Sabtu, 18 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Impian Najib Tawan Selangor Berkecai, Kisah Musang Yang Gagal Makan Anggur

Posted: 18 May 2013 06:41 AM PDT


KELAB GREENBOC

Akhirnya BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Lebih pahit lagi, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat, demikian lapor harakahdaily.

Pemerhati berpendapat, Najib telah benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh Omar yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Turut diketepikan ialah Kordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengiklankan "Sayangi Selangor" yang dipasang pada stesen dan gerabak sistem keretapi komuter di Lembah Klang. Mohd Zin kecundang di parlimen Sepang di tangan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin dengan majoriti 1,104 undi.

Kisah Najib mengenepikan pemimpin-pemimpin UMNO/BN Selangor dari senarai kabinetnya yang terakhir itu adalah lambang kecewa beliau yang amat sangat kerana kegagalan untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Walaupun berita-berita yang dikeluarkan BERNAMA dan akhbar-akhbar pencacainya seperti Utusan dan NST cukup membodeknya dengan membuat laporan gila babi bahawa ribuan hadir di setiap perhimpunan UMNO BN di Selangor, rupa-rupanya, benarlah, Bermain Dengan Angka, Najib Dikencingkan Dengan Akhbar Media Perdana.

Kini Najib senyap seribu bahasa mengenai tawan Selangor.

Apabila melihat gelagat Najib itu, teringat kita tentang cerita zaman kanak-kanak dahulu tentang serigala dan anggur masam.

Sang serigala yang sangat kepingin memakan buah anggur telah terkial-kial melompat untuk mendapatkan buah anggur yang terlekat di atas pokok anggur tersebut.

Meskipun beberapa kali serigala malang itu cuba mendapatkan buah anggur tersebut tetapi usahanya gagal kerana lompatannya tidak cukup tinggi untuk mencapai anggur tersebut.

Akhirnya serigala malang tersebut dengan perasaan hampa berlalu pergi daripada pohon anggur tersebut sambil mengeluh saya bukan nak sangat makan anggur tersebut sebab anggur itu masam rasanya.

Anekdot di atas menjelaskan sikap Najib dan UMNO, tak dapat tawan Selangor, maka dicantasnya semua dari kabinet...


Kabinet Najib Bakal Tersungkur?

Posted: 18 May 2013 04:16 AM PDT

  

Oleh Shahbudin Husin

Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib.

Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS, Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan keputusan yang dibuat oleh PRS itu.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata, majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet berasaskan sumbangan enam kerusi Parlimen yang disumbangkan daripada 133 yang dimenangi oleh BN.

Berbanding MIC misalnya yang menang empat kerusi Parlimen tetapi diberikan dua jawatan menteri dan tiga timbalan menteri, pimpinan PRS merasakan pembahagian yang dilakukan oleh Najib sebagai tidak adil dan mereka berhak mendapat lebih daripada satu menteri dan satu timbalan menteri sepertimana yang diberikan oleh Najib.

Hanya bermula dengan tindakan Joseph Salang Gandum yang tidak puas hati kerana hanya diberikan jawatan timbalan sedangkan beliau mengharapkan diberi jawatan menteri, tindakan PRS ini bakal menimbulkan gelora yang lebih besar kepada Najib dan BN.

Walaupun bakal mengemukakan permintaan kepada Najib supaya diberikan keadilan, James Masing masih enggan memberitahu tindakan yang bakal diambil oleh PRS jika permintaan mereka gagal dipenuhi oleh Najib. Hakikatnya PRS sudah mula mengemukakan ugutan kepada Najib dan pilihan yang boleh diambilnya selepas itu tidaklah sukar difahami.

Dengan enam kerusi Parlimen yang dimilikinya, kuasa tawar-menawar yang dimiliki PRS bolehlah dikira bernilai tinggi.

Dalam masa yang sama sebuah lagi parti di Sarawak iaitu Parti Progresif Demokratik Sarawak atau SPDP turut meluahkan rasa tidak puas hati dalam pengagihan kerusi kabinet kali ini. Parti itu yang menang empat kerusi Parlimen dalam pilihanraya lalu, langsung tidak diberikan apa-apa jawatan oleh Najib.

Sumbangan empat kerusi Parlimen seolah-olah langsung tidak dihargai oleh Najib dan kini sudah timbul desakan agar parti itu menimbangkan kedudukannya dalam BN. Ia diakui oleh Setiausaha Agung parti itu sendiri. Ini kerana parti itu sebelum ini menjangkakan mereka sekurang-kurangnya akan ditawarkan satu jawatan menteri dan satu timbalan menteri atau dua jawatan timbalan menteri, lebih-lebih lagi salah seorang Ahli Parlimennya dari Bintulu, Tiong King Sing adalah juga Pengerusi BNBBC dan tokoh yang agak dikenali umum.

Sehingga ini dua parti dari Sarawak iaitu PRS dan SPDP dengan jumlah 10 kerusi Parlimen sudah secara terbuka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Najib berikutan perlantikan jawatan kabinet yang baru berusia tiga hari. Apakah selepas ini ada pihak-pihak lain lagi yang meluahkan perasaan yang sama? Atau mungkinkah kedudukan kabinet Najib terus bergoncang lagi?

Di Semenanjung pula, rasa tidak puas hati daripada kalangan UMNO terhadap kabinet Najib memang banyak kedengaran di mana-mana. Selain Kedah yang menyumbang 10 kerusi Parlimen tetapi hanya diberikan satu jawatan menteri dan dua timbalan menteri, di Selangor juga kedengaran nada yang sama berikutan ketiadaan langsung menteri daripada negeri itu, sebaliknya hanya seorang timbalan menteri saja iaitu Noriah Kasnon.

Beberapa perlantikan menteri dan timbalan menteri turut menjadi persoalan di kalangan rakyat dan ahli UMNO sendiri berikutan terdapat perlantikan yang dibuat Najib dilihat bukan berasaskan merit dan mahu melakukan peremajaan dalam parti sebaliknya lebih berasaskan balas budi semata-mata.

Perlantikan Shahidan Kassim dan Idris Jusoh sebagai menteri nyata menghalang proses peremajaan dan hasrat ingin memberi peluang kepada tokoh-tokoh muda kerana keduanya dianggap sebagai pemimpin kitar semula dan sudah berusia. Begitu juga Tajuddin Rahman sebagai timbalan menteri turut tidak memberi makna kepada peremajaan parti kerana jawatan itu sewajarnya diperuntukkan kepada tokoh-tokoh lain yang lebih muda.

Paul Low dari Transperancy International Malaysia pula dilantik sebagai menteri semata-mata kerana balas budi berikutan tindakannya membawa Najib menandatangi Ikrar Intergriti dipercayai telah melonjakkan keyakinan rakyat dan memberi kelebihan kepada Najib memenangi pilihanraya. Kerana beliau dianggap berbudi, maka ia dibalas dengan jawatan menteri walaupun seharusnya Najib membawa tokoh korporat atau profesional Cina yang lebih muda jika ingin memenangi hati pengundi Cina.

Begitu juga dengan perlantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy, sebuah NGO mirip Perkasa, sebagai timbalan menteri adalah juga kerana membalas budi berikutan sokongan terbukanya kepada BN menjelang pilihanraya lalu sambil menandatangi perjanjian bersama Najib mengenai kepentingan kaum India yang seharusnya mendapat pembelaan daripada kerajaan. Kerana Najib percaya sokongan Hindraf itu membukan laluan kepada sokongan pengundi India yang lebih ramai, maka beliau diberikan ganjaran timbalan menteri.

Perlantikan pemimpin Hindraf itu bukan saja mendapat bantahan daripada Pemuda MIC yang merasakan IPF lebih baik jika ingin diberikan jawatan itu, malah ia juga menyebabkan imej Najib dengan dasar 1Malaysianya telah ditenggelamkan oleh perbuatannya sendiri.

Belum pun seminggu usia kabinet yang dibentuk Najib, unsur-unsur penolakan sudah pun mula kelihatan. Bermula dengan PRS dan SPDP yang merangkumi 10 kerusi Parlimen, jika ia gagal ditangani dan ditambah pula dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO sendiri yang jelas rasa tidak puas hatinya di sana-sini, andai ia juga gagal dibendung, kebarangkalian untuk BN terus goyah dan tersungkur, tidak boleh dipandang mudah.

Jika ada diantara mereka ini memulakan langkah meninggalkan BN, yang lain hanya menunggu masa saja menuruti langkah yang sama.

Dengan PR mempunyai 89 kerusi Parlimen dan hanya kekurangan 23 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru, mereka yang tidak berpuas hati ini barangkali hanya menunggu lamaran dan jika hantarannya bersesuaian, mengapa tidak! Lagi pula, politik adalah seni yang serba mungkin. http://shahbudindotcom.blogspot.com/

DAP: Tangkap penjenayah, bukan pemimpin Pakatan

Posted: 18 May 2013 04:13 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Ketua polis negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti membuang persepsi negatif bahawa beliau mempolitikkan pasukan keselamatan demi kepentingan BN dengan menumpukan kepada usaha membanteras jenayah dan bukan mensasarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang dap special meeting 110313 lim guan engLim Guan Eng (kanan) berkata, Khalid mesti membuktikan ikrarnya untuk mengutamakan keselamatan rakyat dan mengembalikan persekitaran yang selamat untuk orang ramai.

"Ikrar tersebut pastinya akan diuji supaya tidak menjadi janji mulut semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan kejayaan menurunkan kadar jenayah di dalam negara," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, keselamatan awam antara isu pilihan raya umum yang menyaksikan rakyat meluahkan kebimbangan mereka terhadap peningkatan jenayah meski indeks jenayah menurun sebanyak 7.6 peratus dalam tahun 2012.

"Tan Sri Khalid boleh menjadi ketua polis negara yang lebih teruk daripada pendahulunya, kecuali jika beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik BN," katanya.

Menyantuni intelek generasi muda

Posted: 18 May 2013 04:09 AM PDT



 
ULASAN Memerhati senario pasca PRU ke-13, kata-kata negarawan aliran konservatif German, Otto Von Bismarck yang dipelajari sewaktu kuliah pertama politik antarabangsa di Universiti Malaya terus menerjah.

Pemimpin yang terkenal dengan diplomasi keseimbangan kuasa (balance-of-power) pernah berkata,"In politics, there are no permanent friends or foes, only permanent interests".

(Dalam kancah politik, kayu pengukur taulan dan lawan ditunjangi kepentingan.)

Sehingga kini kata-kata tersebut memberi dampak luar biasa dan menjadi pencetus perdebatan dalam kalangan rakan seangkatan, yang kini berlainan fahaman politik.

Ungkapan tersebut sering dilihat sebagai konotasi negatif kerana menjelmakan ajaran real politik Niccolo Machiavelli, bapa sains politik dunia Barat.

Namun jika diperhalusi, elemen keperluan, kepentingan, dan kehendak walaupun sering dipengaruhi evolusi zaman, masih menjadi nadi politik zaman moden, terutama dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Selepas rakyat memberikan mandat pada PRU ke-13, yang menang mahupun yang kalah, mungkin dalam keadaan sedar atau tidak menjaja alasan berbaur rasisme.

Tsunami Cina, tsunami rakyat


Selain frasa popular "matlamat menghalalkan cara" yang dijadikan retorik di gelanggang siasah, dan media massa sepanjang PRU ke-13, muncul frasa 'Tsunami Cina' yang dibalas dengan 'Tsunami Rakyat'.

Lebih menarik, rakyat yang berkuasa menentukan hala tuju negara, termasuk 2.3 juta pengundi baru, masyarakat Cina dan segelintir Melayu digelar tidak mengenang budi, terlalu emosi, silap percaturan memilih pemimpin, dan terpengaruh dengan pujuk rayu.

Dalam konteks negara bangsa Malaysia, sejak zaman pemerintahan British yang mengaplikasikan kaedah divide and rule atau pecah dan perintah, rakyat dibelenggu polemik kepentingan survival bangsa.

Meneliti salasilah sejarah, bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada awal 70-an, yang bertindak sebagai serampang dua mata untuk merapatkan jurang ekonomi dan mengeratkan integrasi, Dasar Pembangunan Nasional hingga ke Model Ekonomi Baharu, polemik tersebut masih berbekas dalam hati rakyat.

Walaupun pada asasnya, dasar yang dirangka kerajaan, bertujuan murni manambah baik status sosial dan ekonomi rakyat keseluruhan, sedikit sebanyak keyakinan dan keberanian bersaing dalam dunia tanpa sempadan masih menjadi tanda tanya.

Lantas, muncul golongan pertengahan terpelajar, middle class rata-rata di bandar yang bukan menyoal dasar, tetapi keberkesanaan, dan ketelusan aplikasi dasar.

Malah, golongan muda yang digelar "radikal" bertunjangkan kepentingan bersama, memilih haluan berbeza kerana mempunyai cara berbeza untuk merungkai belenggu tersebut.

Kalis api perkauman
Tuntasnya, generasi muda yang memilih untuk mendahulukan gelaran anak Malaysia (Malaysian) berbanding Melayu, Cina atau India tidak wajar dipalit gelaran Si Kitul atau didagang sebagai lupa daratan.

Apatah lagi, menggelarkan mereka tidak matang,dikuasai emosi atau terpengaruh dengan provokasi semata-mata. Mereka kekal menjunjung perlembagaan, bahasa Kebangsaan, agama rasmi dan menghargai perjuangan pemimpin lampau, di samping mengamalkan budaya warisan tersendiri.

Apa yang berbeza kini ialah ideosinkresi, memahami hak memilih, bersuara, berekspresi dan menilai amalan demokrasi.

Anak muda yang merantau jauh ke negara maju dan mundur, mengenali masyarakat kapitalis dan komunis, menganalisa hujah Socrates, Aristotle dan Plato tidak juga terkecuali mendalami falsafah Ibnu Khaldun, Ibnu Sina dan Al-Farabi.

Hasilnya, mereka kalis api perkauman, menjauhi gula-gula material dan mengiktiraf meritokrasi.

Maka rekonsiliasi nasional pasca PRU ke-13, jika benar diperlukan, wajar bermula dengan menyantuni intelek orang muda, perubahan pendekatan untuk memenuhi keperluan sebenar rakyat, kerana mandat diberikan oleh rakyat untuk rakyat.

MALARVILI MEGANATHAN bekas wartawan RTM, The Herald, Australia dan The Big Issue Afrika Selatan serta Graduan Pengajian Media dan Pengajian Strategik Antarabangsa Universiti Malaya.

Lantikan kabinet permulaan cetus kemelut baru MCA

Posted: 18 May 2013 04:07 AM PDT



ANALISIS Walaupun ketiadaan wakil MCA dalam kabinet baru sudahpun dijangka, tetapi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu, boleh menjadi permulaan tercetusnya kemelut baru dalam MCA.

Parti komponen BN yang berasaskan kaum Cina itu bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, tetapi hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN.

Ekoran kekalahan teruk itu, MCA mengumumkan ia akan berpegang kepada keputusannya untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan, selaras dengan resolusi parti itu dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 2011 dan 2012.

NONEBagaimanapun, ramai percaya bahawa MCA akan kembali menyertai kabinet jika Datuk Seri Chua Soi Lek (kanan dalam gambar) disingkirkan oleh pesaingnya, yang meletakkan punca kekalahan parti itu serta resolusi AGM tersebut di bahu presiden MCA itu.

Malah Najib sudah menjangka perkara itu dengan 'menyimpan' jawatan menteri pengangkutan untuk MCA. Buat masa ini jawatan itu dipangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga MCA menyelesaikan isu tersebut.

Ini dilihat sebagai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa MCA akan mengubah resolusi AGM itu.

MCA akan mengadakan pemilihan parti akhir tahun ini. Dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Ong Ka Chuan menang dalam PRU13, maka ketiga-tiga Ahli Parlimen boleh bergabung untuk mencabar kedudukan Chua.

Dalam temu bual dengan , ahli sains politik Phoon Wing Keong (kiri) berkata, jika Chua tetap bertegas supaya pemimpin parti itu menolak jawatan kerajaan, ia akan meningkatkan kemelut dalam parti itu.

"Saya percaya ahli Parlimen MCA yang lain tidak akan menerima ini. Jika Chua tetap bertegas, maka agenda utama bagi pemilihan parti itu ialah sama ada MCA perlu kembali kepada kabinet," katanya.

llg chinese forum 110511 phoon wing keongBagaimanapun, walaupun jika MCA kembali menyertai kabinet, tetapi ia tidak mungkin dapat mengekalkan jawatan empat menteri dan tujuh jawatan menteri dalam kabinet sebelumnya.

Dalam senarai kabinet baru yang diumumkan oleh Najib minggu ini, hanya satu jawatan menteri telah disimpan untuk MCA.

Cakap-cakap terbaru menunjukkan bahawa BN juga telah menyimpan satu atau dua jawatan timbalan menteri untuk parti berasaskan kaum Cina itu.

Siapa yang peduli?


Apa pun keputusannya, sama ada MCA menyertai semula kabinet atau tidak, ia  tidak lagi menjadi perkara yang merisaukan orang ramai, khususnya masyarakat Cina.

Phoon berkata kecuali bagi sesetengah persatuan atau syarikat
Cina, masyarakat Cina tidak gelisah dengan ketiadaan menteri MCA dalam kabinet.

"Orang ramai merasakan bahawa (jika ada) menteri Cina pun, (mereka) tidak akan dapat mengubah dasar-dasar kerajaan yang tidak adil.

"Tetapi bagi banyak persatuan dan syarikat Cina, mereka masih boleh mendapatkan beberapa sumber dari kementerian, seperti dana atau kemudahan lain," kata Phoon.

NONESeorang lagi pengulas, Tang Ah Chai (kanan) pula berkata, Najib mungkin mahu menyampaikan mesej - bahawa kerajaan BN boleh terus berfungsi walaupun tanpa MCA menjadi sebahagian daripada kerajaan.

"Jika kabinet baru dan kerajaan dapat fungsi dengan baik, maka masa depan MCA akan menjadi lebih tidak menentu kerana ia tidak lagi dilihat sebagai penting dalam parti pemerintah," kata Tang, yang juga ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala.

Kedah tak benar guna stadium untuk perhimpunan pembangkang

Posted: 18 May 2013 04:06 AM PDT



 
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
  
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
  
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
  
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
  
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
  
Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
  
Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
  
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan  di kalangan rakyat.
  
"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.
  
Dalam perkembangan lain, Mukhriz menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya yang juga timbalan menteri MITI..
  
"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.- Bernama

Anwar: 'Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?'

Posted: 18 May 2013 03:58 AM PDT

 


 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.

Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

black 505 rally seremban crowdMenteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu.

Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.

Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan.

Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat.

"Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat.

"(Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar.

Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.

Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular.

1. Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
2. Jangan 'liwat' akal sendiri, kata Ahmad Maslan

Kedah henti sementara pembalakan untuk kajian semula

Posted: 18 May 2013 03:56 AM PDT



 
Kerajaan Kedah akan menghentikan sementara semua aktiviti pembalakan di negeri itu supaya kajian semula dapat dilakukan bagi mengelakkan aktiviti itu memberi kesan kepada alam sekitar dan rakyat, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.
  
Katanya beliau telah menerima laporan dan aduan daripada masyarakat kampung bahawa aktiviti pembalakan yang sedang berlaku di kawasan mereka telah menjejaskan bekalan dan kualiti air di kampung mereka.
  
"Saya megesyorkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan buat seketika supaya kita dapat menyemak adakah laporan EIA (Kesan Penilaian Alam Sekitar) yang sepatutnya dilakukan di mana-mana kawasan pembalakan dilaksanakan dan apa yang disyorkan laporan EIA," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
  
Katanya beliau mahu memastikan bahawa setiap syarat yang dikenakan kepada mana-mana konsesi pembalakan dipatuhi oleh pihak-pihak terlibat.
  
"Sekiranya ada sebarang aduan yang berasaskan bukti menyatakan bahawa syarat-syarat tersebut walaupun sedikit yang tidak dipatuhi, saya tidak akan teragak-agak mengarahkan supaya aktiviti pembalakan dihentikan segera. Saya nak semak semula konsesi-konsesi ini. Kita bukan nak kacau rezeki orang. Saya nak pastikan kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan.
  
"Pada masa hadapan seboleh-bolehnya saya tak mahu keluarkan konsesi pembalakan lagi...saya ingat dah cukup. Kita kena cari sumber pendapatan lain untuk Kedah. Bagi saya pokok yang tegak berdiri lebih besar nilainya daripada pokok yang ditebang. Ada potensi dan peluang untuk industri pelancongan dan sebagainya," katanya.
  
Isu pembalakan tidak terkawal oleh kerajaan negeri sebelum ini merupakan satu isu yang membelenggu rakyat Kedah terutama di kawasan-kawasan terlibat.
  
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk Rektornya  Prof Datuk Dr Jamil Osman dalam usaha menyelesaikan masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.
  
Katanya beliau telah meminta Exco terlibat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain supaya memberikan perhatian mengenai masalah berkenaan.
  
"Beliau akan memberikan laporan yang lebih menyeluruh kepada saya untuk kita memutuskan hala tuju baru bagi Kuin. Kita juga berbincang dengan pihak lain yang terlibat dengan Kuin. Paling penting kita kena jaga kebajikan pelajar, kakitangan barulah pengurusan," katanya.

Kuin merupakan satu lagi masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Kakitangan Kuin berhadapan masalah dengan pihak pengurusan yang mereka dakwa melakukan penyelewangan termasuk gagal membayar caruman kepada pihak ketiga walaupun ada pemotongan dibuat dalam slip gaji mereka.
  
Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil. Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukar kehidupan para pelajar yang terpaksa berpindah randah.
  
"Jumlah RM46 juta setahun itu sebenarnya memberi kesan kepada rakyat. Bayangkan berapa banyak rumah untuk rakyat memerlukan yang boleh dibina dengan wang sebanyak RM46 juta itu," kata Mukhriz.  
- Bernama

Apabila pagar/tembok masjid 'ditiadakan'...

Posted: 18 May 2013 03:43 AM PDT


 




Oleh Lanh

TAHNIAH diucapkan kepada Ketua Menteri Melaka yang baru, Dato' Idris Haron. elayaknyalah sebagai orang muda yang baru-baru ini menyambut hari jadinya yang ke-47 tahun (beliau belajar setingkatan dengan salah seorang adik saya di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Sekolah Sains Ayer Keroh atau Mozac) Melaka, Idris mempunyai banyak idea untuk memajukan negeri Hang Tuah. 

Sehubungan itu diucapkan syabas kepadanya, namun diharapkan beliau tidak mengetepikan peribadi dan pandangan Dr Mohd Khalid Kassim (seorang pesara timbalan pengarah Hospital Melaka, berusia 63 tahun yang boleh dianggap ayah kepada Idris), wakil sulung dan tunggal PAS yang terpilih ke Dun Melaka, mewakili kawasan Bukit Baru.

Sekalipun sudah ternampak riak-riak 'ketidak-senangan' Idris terhadap Dr Khalid seperti dalam isu kononnya PAS Bukit Katil cuba merampas tiga prasarana di Dun Bukit Baru (pejabat Japerun, Dewan Tun Ali dan Masjid Sayidina Ali) yang dengan segera dinafikan Dr Khalid, diharapkan perkara seperti ini tidak berpanjangan. Buanglah yang keroh, ambil yang jernih untuk manfaat seluruh umat Islam terutama penduduk setempat.

Salah satu idea Idris selepas menjadi Ketua Menteri ialah agar pagar dan tembok masjid dibuka sebaliknya dibina dataran yang membolehkan orang awam beraktiviti termasuk beriadah bersama keluarga. Beliau membayangkan mencontohi Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah yang mempunyai dataran terbuka (kini berpayung gergasi terbuka dan terkatup secara automatik) yang membolehkan orang ramai beriadah dan beribadat di bawahnya.

Apabila tiba waktu solat waktu, pada waktu sesak dataran itu dibarisi oleh jemaah (mereka berada mengikut garisan saf disediakan); ini bermakna solat dapat ditunaikan tepat pada waktunya dan secara berjemaah pula walaupun seseorang itu berada bersama-sama keluarganya. Selain itu di dataran berkenaan boleh dimajukan kegiatan membangunkan masyarakat Islam seperti berniaga, demonstrasi kegiatan setempat seperti membuat kraftangan dan persembahan 'hiburan halal'.

Pada pendapat saya, idea Idris sungguh bagus; tetapi 'bagi berlaku adil' saya cuba mendapatkan pandangan beberapa rakan dan individu lain. Seorang rakan yang tinggal di Klang, Selangor (negeri ini diperintah oleh Pakatan Rakyat yang telah berusaha memakmurkan sejumlah masjid dan hasilnya dapat dilihat dengan kunjungan orang ramai dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan dan siri ceramah dan kuliah), berkata idea membuka pagar/tembok masjid hanya boleh dilaksanakan di masjid-masjid tertentu saja.

"Mungkin kita boleh menjayakan konsep itu di sebuah dua masjid seperti di Masjid Negeri; insya-Allah jika ia mendapat sambutan menggalakkan, kita boleh luaskan konsep itu di masjid-masjid besar lain," katanya.

Beliau memberi contoh Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sebagai masjid yang berjaya dari segi menarik kunjungan orang ramai termasuklah keluarga yang mahu beriadah dan membeli barangan terpilih seperti kurma, tudung, buku-buku agama dan peralatan haji dan umrah di samping mengikuti ceramah dan kelas pengajian agama.

Namun, katanya, adalah tidak praktikal untuk mengamalkan 'konsep masjid terbuka' di kawasan jenayah yang tinggi. Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, sekalipun masjid bertembok dan berpagar malah dewan solat masjid pun berkunci; pencuri tetap memecah tabung masjid dan melarikan barangan berharga seperti jam malah bahan logam kitar semula seperti kepala paip (tembaga) juga 'dikebas' mereka.

Beliau juga mengingatkan bahawa 'konsep masjid terbuka' seperti diamalkan di Masjid Nabawi (Madinah) dan Masjidilharam (Makkah) yang dibuka 24 jam (tidak pernah ditutup) dijayakan dalam suasana 'hukum hudud' terlaksana. Katanya, kadang-kadang jemaah haji dan umrah terserempak dengan hukuman pancung yang dijalankan di kawasan terbuka, dan hal ini menyumbang kepada keharmonian kehidupan masyarakat apabila penjenayah tidak berani bertindak sebarangan. Jadi siapa yang berani mencuri dalam premis masjid-masjid di Tanah Haram?

Sehubungan itu, beliau mencadangan agar Ketua Menteri Melaka mula memikirkan dan mempengaruhi pemimpin tertinggi negara untuk melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di negara ini. "Jika terlaksana hukum hudud, insya-Allah akan selamatlah masyarakat kita apatah lagi di kawasan masjid-masjid yang sudah dibuang pagar dan temboknya," katanya.

Malangnya, jika ditinjau Kabinet PM Najib Razak yang diumumkan beberapa hari lalu, hanya seorang tokoh berpengajian tinggi agama iaitu Dato' Jamil Khir Baharom dikekalkan. Tokoh lain seperti Mashitah Ibrahim; mana pergi...adakah kerajaan baru ini mahu menjauhkan diri daripada agama...? Atau tidak suka lagi dengan Mashitah yang semakin merapu dengan ulasan terbarunya dalam akhbar Sinar Harian, Mahu 'Ini kalilah' dapat 'Innalillah'. Ya, sampai hati awak Mashitah yang ada PhD tetapi merendahkan kalimah Allah sebegitu teruk!

Seorang jemaah sebuah masjid berdekatan rumah saya berkata, beliau menyokong idea Idris, yang boleh membantu mengimrahkan masjid termasuk menarik golongan muda yang sebahagiannya selama ini melihat rumah ibadat sebagai tempat 'transit' golongan KRU (kumpulan rambut uban) dan RTM (rehat tunggu mati) meluangkan masa sebelum dipanggil Illahi.

"Bagi menarik golongan muda, saya cadangkan jawatan AJK masjid dipilih secara demokrasi, taklah dilantik pihak tertentu sekarang ini. Biar ahli kariah dan jemaah sendiri pilih siapa yang hendak mereka jadikan pengerusi dan AJK-nya. Apabila AJK masjid di kalangan orang dipercayai dan disukai penduduk, insya-Allah mereka akan rajin dan pandai buat kerja, secara automatik masjid pun dapat diimarahkan. Ni tak, apabila orang bukan kaki masjid malah tak datang ke masjid dijadikan AJK masjid, macam mana masjid nak makmur?"

Seorang lagi jemaah berkata dengan sinis: "Saya bimbang, kalau tembok dan pagar masjid dibuang (terutama di kampung dan kawasan pedalaman), jangan-jangan nanti ayam, lembu dan kerbau pula yang 'melepak dan berak kat masjid-masjid tu'.

Keputusan sabotaj Umno PRU13 minggu depan

Posted: 18 May 2013 03:38 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
Keputusan sabotaj Umno PRU13 minggu depan
Tan Sri Megat Najmuddin Megat
 
KUALA LUMPUR - Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota Umno pada PRU13.

Sebelum ini pada 18 April, Lembaga Disiplin Umno memaklumkan telah menerima beberapa aduan sabotaj dalam kalangan anggota parti menjelang pilihan raya.

Megat Najmuddin berkata perbuatan sabotaj yang dilaporkan itu berlaku di peringkat bahagian di beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah, dengan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang, menghasut anggota Umno lain dan enggan membuka bilik gerakan pilihan raya.

"Bagaimanapun ini tidak membabitkan kesalahan anggota bertanding sebagai calon bebas atau menjadi penyokong dan pencadang bagi calon selain Umno. Mereka ini telah kita pecat," jelasnya.
  
Katanya, hukuman yang akan diputuskan bergantung kepada keseriusan perbuatan sabotaj yang dibuat.

Bagi PRU13, Umno telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi Umno dan empat wakil Lembaga Disiplin parti bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti.

Pada 22 April, Umno memecat 58 anggota serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU13.
  
Pada pilihan raya umum 2008, sebanyak 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin Umno yang menyaksikan tiga anggota dipecat manakala enam digantung keanggotaan selama tiga tahun, dan seorang anggota diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti.

5 Mei adalah revolusi aman

Posted: 18 May 2013 03:34 AM PDT



Oleh ABU FIRDAUS 

IA bukan reformasi, ia bukan transformasi, apa yang berlaku pada 5 Mei lalu adalah revolusi. Revolusi politik aman yang sedang mengubah bukan saja Malaysia malah boleh mempengaruhi suasana politik negara jiran juga.

Sememangnya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) masih melaungkan Reformasi, dan ia cuba dipintas dengan program Transformasi oleh Barisan Nasional tetapi yang berlaku ialah suatu revolusi aman melalui peti undi.

Fenomena revolusi ini berlaku kerana DAP mengutarakan 'Middle Malaysia' menggantikan 'Malaysian Malaysia' dan PAS menetapkan Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam.

Gabungan mantap PAS dan DAP dengan berdiri di atas asas Reformasi KeADILan telah melahirkan revolusi aman politik Pakatan Rakyat.

Sememangnya sepanjang kempen PRU13, DAP sedikit pun tidak menyebut 'Middle Malaysia', malah banyak orang melihat parti itu tidak ada mengalami sebarang perubahan. 'Middle Malaysia' juga dilihat serupa saja dengan 'Malaysian Malaysia'.

Sebaliknya, apa yang dilancarkan oleh DAP ialah kempen Ubah yang sebelum ini digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kepada Ini Kalilah. Walaupun para pengkritiknya tentu mengatakan bahawa kedua-dua kempen itu telah gagal kerana DAP tidak berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak dan juga kerajaan Barisan Nasional Persekutuan, tetapi mesej yang hendak disampaikan itu berjaya memaut majoriti pengundi.

Perubahan telah berlaku. Kali inilah masanya. Inilah dia revolusi aman. Apabila dimaksudkan Ubah dan Ini Kalilah ia bukan saja ditujukan pada menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi perubahan pada pemikiran rakyat, dan lebih penting lagi kepada DAP sendiri.

Jadi, DAP sudah berubah. Kali in DAP telah menerima persepakatan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tidak seperti dalam pilihan raya umum 2008 apabila ia keluar daripada Barisan Alternatif.

Maka walaupun DAP tidak melaungkan 'Middle Malaysia', dari segi perbuatan, ia telah melaksanakannya. Ini adalah suatu revolusi. Begitu juga dengan PAS.

PAS tidak banyak menyebut Negara Berkebajikan semasa kempen tetapi parti itu di mana-mana menyatakan azam untuk menyertai kerajaan yang iltizamnya adalah urus tadbir baik.

Maka revolusi aman ini dapat berlaku apabila PAS dan DAP dapat bertemu di tengah-tengah, 'Middle Malaysia' dan Negara Berkebajikan diperkukuhkan dengan politik baru berasaskan Reformasi tajaan KeADILan.

Tentunya PAS dan DAP bukannya sempurna. Apatah lagi KeADILan. Tetapi Anwar Ibrahim telah membawa satu cara berpolitik bukan berasaskan kaum tetapi muafakat pelbagai aliran.

Perbezaan aliran bukan saja dalam Pakatan Rakyat tetapi juga dalam KeADILan walaupun menjadi bahan cemuhan Barisan Nasional adalah sebenarnya kekuatan, dan bukannya kecacatan.

DAP boleh menegur PAS dan KeADILan dengan berterus-terang, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh MCA dan MIC terhadap Umno. PAS juga boleh menegur DAP dan KeADILan secara bebas, sesuatu yang ia tidak dapat dilakukan terhadap Umno dan MCA ketika ia berada dalam Barisan Nasional.

Cara berpolitik Pakatan Rakyat adalah berbeza daripada Barisan Nasional. Inilah juga sebahagian daripada revolusi aman. Malah dalam KeADILan juga, kelompok-kelompok berlainan fahaman bebas mengkritik satu sama lain.

Lihatlah bagaimana Azmin Ali mengkritik Anwar Ibrahim. Begitu juga kritik golongan kiri KeADILan terhadap Anwar dan Azmin. Dalam KeADILan, kelompok-kelompoknya tidak terdiri daripada kaum berbeza tetapi fahaman berlainan.

Kelompok paling besar ialah golongan kiri dan kanan. Ia adalah jelmaan ekoran gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia dahulu. Dalam golongan kanan pula terdapat kelompok Islamis, yang terdiri daripada mereka yang pernah aktif dalam ABIM dan juga reformis, kelompok bekas Umno yang menyahut seruan Reformasi Anwar ketika beliau disingkirkan daripada Umno dahulu.

Adanya kelompok dalam parti politik bukanlah suatu yang pelik atau mencacatkan. Dalam DAP dan PAS pun terdapat kelompok-kelompok yang berbeza aliran dan fahaman. Tetapi semuanya wajar memahami mengenai kepentingan parti dan pakatan secara keseluruhan. Ia adalah sebahagian daripada demokrasi masa kini.

Apa yang boleh dilihat sebagai revolusi ini dipacu oleh teknologi maklumat. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat hanya berada di tengah-tengah revolusi teknologi maklumat untuk melaksanakan tuntutan rakyat.
Justeru, kejayaan revolusi aman ini bergantung pada rakyat sendiri yang perlu turut aktif berperanan memilih keadaan politik bagaimana yang mereka perlukan.

Nota: Tulisan ini adalah pandangan bebas penulis dan tidak mencerminkan pendirian web ini

Rasa tidak puas hati dikalangan parti BN berkenaan jawatan Kabinet

Posted: 18 May 2013 12:51 AM PDT



THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran.

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu. 

Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa "dipinggirkan" dan "seharusnya dilayan dengan lebih baik". 

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik. 

MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen. 

"PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini. 

"Kawasan pedalaman di Sarawak adalah 'deposit tetap' Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar," kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman. 

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata," Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri. 

"Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang," katanya. 

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas. 

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen. 

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India. 

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.

Anwar bidas Zahid Hamidi kerana menghina rakyat

Posted: 18 May 2013 12:30 AM PDT

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR — Perbuatan menyuruh rakyat Malaysia berhijrah oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah penghinaan kepada rakyat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah semalam.

Anwar (gambar) membidas Ahmad Zahid supaya tidak menjadikan negara ini seperti milik keluarganya untuk melakukan sesuka hati, di samping menegaskan rakyat Malaysia berhak untuk membantah sebarang penipuan yang berlaku dalam proses pilihan raya memandangkan perkara tersebut adalah hak demokratik yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar yang dipetik berkata dari laman Malaysiakini dalam satu ceramah di Negeri Sembilan semalam.

Ahli Parlimen Bagan Datoh Barisan Nasional (BN) tersebut yang baru dilantik dalam Kabinet baru-baru ini menunjukkan kelantangannya apabila menggesa pengundi yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berpindah ke negara republik.

"Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

"Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Ahmad Zahid yang dipetik dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei.

Tindakan pemimpin tersebut mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya DAP yang menyifatkan Ahmad Zahid sebagai gagal memahami tentang permasalahan yang timbul dalam proses pilihan raya di Malaysia, malahan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga menyifatkan pendirian tersebut adalah pandangan peribadi dan bukannya mewakili gabungan parti pemerintah itu.

"Pertama, sistem first-past-the-post yang diamalkan kita sekarang memberi kedudukan yang tidak seimbang berbanding jumlah undi popular malah sempadan pilihan raya negara ini telah lama terjejas, dimanipulasi sejak berdekad-dekad.

"Keduanya, kita mempunyai sistem pilihan raya yang tidak sempurna dan sebab itu ratusan ribu rakyat Malaysia menunjukkan kekecewaan mereka terhadap apa yang berlaku. Kita menuntut sistem pilihan raya yang lebih baik," kata  Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua mengecam kenyataan Ahmad Zahid tersebut.

Berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia telah membanjiri lima perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara baru-baru ini bagi membantah dakwaan penipuan yang berlaku pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, serta menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.

Penganalisis dan pemerhati menyatakan BN mengekalkan kuasa pusat pada PRU13 dengan sokongan dan kekuatan pengundi luar bandar, dengan sebahagian besar kerusi yang dimenangi mereka adalah dari Sabah dan Sarawak, manakala pengundi kelas pertengahan dan bandar yang tertumpu di kawasan yang lebih besar tidak lagi menyokong parti pemerintah dan menyokong PR.

SPR juga telah mengumumkan mereka sedang merangka persempadanan semula yang akan bermula pada akhir tahun ini.

Dalam keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu, jumlah undi popular yang diperoleh PR ialah 5.5 juta undi dengan 89 kerusi Parlimen manakala BN mendapat 5.2 juta undi dengan 133 kerusi Parlimen.

Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang ditahan samun kedai 24 jam

Posted: 18 May 2013 12:28 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
GEORGE TOWN— Seorang lelaki yang dipercayai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditahan selepas dia menyamun dengan sabit sebuah Kedai 24 jam di Lebuh Pantai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pada mulanya terserempak dengan suspek yang menutup mukanya dengan bajunya sambil tergesa-gesa keluar dari premis itu sebelum melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi, kira-kira 5 pagi.

"Anggota kita yang mengekori suspek berjaya menahan suspek yang berusia 26 tahun itu di lampu isyarat Lebuh Carnavon tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan ke atasnya mendapati suspek turut memiliki sebilah sabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sabit itu dipercayai digunakan untuk mengugut pekerja kedai itu untuk menyerah hasil jualan premis berkenaan.

Suspek yang sudah berkeluarga dan tidak mempunyai rekod jenayah kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat jika sabit kesalahan. — Bernama

Cahaya Islam bersinar di S’gor

Posted: 18 May 2013 12:25 AM PDT

 
Negeri termaju dan terkaya ini berpotensi mengikut jejak langkah Kelantan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. 

ANALYSIS
 


Islam mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.

Keupayaan PAS memenangi tambahan tujuh kerusi berbanding lapan kerusi DUN pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.

Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS.

Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran "Serambi Mekah".

Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan.

Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran.

Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung.

Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi.

Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.

Pelik tapi benar 

Senario yang pelik tetapi benar. Ini adalah kesan daripada indoktrinasi Umno dan Biro Tata Negara yang menanam fahaman perkauman yang sempit, dasar 'pecah dan perintah' yang diwarisi daripada penjajah Inggeris serta fahaman sekular yang memisahkan agama dan politik.

Masihkah kau ingat? Lebih 30 tahun yang lalu, ahli-ahli PAS yang komited dengan perjuangan Islam susah hendak bergerak ke sana ke mari kerana takut dicap sebagai anggota parti yang menyeleweng dari ajaran Islam.

Masihkah kau ingat? Parti PAS pada suatu ketika dahulu hanya disertai oleh orang kampung, pak-pak lebai, ustaz dan guru agama yang berketayap dan berserban putih.

Masihkah kau ingat? Imej ahli-ahli PAS digambarkan sebagai mempunyai watak yang jumud, kolot dan kurang berpelajaran serta mempunyai pandangan yang melampau, fanatik dan sebagai pengganas.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan Usrah dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk menyebarkan fahaman politik Islam (siyasah syar'iyyah) sambil berdakwah.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS menganjurkan pelbagai program seperti Tamrin, Halaqah, serta kuliah dan pengajian agama untuk memantapkan kefahaman ahli-ahli lama dan untuk menarik ahli-ahli baru.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS bergerak dalam kumpulan yang lebih besar dengan menganjurkan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan di mana kehadirannya boleh dibilang dengan jari.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS merekrut ahli-ahli baru dengan cara menyebarkan borang keahlian PAS secara sembunyi-sembunyi dan kadang-kadang dimarahi oleh golongan Umno tegar.

Tetapi kini tidak lagi kerana PAS di Selangor adalah anggota gabungan Pakatan Rakyat (termasuk DAP dan PKR) yang kembali memerintah negeri Selangor untuk penggal kedua.

Kini mesej dakwah Islam disampaikan kepada anggota masyarakat secara terbuka dan meluas serta markas (tempat di adakan mesyuarat parti, program kuliah dan latihan) semakin banyak ditubuhkan dan diimarahkan.

Hijrah Rasulullah 


Mengimbau kembali sejarah kedatangan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu, maka kita dapati Islam mula berkembang di kota Madinah dan bukannya dikampung atau di desa.

Hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah atas perintah Allah yang diberitahu melalui malaikat Jibril adalah kerana warga Madinah menyambut baik Islam yang dibawa oleh baginda. Nama Madinah sendiri membawa makna kota atau bandaraya yang bercahaya.

Sejarah juga memperlihatkan betapa para penduduk Madinah yang digelar golongan Ansar lebih kuat keimanan mereka dan lebih dahulu menerima Islam berbanding golongan Muhajirin, mereka yang ikut berhijrah ke Madinah dari Mekah.

Oleh pancaran cahaya Ilahi, mereka menjadi sangat kasih dan sayang kepada Rasulullah saw dan menyediakan segala keperluan baginda dan para sahabat baginda yang ikut serta berhijrah.

Seruan untuk 'Ubah' dan hijrah adalah seruan Allah. Hijrah Rasulullah adalah perintah Allah, pergi ke kota Madinah dengan meninggalkan bangsa Arab jahiliyyah dan orang-orang musyrikin Mekah.

Dengan meninggalkan Umno-BN juga satu bentuk penghijrahan; berhijrah dari parti 'asobiyyah' yang sempit, di mana para pemimpinnya sudah tercemar dengan akhlak yang buruk, amalan rasuah dan kronisme serta salah guna kuasa yang bermaharajalela.

Untuk menyekat pengaruh Umno dari terus meracuni pemikiran rakyat, kerajaan negeri perlu menyediakan persiapan dengan lebih intensif seperti menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam.
Pembinaan sekolah agama rakyat perlu diperbanyakkan terutama di kawasan kubu kuat Umno, bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan swasta ditambah, gaji dan elaun guru-guru agama dinaikkan.

Kelas-kelas fardhu ain, termasuk kelas tafsir Al Quran, harfiah, bahasa Arab, tajwid, program ceramah di masjid dan surau harus dipertingkatkan di seluruh negeri supaya Selangor dapat melahirkan masyarakat madani dan celek Al Quran.

Para pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membantut dan menentang perkembangan Islam harus ditukar dan digantikan dengan penjawat-penjawat awam negeri yang beriltizam dan beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Kerajaan Selangor harus memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap pengwujudan sekolah-sekolah agama ala pengajian pondok seperti di Kelantan, agar dapat melahirkan lebih ramai kader-kader Islam hingga memantapkan pentadbiran kerajaan negeri dengan roh Islam.

Memang ada program untuk menarik anak muda ke masjid tetapi aktiviti serta program seumpama ini harus dipergiat dan ditingkatkan lagi agar anak-anak muda tidak lagha dengan program hiburan yang sengaja dijaja oleh Umno-BN.

Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri dengan segera, sambil mengharapkan pertolongan daripada Allah swt dan agar segala usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya.

Cuaca panas dan kering dijangka

Posted: 18 May 2013 12:10 AM PDT

 

KL TODAY

KUALA LUMPUR – Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan, dan tempoh penerimaaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.

Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada lewat petang dan senja, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara kawasan persisiran pantai di negeri-negeri pantai barat Semenanjung pula kadangkala akan mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin langkisau yang kuat terutama pada awal pagi disebabkan pembentukan garis badai di Selat Melaka.


Menurut JMM, pada musim ini akan berlaku peningkatan frekuensi aktiviti ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan utara Laut China Selatan yang akan menyebabkan kawasan Kudat dan Pantai Barat Sabah mengalami angin kencang berserta hujan lebat.

Pengajaran untuk BN Selangor

Posted: 17 May 2013 11:59 PM PDT

NURULFATIHA MUAH

Abu Hassan Omar
Abu Hassan Omar
 
SHAH ALAM – Ketiadaan pemimpin dari Selangor menjadi menteri penuh dalam barisan Kabinet baru akibat kemerosotan prestasi BN di negeri itu pada PRU13 lalu menjadi iktibar kepada mereka.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, keadaan itu berlaku memandangkan BN hanya menang lima daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Kuala Selangor.

Katanya, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membariskan ramai pemimpin negeri lain yang memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam kabinet baru dilihat mempunyai kewajarannya.

"Jadi sudah pasti Perdana Menteri mengkaji keputusan Parlimen bagi negeri-negeri lain. Ini satu pengajaran kepada BN. Jika lebih ramai (ahli Parlimen BN yang menang), lebih ramai perwakilan dari Selangor," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan wakil dari Selangor  yang menjadi menteri penuh dalam barisan kabinet diumumkan Najib Rabu lalu.

Di Selangor, barisan tersebut hanya diwakili Datuk Noriah Kasnon selaku Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta P Kamalanathan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Bagaimanapun, Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak tersenarai.

Dalam pada itu, Abu Hassan berharap agar kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk meneruskan pembangunan di negeri itu terutama melibatkan isu air dan infrastruktur.

"Ia termasuk juga dengan apa juga aku janji yang diberikan kerajaan BN terhadap kemajuan di Selangor.

"Kerajaan negeri hendaklah beri kerjasama sepenuhnya seperti mana ditunjukkan oleh Kerajaan Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob," katanya.

Mengulas mengenai pengguguran Noh daripada barisan Kabinet baru, Abu Hassan yang juga Menteri Besar Selangor ke-12 berkata, Najib mempunyai hak untuk melantik atau menggugurkan sesiapa dalam barisan itu.

"Dari segi jawatan Pengerusi Perhubungan (BN Selangor), kita serahkan kepada kebijaksanaan beliau (Najib). Mubarak sedia memberikan pandangan jika diperlukan," katanya.

Azizan beri nombor telefon kepada doktor

Posted: 17 May 2013 11:53 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

GEOGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mula sedar selepas melakukan pembedahan membuang kedua belah kakinya akibat komplikasi kencing manis kronik di Hospital Pulau Pinang (HPP), 9 Mei lalu.

Bekas Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semalam Azizan sudah mampu memberikan nombor telefonnya kepada doktor yang merawatnya.

"Sebelah petang pula, dia tidur berehat panjang.

"Ustaz (Azizan) juga memberikan respon yang baik kepada kunjungan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah," katanya yang dipetik di Facebooknya, semalam.

Menurutnya, lawatan Tunku Anuar semalam adalah lawatan ketiga baginda sejak Azizan menerima rawatan di HPP.

Sebelum ini, turut melawat Azizan adalah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Sultan Badlishah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azizan menjalani pembedahan membuang kedua-dua kakinya di bawah paras lutut selepas terkena jangkitan kuman dan kedua-dua kakinya selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, bersebelahan dengan pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Sembilan Adun Perak angkat sumpah Exco

Posted: 17 May 2013 11:46 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Raja Dr Nazrin Shah
Raja Dr Nazrin Shah
 
KUALA KANGSAR - Sembilan Adun dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak yang baru bagi penggal kedua di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dan Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kekal sebagai exco.

Enam lagi muka baru, Adun Behrang, Datuk Rusnah Kassim; Adun Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; Adun Belanja, Mohd Nizar Zakaria; Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; Adun Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Majlis angkat sumpah jawatan exco disempurnakan di hadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Khalid serah senarai Exco kali kedua?

Posted: 17 May 2013 11:44 PM PDT

NIZAM ZAIN

  Tan Sri Khalid Ibrahim
Tan Sri Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan menerusi laman mikro Twitter miliknya sudah pun menyerahkan senarai Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor.

"Calon-calon Exco telah dikemukakan kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor dan saya akan menghadap Tuanku minggu depan," tulis beliau.

Abdul Khalid turut menulis, kerajaan negeri pimpinannya juga akan mengekalkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana sumbangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam hal tadbir urus di negeri ini.

"Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri," ujar beliau lagi.

Sementara itu, menurut sumber rapat dari pejabat Kerajaan Negeri Selangor, ini adalah kali kedua Abdul Khalid menyerahkan senarai Exco kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Senarai pertama yang diserahkan Abdul Khalid tidak mendapat perkenan baginda.

Menurut sumber terbabit, Abdul Khalid turut mengusulkan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam senarai pertama Exco kepada Sultan Selangor, namun tidak mendapat perkenan Tuanku.

Tambahnya lagi, calon Exco dari Pas tidak menghadapi sebarang masalah dan mungkin mengekalkan portfolio masing-masing berbanding PKR dan DAP yang perlu ditukar ganti.

"Pas tak ada masalah, semua OK," katanya kepada Sinar Harian Online.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi.

Melihat kepada keputusan itu, ternyata ia memberi kelebihan kepada wakil Pas dan DAP untuk dilantik sebagai Exco kerajaan pada penggal ini.

Abdul Khalid pada kelmarin telah mengadakan perbincangan pembahagian kuota jawatan Exco Kerajaan Selangor bersama pemimpin tertinggi PKR, Pas dan DAP dan dijangka akan diumumkan kelak.

Adun Meru, Dr Rani Osman; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dikatakan calon Exco dari Pas yang mendapat perkenan Tuanku kerana rekod prestasi yang cemerlang.

Namun dikhabarkan nasib tidak menyebelahi Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dari PKR, yang nama mereka dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor dan akan tersingkir dari Kabinet kerajaan negeri kali ini.

Bagaimanapun sumber itu berkata lagi, tidak semua calon Exco kerajaan negeri dalam senarai pertama itu ditolak oleh Tuanku termasuklah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilihat berkelayakan.

Difahamkan PKR akan meletakkan tiga calonnya untuk menduduki kerusi Exco pada penggal ini.

DAP sudah mengumumkan pemilihan dua adunnya iaitu bekas Speaker yang juga Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kouta Exco.

Perkara ini juga dikatakan memaksa Abdul Khalid membatalkan pengumuman senarai Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan berlangsung dalam minggu ini.

Selain itu, Abdul Khalid juga dijadualkan akan berangkat ke luar negara pada Ahad ini bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU13.

Beliau hanya akan pulang ke tanah air pada Jumaat depan.

“Saya bawa usul ke Parlimen kutuk keangkuhan Ahmad Zahid”: Kit Siang

Posted: 17 May 2013 05:06 PM PDT

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sedih dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang dianggap cuba lari daripada prinsipnya apabila lebih berminat membela kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kenyataan peribadi.

Katanya, kenyataan Ahmad Zahid supaya pengkritik Pilihan Rayan Umum ke-13 meninggalkan negara dianggap Khairy sebagai pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kenyataan Ahmad Zahid itu sama dengan kenyataan seorang Menteri UMNO pada awal tahun 1970an ketika mencelah satu ucapan saya di Parlimen yang memberitahu sekiranya saya tidak suka dengan dasar kerajaan UMNO/BN, saya boleh tinggalkan negara.

"Saya pantas bertindak balas dengan menyatakan saya bercakap bagi pihak rakyat Malaysia di Parlimen, sekiranya dia tidak suka dengan apa yang saya katakan, dia juga boleh tinggalkan negara dan sejak itu tidak ada lagi Ahli Parlimen atau Menteri UMNO mengulangi tindakan sedemikian terhadap saya di Parlimen," katanya dalam kenyataan media, hari ini..

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, jika Ahmad Zahid dan pemimpin UMNO/BN lain yang tidak suka rakyat Malaysia menuntut perubahan untuk sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil, mereka juga sepatutnya meninggalkan Malaysia.

"Apa yang perlu diberi perhatian adalah keangkuhan dan penghinaan terhadap pandangan awam oleh seorang Menteri di dalam kerajaan yang legitimasinya sendiri diragui buat pertama kalinya di dalam sejarah negara.

"Apabila legitimasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hanya memperoleh 47% daripada undi popular berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, yang memenangi 51% undi popular, dipertikaikan, maka legitimasi Kabinetnya yang mengangkat sumpah semalam tentu turut dipertikaikan," tambahnya.

Beliau berkata, dalam keadaan legitimasi mereka diragui, menteri sepatutnya lebih merendah diri, mudah didekati dan sensitif terhadap kehendak rakyat Malaysia, bukannya angkuh dan menghina pandangan awam seperti yang kenyataan Ahmad Zahid, seorang menteri lama dalam Kabinet Najib selepas PRU13.

Katanya, Ahmad Zahid layak menerima kutukan di atas keangkuhannya, yang jelas berbeza dengan dasar 1Malaysia dan "Rakyat Didahulukan" kerana tindakan Ahmad Zahid itu bertentangan dengan lima dekad pembinaan bangsa majmuk Malaysia.

"Apabila Parlimen bersidang pada pertengahan Jun ini, saya akan mengusulkan kutukan terhadap Ahmad Zahid terhadap kenyataannya yang angkuh dan menjengkelkan yang menyuruh rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan keputusan PRU-13 meninggalkan negara.

"Saya juga menjemput Ahl Parlimen yang mahu menyertai saya bersama-sama menaja usul terhadap Ahmad Zahid dengan mengemelkan persetujuan mereka (ke limkitsiang@gmail.com) supaya mengutuk dan mengumpul tandatangan paling banyak dalam sejarah Parlimen dapat dihantar sebaik saja notis Parlimen untuk sidang pertama Parlimen ke-13 dikeluarkan," katanya.

Menurut Kit Siang, beliau juga menjemput mereka mencadangkan draf usul kutukan terhadap Ahmad Zahid, yang akan diletak di ruang awam bagi menjemput orang awam memberi pandangan dan maklumbalas.

Beliau juga mengalu-alukan Ahli Parlimen BN yang berprinsip dan berani untuk bersama menaja usul terhadap Ahmad Zahid, kerana sentiment buruk yang diluahkan Menteri Dalam Negeri itu mesti dikutuk semua Ahli Parlimen dan semua warga, tidak kira mana-mana parti.-Roketkini.com

PKR Dakwa Tiga Suspek Rompak Dibunuh Polis

Posted: 17 May 2013 05:00 PM PDT


surendran speech mic 02

PETALING JAYA  : Dibunuh polis. Begitu dakwaan PKR hasil penelitian laporan bedah siasat keatas tiga suspek rompakan barang kemas yang ditembak mati di Taman Bilion, Cheras pada 14 April 2012.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N Surendran bersama peguam Latheefa Koya membuat dakwaan itu di satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23, dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam.

Mereka telah ditembak mati di bulatan Taman Billion awal pagi 14 April 2012.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketiga-tiga suspek ditembak mati apabila salah seorang melepaskan tembakan kearah pasukan polis.

Surendran, yang juga MP Padang Serai, mendakwa Azman ditembak sebanyak lapan das, manakala Aidi ditembak sebanyak tiga kali.

Surendran mendakwa laporan bedah siasat menunjukkan Azman ditembak dalam keadaan berlutut.

"Laporan bedah siasat mendapati peluru yang mengenai mangsa itu tidak ditembak dari hadapan, tetapi kedudukan peluru menunjukkan ia datang dari atas ke bawah, dan kanan ke kiri"

"Versi polis satu penipuan, kalau betul berlaku tembak-menembak, seharusnya peluru datang dari arah hadapan, bukannya atas ke bawah," kata Surendren dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

Surendren juga mendakwa laporan bedah siasat turut mendapati Azman mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dahi serta kawasan badan yang menunjukkan berlakunya pergelutan.

Kekal Adun Subang Jaya, Hannah Komited Selesai Kesesakan Lalu Lintas

Posted: 17 May 2013 04:59 PM PDT


hannah yeoh hari ibu 02

SUBANG JAYA : Selepas dipilih sebagai Adun Subang Jaya buat penggal kedua, Hannah Yeoh terus komited berkhidmat kepada rakyat Subang Jaya dan menumpu kepada masalah kesesakan lalu lintas yang membelengu penduduk sejak sekian lama.

Ppembinaan sebuah stesen Laluan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang dijangka siap dalam tempoh terdekat diharap dapat mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran trafik.

"Perancangan pertama ialah untuk memperbaiki masalah pengangkutan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas kian meruncing di kawasan ini.

"Kita mensasarkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam tempoh lima tahun.

hannah yeoh hari ibu 01

"Ditambah dengan projek pembinaan LRT yang sedang dalam proses pembinaan diharap dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dengan sebaik-baiknya," katanya yang ditemui selepas sambutan Hari Ibu di Balai Masyarakat Bandar Sunway, di sini pagi tadi.

Tambahnya, beliau juga akan kerap mengadakan program turun padang untuk berjumpa dengan rakyat bagi mendengar masalah mereka untuk disuarakan di peringkat DUN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam sambutan itu, Hannah turut menyerahkan bunga kepada lebih 100 penduduk di sekitar kawasan itu selain beramah mesra dengan mereka sebagai tanda terima kasih terhadap sokongan yang diberikan.

Dalam PRU-13 yang lalu, Hannah mendapat undi sebanyak 40,366 menewaskan calon BN, Gan Meng Foo yang memperoleh 12,297 undi dengan majoriti 28,069 undi keseluruhannya.

Masalah Pembangunan Bukit Gasing Fokus Rajiv

Posted: 17 May 2013 04:57 PM PDT


rajiv bukit gasing tony pua 01

PETALING JAYA  : Sebagai ADUN baru, Rajiv Rishyakaran akan menumpukan kepada penyelesaian isu-isu pembangunan di kawasan Dewan Negeri Selangor (DNS) Bukit Gasing yang terletak di tengah-tengah bandaraya Petaling Jaya.

Oleh kerana bandaraya itu pesat membangun, Rajiv berkata aspek dan kesan pembangunan merupakan isu sensitif yang perlu ditangani dengan teliti demi kepentingan umum.

"Seperti program pembangunan semula kawasan industri kepada pembangunan komersial di Seksyen 13 (Petaling Jaya), kita risau dengan impak trafik di kawasan tersebut.

"Untuk itu, kita telahpun mulakan, dari semasa ke semasa sesi dialog dan perbincangan dengan wakil pihak yang terlibat serta wakil penduduk bagi memberi penambahbaikan kepada program tersebut," ujar Rajiv dalam satu sidang media.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek Fernandez.

Selain itu, Rajiv juga akan terus memantau sebarang rancangan pembangunan di Seksyen 5, yang meliputi kawasan-kawasan cerun

.rajiv bukit gasing tony pua 02

"Setakat semalam, kita telahpun mendapat jaminan daripada Datuk Bandar MBPJ sendiri bahawa tiada sebarang projek pembangunan yang dibenarkan di kawasan tersebut untuk tempoh akan datang," tegas Rajiv.

Sebelum menjadi ADUN, Rajiv pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada tahun 2008 hingga 2013.

Dalam Pilihan Raya Umum lalu, beliau berjaya menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 15,842 undi.

Dalam perkembangan lain, rakyat setempat dialu-alukan untuk mengunjungi Pusat Khidmat DUN Bukit Gasing yang terletak di Stadium Hoki MBPJ, Jalan Selangor di sini untuk mengajukan sebarang aduan.

Pusat tersebut akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 5 petang selain turut dibuka pada hari Rabu malam bermula jam 7.30 hingga 10 malam.

"Buat sementara waktu, penduduk dinasihatkan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada kita bagi memastikan ada staf di pejabat kerana kita masih tidak mempunyai staf tetap," jelas Rajiv.

Orang ramai boleh menghubungi pusat khidmat di talian 03-7784 7490 mahupun melalui email di dapbukitgasing@gmail.com.

Lelaki maut dikelar sekumpulan lelaki

Posted: 17 May 2013 04:55 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
SEREMBAN, — Seorang lelaki maut setelah parah dikelar di leher oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di sebuah pusat karaoke di Terminal 2 di sini awal hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23, dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di bahagian leher, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamarudin berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama tujuh rakannya, ke pusat hiburan terbabit pada 12 tengah malam.

"Ketika berada di sebuah bilik di pusat hiburan terbabit, mangsa tiba-tiba keluar kerana terdengar ada pergaduhan di bilik lain. Tapi selepas satu jam rakan mangsa mula berasa tidak sedap hati selepas melihat mangsa yang keluar tidak lagi masuk ke bilik karaoke tempat mereka berkumpul," katanya.

Beliau berkata rakan mangsa kemudian keluar mencari mangsa dan terkejut selepas mendapati mangsa duduk bersandar di pintu keluar pusat hiburan berkenaan dengan keadaan lehernya berlumuran darah.
Saiful Azly berkata polis mengenal pasti seorang suspek berhubung kejadian itu dan meminta mereka yang lain supaya tampil menyerah diri di balai polis. — Bernama

Tiada ulasan: