Rabu, 8 Mei 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Say No To Racism [3]: Mengapa anak muda bangkit!!

Posted: 08 May 2013 04:00 AM PDT


Kata orang tua...


Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.


Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.
Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?


Anak muda jawap...
Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.


Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.


Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.


Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.
Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.


Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.


Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.


Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?


Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.


Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?


Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?


Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.
Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.


Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?


Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!


Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Say No To Racism [2]: Apa lagi Cina mau??

Posted: 08 May 2013 01:00 AM PDT



Apa lagi Cina mau?


Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan luar bandar di Negeri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada budak yang serba kekurangan dari segi kewangan, perhatian dan suasana pembelajaran yang kondusif. 80% daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang berlainan kaum daripada saya – Melayu, India, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya. 


Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab saya sebagai pendidik anak bangsa Negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya ini. Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak. Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya "Sir" setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang tiada kuasa elektrik ("blackout"), mengejar ilmu pengetahuan bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.

Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang mengancam perpaduan Negara kita.

Apa lagi yang Cina mau?
'Cina' ini mahukan demokrasi yang benar, bukan 'kestabilan' yang palsu dan dangkal. 'Cina' ini mahukan demokrasi yang matang, bukan Negara yang dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak kepada golongan yang radikal dan rasis. 'Cina' ini mahukan sebuah Malaysia yang berbangsa satu.

Tulisan:Abel Cheah

Say No To Racism [1]

Posted: 07 May 2013 11:00 PM PDT


Saya bersekolah agama swasta dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dengan semua pelajar & gurunya 100% Melayu Muslim.



Saya menyambung pelajaran di Universiti peringkat Diploma juga dengan rakan-rakan & pensyarah 99% Melayu Muslim.




Tetapi kerja pertama yang saya minta & dapat adalah dengan firm Cina non-Muslim. Itupun saya bagitau pemilik firm saya hanya hendak menjadi trainee sahaja selama setahun dengan gaji yang minima kerana saya belum ada pengalamn kerja. Alhamdulillah, dari ramai2 calon yang minta kerja jawatan tetap di firm tu, saya yang dia pilih. Dan dari setahun saya bekerja, saya sambung menjadi 2 tahun. Dalam 2 tahun tu saya naik pangkat 3 kali & naik gaji 3 kali. Dari trainee saya jadi assistant dan saya sahaja perempuan Melayu Muslim disitu. Saya tidak takut untuk memberitahu mereka tentang keperluan saya untuk menunaikan solat dan mereka telah menyediakan satu bilik untuk saya. Semasa perang Iraq, Afghanistan, mereka bertanya saya tentang Islam dan kami berbincang setiap hari. Tiada pula mereka berdakyah pada saya tentang kepercayaan mereka. Rakan-rakan Cina saya adalah penganut Kristian & Buddhist yang taat. Saya juga bertanya tentang budaya & kepercayaan mereka untuk lebih memahami mereka.



Selepas 2 tahun saya nekad berhenti untuk sambung degree dan bos Cina saya yg non-Muslim itu sgt baik hati & tawarkan scholarship untuk saya belajar selama 2 tahun dgn syarat saya kembali bekerja dengan dia semula untuk 2 tahun sahaja. Lebih baik lagi, setiap kali cuti sem yang 3 bulan lamanya tu, dia minta saya bekerja di firm. Bermakna, saya dapat gaji & juga scholarship. Bila OT, bos saya sendiri yang datang ofis bawa makanan yg dibeli untuk saya & rakan kerja yg kena OT sekali. Nah, adakah dia racist? Sudah pasti tidak. Dia nampak saya adalah pekerja dia yang terbaik & telah setkan benchmark yang tinggi untuk staf yg lain ikut. Nah, adakah Cina akan rampas hak saya? Sudah tentu tidak malah dia menghargai usaha keras saya.



10 tahun kemudian di firm yg lain (yg juga milikan Cina) saya kini menjadi chairwoman utk 5 mesyuarat dimana 99% adalah lelaki Cina non-Muslim & 1% itu adalah saya seorang wanita Melayu Muslim. Mereka menghormti & mendengar pendapat saya kerana saya bersikap jujur & telus dengan mereka. Mereka juga memghormati saya dgn tidak berbahasa Mandarin/Kantonis bila saya ada bersama mereka. Nah, apa perlu ditakutkan dengan Cina ini? Mereka juga rakyat Malaysia. Mereka mempunyai hak yg sama sbg rakyat Malaysia. Jika kita berlaku jujur pd org, org pun akan berlaku jujur dgn kita.



Saya pun tidak sangka walaupun saya dtg dr 100% sekolah agama & membesar dalam masyarakat Melayu saya dapat bergaul baik dengan mereka. Jangan salahkan bangsa lain jika kita tak perform. Hendak tuntut hak itu ini tapi dah habis usaha ke belum? Dah layak dapat ke belum? Jadi tidak perlu racist. Saya buktinya jika anda seorang yg efisyen, bangsa apa pun akan respek anda hatta Mat Saleh.

Tulisan: Huda Mahmud

DAP tak siorkan UMNO... PAS jangan sekali-kali terliorkan UMNO... PKR, I don't know. MCA... dah nak tumpor, sapa sior.

Posted: 07 May 2013 08:45 PM PDT




Ada yang bertanya tentang gesaan supaya PAS dan UMNO bergabung secara politik.

Ini pandangan saya. Ia satu ide yang tidak konvensional, di luar kotak bahkan di luar lingkungan berfikir secara biasa - think the unthinkable kerana dalam politik 'the unthinkable is thinkable'. bukankah politics is an art of impossibility. Ia satu seni dan percaturan dan perkongsian bijak. Dalam politics there is no permanent enemy walaupun there can be genuine partners.

Dari UMNO bergabung dgn PAS lebih baik UMNO bergabung dgn DAP. Apa sebab?


1. UMNO sudah kehilangan rakan MCA (yang ditolak oleh kaum Cina dan MCA juga menyuarakan ketidaksediaan untuk duduk dalam kabinet). Sokongan kaum Cina kini bersama DAP. Sebab itu saya rasa tak bijak bila Utusan Malaysia keluar kenyataan 'Apa lagi Cina mahu?' Sepatutnya UMNO mencuba mendekati DAP dan menawarkan peranan yang sudah gagal dimainkan oleh MCA. Ini satu partnership yang bolih dipertimbangkan oleh UMNO kerana ada beberapa manfaat.

2. Antara manfaat tersebut ialah persepsi yang sering dimomokkan ialah jika DAP menang maka negara ini akan jadi negara Kristian dan Cina akan dilantik jadi PM. Ini satu cara untuk memastikan senario yang menakutkan ini dapat dikawal. UMNO mampu melakukannya kerana bilangan ahli Parlimen UMNO kini jauh lebih besar dari PAS (kalau tak silap 109) berbanding dgn PAS - 21 dan PKR -30. Lebih baik DAP dikawal oleh UMNO dari dikawal oleh gabungan PAS-PKR. 

3. Bukan shj agenda Kristian dapat dikawal sedikit sebanyak bahkan kedua-duanya mempunyai kecenderungan yang sama iaitu menolak hudud. Persamaan ini lebih besar dari perbezaan di antara UMNO dan PAS di mana PAS hendak melaksanakan hudud (yang UMNO panggil hudud PAS)

4. Gabungan UMNO DAP juga akan membendung sebarang usaha DAP untuk bergabung dengan Singapura. Ini adalah satu senario yang amat menakutkan kerana DAP memenangi banyak kerusi - 38. Tetapi berapa sangatlah 38 kerusi berbanding 109 kerusi yang dimenangi oleh UMNO. Dengan gabungan ini DAP akan dapat dikawal dari mengemukakan pandangan gila untuk bergabung dengan Singapura.

5. Gabungan antara UMNO dan PAS hampir mustahil buat masa ini kerana ibarat nyanyian Fauziah Latiff dalam lagunya 'Teratai Layu di Tasek Madu" - 

"Aku tidak sudi melihat dia lagi. Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini. Aku rela menjadi teratai yang layu. Daripada mekar di dalamnya tasik madu"

PAS sudah serik dan sudah putuskan dalam muktamar resolusi tidak akan berlaku penggabungan politik antara UMNO dan PAS. Sebahagiannya peristiwa pahit dan pengajaran dari episod 1978 cukup mengajar PAS apa maknanya bergabung dengan UMNO.

6. Daripada PAS bergabung dengan UMNO lebih baik PAS menjalin hubungan kerjasama yangh lebih erat dengan masyarakat Islam diSelatan Thai. Yala, Narathiwat, Songkla dan Pattani. Kerjasama politik adalah mustahil tetapi kerjasama ekonomi, kerjasama sosio budaya masih banyak ruang yangh bolih diteroka untuk perkasa kedua-dua segmen dari umat Islam yang ada hubungan sejarah yangh erat. Jadi meskipun Royalti dinafikan namun, selatan Thai adalah daerah yang juga kaya dengan hasil bumi terutama gas asli. dan mungkin hubungan yang lebih erat ini akan memberi sedikit tekanan kepada Kerajaan Thailand memperakui hak wilayah selatan untuk membangunkan ekonomi umat Islam di sana. pastinya limpahannya turut dirasai oleh kerajaan Kelantan dan juga mungkin Terengganu. (di mana kerajaan negeri yang diterajui UMNO tidak kukuh - hanya menang 17 kerusi berbanding PAS 15 kerusi)

7. Senario ini menguntungkan umat Islam. Yang pertama UMNO akan menguatkan Islam dengan membendung pengaruh DAP. Dan pAS pula menguatkan rangkaian umat Islam di segenting Kra. 

Baik bolih saya beri pandangan seperti ini?

Tulisan oleh: Dr Hafidz Mohd Noor

Tiada ulasan: