Kerabu Bersuara ® |
- Orang Ramai Memenuhi Perkarangan Hospital Untuk Melawat Ustaz Azizan
- Pandangan Ustaz Syed Andul Kadir Al Joofre Berkaitan Ustaz Mad, MB Baru Kelantan
- Cukai GST Dah Mula Dikenakan. Tahniah BN!
- Azizan Razak sakit jantung ke ICU Hospital P.Pinang
- Isu Rasis BN! Menolak Auta Dengan Fakta
Orang Ramai Memenuhi Perkarangan Hospital Untuk Melawat Ustaz Azizan Posted: 07 May 2013 10:45 PM PDT Hassan Razak Wad ccu bilik 115 hospital Penang penuh dgn orang ramai mengunjungi mantan MB Kedah yg tenat. Sekarang ni jam 1 tengahari masih bersesak2 untuk masuk menziarahi Ustaz Azizan |
Pandangan Ustaz Syed Andul Kadir Al Joofre Berkaitan Ustaz Mad, MB Baru Kelantan Posted: 07 May 2013 07:06 PM PDT Syed Abdul Kadir Aljoofre Ramai yang bertanya saya berkenaan menteri-menteri besar yang baru, khususnya Menteri Besar Kelantan. Sejujurnya saya tidak kenal ramai menteri. Tetapi ada satu kisah berlaku dua tahun lepas menarik perhatian saya. Saya terserempak dengan YAB Dato Ustaz Ahmad Yacob (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) di Gombak. Saya dimaklumkan kemudiannya malam sebelumnya beliau ada menonton rancangan ulangan Tanyalah Ustaz di TV9. Saya panelnya. Pagi tersebut apabila terserempak dengan beliau, saya salam tangan beliau, dan menundukkan kepala untuk mencium tangan beliau. Bersungguh-sungguh beliau menarik tangan beliau, tidak membenarkan. Beliau kata "Allah, ore alim ni, ore alim ni.. Ambo nak ngaji denge ore alim ni.. Ambo nak ngaji.." Saya insan kerdil dan masih mentah berbanding beliau yang telah lama mendidik ummah. Saya bukan nak mengangkat atau membandingkan sesiapa, tetapi tawadhuk beliau yang tampak jujur dari hati yang tulus, memang menawan hati. Orang yang tawadhuk, Allah angkat. Moga Allah membantu beliau dengan teman-teman yang soleh dan perancangan yang baik untuk kebaikan agama dan rakyat. |
Cukai GST Dah Mula Dikenakan. Tahniah BN! Posted: 07 May 2013 06:54 PM PDT tahniah kepada mereka yang mengundi BN |
Azizan Razak sakit jantung ke ICU Hospital P.Pinang Posted: 07 May 2013 05:23 PM PDT Datuk Seri Azizan Razak malam tadi dikejar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang dekat George Town. Bekas Menteri Besar Kedah itu dikatakan berdepan kompilasi jantung pada tahap kritikal. Difahamkan, beliau petang tadi dipindah dari Kedah Medical Center (KMC). Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Kedah itu menerima kritikan banyak pihak ekoran Kerajaan Negeri berjaya dirampas oleh Umno Barisan Nasional sempena PRU13 baru-baru ini. |
Isu Rasis BN! Menolak Auta Dengan Fakta Posted: 07 May 2013 04:57 PM PDT MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA… Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:- Kerusi Parlimen :- 1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN 2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA 3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK 4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT 5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB 6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG 7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA Kesimpulannya : Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu Kerusi DUN:- 1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah 2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan 3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu 4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang 5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang 6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor 7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor 8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan 1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN) 2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN) 3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN) 4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN) 5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN) 6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN) 7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang (BN) 8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN) 10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN) 11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN) 12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN) 13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN) Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO. Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. Suhaimi Md Saad (official) Ketua Penerangan PAS Pahang. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan