tak jadi dah. (Syarat) ketiga kata, syarat kedua ini boleh dilonggarkan bagi menepati syarat pertama. Syarat kedua Melayu-Islam itu boleh diketepikan supaya siapa dapat majoriti dialah yang menjadi menteri besar dan letua menteri. Macam mana? Kalau tidak boleh, maka pindalah perlembagaan negeri itu dengan sokongan 2/3. Di Melaka sekarang ini, di Pahang, di mana (BN) dapat 2/3 ini, masukkan klausa di situ, Melayu-Islam, tidak ada yang ketiga itu. Saya tanya seterusnya, bolehkah Brunei dan Singapura masuk Malaysia? Jawabnya, Parlimen boleh dengan undang-undang, membawa masuk mana-mana negeri - Brunei, Singapura - dan mana-mana (negeri) ke dalam Malaysia ini dengan suara majoriti sahaja. Satu undi lebih, cukup, boleh bawa Singapura masuk ke Malaysia ini. Tidak payah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Tetapi kalau ubah sempadan mana-mana negeri, maka negeri berkenaan kena (dapat persetujuan).... Perubahan sempadan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan raja. Tetapi hendak bawa masuk Singapura ke Malaysia ini dia perlukan hanya akta Parlimen yang mengatakan membawa masuk Singapura ke Malaysia, dengan satu suara majoriti, maka masuklah Singapura ke Malaysia. Bayangkan akibatnya. Ini agenda yang saya katakan pengkhianatan itu, termasuklah agenda membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia. Sebab itu kalimah Allah dicampakkan supaya orang PAS dan Umno, orang Melayu berpecah belah. Matlamat akhirnya ialah menawan hati orang Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Nampak tidak telunjuknya ke mana? Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan "Cina", kita hapuskan "India" oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi. Maka kita letakkan, istilah: "orang Melayu" (dan) "bukan Melayu" (atau) istilah "Masyarakat Pribumi" (dan) "Masyarakat bukan Pribumi". Gunakan mana yang berkenaan. Maka tidak ada lagi (istilah) "Cina" (dan) "India".... Kalau dikatakan "Malaysian Chinese", dia Cina dulu, "Malaysian" ini jadi adjective. Barack Obama selalu mengatakan: "I am an African American". American itu yang asas dia. African itu adjective dia. Kita tidak, terbalik. I am a Chinese first, Malaysian second. Kenapa kita tak peka dengan istilah macam itu? Akhir sekali, ini saya katakan dengan suara yang lantang dan hati yang ikhlas. Kita hapuskan rasuah di kalangan orang Melayu sendiri. Bermula dari orang politik sampai pegawai kerajaan. Kalau orang Melayu rasuah, tiada lagi maruah kita.... Oleh kerana apa, kita dengar di sana orang Melayu boleh dibeli dengan sebatang rokok. Tidak malukah kita? Jadi, jangan sekali-kali kita rasuah. Itu pertama. Yang kedua, undang-undang negara ini kita laksanakan tanpa belas kasihan. Yang salah tetap salah.... Belas kasihan atau sebagainya, itu kerja hakim. Kerja penguatkuasa undang-undang ialah undang-undang dibuat supaya semua mematuhinya. (Kalau) tidak patuh, ambil tindakan. Dan saya percaya orang yang degil hendak langgar undang-undang ini bukan orang Melayu. Bukan. Orang Melayu ini patuh kepada undang-undang. Sebab itu, kalau saya ambil contoh, kita ada undang-undang hasutan tetapi tidak ada seorang pun yang didakwa. Kalau ambil contoh apa yang berlaku sekarang ini, banyak yang bertentangan dengan perlembagaan, dengan undang-undang, tetapi tidak diambil tindakan. Sebab itulah saya katakan, orang lain takut kalau orang Melayu tidak rasuah. Orang lain takut kalau undang-undang ini dikuatkuasa sepenuhnya oleh kerana mereka selalu ikut jalan pintas, ikut jalan belakang. Jadi segala rasuah itu menggadaikan negara, menjatuhkan maruah bangsa. Banyak lagi, tetapi dalam masa terhad ini, sekadar itu saja. Bahagian I: 'Pengkhianatan orang Cina itu benar'Bahagian II: 'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar' |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan