Bila Harimau Sudah Menaip... |
Posted: 02 May 2013 06:47 AM PDT Kita off politics sat. Nabi Saw menyuruh kita baca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Surah tersebut ada 110 ayat. Kahfi bermaksud "Gua". Apa yang diceritakan dalam surah tersebut? Den nak kongsikan sikit point-point yang den ingat: - bercerita hal-hal orang yang mengejek-ejek qalam Allah. Persekongkolan orang Quraisy dan Yahudi dalam menentang Nabi Saw. - Kisah pemuda (Ashabul Kahfi) yang ditidurkan selama 309 tahun. Mereka orang soleh. Jumlah mereka usah dihujahkan. Mereka di gua bersama seekor anjing. - Bayangan keadaan Syurga Adn. Juga disebut Syurga Firdaus dan Neraka Jahannam. Siapa yang akan berada dalamnya. - 2 ayat (23 dan 24) yang diturunkan kerana Nabi tidak sebut Insya Allah dan wahyu tidak turun selama 15 hari. Mengajar kita untuk menyerah urusan dan janji kepada Allah. - Disebut orang-orang yang mempersendakan hukum dan ayat-ayat Allah. - Diceritakan Nabi Musa menuntut ilmu dengan Nabi Khidir. Pada mulanya Nabi Khidir enggan kerana khuatir Nabi Musa tidak sabar dan akan mempersoalkan segala tindakan beliau. Akhirnya Nabi Khidir bersetuju setelah Nabi Musa menyatakan beliau tidak akan bertanya. Mulanya, Nabi Khidir bocorkan perahu, Nabi Musa bertanya dan ditegur Nabi Khidir. Nabi Musa terlupa dan minta maaf. Selepas itu Nabi Khidir bunuh seorang pemuda (ada kuliah kata ia budak). Nabi Musa tanya lagi. Ditegur lagi oleh Nabi Khidir dan Nabi Musa minta maaf. Ketiga, Nabi Khidir dan nabi Musa sampai satu pekan. Minta makanan pada penduduk pekan tapi tak diberi. Mereka nampak satu dinding bangunan yang hampir mahu roboh. Nabi Khidir bina balik. Nabi Musa mempersoalkan lagi...Nabi Khidir kata cukup cukup sudah (ni bahaso den ni). Nabi Khidir menceritakan kenapa baginda melakukan ketiga-tiga perkara tersebut. - Disebut nama Zulkarnain dan bagaimana beliau membina penjara antara 2 gunung dengan bantuan rakyat sekitar. Yang dipenjarakan adalah Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj akan muncul apabila diizinkan Allah. - banyak diceritakan kebesaran dan keesaan Allah dalam ayat ini. Semoga ada hikmah dan manfaat tulisan den ni..Insya Allah. Amin. Nota kaki: gua guna "den" sobab nak elak korang keliru antara makna "Kahfi" dan ganti diri namo den. ;) |
You are subscribed to email updates from Bila Harimau Sudah Menaip... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan