Isnin, 20 Mei 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkena Lagi! GST Menghantui Rakyat!

Posted: 20 May 2013 05:19 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/960197_659688210715051_1837675612_n.jpg

terima kasih pengundi BN!

Tuan Ibrahim Melawat Ustaz Azizan

Posted: 20 May 2013 05:13 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/960263_578014345572243_120001714_n.jpg

Berbual dengan isteri Ustaz Azizan sebentar tadi.

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

Posted: 20 May 2013 04:17 AM PDT


Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.

Wakil BBC Kelantan Mengunjungi Menteri Besar Kelantan

Posted: 19 May 2013 10:08 PM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/264556_591061407584328_995078114_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/969682_591061320917670_269041989_n.jpg

Ustaz Zamri Zainal Abidin Apa isu yang dibincangkan itu? Bagilah hint sikit.


Mohamad Zaki Ibrahim Cadangan dan pengesyoran bagi menambahbaik lagi pentadbiran kerajaan negeri..

Ustaz Zamri Zainal Abidin Masya Allah, pastinya yang terbaik dicadangkan oleh orang-orang lama dalam pentadbiran Membangun Bersama Islam. Rakyat menanti dengan penuh harapan.

Perkara Tersirat Di Sebalik Perlantikan TS Khalid Sebagai MB

Posted: 19 May 2013 06:33 PM PDT

PERKARA TERSIRAT DI SEBALIK PERLANTIKAN TAN SRI KHALID SEBAGAI MB.

Al-hamdulillah, selesai sudah perlantikan MB dan sekarang akhbar cuba membuat telahan tentang bakal-bakal exco Selangor. Itu memang dah kerja wartawan. Saya no komen.

Apa yang saya mahu coretkan di sini ialah perlantikan MB daripada PKR bukan PAS sedangkan kerusi PAS lebih banyak daripada PKR. Perlantikan ini adalah hasil ketegasan Tuan Guru Presiden. Saya melihat perlantikan semula Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) disebabkan rekod pentadbiran dan cara pengurusan beliau berkaitan pengurusan kepentingan awam di Selangor adalah memuaskan. TSKI juga sememangnya di kenali sebagai orang yang 'very particular' yang menyebabkan orang-orang yang 'tamak' susah nak 'makan'. Ianya sifat yang baik bagi seorang pengurus harta serta kepentingan awam.

Saya bercakap 3 hari lepas dengan orang yang rapat dengan TSKI perihal permohonan penukaran bas lama kepada bas baru untuk orang ramai. Sebelum TSKI meluluskannya, beliau bertanya detail berkenaan berapa kalikah bas tersebut rosak dalam tempoh sebulan, berapakah kos membaikpulih dan lain-lain. Selepas beliau berpuas hati, barulah beliau meluluskannnya. Sifat berhalus ini boleh menjadi penyelamat kepada kewangan dan khazanah Selangor. Oleh itu, Selangor boleh menyimpan reserve yang banyak.

Saya melihat, mungkin atas faktor itulah Tuan Guru Presiden melihat TSKI adalah orang yang layak untuk terus menerajui Selangor. Sekalipun beberapa pimpinan utama PKR dilihat agak tidak bersetuju, tetapi mereka terpaksa akur kepada keputusan PAS, kerana PAS adalah lebih majority daripada PKR. Ada yang berkata, PAS mendapat majoriti ini adalah antara gara-gara DUN Kota Damansara.

Perkara tersirat yang tenggelam daripada ulasan orang ramai ialah, jiwa besar Tuan Guru Presiden memperlihatkan keterbukaan beliau melantik TSKI sekalipun beliau daripada PKR. Jika dibandingkan dengan isu pertindanan kerusi, ada yang mengambil peluang untuk menjatuhkan kredibility dengan menuduh Tuan Guru Presiden sebagai tamakkan kerusi dan pelbagai tohmahan jahat. Walhal tindakan itu adalah untuk menjaga prinsip dan hak parti serta masa depan kemenagan bagi mengelakkan peristiwa lompat parti daripada berulang.

Tetapi perlantikan Tan Sri Khalid ini jelas membuktikan bahawa tindakan presiden itu bukan mempunyai agenda mengenepikan parti yang lain atau tamakkan kerusi, tetapi demi kepentingan orang ramai dan sekaligus membuktikan pengfitnah-pengfitnah terhadap presiden adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Ustaz Zaharudin Muhammad.

Tiada ulasan: