. |
- Tengku Razaleigh Hamzah dan Wan Rahim Mencari Kemenangan Akhir
- Hindraf Dijangka Sokong Pakatan Rakyat?
- Sandiwara Bapa Pembacuh Kopi Sudah Tidak Laku
Tengku Razaleigh Hamzah dan Wan Rahim Mencari Kemenangan Akhir Posted: 01 May 2013 08:06 PM PDT ULASAN KERUSI GUA MUSANG Semua orang kini mengejapkan fokus kepada pilihan raya umum Ahad, 5 Mei. Ada dua perkara penting yang dinantikan pertama apakah UBN yang akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia. Sejajar itu juga orang sedang menanti siapakah yang akan mengangkat sumpah menjadi perdana menteri ke-7. Hanya ada dua calon saja layak, Anwar Ibrahim atau Najib Razak.
Selain pemerhatian kemas orang ramai kepada keadaan itu, yang menjadi tumpun sampingan ialah kepada beberapa buah kerusi yang dianggap sengit berlaku pertarungan. Kerusi-kerusi yang tidak terlepas dalam perkiraan umum ialah, kerusi parlimen Galang Patah, Johor yang membabitkan Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman. Kerusi parlimen Lembah Pantai di antara Nurul Izzah Anwar dengan Raja Nong Chik, kerusi Putrajaya di antara Husam Musa dengan Teuku Adnan Teuku Mansor. Dan yang juga tidak terlupa ialah kerusi parlimen Pasir Mas, di antara Nik Muhammad Abduh Nik Aziz dengan Inchek Ibrahim Ali. Dalam catatan ini saya akan memberi sedikit ulasan dan pandangan istimewa kepada satu lagi kerusi yang tidak kurang menariknya iaitu kerusi Gua Musang, di antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Pertandingan di antara kedua tokoh ini ada sentimental value tersendiri. Pertandingan ini bolehlah disifatkan sebagai pertadingan ulangan selepas hampir 30 tahun. Wan Abdul Rahim pernah mencabar Tengku Razaeleigh pada tahun 1986 di mana perlawanan itu dimenangi Tengku Razaleigh dengan majoriti 7,319.
Penyertaan Tengku Razaleigh kali ini adalah ke-10. Sesungguhnya banyak jasa dan bakti beliau di Gua Musang. Tidak cukup se bandle kertas A4 untuk disenarai dan dituliskan jasa-jasa dan bakti beliau. Gua Musang itu sendiri sebati dan senoniom dengan nama Tengku Razaleigh. Kalau dicungkilkan mengenai sejarah Gua Musang, bandar itu bangun dan berkembang seiringan dengan Tengku Razaleigh sebagai pemimpinnya. Sesuatu yang menarik dan tidak jarang dikenang orang, ialah kenapa Tengku Razaleigh memilih Gua Musang sebagai daerah pembaktian kepada rakyat. Kenapa beliau tidak memilih kawasan bandar seperti Kota Bharu dan sebagainya. Ini menunjukkan concern beliau kepada rakyat. Beliau sengaja memilih kawasan miskin dan daif untuk memberi cabaran kepadanya sendiri sebagai pemimpin. Kalau dia memilih bandar mungkin tidak banyak pengorbanan dan fikiran yang perlu diperahkan untuk memajunya. Di sinilah kehebatan dan keikhlasan Tengku Razaeligh dalam menabur budi dan jasa kepada rakyat. Ternyata hasil pengorbanan, kegigihan dan komitmen yang diberikan untuk memajukan Gua Musang ia menjadi realiti selepas 30 tahun kemudian. Gua Musang yang dulunya dihuni 200 orang dan tidak ada siapa yang hendak bertandang ke situ, kini penduduk Gua Musang sudah 70,000 jiwa. Hasil titik peluh dan buah fikir beliau juga hartanah di Gua Musang yang dulunya tidak ada nilai langsung hari ini harta seperti rumah kedai di Gua Musang menyamai harga rumah teras di Kuala Lumpur RM250 hingga RM300 seunit. Pembangunan yang menjadi katalis kepada Tengku Razaleigh di Gua Musang ialah pembinaan lebuh raya Gua Musang - Kota Bharu. Jalan inilah membawa rahmat dan mengubah landskap sosio ekonomi dan politik di Gua Musang. Gua Musang kalau dulu dikenali sebagai tempat jin bertendang tetapi kini ia bertukar menjadi tempat jin bermain futsal, badminton dan snoker dan sebagainya. Pembangun yang terhasil selama ia adalah hasil kreativi Tengku Razaleigh bukan saja dalam bidang sosial dan politik tetapi pendidikan dan keagmaan juga. Paling merujakan seperti mana dijelasnya anak-anak Orang Asli di Gua Musang kini sudah ada yang mendapat lapan A di dalam peperiksaan SPM. Kalau pengundi Gua Musang mengenang segala jasa dan perubahan nasib mereka dan perubahan ke atas bandar terselatan di Kelantyan itu, di atas kertas Tengku Razaleigh akan menang mudah 5 Mei ini. Tidak ada sebab rakyat Gua Musang untuk menolak dan mengakhiri perjuangan Tengku Razaleigh dengan kekalahan. Semasa ucapan selepas proses penamaan calon dan diulang dalam rakaman video perutusan khas, Tengku Razaleigh membayangkan pertandingan ini adalah kali terakhir untuknya. "Saya tidak mahu mengatasi takdir Allah tetapi barang kali pertandingan ini adalah yang terakhir bagi sata." ujarnya dengan penuh tenang. Tengku Razaleigh senantiasa insaf bahawa masa terus berjalan dia berada jauh di belakang manakala masa untuk generasi muda akan mengambil alih kepimpinan Gua Musang sedang menanti. Sesiapa pun tidak dapat mengatasi lumrah kehidupan bahawa kita ditelan masa dan harus mengaku kalah dengan keadaan. Meskipun banyak jasa dan bakti ditabur oleh beliau, tetapi dalam politik semua itu bukan boleh dijadikan ikatan. Dalam politik tidak ada kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan mutlak. Manusia boleh ingat dan boleh lupa sekelip mata. Manusia boleh 'geledek' oleh kerana satu sebab kecil saja. Sebab itu pertembungan kali kedua beliau dengan Wan Abdul Rahim hari ini bukan boleh dianggap mudah. Jelasnya pertembungan ini bukan seperti pertembungan tahun 1986. Abdul Rahim juga memerlukan kemenangan, kekalahannya kepada Tengku Razaleih tahun 1986, sedikit sebanyak meninggalkan dendam kesumat buatnya. Kalau bukan kerana ingin membalas dendam Cikgu Rahim sudah tidak perlu bertanding lagi? Seikhlas mana beliau dengan Tengku Razaleigh yang dibentuk atas persahabatan dan pengenalan namun kelumit rasa berkenaan tetap ada di hujung hatinya. Mungkin beliau mengenang peristiwa lama dimana Tengku Razaleigh pernah bergurau dengannya, tatakala dia (Wan Rahim) pertama kali menentangnya, Tengku Razaleigh memperkecil-kecilkan cikgu Rahim dengan berkata, "PAS telah menghantar budak mana untuk melawannya." Iya 30 tahun lalu cikgu Rahim budak masih mentah. Tetapi kini setelah melalui proses permatangan politik, beberapa kali kalah dan menanag, mengutik pengalaman di DUN, sebagai spekaer dan Adun dan dalam pilihan raya lepas sebagai ahli parlimen Kota Bharu, menyebabkan cikgu Wan Rahim sedia berdepan dengan Tengku Razaleigh atas arahan parti? Beliau juga tentu sudah merasai cukup dewasa dan matang. Justeru Tengku Razaleigh tidak boleh pandang remeh dan mengambil 'cakduh' kemunculan Wan Rahim ini. Bekas presiden Semangtat 46 itu harus melihat orang yang dulunya adalah budak kini sudah dewasa dan membuntuti beliau dari belakang kesekian lama. Dan saya percaya Tengku Razaleigh sebagai seorang yang bersikap humble dan suka merendah dan merai orang, menghormati cikgu Rahim walaupun terpaksa dilawannya dalam gelanggang politik. Bagaimana pun apa yang pastinya pengundi Gua Musang berjumlah 40,215 akan menentukan segala-galanya. Sudah pasti walaupun sudah ramai pengikut dan penyokong setia Tengku Razaleigh yang tiada, tetapi beliau masih ada penyokong tegar yang dilihat lebih tulus dan ikhlas. Orang-orang celik dan tahu menilai kebaikan dan keburukan akan tetap bersamanya dan terus memberi sokongan sebagai satu cendermata istimewa di dalam pilihan raya kali ini. Kalau ditanya saya, siapa bakal menang di antara Tengku Razaleigh denagn cikgu Rahim saya berani mengatakan Tengku Razaleigh juga akan mendapat kemenangan seperti mana akan menangnya Tokguru Nik Aziz Nik Mat di Chempaka. Pengudi akan bertekad untuk memberi kemenangan terakhir buat mereka sebagai souvenir untuk dijadikan legasi dalam dunia politik. Dan bagi Wan Abdul Rahim mungkin beliau merasa puas hati selama berkecimpuang dalam politik kerana dapat berdepan dengan Tengku Razaleigh untuk kedua dan juga bakal mengakhiri penglibatannya dalam pilihan raya sejurus ini. Kita harus hormat keberanian dan kesediaan Wan Abdul Rahim atas prinsip bukan kerana bencikan Tengku Razaleigh tetapi akur kepada arahan parti di mana arahan itu tidak boleh dielakkan. Kita percaya beliau juga serba salah untuk berdepan dengan Tengku Razaleigh dalam situasi hari ini. [wm.kl. 10:19 am 02/05/13] | ||||
Hindraf Dijangka Sokong Pakatan Rakyat? Posted: 01 May 2013 04:05 PM PDT SESUDAH SUBUH Kalau petunjuk sokongan masyarakat India terhadap UBN dan Pakatan Rakyat boleh dilihat kepada perkembangan atau situasi dalam Badan Hak-Hak Kepentingan India (Hindraf), sekarang ini boleh dikatakan masyarakat India masih konsisten menyokong Pakatan Rakyat. Boleh dianggarkan 60% masyarakat India masih bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejatuhan kerajaan UBN pada 5 Mei nanti. Sekiranya angka itu tepat ini bermakna UBN akan mendapat hanya 40% sahaja sokongan dari masyartakat India, jumlah itu sudah cukup untuk menjadikan Umno khasnya bersendirian dengan sokongan Melayu. Hindraf adalah badan terbesar yang berperanan menentukan arah mana sokongan politik masyarakat India di negara ini. Ia bolehlah disama dengan Dong Zong pertubuhan kebudayaan dan pendidikan Cina yang berpengaruh itu. Sebelum ini timbul juga keraguan terhadap masyarakat India yang dianggap golongan yang mudah menukar haluan dan prinsip diri apabila Hindraf yang satu masa pernah mengejutkan negara amnya dan memberi tekanan kepada UBN dilihat berpecah. Ekoran tekanan kerajaan menangkap beberapa orang pemimpin mereka dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) serta ada yang melarikan diri ke luar negara ekoran tunjuk perasaan besar-besaran kumpulan itu tahun 2007, kepaduan badan berkenaan retak dan berpecah. Sebahagian menyatakan sokongan kepada kerajaan manakala sebahagian lain tetap dengan pendirian mereka menuntut hak mereka yang dikesampingkan dan ditindas oleh kerajaan UBN. Penubuhan parti Makkal Sakti sempena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan (keumudian parit itu mampos) serta pengembalian salah seorang pemimpin Hindraf yang lari ke luar negeri Waythamoorty antara faktor kenapa Hindraf retak dan berpecah. Penubuhan Makkal Saktinya kata atas biaya UBN untuk memastikan masyarakat India di Negeri Sembilan menyokong UBN. Ternyata projek itu berjaya apabila lebih 70% masyarakat India di Bagan Pinang mengundi Isa Samad calon UBN. Makkal Sakti terang-terang menyatakan sokongan kepada UBN begitu juga dengan Waythamoorty yang cuba menggunakan penyokong Hindraf untuk kepentingan dirinya dengan berbaik-baik dengan Najib Razak. Bagaimana pun tindakan Waythamoorty itu tidak diterima oleh masyarakat India manakala Makkal Sakti yang gah itu akhirnya berkubang dalam gong gendang. Tindakan Waythamoorty juga disifatkan cuba merampas Hindraf dari abangnya kini dianggap sebagai pengkhianat oleh masyarakat India dan tindakan beliau menanda tangani MoU mengatakan sokongan kepada Najib dikecam hebat. Apa yang berlaku di Kulim Kedah semalam di mana kratusan orang India berarak dan membakar patung Waythamoorty menunjukan usaha Waythamoorty untuk mendapat sokongan masyakat India kepada UBN dibantah. Pembakaran patong di masyarakat India adalah kemuncak mesej kemarahan kaum itu. Tindakan Waythamoorty itu juga tidak akan dimaafi oleh masyarakat India. Perkembangan yang berlaku di Kulim itu memberi petunjuk jelas yang Hindraf berpecah dan majoriti dari mereka menyokong Pakatan Rakyat. Tindakan penyokong Hindraf Kulim itu juga akan berjangkit dan memberi kesedaran kepada masyarakat India di tempat lain. Apa yang boleh disimpulkan ada tanda-tanda mungkin sokongan Hindraf kepada Pakatan Rakyat seperti ditunjukkan pada pilihan raya 2008 akan pulih sepenuhnya. Mood kemenangan Pakatan Rakyat yang kini tersebar di seluruh negara akan turut mempengaruhi masyarakat India. Dan mereka (bagi yang menolak Pakatan) masih ada waktu untuk kembali sokongan demi sama-sama merayakan kemenangan. [wm.kl.6:57 am 02/05/13] | ||||
Sandiwara Bapa Pembacuh Kopi Sudah Tidak Laku Posted: 01 May 2013 04:11 AM PDT ULASAN PETANG Berita paling mengejut hari ini mungkin tindakan bapa si pembacuh kopi, bernama Azlan Mohd Lazim yang membuat kenyataan menarik balik mengenai dakwaan cerita anaknya kena liwat oleh Anwar Ibrahim sebagai bohong. Pada 8 Mac lalu beliau telah membuat kenyataan kononnya kes liwat terhadap anaknya sebagai satu konspirasi. Beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan istikharah. Ertinya pengakuan itu bukan main-main tetapi setelah mendapat petunjuk menerusi sembahyang istikharah. Sejejar itu beliau meminta maaf kepada Anwar dan keluarga kerana banyak menyusahkan Anwar. Hari ini, menjelang empat hari, hari mengundi beliau membuat kenyataan menarik balik semula dakwaan itu dan memohon maaf kepada anaknya dan orang ramai. Dia telah reverse pula dan memohon maaf. Berapa kali maaf dahhhh... Entah saya sejak mula-mula lagi tidak begitu tertarik dengan pengakuan si bapa pembancuh kopi ini. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang anih bakal berlaku ekoran tindakan itu. Hati kecil saya berkata tentu ada agenda di sebalik pengakuan yang tergesa-gesa itu. Ia tidak mudah untuk Anwar atau pihak PKR menerima pengakuan itu. Ternyata hari ini sangkaan saya itu benar. Biarkah Azlan hendak buat kenyataan apa-apa sekali pun, buatlah. Hari ini rakyat sudah membuat keputusan mereka akan melakukan perubahan. Cerita-cerita pak pandir seperti cuba ditayangkan Azlan itu sudah tidak laku lagi. Ia akan diketawakan bukan saja oleh orang tua yang tidak ada gigi tetapi oleh budak-budak Tadika juga. Hari ini rakyat sudah lupa semua isu, sama isu di sebelah Pakatan Rakyat atau BN. Walhasilnya yang kena sorak dan dijuah nanti ialah bapa pembacuh kopi dan anaknya itu kerana berdolak dalih. Kalau pun hendak buat sadiwara janganlah nampak sangat akan kebodohan. Sandiwara yang tidak ada nilai umpama wayang yang tidak akan ditonton oleh orang ramai. Kalau tidak ramai tonton kuranglah jualan tikit dan kempislah poket. Kesian... Saya rasa pengakuan undur belakang Azlan itu tidak akan memberi kesan kepada mood pengundi hari ini. Pengundi sudah pun membuat keputusan parti mana yang mereka akan pilih. Isu-isu seperti yang cuba dibawa oleh Azlan itu sudah tidak mempengaruhi mereka lagi. Sebaliknya pengakuan reverse itu menyebabkan orang akan mencemuh dan mentertawakan kedua beranak itu. Saat ini segala isu telah ditinggalkan oleh pengundi. Pengundi tidak lagi mengenang apa juga isu sama ada dari Pakatan Rakyat atau UBN. Isu kapal selem, Altantuya, cincin RM25 juta, lembu yang selalu dibangkitkan Pakatan Rakyat tidak menjadi perhitungan pengundi lagi. Pengundi sudah faham dengan isu-isu itu. Begitu juga isu liwat, video lucah dan lucu, kalimah Allah dan sebagainya juga tidak akan diperkirakan rakyat. Rakyat sudah lumat mengunyahnya. Mereka sudah hadam sehabis-habisanya mencari kebenaran atas segala isu-isu itu. Yang rakyat lihat hari ini isu calon dan keperibadian calon. Keperibadan calon, kehebatan calon atau pun kewibawaan calon yang menjadi perhitungan. Yang rakyat tengok dan menilai hari ini apakah janji-janji batau menu yang disediakan oleh kedua-dua parti. Rakyat akan pilihan calon yang berwibawa untuk disangkutkan harapan kepada negara. Sehubungan itu rakyat akan memilih parti untuk menjadi pemeritah Malaysia. UBN sudah lebih 55 tahun rakyat sudah mengenali parti itu luar dan dalam. Sekarang ini sudah sampai untuk mereka buat perubahan. Kepada Azlan selamat berdolak dalih dan rancanglah apa saja dengan pembacuh kopi, apa juga pendedahan dan kejutan rakyat Malaysia tidak akan pedulikan kamu lagi. Rakyat akan mencemuh dan membenci kamu sampai ke bila-bila pun dan sejarah akan merakam segala apa yang berlaku. [wm.kl.7:10 pm 01/05/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan