Sabtu, 18 Mei 2013

Biaqpila

Biaqpila


BOLEHKAH FIKIRAN DILIWAT?

Posted: 18 May 2013 06:31 AM PDT

DEY MACHA!!!
HANYA AHMAD MASLAN
YANG TAU PIKIRAN BOLEH DILIWAT
SATU LAGI PROJEK TRANSPORNOSI UMNGOK
KAH! KAH! KAH!

ADAM ADLI DITAHAN POLIS

Posted: 18 May 2013 03:30 AM PDT



SHAH ALAM - Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.

Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu.

SH

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

AMALAN MEMBODEK GUNA DUIT PEMBAYAR CUKAI

Posted: 17 May 2013 07:00 PM PDT



Syarikat kerajaan mengalu-alukan pelantikan Kabinet dengan iklan muka penuh mengundang kritikan.

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan The Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.

Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.

Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.


Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.

"Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek," kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.

"Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum."

SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.

Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan iklan tersebut sebagai "pembaziran" wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.

"Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik.

"Ia melambangkan jenis politik fiefdom dan obsesi dengan pendekatan perhubungan awam yang menjadi begitu berleluasa di bawah Najib tetapi tidak memberikan apa-apa kesan," katanya kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Sumber parti mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

"Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi, kurang tujuh berbanding apa yang mereka perolehi semasa Pilihan Raya 2008. Gabungan pemerintah itu juga buat pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, mendapat 48 peratus berbanding PR 52 peratus.

Gabungan itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang gagal untuk mencapai sasaran Pilihan Raya 2013, mengatakan mereka masih lagi menguasai Putrajaya dan merampas semula Kedah.

Mereka juga mengatakan berjaya mempertahankan Perak dari dirampas PR, salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum ke 12.

TMI


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Adun Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut

Posted: 17 May 2013 04:24 PM PDT


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.

Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini," kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Abdul Malik memerintahkan Shuhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Abdul Malik meluluskan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenakan pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baharu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Dis 2010.

Shuhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pada 1 April 2011, beliau memfail notis usul di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memohon mengetepikan tuduhan menghasut itu dengan memberi alasan Akta Hasutan yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya, tidak sah di sisi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Pada 26 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Shuhaimi untuk mengetepikan tuduhan berkenaan.

Susulan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.- Bernama

SH


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Tiada ulasan: