Khamis, 2 Mei 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Dua Celaka gempur Putrajaya

Posted: 02 May 2013 12:00 AM PDT


Daim yang diam tetiba bersuara dan berkempen di Putrajaya. Daim... Diam.. tapi dialer musibat nombor satu. 

Di era dia jadi menteri kewanganler... segala gelaja tak sihat dalam pengurusan kewangan negara bermula. Penswastaan itu dan ini. Kronisme bermaharaja lela. Nepotisme menjadi-jadi. Jutawan segera muncul tak semena-mena.

Pada ketika itu... rakyat nampak seolah-olah gabungan Daim-Mahathir ini cukup hebat. Fuuhh... very pro-aktif dan very produktif. Rupa-rupanyer semua itu cuma helah dan tipu muslihat mereka untuk merompak wang rakyat dan hasil mahsul negara. Untuk mengaburi mata rakyat proksi dipasang sana sini. Orang ini jadi proksi orang tu. Orang tu proksi pemimpin ni. Dasat.. dasat... 

At last... baru temberang mereka pecah. Kesian... rakyat kena tipu hidup-hidup. Dan sekarang setelah rakyat tahu tipu helah mereka.... si Daim dengan muka tak malunyer cuba beri gambaran seolah-olah dia Menteri Kewangan yang hebat. Hebat taik anjing!!  Bukan hebat... tetapi musibat besor!!

Kononnyer, dialer yang menjadi mentor kepada Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan yang tak tau apa-apa, just because Anwar bukan lulusan ekonomi. Poorraahh...!! [Baca sini]

Betoi kata Anwar... dia jadi Menteri Kewangan yang tak pandai sapu dan rompak duit rakyat dengan cara yang licik. Dia tak jadi kaya raya seperti Daim dan Mahathir. Hat tu... Anwar memang tak pandai tapi hangpa berdua bertaraf pakar. Hahahaha... pakar songlap duit rakyat.

Tak pandai.... tak pandai Anwar pun... semasa dia jadi Menteri Kewangan, perbelanjaan negara tak pernah defisit. Berhemah sungguh dia mengurus tadbir kewangan negara. Orang  tak pandai jer yang boleh buat macam tu, kan? Kaann..?? Orang yang padai  tahu rembat duit jer, kan... Laann..??

Setelah Mahathir turun padang, Daim. pulak terpaksa turun padang di Putrajaya kerana nak menyelamatkan 'nyawa' si Adnan Mansor Hahahaha... tak pernah terjadi sebelum ini. Putrajay dianggap kubu selamat buat UMNO/BN. Now.... ??

Terpaksa bergelut wa cakap lu. Ini bermakna kedudukan Adnan Mansor amat genting sekali. Kalau UMNO kalah di Putrajaya... itu petanda celaka buat mereka.

Namun.... kehadiran dua malaon tu di Putrajaya, tidak memberi impak apa-apa kepada kedudukan Pakatan Rakyat. Husam Musa masih mendapat sokongan yang tak disangka-sangka. Sokongan di luar dugaan. Pening UMNO dengan keadaan ini.

Ini kerana... warga Putrajaya sudah tidak gentar lagi dengan ugutan UMNO/BN. Putarjaya mesti diserahkan ke tangan Husam Musa dan Pakatan Rakyat. Mereka ini bebas daripada UMNO/BN.

So.... Ini Kali-lah... !! Putajaya akan menjadi milik Pakatan Rakyat!!

Oooo... ruper itu demer curi duit rakyat

Posted: 01 May 2013 09:30 PM PDT


Ko bagi pinjam.. lepas tu, ko sewa pulak daripada malaon yang ko bagi pinjam. Hebat cara demer ni buat duit. [Citer sepenuhnyer di sini]

Itu cara putar alam namanyer. Komer ingat orang tahu tau, ek?? Pusing-pusing.. dapat ke depa jugak

Tak per... Not for long.... Not for long.... Lepas 5 Mei nanti, kita kaji balik cara depa buat duit dan kita perbetulkan mana-mana yang tak betul. Amacam korang?? Setuju tak dengan cadangan Husam Musa tu??

Orait sangat, kan??

Oleh itu... untuk merealisasikan misi kita untuk meng-adjust-kan cara malaon-malaon ni dapat easy money, jom kita UBAH!!

5 Mei nanti... INI KALI-LAH!!

Ku Li bakal tersungkur di Gua Musang??

Posted: 01 May 2013 07:32 PM PDT

5 orang kuat Ku Li isytihar sertai PAS

GUA MUSANG: Lima orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah semalam mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS kerana kecewa dengan Umno yang dilihat meminggirkan penduduk di Gua Musang.

Kelima-lima mereka adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang Abdul Karim Mat Diah, Ketua Pemuda Umno Cawangan Batu Papan Zulhelmi Zulkifli, Ketua Umno Cawangan Limau Kasturi Nawang Ismail, Ketua Pemuda Umno Cawangan Lepan Jaya Rozali Rodin dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Betis Ibrahim Hassan.

Kelima-lima mereka telah menyerahkan borang kepada calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu program ceramah di Gua Musang malam semalam.

Wan Rahim ketika ditemui Harakahdaily menyifatkan penyertaan kelima-lima orang kuat veteran Umno itu menunjukkan satu petanda baik kepada politik Gua Musang pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Malah jelasnya lagi, beliau yakin perkembangan ini memberi peluang kepada PAS untuk merampas kerusi yang telah dikuasai oleh BN sejak 44 tahun lalu lagi.

"Dengan penyertaan mereka, ini menunjukkan satu petanda yang baik untuk Pakatan Rakyat khususnya PAS bagi merampas balik kerusi yang dimenangi oleh BN sejak sekian lama. [seterusnyer di sini]

F for Fantastic...!! F for Fabulous..!! F for Fuiyooo..!!

Posted: 01 May 2013 05:30 PM PDT



Cikgu Muhyiddin bagi gred F kepada pentadbiran PAS di Kelantan. Rasionalnyer dia bagi F... katanyer PAS gagal menyelesaikan banyak masalah di Kelantan. [sini]

Setelah disemak dengan teliti, pemberian gred F tu tak boleh diterima kerana berlaku ketidakalilan di pihak kerajaan PAS Kelantan. Kerajaan PAS hanya dapat menguasai negeri sahaja sedangkan Parlimen iaitu kerajaan pusat masih di bawah kuasa UMNO/BN.

Lantaran itu, kerajaan PAS hanya dapat menunaikan janji setakat yang ia mampu berdasarkan sumber pendapatan daripada hasil negeri. Grant atau peruntukan daripada kerajaan pusat banyak yang disekat dan dilengah-lengahkan. Ada juga peruntukan yang disalurkan kepada UMNO melalui agensi-agensi yang diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat. 

Tetapi... yang mendapat manfaatnyer ialah para penyokong mereka di kawasan-kawasan yang mereka menangi. Lelain rakyat Kelantan hanya ternganga dan terkedip-kedip bijik mata. Banyak juga peruntukan yang masuk ke poket para pemimpin UMNO Kelantan. Hahahaha... jangan ingat rakyat tak tau??

Namun demikian, kita tak boleh katakan yang Kelantan langsung takder kemajuan. Dari segi urusan pentadbiran kita boleh salute PAS Kelantan. Pentadbiran PAS Kelanatan bebas rasuah dan adil kepada semua kaum di sana. 

Pembangunan fizikal juga... taklah cikai sangat seperti yang digambarkan oleh Cikgu Muhyiddin. Siapa yang pernah pergi Kelantan... tahu ler. Kelantan menjalankan pembangunan ikut kata pepatah Melayu... 'ukur baju di badan sendiri'. Fine sangat pada aku.

Tapi... kita jangan lupa satu lagi ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan pusat UMNO/BN. Kelantan dizalimi dengan dahsyat. Rakyat Kelantan telah dkhianati oleh UMNO/BN. Mereka dinafikan hak royalti minyak iaitu hasil bumi anugerah Allah SWT kepada Kelantan. You see... pentadbiran PAS Kelantan dirahmati Allah dengan hasil minyak yang banyak.

Jika kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak ni, fuuhh.... bayangkan pembangunan serta kemajuan yang dapat dilaksanakan di Kelantan.  Kaya raya Kelantan, wa cakap lu...!! Tambah pulak, pentadibiran Tok Guru bukan jenis yang suka memboros dan membazir.

Gua rasa... point-point tu pun dah cukup untuk mempertikaikan pemberian gred F oleh cikgu Muhyiddin kepada PAS Kelantan. Memang tidak adil..!! Hape punyer cikgu ler ni yang suka aniaya orang?? 

Tapi... oleh sebab cikgu Muhyiddin nak tunjuk kuasa dan nak pedajal kerajaan PAS Kelantan agar dibenci rakyat, maka dia bagi gred F dan canangkan seantero Malaysia.

Hello cikgu, nak bagi gred F?? Lu punya suka!! Kita no hal... coz we know the truth. 

Bagi gua.... gred F itu... untuk Fantastic!! F itu... untuk Fabulous!! Dan FF itu juga... untuk Fuiyyooo!! 

Begitulah hebatnyer pentadbiran PAS Kelantan di mata gua yang tak buta ni, unlike cikgu Muhyiddin yang buta mata dan buta perut!!.

Hidup PAS Kelantan!!

Tiada ulasan: