Anak Sungai Derhaka |
- Penyokong Pakatan Serang Kenderaan BN di Seberang Jaya?.. Ini apa yang BERNAMA tidak siarkan..
- EKSKLUSIF! Pendedahan 'Calon Paling Bersih' BN di Permatang Pauh oleh Ustaz Mutalib.. Saksikan!!
- Milo Suam ditahan polis kerana dedah penipuan SPR?
Penyokong Pakatan Serang Kenderaan BN di Seberang Jaya?.. Ini apa yang BERNAMA tidak siarkan.. Posted: 02 May 2013 04:51 AM PDT Bernama melaporkan..Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri, di Butterworth semalam. Laporannya jelas sekali untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dalam insiden ini penyokong Pakatan Rakyat sememangnya ganas dengan bertindak memecahkan cermin kereta tersebut. Malah Bernama juga telah meletakkan nilai nyawa manusia lebih rendah daripada harga 4WD milik yang digunakan oleh pihak Barisan Nasional untuk gerakkerja kempennya kali ini. Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh PKR Cabang Permatang Pauh mengenai insiden ini petang tadi.. PEJABAT CABANG PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG PERMATANG PAUH KENYATAAN MEDIA 2 MEI 2013 ISU KES PETUGAS BN LANGGAR LARI PENYOKONG – PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI JALAN TENGGIRI SEBERANG JAYA . Merujuk kepada laporan beberapa media baik cetak mahupun on-line hari ini tentang insiden pergaduhan yang telah berlaku antara penyokong PR dan BN di Seberang Jaya jam 6.30 petang semalam. Yang mana kebanyakkan media telah melaporkan bahawa "Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri." Antara lain laporan mereka ialah "sekumpulan 18 individu yang menunggang motosikal bertindak melakukan provokasi dan mengepung kenderaan tersebut." "Untuk melepaskan diri daripada kepungan itu, berlaku pergeseran antara kenderaan itu dan motosikal menyebabkan empat penunggang motosikal terjatuh. Laporan tersebut adalah tidak tepat dan bercanggah sama sekali dengan apa yang telah dilaporkan oleh saksi kejadian kepada pihak PKR Cabang Permatang Pauh. Dimana menurut saksi kejadian yang juga telah mengalami kecederaan dalam insiden tersebut, mereka tidak mengepung kenderaan kempen Barisan Nasional tersebut. Malah menurut saksi, kejadian berlaku ketika mereka memotong kenderaan tersebut yang berhenti di persimpangan untuk berada dihadapan kenderaan itu. Oleh kerana bilangan motorsikal yang banyak ini menjadikan kenderaan tersebut seolah-olah dikepung padahal mereka sama-sama berhenti dipersimpangan. Perlu diketahui telah berlaku pertengkaran kecil dipersimpangan itu bilaman pemandu kenderaan kempen Barisan Nasional itu menghimpit beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi Penyokong Pakatan Rakyat yang berhenti dipersimpangan tersebut. Bagaimanapun ianya telah diselesaikan melalui perbincangan antara salah seorang dari tiga lelaki dalam kenderaan Barisan Nasional. Malangnya apabila kenderaan tersebut mula bergerak, tiba-tiba ianya telah dipandu secara laju dan melulu hingga melanggar beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi Penyokong Pakatan Rakyat dihadapan kenderaan itu dan menyebabkan empat penunggang motorsikal mengalami kecederaan.
Antara mereka yang mengalami kecederaan itu seorang telah mengalami kecederaan yang serius dan telah dibawa ke Hospital. Pemandu kenderaan Kempen Barisan Nasional tersebut tidak menghentikan kenderaannya untuk membantu malah terus memecut laju melarikan diri dari tempat kejadian. Menyaksikan pemandu kenderaan Kempen Barisan Nasional itu melarikan diri, beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi telah mengejar kenderaan tersebut. Kenderaan dari jenis 4WD Nissan Frontier bernombor PJH 289 yang merupakan kenderaan Kempen Barisan Nasional telah berhenti di hadapan rumah Dato' Nasir yang telah dijadikan Bilik Gerakan Utama Barisan Nasional bagi DUN Seberang Jaya. Apabila penyokong Pakatan Rakyat menghampiri kenderaan tersebut mereka telah diserang oleh seorang lelaki yang dipercayai pemandu kenderaan kempen itu dengan 'penyodok longkang' dan ini telah mengakibatkan kecerderaan pada bahagian tangannya.
Oleh itu tuduhan yang mengatakan bahawa penyokong Pakatan Rakyat telah memecahkan cermin kenderaan tersebut adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas. Empat laporan Polis telah dibuat oleh seorang orang awam dan juga tiga penyokong Pakatan Rakyat yang turut bersama konvoi itu. Diharap pihak Polis menjalankan siasatan secara telus dan adil mengenai kes ini tanpa mengira fahaman politik. Pihak Polis juga diminta menyiasat kenapa pemandu kenderaan kempen Barisan Nasional tersebut melarikan diri ke Bilik Gerakan Barisan Nasional sedangkan beliau sepatutnya menuju ke Balai Polis untuk melaporkan kejadian kepada Polis. Persoalan juga timbul bilamana kehadiran penyokong Pakatan Rakyat ke bilik gerakan Barisan Nasional seramai beberapa orang itu dianggap sebagai ancaman terhadap penyokong Barisan Nasional sedangkan bilangan mereka jauh lebih ramai. ABDUL JALIL BIN CHE ROS Naib Ketua Cabang Permatang Pauh Itu apa yang tidak dilaporkan oleh Bernama.. lihat video di bawah yang menunjukkan seorang penyokong BN telah bertindak biadap dengan cuba melanggar Naib presiden R.. Kalau dah yang berjubahpun mahu dilanggarnya.. pemuda-pemuda penyokong Pakatan Rakyat tu tentu diaorang tak kisah nak langgarpun... | ||||||||
EKSKLUSIF! Pendedahan 'Calon Paling Bersih' BN di Permatang Pauh oleh Ustaz Mutalib.. Saksikan!! Posted: 01 May 2013 09:08 PM PDT Gambar diatas menunjukkan billboard calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk PRU13 ini.. Dalam billboard tersebut Dr. Mazlan Bin Ismail mendakwa dan menobatkan dirinya sebagai calon paling bersih untuk PRU13 ini. Dakwaannya itu menjadikan kesemua calon-calon pilihan Najib bagi mewakli Barisan Nasional dalam PRU13 ini adalah kurang bersih.. Dalam manifesto setebal 8 mukasurat yang disebarkan keseluruh Permatang Pauh oleh Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Permatang Pauh, Dr. Mazlan mendakwa beliau memegang prinsip 'setiap kata mesti dikota'oleh itu setiap janji pasti ditepatinya. Dari sembilan akujanji yang dibuat beliau dalam manifesto tersebut, akujanji yang kesembilan paling menarik dimana beliau telah menyatakan akan meningkatkan endidikan, ilmu dan kefahaman terhadap agama Islam. Ini akan dilakukan dengan cadangan penubuhan Kolej Islam, Sekolah Menengah Agama, meningkatkan prasarana Maahad Tahfiz yang sedia ada serta kepelbagaian program dan aktiviti kearah memakmurkan masjid, Surau serta Pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah moden serta tradisional. Apakah benar beliau melaksanakan semua itu?.. dan apakah benar juga beliau merupakan 'Calon Paling BERSIH'?.. Video dibawah mendedahkan segalanya.. sila tingkatkankan volume anda.. Ustaz Mutalib adalah seorang tokoh agama yang terkenal dan disegani di Permatang Pauh dan juga Pulau Pinang, beliau adalah Pengasas dan juga Mudir An-Nahdhoh.. Selama ini beliau tidak pernah mempersoalkan siapa yang akan bertanding di Permatang Pauh.. tetapi apabila nama Dr. Mazlan dicalonkan oleh UMNO/BN Permatang Pauh.. beliau mendedahkan segalanya.. Apa yang didedahkan oleh beliau ini ialah sifat sebenar Dr. Mazlan sebelum beliau bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.. Bayangkan apa yang akan berlaku jika beliau berjaya mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ini.. Jika seorang tokoh agama boleh diperlakukannya sebegitu rupa.. kita rakyat biasa apalah sangat... | ||||||||
Milo Suam ditahan polis kerana dedah penipuan SPR? Posted: 01 May 2013 08:24 PM PDT Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman. Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya. "Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square," kenyataan itu dipetik. Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar. Blog itu memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal. Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan SPR. Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang. ~ Keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan