Sabtu, 18 Mei 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apa yang perlu dilakukan dengan Husam?

Posted: 18 May 2013 10:29 AM PDT

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan dan kepimpinan pusat PAS sedang mempertimbangkan cara-cara menjaga kerjaya politik naib presiden parti , Husam Musa terus hidup tanpa menyinggung pihak istana. 

Sumber PAS memberitahu bahawa beberapa cadangan telah dibincangkan. 

Antara cadangan yang paling berdaya maju, mereka berkata, adalah untuk melantik beliau sebagai penasihat kepada pasukan petugas ekonomi Kelantan, yang diketuai oleh Menteri Besar Ahmad Yacob. 

Pada masa yang sama, mereka berkata, usaha-usaha sedang dibuat untuk mengeluarkan Husam daripada senarai hitam Sultan. 

Husam, 54, juga dianggap dalam PAS dan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat sebagai teknokrat berbakat dan pemikir. 

Ketidak puasan hati Sultan terhadannya menjadi jelas minggu lalu apabila nama Husam dipotong dari senarai cadangan exco negeri yang dikemukakan Ahmad untuk persetujuan diraja. 

Dalam satu kenyataan akhbar rasminya mengenai isu ini, Husam minggu lalu menafikan bahawa dia mempunyai "masalah" dengan istana, menggambarkan Sultan Muhammad V sebagai pemerintah adil. 

Walau bagaimanapun, menurut sumber-sumber, rakan politik Husam sedang berusaha untuk memuaskan hati Sultan. 

Tanpa memberikan butiran, sumber itu berkata orang Husam ini telah menghantar "risikan dan bisikan" untuk kedua-dua pihak istana dan kepimpinan PAS.

 'Apa yang tidak berpuas hati?'

Walau bagaimanapun satu lagi sumber yang rapat dengan Husam memberitahu  bahawa tidak ada bukti bahawa nama Husam ada dalam senarai yang dikemukakan oleh pihak berkenaan kepada Sultan pada awalnya. 

 "Di mana surat yang menunjukkan Sultan tidak bersetuju dengan pencalonan Husam ini? 

Kami (penyokong Husam dalam parti) telah meminta pemimpin dari kepimpinan parti tetapi tiada apa yang telah dikeluarkan setakat ini," kata sumber itu. 

 Sumber itu juga berkata bahawa ini adalah suatu komplot dalaman parti meminggirkan Husam dan tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan istana. 

Husam, yang memenangi kerusi DUN Salor tetapi gagal dalam cubaan beliau untuk kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum baru-baru ini, juga sedang mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan beliau dalam PAS pada konvensyen parti bulan Disember, di mana pemilihan parti akan diadakan. 

Ketua strategi

Husam sering digambarkan sebagai "anak angkat politik" Mursyidul 'Am PAS , Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Beliau pernah berkhidmat sebagai exco negeri di dua pentadbiran sebelumnya dan dilihat sebagai arkitek di belakang kenaikan nasib ekonomi Kelantan serta strategi ketua di sebalik kejayaan pilihan raya PAS di negeri ini pada tahun 2008. 

 Beberapa penganalisis politik berkata populariti Husam adalah dalam bahaya dan semakin pudar bila Nik Abdul Aziz telah memutuskan untuk mengambil tempat duduk dibelakang dalam politik.SUMBER

Islam gagal di bela dibawah kerajaan Barisan Nasional ~ Aktivis Umno sendiri turut teraniaya !

Posted: 18 May 2013 05:00 AM PDT

Ridzuan, seorang aktivis Umno bersama anak perempuannya 
sayu kerana gagal mendapat pembelaan Islam yg sewajarnya...
 
Saya sangat berharap, agar macai-macai Umno yang begitu lantang mencaci hamun DAP sebagai kafir harbi , sebaliknya mendabik dada sebagai pejuang Islam supaya sama-sama memikirkan permasalahan realiti negara kita berhubung maruah dan kesucian agama Islam kita ini. 

Apa benarkah Islam terbela dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional hari ini seperti mana yang digembar-gemburkan? 

Mana Hasang Ali yang begitu lantang pasal kristianisasi itu? Zulkifli Kulum yang tak kurang lantangnya mengenai kristianisasi. Malaon-malaon ini semua senyap sepi bila terang-terang anak-anak orang Islam dimurtadkan! 

Mana itu Jamik Khir? Misai saja yang garang melintang,tapi bila Mahkamah Syariah diperkotak-katikan, sembunyi muka dalam seluar dalam Rosmah tak muncul-muncul! Korang semua tu adalah 'Kimek!' Termasuklah Ibrahim Ali katak sekali tuh!
Apa yang nak aku ceritakan disini ialah mengenai orang kuat BN dan merupakan aktivis Umno macam korang juga.

Beliau merupakan Pengerusi IKHLAS yang sering menghentam BERSIH. Beliaulah orang yang ingin buat protest di depan rumah Ambiga, tetapi gagal.


Beliau bergiat sebagai aktivist untuk Umno dan khabarnya kerana nak cari makan untuk semangkuk nasi, maka terpaksa tukar nama dari K Patmanathan ke Muhammad Ridzuan Abdullah (gambar atas).

Korang boleh tengok klip videonya di siniTak kiralah sejauh mana keikhlasannya memeluk Islam, itu soal dia dengan Allah.

Tapi dia telah memeluk Islam pada April 2009. Beliau kemudiannya telah mengislamkan 3 anaknya tanpa keizinan isterinya yang beragama Hindu, Indira.
K. Patmanathan menukar nama kepada Muhammad Ridzuan setelah memeluk Islam pada April 2009. Beliau kemudiannya telah mengislamkan 3 anaknya tanpa keizinan isterinya yang beragama Hindu, Indira. 

Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah telah memberikan hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14, serta Prasana Diksa (Ummu Habibah), empat tahun kepada Muhammad Ridzuan Tetapi pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh telah meng 'overul' perintah Mahkamah Syariah tersebut lalu memberikan hak penjagaan kanak-kanak yang telah memeluk Islam itu kepada ibu yang beragama Hindu itu. 

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhammad Ridzuan dengan membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada bekas isterinya yang bukan Islam walaupun Panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria seorang Melayu Islam. 

Hakim Negara bersama panel hakim yang majoritinya Melayu beragama Islam ~ Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah redha kanak-kanak yang baru memeluk Islam itu mustad kembali kepada agama asalnya.

Adapun hakim lain, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha , itu aku tak kisahlah.Mereka bukan dari kalangan Melayu atau Islam.

Pesanan Ikhlas Untuk Ketua Polis Yang Baru ....

Posted: 18 May 2013 12:00 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kata, "Tan Sri Khalid boleh menjadi ketua polis negara yang lebih teruk daripada pendahulunya, kecuali jika beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik BN," katanya. 

Ketua Polis Negara yang mana satu yang dimaksudkannya itu? Adakah beliau maksudkan Tan Sri Ismail Omar yang baru bersara itu, atau Tan Sri Musa Hassan yang sebelumnya itu, atau Tan Sri Rahim Noor yang debik mata Anwar Ibrahim dulu tu ker?


Aku konfius sikit sebab kesemua bekas KPN tu teruk-teruk belaka. Walau apa pun jika KPN yang baru ni tidak mahu tersenarai nama dalam klik mereka itu, sila baca pesanan ikhlas Lim Guan Eng di sini

Hamidah Tengin ...Mana pergi pejuang Islam Umno/BN ?

Posted: 17 May 2013 06:22 PM PDT

Satu perhimpunan aman telah diadakan di perkarangan 
Masjid Negeri Ipoh, Perak selepas solat Jumaat kelmarin. 
 
Menurut apa yang dilaporkan oleh Faeez Azhar, wartawan sambilan harkah Ipoh,  "Puluhan umat Islam berkumpul di Masjid negeri menunjukkan bantahan keputusan mahkamah tinggi membatalkan pengislaman anak Ridzuan." 

Kenapa hanya puluhan sahaja jumlahnya? Walhal, tentu ribuan yang hadir untuk solat Jumaat pada hari itu kan?


Apakah Ummat Islam dinegara ini sudah hilang sensetivitinya terhadap agamanya? 

Sewaktu kempen pilihanraya ke-13 yang baru lalu, macam nak rak, Umno/Barisan Nasional mendabik dada konon memperjuangkan Islam... 

Hamidah Samseng, bekas Adun Sungai Rapat yang tengin dan kecundang dek penangan Radzi Zainon, punyalah menggila ngaku sebagai pejuang sekolah agama rakyat kat Pengakalan Pegoh yang sebuah tu... 


Siap upah budak-budak pakai baju T-murah dengan tulisan "Pertahankan Kalimah Allah" .....Arrgghh Tui - bio lekat kat dahi Hamidah, kahak hijau aku tu! 

Mungkin ramai yang tidak tahu cerita yang sebenarnya. Saya pun hairan, berita yang memilukan nasib seorang yang baru memeluk Islam tidak tersiar secara meluas di dada-dada akhbar perdana.Jauh sekali nak keluar tevee ...

Menurut maklumat Faeez lagi, perbicaraan kes Muhammad Ridzuan ini akan di dengar lagi di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 28 Mei 2013 ini. 

Harap orang ramai akan memberi sokongan moral terhadap kes tersebut dengan melapangkan masa untuk hadir bersama pada masa tersebut.Tunjukanlah solidariti ummat Islam dalam isu tersebut agar kemulian Islam tetap utuh dan dimertabatkan.

Berita yang lalu mengenainya :


PUTRAJAYA - Seorang guru tadika memperoleh hak penjagaan terhadap tiga anaknya yang diislamkan bekas suaminya. 
Ini kerana Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, kehabisan peluang untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan anak-anaknya kepada M.Indira Gandhi, 37, yang beragama Hindu. 

Panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan, 43, untuk mendapatkan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan. 

Muhammad Ridzuan mengemukakan permohonan itu setelah rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 April lepas berikutan kegagalan memfailkan rekod rayuan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhammad Ridzuan selepas berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberi pelanjutan masa kepadanya bagi memfailkan rekod rayuan. 

Muhammad Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac 2010 dan dikehendaki memfail rekod rayuan dalam tempoh lapan minggu mulai tarikh beliau memfailkan notis rayuan, namun peguam yang mewakilinya sebelum ini tidak berbuat demikian. 

Rekod rayuan berkenaan difailkan setahun kemudian. Pada prosiding hari ini, Hakim Arifin memerintahkan Muhammad Ridzuan membayar RM10,000 sebagai kos guaman. 

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. 

Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14, serta Prasana Diksa (Ummu Habibah), empat tahun kepada Indira, dan membenarkan Muhammad Ridzuan melawat anak-anaknya sekali seminggu. 

Mahkamah itu juga memerintahkan agar Prasana Diksa, yang tinggal bersama Muhammad Ridzuan, dikembalikan kepada Indira manakala dua lagi anak mereka, yang tinggal bersama Indira, terus tinggal bersama ibu mereka (Indira). 

Muhammad Ridzuan memeluk Islam pada April 2009 dan mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan Indira. 

Pada 24 April 2009, Indira memperoleh hak penjagaan sementara terhadap anak-anaknya daripada Mahkamah Tinggi Ipoh. 

Pada 29 Oktober tahun sama, Muhammad Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah. 

K.Shanmuga, antara peguam yang mewakili Indira, memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan esok untuk menyebut permohonan semakan semula kehakiman Indira bagi mengetepikan sijil pertukaran agama anak-anaknya. 

Peguam itu berkata, satu prosiding menghina mahkamah terhadap Muhammad Ridzuan akan dimulakan berikutan kegagalannya mematuhi perintah Mahkamah Tinggi agar Prasana Diksa dipulangkan kepada Indira. - Bernama

Tiada ulasan: